Bab 38

“Amanda nak beli apa kat shopping complex tu?” tanya Syafiq kepada Selena. Kereta yang dipandu dibelok ke tempat letak kereta.

“Nak beli buku rujukanlah, papa. Tadi kan Amanda dah cakap,” balas Selena di tempat duduk penumpang.

“Kenapa tak naik basikal tu je?” tanya Syafiq. “Selalu kalau Amanda nak beli apa-apa kan naik basikal tu. Kenapa tiba-tiba nak ajak papa ni?”

“Tak ada duitlah papa,” jawab Selena ringkas.

“Lah...kenapa tak cakap awal-awal? Kalau tak papa boleh bagi sebelum pergi kerja tadi.”

“Alah, Amanda lupalah. Lagipun, dah lama kan kita berdua tak keluar sama? Jomlah teman Amanda cari buku rujukan tu. Lepas tu, kita pergi makan. Boleh?” Selena mula memujuk lelaki itu.

“Yalah. Kamu ni papa tengok mengada-ngada betul sejak dua menjak ni. Manja semacam. Sekarang nak beli buku rujukan je pun nak papa temankan,” ucap Syafiq. Tali pinggang keledar ditanggalkan seusai memarkir kereta. Kedua-dua Selena dan Syafiq kini keluar daripada perut kereta.

“Alah, papa ni. Nak manja-manja pun tak boleh. Tak nak kawan.”

“Eleh, anak papa yang seorang ni! Menyampah papa tengok. Manja betul!” ucap Syafiq sambil memicit lembut hidung Selena. Selena pula hanya mampu tersenyum.

“Tepilah, papa. Tak nak kawan dah dengan papa.”

“Papa mintak maaflah, Amanda. Meh sini!” Syafiq langsung menarik anak gadisnya itu ke dalam pelukannya.

Awww...

Sweet father – daughter bonding time!

***

“Papa, jom masuk butik baju tu!” ajak Selena kepada papanya.

Dah lama dia tak jejak pusat beli-belah. Semasa di London juga begitu. Kali terakhir dia jejak shopping complex kalau tak silap sebelum dia diculik oleh orang upahan Jared dan Amy Patricia. Selepas tu, memang tak pernah dia pergi shopping.

Sekarang bila dah dapat peluang untuk pergi ke situ, memang langsung dia tak nak lepaskan. Dah lama sangat dia tak shopping. Walaupun berbeza tempat, berbeza negara, suasana yang ada lebih kurang sama je. Yalah, nama pun shopping complexkan? Mestilah ada kedai. Ada kedai, adalah orang yang membeli.

Selalunya dia pergi membeli-belah dengan pembantu eksekutifnya. Bila dah ada di Malaysia ni, menyamar pulak sebagai Amanda, dapatlah dia mengisi masa dengan papanya. Buat pertama kali dia keluar berdua dengan papanya.

Punyalah bersusah payah dia memujuk papanya untuk menemaninya ke situ. Akhirnya dapat jugak dia meluangkan masa bersama lelaki itu meskipun dia tahu papa mesti sibuk dengan kerja yang tak sudah-sudah menimbun.

Seusai membeli buku rujukan Biology di salah sebuah kedai buku di situ, Selena terus menarik Syafiq menuju ke sebuah butik baju. Bolehlah dia pilihkan baju kerja papa yang baru.

“Amanda, kamu kata nak pergi makan lepas pergi beli buku tadi,” ujar Syafiq sambil melihat jam tangannya. Waktu masa tu sudah menunjukkan pukul 3.00 petang. Mujur juga dia sudah menunaikan solat Zuhur. Tak adalah terkejar-kejar sangat.

“Papa nak masuk office balik ni,” sambung Syafiq lagi.

“Alah, kejap je, papa,” balas Selena. Lengan Syafiq masih lagi ditarik untuk memasuki butik tersebut. “Papa belilah baju baru. Amanda tengok baju kerja papa sama je. Tak ada warna lain ke? Balik-balik warna hitam. Bosanlah.”

“Eh, kamu ni. Papa suka warna hitam. Biarlah. Kamu tu bukan suka jugak ke warna hitam?”

Selena terdiam buat beberapa saat. Aiyo! Amanda ni dapat gene daripada papa rupanya! Balik-balik hitam, hitam dan hitam!

“Amanda memanglah suka warna hitam. Tapi papa tu kan orang bisnes. Kenalah jaga penampilan diri. Kalau orang tengok papa ni asyik pakai baju warna hitam je, nanti orang kata papa ni tak basuh baju pulak,” kata Selena.

Saja cari alasanlah tu! Mesti dia nak pilihkan papa baju kerja warna pink!

Selena membelek-belek helaian demi helaian baju kemeja yang terpampang di depan mata. Dia mengambil sehelai baju lalu dihulurkan kepada Syafiq.

“Yang ni macam mana?” soal Selena.

Pink sangatlah, Amanda,” balas Syafiq.

Hurm, dah agak dah! Mesti warna merah jambu jugak yang Selena pilih. Tak habis-habis dengan pink!

“This pink is so marvy, papa!”

Alamak, terkeluar pulak slang British aku ni! Amanda kat rumah selalu cakap English tak?

“Sejak bila kamu ni speaking London? Siap loghat pulak tu,” ujar Syafiq. Matanya memandang Selena.

“Err...Amanda belajar kat sekolahlah, papa. Nanti ada ujian lisan bahasa inggeris kat sekolah nanti. Kenalah biasakan lidah cakap English. Kalau cakap siap dengan slang British, mesti dapat markah lebih. Hehehe...”

‘Pandailah aku buat cerita!’ desis hati Selena. ‘Tak apalah. Tipu sunat. Hehehe...’

Syafiq menggeleng kepala.

“Habis tu, kemeja yang kamu pilih ni macam mana?”

“Macam mana apa?”

“Papa tak minat sangatlah pink-pink ni.”

Selena tiba-tiba mendiamkan diri.

“Amanda, kenapa kamu diam pulak ni? Kamu marah papa ke?” tanya Syafiq. Pelik pulak dia. Tadi mulut becok semacam. Sekarang diam pulak.

“Aduh! Papa, Amanda sakit perutlah,” ucap Selena. Tangannya memegang perut. Nafasnya turun naik.

“Ha? Sakit perut? Nak papa bawak pergi klinik tak ni?” tanya Syafiq yang tiba-tiba kelihatan risau.

“Aduh! Sakitnya! Oh, my God! My stomach contracts!” Bersungguh-sungguh Selena memegang perutnya. Sakit betul!

Syafiq yang mendengar sempat memandang pelik ke arah anak gadisnya. My stomach contracts? Dari manalah dia belajar benda tu? Kat sekolah kot.

“Dah-dah. Jom papa bawak pergi klinik,” ucap Syafiq jelas kelihatan bimbang di wajahnya.

“Tak apa, papa. Tak payah pergi klinik. Amanda nak pergi toilet kejap,” kata Selena yang dah terbongkok-bongkok macam orang tengah rukuk.

“Ha?”

Toilet...Amanda nak pergi toilet. Nak melepas!”

“Eh, Amanda! Betul ke ni kamu tak nak pergi klinik?”

Selena mengangguk semahunya. “Betul! Betul! Amanda nak pergi toilet dulu ni. Papa pilih baju tau. Apa-apa warna pun boleh. Asalkan jangan hitam. Tau! Tau! Hwaa! Sakit perut! Toilet!”

Selena berlari-lari keluar dari butik tersebut. Syafiq pula ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga.

***

Bahrain berjalan-jalan di pusat beli-belah itu sambil tangan kanannya memegang ais krim berperisa jagung. Memang selalunya dia membeli ais krim jagung kalau dia singgah ke situ. Saja buat tekak basah.

Dia ketika itu keseorangan. Kalau bosan, dia singgah kejap ke pusat beli-belah tu. Boleh beli komik. Jalan-jalan sambil tengok orang sekeliling pun dia suka. Macam-macam yang dia boleh pelajari apabila melihat.

Yang seorang tu perangai macam ni.

Yang tu dah ada awek.

Yang tu pulak gaduh dengan boyfriend.

Macam-macam orang sekarang ni!

Sedang dia syok menjilat ais krim berperisa jagungnya, seperti biasa dia melihat suasana sekeliling. Namun, hari itu dia terasa ada bezanya daripada hari-hari lain dia berada di situ.

“Amanda?”

Dia menapakkan kakinya menghampiri gadis itu yang kelihatan sedang menyembunyikan diri di balik dinding. Dia bagaikan menyorokkan diri daripada dilihat seseorang.

Perlahan-lahan Bahrain mendekati gadis itu dari belakang.

“Hoi!”

“Oh, mak kau!” Terhenjut-henjut Amanda dibuatnya gara-gara Bahrain yang tiba-tiba menyergahnya dari belakang.

“Kenapa dengan mak aku? Kau cari mak aku sebab nak masuk pinang aku eh?” Sengaja Bahrain berjenaka dengan gadis itu. Kelakar dia melihat gadis itu terperanjat. Melatah pulak tu. Garang-garang dia tu melatah jugak ek.

“Weh, kau kat sini jugak ke Bahrain?” tanya Amanda.

Matanya melihat seimbas penampilan lelaki itu yang agak berbeza dari hari-hari biasa. Yalah, selalunya pakai baju sekolah. Tak pun pakai baju sukan sebab ada kelas jasmani. Sekarang nampak dia memakai jeans hitam dan T-shirt yang mempunyai warna yang sepadan dengan seluar. Apa lagi? Mestilah warna hitam!

I loike!

Loike = Love + Like.

Nampak ganteng gitu! Hehehe...

“Aku jalan-jalan kat sini,” kata Bahrain sambil menjilat ais krimnya. “Kau buat apa kat sini?”

“Dah nama pun kat shopping complex, mestilah aku pergi shopping. Ish, kau ni! Itu pun nak tanya ke?” ucap Amanda. Macam biasalah. Dia dengan gaya garang campur cool tu!

Kejap-kejap kepalanya menjengah di tepi dinding dan melihat sesuatu. Entah apa bendalah yang anak dara tu pandang. Bahrain yang tengok pun naik pelik jadinya dengan tindak-tanduk Amanda.

“Tak adalah. Maksud aku, kau buat apa menyorok kat tepi dinding ni? Dah buang tabiat?” tanya Bahrain.

Amanda pula langsung tak menjawab soalan yang terkeluar daripada mulut kawannya itu. Buat tak tahu seolah-olah dia tak dengar dengan soalan tersebut.

Bahrain memanjangkan lehernya. Dia juga teringin tahu apa yang menarik minat Amanda ketika itu.

“Kau skodeng siapa ni, Amanda?”

“Eh, kau ni! Tepilah sikit. Jangan kacau.”

“Kau tengok apa tu? Aku pun nak tengok jugak.”

“Manalah Selena ni? Cepatlah sikit.” Amanda sudah mula menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Jam tangan di tangan kirinya dilihat sekilas.

“Dah pukul 3.00 petang ni. Come on, Selena. Sebelum mama dan papa bla dari situ,” sambung Amanda yang agak risau tapi masih lagi nampak cool.

Amanda kot. Mana boleh panik. Except for modelling!

“Selena?” Berkedut dahi Bahrain mendengarkan nama kembar Amanda itu disebut. Apa bendalah yang dia orang nak buat ni?

“Ha! Tu pun dia!”

Kelihatan Selena yang keluar daripada sebuah butik berlari-lari. Bukannya nak ke tandas pun dia tu sebenarnya. Temberang je lebih. Pecut betul dia berlari menuju ke arah Amanda yang menyembunyikan diri di balik dinding tidak berjauhan daripada butik tempat Selena dan Syafiq memilih baju tadi.

“Fuh! Aku rasa lepas ni aku kena jadi pelakonlah. Papa percaya aku sakit perut!” ujar Selena yang agak tercungap-cungap. Aku rasa kalau tambah peluh kat dahi mesti lagi dramatik. Agak-agak boleh dapat Teen Choice Award tak?

Ceh! Tambah lagi seorang yang suka berangan mat jenin!

“Amacam? Papa macam mana? Ada kat dalam butik tu?” tanya Amanda.

Selena mengangguk. “Ada. Mama macam mana pulak? Aku tak nampak pun mama kat dalam tu.”

“Ada kat situ jugak. Kau je yang tak nampak. Dia kan kat bahagian perempuan tu,” ujar Amanda kemudian.

Bahrain hanya mengangguk tanda faham apa yang cuba dilakukan oleh kedua-dua kembar itu.

“Oh, korang nak temukan mama dan papa korang eh?” teka Bahrain.

Amanda dan Selena melemparkan pandangan masing-masing ke arah Bahrain yang masih lagi setia dengan ais krim jagungnya. Tak habis-habis lagi ais krim tu! Bilalah nak cair agaknya?

“Bahrain? Kau buat apa kat sini?” soal Selena melihat jejaka itu.

“Aku boring dekat rumah. Aku ronda-rondalah jalan kat sini. Sekali ternampak awek aku pulak kat sini,” jelas Bahrain.

“Awek?”

“Eh, Amanda ni bukan awek aku eh?”

Amanda pula terpinga-pinga. Wajahnya pula semakin kemerah-merahan. Matanya langsung dihalakan kepada Bahrain.

Bahrain pula tersengih-sengih.

“Nak kena tumbuk dengan aku?” gertak Amanda. Penumbuknya yang tak adalah besar mana tu dikeluarkan.

“Nak.”

Dush!

“Aduh! Kau tumbuk aku betul-betul? Sedap-sedap je kau tumbuk aku yang budak silat ni?” erang Bahrain. Pipinya yang agak merah itu dipegang. Garangnya minah ni! Cakap awek pun dah kena penumbuk. Kalau aku cakap dia ni bini aku agaknya dah kena terajang!

“Malas nak layan kau!”

Amanda kembali melihat ke dalam butik. Selena juga begitu. Bahrain pun layankan jelah apa yang budak dua orang tu buat. Menyorok di balik dinding dan masing-masing memandang ke dalam butik pakaian tersebut.

Agak-agak apa yang jadi ek kat dalam tu?

Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh