Bab 8

Are you kidding me?” pekik Amy Patricia.

Oh, I don’t kid, love,” ujar George.

Sibuk benar dia menguruskan model-model yang akan memperagakan pakaiannya. Pakaian-pakaian rekaannya bakal ditayang beberapa jam dari waktu tersebut. Dia mahu memastikan tidak ada cacat cela rekaan terbarunya. Kritikan membina boleh diterima. Kritikan mereka yang merundumkan semangat, itu dia mahu jauhkan sama sekali.

This is beyond outrageous! You cannot do this. I don’t do last minute cancellation,” bangkang Amy Patricia yang ketika itu mengejar George kehulur-kehilir.

Dia berasa berang sekali dengan keputusan George untuk menggantikan dirinya dengan Selena. Pada asalnya, Amy Patricia yang patut menjadi model memperagakan baju rekaan George seperti tahun-tahun sebelum ini. Beberapa jam sebelum dia naik ke pentas, sebaliknya pula yang berlaku. Siapa yang tak marah?

Hey, these outfits are from my own line. I can get any model I want whenever I want and I want Selena, alright?” balas George selamba.

Perhatiannya sungguh bukan seratus peratus kepada gadis yang kemerahan-merahan wajah menahan amarahnya. Pedulikan ajelah perempuan ni! Ramai lagi yang boleh jadi model aku. Selena akan sampai tak lama lagi. Memang confirm meletup baju-baju aku ni kalau dia yang peragakan.

Dalam fikirannya sekarang hanyalah duit, duit dan duit yang bakal diperolehi hasil pertunjukan fesyen yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Oh, duit!

Perasaan Amy Patricia langsung tidak diendahkan waktu itu.

Amy Patricia pula tercengang mendengarkan jawapan George.

“Unbe-bloody-lievable!”

Terasa darah mendidih yang amat waktu itu. Kalau macam ni hari-hari memang boleh dapat darah tinggi.

I am the one who should be on that stage. Not that retarded girly girl Selena. I have been on that runway for five years straight!” Amy Patricia masih lagi mahu mendapatkan keadilan. Sememangnya dia berhak berada di atas pentas itu memperagakan pakaian milik George. Bukannya Selena penyibuk tu!

Oh, honey. Five years are too long, aren’t they?” ujar George menambahkan lagi api kemarahan gadis itu. Dia memang malas mahu melayan karenah Amy Patricia yang sudah mula mengganggu dirinya.

Diri George pula kini sibuk membetulkan gaun putih yang dipakai oleh salah seorang model kurus tinggi lampai. Stylist rambut pula menumpukan perhatian penuh pada rambut yang bakal digayakan bersesuaian dengan baju yang dikenakan.

You need me, George,” kata Amy Patricia kemudian. Hatinya masih lagi membara. Kenapa George mengambil keputusan yang sungguh drastik itu? Ini memang tidak adil baginya!

You know what? Selena’s hot and you’re not. So deal with it, darling.

Kata-kata George mengakhiri perbualan mereka pada hari itu. Lelaki yang berperwatakan lembut itu terus melangkah pergi meninggalkan Amy Patricia yang tercengang-cengang bagaikan orang menunggu salji turun di musim panas. Bercampur aduk perasaan yang dialaminya ketika itu.

Bibir diketap. Perasaan marah yang meluap-luap.

Sedih apabila dirinya diabaikan dan diperlakukan sedemikian. George memang tak adil!

Apa yang paling dirasai ketika itu adalah perasaan geram yang sangat mendalam terhadap gadis yang bernama Selena. Ya! Dia meluat tengok gadis itu! Terasa dunia memalingkan matanya ke arah Selena sekarang dan bukan lagi dirinya.

Pergi ke mana-mana, Selena juga yang disebut khalayak ramai. Buka majalah, nama itu juga yang terpampang di depan mata. Laman sesawang juga dua kali lima. Balik-balik nama Selena yang dia jumpa.

Selena! Selena! Selena!

Sepasang mata Amy Patricia tertumpu pada gadis muda yang baru sahaja menjejakkan kaki ke situ. Semua orang berpusu-pusu mendapatkan Selena untuk disolek dan bermacam-macam lagi bagi menjayakan pertunjukan fesyen yang akan berlangsung tidak lama lagi. George, lebih-lebih lagi, tidak menang tangan menyiapkan gadis tersebut. Kedengaran oleh telinganya lelaki itu memuji-muji kecantikan dan kebaikan gadis itu. Selena pula hanya tersenyum gembira membiarkan jurusolek memanjakan wajah.

Ah, sungguh aku jelek!

***

~ JALENA: The Sweetest Couple ~

Membaca tajuk akhbar aje pun dia sudah membara bagai nak gila. Tahap kepanasan badannya boleh mencapai takat didih air kalau dibiarkan. 100 darjah Celcius! Kalau letak ais pada tangan, memang confirm ais tu pun boleh cair.

Membara.

Muka merah bagai sang naga mengeluarkan asap dari hidung.

Terasa tekaknya mahu menjerit. Biar lepas semuanya. Biarkan semua orang tahu bahawa dia memang sudah gila.

Ya, dia gilakan Jared!

“The two of them were seen hanging out around 10 Trinity Square in the evening. The weather plus the blue sky were the perfect combination to the most romantic scenery ever between them two.”

“Urgh!” jerit gadis yang semakin gila itu.

Makin menyampah dia yang bernama Amy Patricia apabila membaca isi kandungan berita itu pula. Sudahlah dia sudah bahang membara apabila menatap tajuk, semakin panas apabila isi-isi kandungan itu masuk ke dalam pengetahuannya pula.

Sudahlah dia masih lagi panas dengan tindakan George menyingkirnya dari pentas fashion show, semakin membara dia apabila membaca keratan akhbar pada hari itu.

Tak habis-habis nak cerita pasal perempuan tak guna ni!

Akhbar yang baru dibeli itu dicampak ke atas lantai. Tidak kuasa dia mahu membaca lagi. Kertas-kertas akhbar itu direnyuk lalu dipijak sepuas hati. Geram yang menyelubung sanubari itu dihemburkan pada akhbar yang bagaikan hidup di matanya. Biarkan Selena yang berada dalam gambar itu sakit dek hentakan kakinya yang agak kuat itu.

“Mati kau, Selena! Mati!” pekik Amy Patricia. “Kau memang suka rampas lelaki kesayangan aku! Kau memang perempuan tak guna!”

Keratan akhbar yang baru dipijak tadi diambil semula. Tiba-tiba dia berasa bersalah kerana melepaskan geram yang terbuku pada akhbar tersebut.

What have I done?” Mulutnya bersuara perlahan. Kertas-kertas yang direnyuk dirungkai semula. Kedutan-kedutan yang ada dibetulkan.

Gambar Jared yang terpampang di depan mata langsung mengukir senyuman di bibir Amy Patricia. Gambar itu didekatkan lalu dicium berkali-kali. Sungguh dia jatuh cinta pada lelaki yang bernama Jared.

Jared dan Amy Patricia memang saling mengenali. Lelaki itu memang tidak kisah berkawan dengan ramai perempuan termasuk dirinya yang juga merupakan seorang model. Amy Patricia sering terserempak dengan Selena di tempat kerja tetapi buat-buat seperti tak kenal walau dalam hati terasa mahu dihempuk sahaja kepala Selena itu.

Layanan mesra yang lahir daripada Jared telah membuatkan Amy Patricia tergila-gilakan model berbadan sasa itu dalam diam. Secara zahirnya, gadis itu berkelakuan biasa-biasa di depan Jared. Hanya jejaka muda itu yang sering memulakan perbualan kalau Selena tidak ada berdampingan dengannya. Namun, secara lahiriah, gadis itu memang psycho!

Matanya kini tiba-tiba beralih pada isi kandungan berita itu lagi.

Jared who just got back from a fashion shoot in New York made useful of his schedule and went directly to meet the fair maiden. The charming couple were spotted holding hands giving warmth to each other during this cold winter. It was absolutely a heartwarming sight to the reporters on the scene.

Damn you, Selena!

Kata-kata kesat diungkapkan pada imej Selena yang dianggap dapat mendengar tiap-tiap perkataan yang keluar daripada mulutnya. Ah, lantaklah! Selena merupakan perempuan yang telah merampas kebahagiannya.

“Aku benci kau, perempuan!”

Gambar-gambar Selena dan Jared tersiar jelas dalam helaian akhbar tersebut. Dari 10 Trinity Square sehinggalah mereka menjejaki restoran yang terletak berhampiran. Foto mereka berdua selekeh akibat ‘bermain’ sos cili, mayonis dan lada hitam juga terpampang menambahkan lagi cemburu dalam hati Amy Patricia.

Kepalanya tertoleh pada meja berhampiran. Gunting yang terletak di atas meja tersebut diambil. Alatan memotong itu ditenung dalam. Sasarannya adalah pada keratan akhbar yang bertaburan di atas lantai.

Gunting yang ada pada tangannya kini digunakan untuk memotong gambar-gambar Jared. Lelaki kacak itu tetap kacak dimatanya walaupun hanya dalam dada-dada akhbar. Gambar lelaki itu dipotong dengan cukup hati-hati. Tidak mahu dia merosakkan foto yang cukup bermakna itu.

The two then were taking a stroll on the street and ended up at a restaurant nearby. Food war occur between them two making everybody there smiled upon the sweetest couple of the year.

The sweetest couple of the year?

“Huh, boleh pergi jahanam!”

Amy Patricia berlari menuju ke arah katil. Tangannya tegar menusuk bantal dan tilam menggunakan gunting tajam tersebut.

“Selena! Selena! Selena!”

“Argh!”

Isi bantal dan tilam habis terkeluar semuanya. Gunting itu masih lagi laju mencucuk-cucuk bantal. Kini sasarannya pada salah satu anak patung yang berada berhampiran. Kepala anak patung itu dipotong kasar. Tinggal badan sahaja yang tinggal. Kepala hilang entah ke mana.

“Aku akan pastikan nasib kau sama macam patung ni, Selena!”

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh