Selena baru sahaja selesai mandi.
Segar terus tubuhnya setelah berendam dalam bath
tub. Entah berapa lama dia duduk dalam bath
tub tu, dia sendiri tak tahu. Apa yang dia tahu dia mahu menenangkan
fikirannya dengan berada di dalam bilik mandi.
Pelik betul dia ni. Selalunya orang
tenangkan fikirian apabila berada di taman atau tempat-tempat yang memaparkan alam
semula jadi. Dia pula berlainan sama sekali.
Bilik mandi.
Suruh ajelah si Selena berkurung
dalam bilik mandi. Memang langsung dia tak kisah. Di situlah dia dapat berfikir
secara waras dan menenangkan minda kalau sudah stres sebab kerja seharian yang
memaksanya berhadapan dengan orang yang kadang-kala boleh membuatnya rasa nak
gila.
Pelik kan Selena ni?
Hari itu dia memang terasa badan dan
mindanya letih sekali. Bukan sahaja disebabkan aktiviti modelling yang memang sudah lali dalam kehidupannya, malah masalah
yang baru sahaja terjadi siang tadi.
Jared
happened as she would definitely say.
Masih lagi terasa geram dengan sikap
Jared.
Jared – Amy Patricia.
Dua nama yang sungguh memberi kesan
yang mendalam dalam dirinya. Benci betul dia apabila teringatkan pemandangan
diri Jared bersama perempuan model yang semakin lama terasa semakin menyampah.
Macam manalah si Amy Patricia tu
berkenan dengan Jared?
Huh, siapalah yang tak berkenan
dengan mamat tu? Lelaki tu kan model. Muka kacak. Badan memang eye candy. Siapa aje tak cair kalau
ternampak mamat tu?
Tapi agak-agaklah! Jared tu aku
punya!
Jared tu pun satu. Layankan sangat
si Amy Patricia tu!
Ah, geramnya!
Namun di sebalik rasa geram masih
juga terselit rasa sayang yang terbenam di jiwa Selena. Pujukan dan kata-kata
yang terkeluar dari mulut Jared langsung menyejukkan hatinya walaupun lelaki
itu jelas bermain kayu tiga di belakangnya.
“I
love you.”
Berkali-kali ucapan itu bermain di
ruang minda muda Selena. Mata itu. Suara itu. Sungguh Selena rasa tidak keruan
disebabkan Jared!
Selena yang masih lagi dengan bathrobe, terus menghala ke arah meja
solek. Pelembap muka yang terletak elok di atasnya diambil lalu disapu ke muka
licinnya. Penjagaan muka memang sangat penting dalam hidupnya.
Biasalah.
Model kot.
Muka
memang aset utama.
Tubuh
mesti terjaga.
Cermin
dipandang. Tuala yang tersangkut diambil. Rambut panjangnya dilap agar air
mandi tidak menitik-nitik. Matanya tertancap pada cermin.
Sedikit
demi sedikit memori bersama Jared terpampang di ruang fikiran.
Kali
pertama Jared melamarnya menjadi teman wanita ketika berada di atas pentas runway. Lelaki itu sungguh gentle sekali dengan sekuntum bunga
sambil melutut di hadapan Selena ketika itu. Gugup betul dia waktu tu. Mana
taknya, semua mata memandang dirinya juga Jared. Terasa macam dilamar nak naik
pelamin pun ada.
“Will you be my
girlfriend?”
Ayat-ayat
itu masih lagi tertancap di memori walau sudah berapa lama dia menjadi teman
wanita Jared.
Drama
di atas pentas itu berakhir dengan sorakan dan tepukan orang ramai apabila
Selena mengangguk semahunya sebagai tanda setuju buat soalan Jared.
Bunga
di tangan Jared langsung diambil. Lelaki itu lantas berdiri lalu memeluk
dirinya. Pertama kali dirinya dilakukan sedemikian. Berada di dalam dakapan
Jared membuatkan dirinya terasa sungguh selamat.
Hangat
tubuh itu menjadi sumber kebahagiaan dirinya. Senyuman lelaki itu sungguh buat
dia macam nak gila.
Memori
lain pula silih berganti.
Kini
dia berada di tempat permainan. Dia dan Jared berlari-lari berebut nak main
buaian. Macamlah buaian tu ada satu je. Padahal ada lagi buaian yang tersadai
kat tempat yang sama. Itu pun mahu berebut lagi. Syok main buaian, Jared pula
rela hati mahu menolak buaian Selena. Berbual-bual pasal bermacam-macam
perkara.
Tak
cukup dengan buaian, gelongsor juga mahu ditibai. Jelas di fikiran senyuman
kedua-dua empunya badan. Gelak ketawa terngiang-ngiang di telinga. Terasa dunia
waktu itu mereka yang punya. Terasa cerita cinta merekalah yang paling bahagia.
Mata
Selena masih lagi tertancap pada cermin di hadapannya. Air mata mengalir
tatkala mengingatkan memori lama.
No matter what, I will
always love you, Jared.
***
“Ting tong!”
Loceng pintu di rumah tiba-tiba
kedengaran berbunyi. Jarang sebenarnya loceng rumah nak berbunyi pada waktu
malam. Kalau bunyi pun mesti ada janji temu tapi hari itu rasanya jadualnya tak
ada apa-apa malam tu.
Free.
Habis tu, siapa yang datang rumah
Amira ek malam tu?
Takkanlah peminat Selena datang
rumah?
Eh, tak kot? Ni bukannya macam kat
Korea. Peminat yang memang terlalu obses sehingga dicop sebagai stalkermemang wujud di negara Asia itu.
Amira yang sedang leka menonton
filem Warm Bodies waktu itu terpaksa bangun lalu menghala ke arah pintu. Pintu
lantas dibuka.
Matanya tertancap pada seorang
jejaka yang dia memang kenal. Mestilah dia kenal. Wajah itu merupakan model
seperti anak gadisnya yang baru melonjak namanya. Wajah jejaka itu jugalah yang
berjaya mencairkan hati anaknya.
Jared.
Siapa lagi kalau bukan mamat tu?
Amira tersenyum melihatkan Jared
yang berada di depan rumah. Ingatkan stalker
mana tadi. Rupanya budak kacak ni yang datang rumah aku.
“Jared,” tegur Amira di muka pintu.
Pertama kali dia melihat secara langsung jejaka itu. Selalunya ternampak Jared
di muka buku a.k.a Facebook, majalah ataupun televisyen. Namun, hari itu, apa
mimpi agaknya lelaki itu bertandang ke rumahnya?
‘Nasib baiklah aku ni dah berumur. Gorgeousjugak si Jared ni. Padanlah
anak aku ni boleh melting tengok
dia,’ desis Amira dalam hati. Hei, dengan budak muda pun boleh berangan!
“Hello,
Aunty Amira,” ujar klon Nicholas Hoult mesra.
“Hello
to you, too, Mr. Nicholas Hoult, eh, Jared!”
Alamak ai, macam manalah aku ni
boleh tersilap nama? Ni mesti penangan cerita Warm Bodies ni! Aiyo...kenapalah
muka kau dengan muka Jared ni dah nak sama? Saja je. Dahlah cerita tu comel!
Hei, sudah-sudahlah tu, Amira! Yang
kat depan kau ni Jared. Boyfriend
anak kau sendiri. Takkanlah nak berangan terlebih-lebih kot!
Jared yang mendengarkan nama pelakon
yang popular dalam filem romantik Warm Bodies itu hanya tergelak kecil. Memang
dia pasti ramai terutamanya golongan yang bernama perempuan tergila-gilakan
cerita itu.
Mana taknya. Nicholas Hoult yang
memegang watak sebagai zombie yang bernama R sungguh protectivesekali dalam filem itu. Muka hodoh tapi comel.
Huh? Hodoh tapi comel?
Macam mana tu?
R...zombie yang hodoh tapi perangai
comel. Macam tu kot?
Ha...kalau nak tahu cerita tu dengan
lebih lanjut bolehlah pergi tengok sendiri. Confirm
cair! Awww...
“Jared, masuklah,” ucap Amira
menjemput anak itu masuk ke dalam rumah. “Make
yourself at home.”
Jared bergerak masuk ke dalam rumah.
Kot yang menyarung tubuhnya dibuka lalu disangkut di tempat yang sepatutnya.
Dirinya melangkah ke arah ruang tamu.
“Jared cari Selena kan?” teka Amira.
Jared menganggukkan kepalanya. “Yup.”
“Dia kat atas. Dari tadi terperuk
dalam bilik. Entah kenapa agaknya,” kata Amira yang berkira-kira mahu ke dapur.
“Berkurung dalam bilik?”
Jared tahu sebabnya. Tak lain tak
bukan, mesti sebab kes siang tadi. Kes dia bersama-sama dengan Amy Patricia.
Giliran
Amira pula mengangguk. “Angin apa entah dah merasuk kepala dia. Tiba-tiba je
macam tu.”
Jared tak tahu mahu berkata apa. Takkan
nak bukak cerita depan mama Selena? Gila! Aku dah main kayu tiga. Takkanlah
senang-senang nak bagitahu kat Amira yang Selena terperuk tu sebab aku?
“Kamu pergilah naik atas. Pujuk dia.
Manalah tahu dia nak dengar cakap kamu. Makan tak mahu, apa pun dia tak nak.
Risau pulak auntyni,” ujar Amira.
Memang
dia risau dengan keadaan anaknya yang tiba-tiba murung semacam. Berkali-kali
ketuk pintu bilik, langsung tak mahu menampakkan muka. Ajak makan malam pun tak
mahu. Dia tahu menjadi model perlu jaga makan tapi takkanlah sampai tak makan
langsung? Kalau tiba-tiba si Selena tu pengsan, sakit berat, macam mana? Kan
susah namanya.
“Bilik dia yang mana satu, aunty?” soal Jared kepada mama Selena.
“Kalau kamu naik atas tu, kamu akan
terus nampak nama Selena kat pintu. Yang tulah bilik dia,” jawab Amira
kemudian.
Jared mengangguk lantas bergerak ke
tempat yang mahu ditujui. Amira pula sibuk ke dapur. Lain kalilah layan cerita
Warm Bodies tu. Nasib baik sempat rakam. Boleh tengok bila-bila masa. Kalau
bosan-bosan boleh cuci mata tengok Nicholas Hoult.
Hehehe...
***
“Selena,
are you in there?” Jared bersuara di muka pintu bilik Selena. Pintu bilik
itu diketuk berkali-kali.
“Selena,
it’s me, Jared,” ucap lelaki itu lagi. Dia cuba bersabar dengan Selena yang
masih lagi terperuk di dalam biliknya.
Nak pujuk perempuan, kenalah sabar.
Selena ni punca duit kau. Kalau tak ada Selena, tak ada maknanya kau nak famousmacam ni, Jared.
Selena yang termenung di dalam bilik
tiba-tiba tersedar daripada lamunannya. Telinganya bagaikan terdengar suara
Jared di depan bilik tidurnya. Dahinya tak semena-mena berkerut.
“Suara Jared?” Selena bermonolog.
“Aku ni dah memang gila ke? Balik-balik ingat si Jared tu. Sekarang dengar
suara Jared pulak?”
“Selena. Please bukak pintu ni,” kata Jared di sebalik pintu bilik.
Eh, memang betullah tu suara Jared!
Diri Selena yang sedari tadi
terbaring di atas katil bingkas bangun lalu menghala ke arah pintu bilik.
Terpampang terus wajah Jared di ruang mata gadis itu apabila pintu bilik
tidurnya diselak.
Selena berkerut lagi.
“Jared? You buat apa kat sini?” soal
Selena yang sedikit sebanyak terkejut dengan kehadiran pemuda itu di rumahnya.
“You still marahkan I ke?” tanya Jared kembali.
“Pasal apa?” Selena menyilangkan
kedua tangannya. Sengaja dia mahu main tarik tali dengan lelaki itu.
“Pasal tadi.”
Selena mengetuk-ngetuk jari
telunjuknya pada bibir pula. “Let me
think. Pasal apa ya? Oh, pasal you dengan Amy Patricia tu ke? No worries. I’m over it.”
Selena berkira-kira mahu menutup
pintu biliknya kembali.
Sayang memang sayang tapi marah
tetap marah.
Jared menahan pintu bilik itu
daripada tertutup.
“I tahu you marahkan I lagi kan?”
ujar Jared. Dia memang tidak mahu beredar dari rumah itu selagi dia tidak
berjaya memujuk Selena.
Dia masih lagi ingat kejadian siang
tadi. Lelaki itu bersama-sama dengan Amy Patricia. Model yang sungguh
mempesonakan di matanya walaupun telah kenal lama. Lelaki mana tak tergugat
apabila dapat mencuci mata melihat keindahan susuk tubuh perempuan itu. Amy
Patricia pula bagaikan rela dipegang-pegang. Perempuan itu tidak kisah tubuhnya
menjadi tatapan matanya. Dasar lelaki! Memang kalah dengan godaan macam tu!
Tingkah laku mereka berdua kantoi
apabila Selena ternampak mereka berdua buat perkara tak senonoh. Memang terus
Jared berlari mendapatkan Selena.
Macam yang Jared kata, ‘Tak ada
Selena, tak ada Jared.’
Dia
memang mahu memujuk gadis itu. Namun, pelukan yang diberikan bersama ucapan
cinta ditolak mentah oleh Selena. Gadis itu berlalu pergi dengan linangan air
mata.
Kini dia berada di rumah teman
wanitanya itu semata-mata mahu terus menjalankan misi yang tertunggak. Dia mahu
meraih Selena kembali.
Jared masuk ke dalam bilik Selena
tanpa dijemput. Pintu bilik itu lantas ditutup.
“Jared, you buat apa masuk dalam
bilik I? I ada suruh masuk ke?” ucap Selena menjegil ke arah jejaka itu.
Lelaki itu tidak membalas kata-kata
Selena. Kakinya melangkah menghampiri tubuh gadis itu.
“I akan masuk walaupun you tak
suruh. I akan terus masuk dalam hati you walaupun you tak jemput. Because that’s where I’ll always be,”
ujar Jared yang kini terlalu hampir dengan Selena sehingga memaksa gadis itu
menolak tubuh sasa tersebut.
Jared menggenggam kedua-kedua lengan
Selena. Dia inginkan gadis itu berdamping dengannya semula. Dia mahukan keadaan
menjadi seperti sedia kala. Sesungguhnya, dia tidak akan melepaskan Selena
terlepas dari genggaman.
“Let
me be in your heart, Selena.”
Mata Jared tertancap pada sepasang
mata berwarna hazel-nut milik Selena.
Mata yang jelas diwarisi daripada mamanya. Sungguh cantik tatkala dipandang.
Sungguh menawan di mata lelakinya.
Lidah Selena terkedu. Membeku
bagaikan ais. Terasa ingin mengalirkan air mata lagi. Sungguh dia tersentuh
mendengarkan kata-kata cinta yang terkeluar daripada mulut teman lelakinya itu.
“I’m
really sorry, Selena. I need you in my life. I tak boleh kehilangan you,”
kata Jared bersungguh-sungguh.
Selena memandang Jared.
Dia tersenyum. Tubuh lelaki itu
didakap.
Jared
– Selena...the sweetest couple of the year still.