Bab 39

Amira termenung di atas kerusi empuk yang menghadap tingkap. Wajahnya yang disimbahi dengan cahaya dari luar langsung tidak mengganggu konsentrasinya untuk termenung. Semakin lama, semakin hilang dia dalam menungan yang entah berapa lama itu. Fikirannya menerawang merentas masa beberapa hari yang lalu. Tidak sangka beradanya di situ telah menemukannya dengan si dia yang saban hari bermain di fikirannya semenjak dia berada di bumi Johor, Malaysia.

Kenapa dia dipertemukan dengan lelaki itu? Kenapa setelah berbelas tahun wajah itu juga yang menyinggah di benak fikiran walaupun telah lama berpisah membawa haluan masing-masing?

Ah, sungguh dia buntu!

Semenjak bersua muka dengan Syafiq, sungguh hari-harinya menjadi tidak tentu arah. Ada sahaja yang tak kena. Macam baru saja dilamun cinta persis remaja yang kemaruk nak naik pelamin.

Wajah lelaki itu masih lagi melekat di kepala. Wajah itu juga yang meniti setiap waktu apabila ditakdirkan berjumpa dengannya.

“Syafiq?” Amira akhirnya mengeluarkan suara apabila telah pasti yang lelaki itu merupakan lelaki yang pernah dikahwini suatu ketika dahulu.

Syafiq yang masih lagi sibuk memilih pakaian terkedu apabila mendengar suara itu. Suara yang amat dirindui siang dan malam. Hanya mendengar suara Amanda sahaja sebagai pengubat rindu kepada si ibu yang disangkanya jauh berada di kota London.

Lelaki itu menoleh lalu menjatuhkan pandangan kepada wanita yang cukup dia kenali. Mana tidak dia kenal? Dua tahun dia hidup bersama dengan perempuan itu. Mana mungkin dia lupa bait-bait cinta yang pernah wujud antara mereka.

“A...Amira!” Tersekat-sekat suara Syafiq pada waktu itu. Tak dapat nak digambarkan langsung perasaan ketika itu. Gembira yang amat! Kalau bukan disebabkan hubungan suami isteri yang tidak wujud lagi antara mereka berdua, sudah lama dia merangkul bekas isterinya itu ke dalam dakapan.

“Tak sangka kita berjumpa kat sini ek!” ucap Amira memandang Syafiq dengan senyuman gembira.

Ah, mata itu! Mata hazel-nut yang seringkali membuatnya terasa berdebar acap kali wanita itu memandangnya. Tambah lagi dengan senyuman menawan. Rasa macam jatuh cinta berkali-kali kepada perempuan yang bernama Amira!

Yeah. Of all places, kat sini jugak kita jumpa. Kat butik pulak tu,” ujar Syafiq kemudian. Senyuman Amira dibalas dengan senyuman.

Walau dah berbelas tahun, kekok itu masih tidak lagi terasa antara mereka berdua. Terasa seperti pertemuan mereka di London dulu.

“Aahkan. Dulu pun kita jumpa kat butik jugak,” kata Amira yang kini sedang memegang beberapa helai baju.

“Masa tu saya tak pandai betul nak cari baju. Menyesal pulak tak bawak sekali roomate teman pilihkan baju tu,” tutur Syafiq.

Terasa mahu gelak pun ada mengingatkan si Akief kaki mak nenek yang susah nak tutup mulut. Ada je benda yang dia nak cakapkan. Sampai sekarang terpaksa juga menghadap muka lelaki tu. Nama pun kawan, kan? Bukak bisnes pun sama-sama.

“Masa tu awak ada annual dinner, kan?” ujar Amira. “Masa tu blur gila muka awak. Pelik betul saya masa tu. Cakap je annual dinner tapi macam tak pernah pergi. Ke hulur ke hilir tak tahu nak pilih baju yang mana satu. Nasib baiklah awak tu jumpa saya tau. Boleh saya tolong pilihkan. Kalau tak dengan baju lapok awak tu jugak yang awak pakai masa makan malam tu.”

Syafiq dan Amira tertawa mengenang kisah yang telah berlaku berbelas tahun dulu. Pertemuannya di butik kini mengingatkan kisah mereka mengenali satu sama lain di sebuah butik juga. Cuma negara sahaja yang berbeza.

Syafiq memandang Amira. Amira melihat anak mata Syafiq. Kedua-duanya senyap tiba-tiba. Mengimbau kembali memori lalu mendatangkan rasa bahagia antara mereka.

“Awak...” Kedua-duanya nak bercakap serentak.

Heish! Dah cakap serentak ni. Agak-agak ada chancelagi tak nak kahwin balik? Hehehe...

“You first,” tutur Amira selepas itu.

“Awaklah dulu.”

Amira hanya tergelak kecil. Tak lekang senyuman di bibirnya.

“How are you, Syafiq?” tanya Amira.

“I’m fine. You?”

Amira kemudiannya mengangguk. “I’m great.”

Wanita itu menyambung, “Awak masih lagi kerja kat tempat yang sama ke?”

Giliran Syafiq pula mengiakan soalan Amira. “Aah. Saya pun stillkerja jugak kat bengkel tu. Awak ingat lagi kan bengkel tu?”

“Mana tak ingatnya? Hari-hari awak dengan Akief terperuk kat situ dengan budak-budak bengkel. Suka betul korang dengan kereta ni.”

Syafiq hanya ketawa. “Yeah. Cars are our passion, you know. Sekarang bengkel tu dah ada cawangan kat tempat lain.”

“Oh...that’s such a great news!”

“Alah tak ada benda pun.”

“Tak ada benda awak kata?”

“Betullah.”

“Ingat senang ke nak bukak cawangan kat tempat lain?”

“Alah, biasa-biasa jelah.”

“Humble. I like!”

“Awak dah kahwin ke?” tanya Syafiq tiba-tiba.

Alamak! Apa benda yang aku cakap ni? Alah, tak apalah. Selalunya benda nilah yang orang akan tanya kalau dah lama tak jumpa. Kan?

“Err...” Amira pula hanya terkebil-kebil mendengarkan soalan mengejut daripada bekas suaminya.

Never mind. Burn jelah soalan tu,” kata Syafiq yang semakin menggelabah. “Amira, saya dah nak kena pergi ni. I really do hope I can get to see you again.”

Syafiq lekas-lekas meletakkan baju kemeja yang dari tadi dia pegang. Dia mahu beredar dari situ juga. Rasa macam tak nak dengar langsung jawapan kepada soalannya tadi. Kalau dia tak kahwin lagi, memanglah aku happy sangat sebab aku still cintakan dia. Kalau dia dah kahwin, aduh! Melepas!

Amira pula terpinga-pinga melihatkan Syafiq yang tiba-tiba kabut semacam. Rasa nak gelak pun ada. Sebiji macam masa mula-mula jumpa dulu.

“Saya pergi dulu eh, Amira. Nanti saya bawak rombongan masuk meminang awak. Eh, apa yang aku melalut ni! Never mind!”

Syafiq mahu menapak keluar daripada butik itu. Dia sendiri tak tahu apa jadi dengan dia sekarang ni? Rasa berpeluh semacam. Adrenaline rush!

Kenapalah dengan aku ni? Mereng ke?

“Syafiq!” sahut Amira.

“Ya?”

“Saya belum kahwin lagi.”

“Oh...yakah?” lafaz Syafiq.

Amira mengangguk.

“Yes!”

Tak semena-mena tangannya menghayunkan penumbuk ke udara bagaikan nak sambut merdeka. Dah macam gaya Tunku Abdul Rahman pulak!

Memori yang masih lagi segar di lipatan otaknya ternyata menghadirkan senyuman di bibir Amira. Walaupun sekejap tapi cukup untuk membuatkan kenangan itu bermakna sekali. Alahai, Syafiq! Perangai kau dari dulu sampai sekarang sama je! Menggelabah semacam! Lawak pulak aku tengok.

Mengingatkan Syafiq, fikirannya menerawang lagi. Dia teringatkan anaknya. Dia teringatkan Selena. Namun, dia lebih teringatkan Amanda! Ya, dia punya anak perempuan kembar yang sangat dia sayangi!

Amanda, mama harap papa didik kau sebaik-baiknya. Mama harap kau menjadi anak yang solehah buat kami berdua menempah syurga kelak.

Ya ALLAH! Ampunkan aku atas dosa-dosaku selama ini. Aku bukan ibu yang terbaik untuk mereka berdua, Ya ALLAH. Tapi kehadiran mereka di dunia ini sangat menghadirkan bahagia di jiwa aku ini. Maka kau berilah aku kesempatan untuk bertemu semula dengan Amanda, wahai TUHAN Yang Maha Agong.

Aku telah banyak menunjukkan sikap tak baik depan anak aku Selena. Sepatutnya aku menjadi contoh buat dia menghadapi dunia yang penuh sangat godaannya. Ampunkan aku, Ya ALLAH!

Aku berjanji yang aku akan berubah menjadi yang lebih baik lagi. Kau bantulah aku, Ya ALLAH. Wahai TUHAN yang membolak-balikkan hati, kau tunjukkanlah aku jalan yang lurus. Doronglah aku ke jalan-MU. Aku nak jadi ibu yang terbaik buat anak-anakku. Hadirkanlah kegembiraan buat kami sekeluarga.

Amin!

Previous: Bab 38
Next: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh