Selesai membersihkan diri, Amanda bingkas memakai baju
t-shirt yang digayakan dengan skirt labuh berwarna hitam. T-shirt yang dia
pakai juga berwarna hitam.
Hei, Amanda ni! Semua benda nak warna hitam. Tak ada warna
lain ke? Dah macam orang nak berkabung pun ada jugak. Nasib baik juga ada corak
sikit-sikit kat baju tu. Kalau tak memang plain
hitam habis!
Dia
mengeringkan rambutnya yang lebih daripada paras bahu itu. Setelah menyikat
kemas rambut, dia terus ke bawah untuk pergi ke dapur.
Semua
tempat di rumah mamanya itu memang sudah melekat di kepala walaupun baru
tinggal sehari. Dapur, tandas, bilik tidur mama dan Mak Cik Emma memang dia
ingat. Sekarang, dia mahu ke dapur pula untuk menyediakan sarapan pagi.
Pertama
kali berjumpa dengan mamanya Amira, gembira bukan kepalang menyinggah di hati.
Dah lama kot tak jumpa mama. Daripada kecil lagi dah terpisah. Bila nampak
wajah mama terpampang depan mata secara live,
memang dia terus peluk ketat-ketat.
Seperti
pertemuan Selena dan Syafiq, Amanda dan Amira juga mempunyai reaksi yang lebih
kurang sama. Amanda hampir mengalirkan air mata. Amira pula hanya
tercengang-cengang dengan tindak-tanduk anak gadisnya yang seakan-akan baru
jejak kasih.
Amanda tu
berlagak cool. Depan mama air mata
hampir terjatuh. Masuk dalam bilik meleleh air mata macam air terjun! Air mata
rindu. Air mata gembira. Semua ada! Kenapalah mama dan papa ambil keputusan nak
bercerai dulu? Tak payahlah dia nak menangis sampai macam tu sekali.
Hurm,
biasalah Amandu tu! Menangis-menangis ni gegirl
sangat! Memang tak padan langsung dengan dia yang cold semacam tu!
Waktu baru
menunjukkan pukul 7 pagi. Lepas solat subuh tadi, dia lepak-lepak kejap di atas
katil sambil layan Facebook dan Twitter. Nak tengok apa yang tengah trending sekarang ni. Sejurus kemudian,
dia terus mandi dan membersihkan diri.
Setibanya
dia di dapur, dia terus melihat bahan-bahan yang tersimpan di situ. Bawang,
beras, kentang dan sebagainya semua tersedia elok di dalam kabinet. Nampaknya
Mak Cik Emma dah siap membeli semua barang. Tak payah susah-susah dia nak ke
kedai pagi-pagi ni.
Selalunya kalau kat rumah papa, papa yang selalu belikan
barang-barang. Biasalah, dia yang pegang duit. Memang dialah yang tolong
belikan. Tak ada maknanya nak suruh Amanda yang pergi ke kedai. Sibuk mana si
Syafiq tu, tanggungjawab terhadap hal ehwal rumah tetap dia jalankan dengan
baik.
Mata
Amanda melihat sekeliling. Tak ada seorang pun yang berada di dapur. Mak Cik
Emma pun tak ada. Mungkin orang tua tu sambung tidur lepas solat subuh agaknya.
Tu yang tak nampak lagi batang hidung.
Amanda
hanya tersengih seorang diri. Memang senanglah kalau nak masak tak ada orang
ni. Dia memang suka betul nak masuk dapur. Benda favourite dia kalau ada masa lapang. Kalau dia tengah tertekan
sebab belajar pun memang dia akan masuk dapur sebab nak asah cooking skill.
Tahu-tahu je dah ada macam-macam depan mata.
Pernah satu kali tu siap sebiji kek dia buat. Sudahnya dia
seorang yang makan. Nak harapkan papa yang habiskan memang taklah. Papa tu
nampak batang hidung bila hari dah jejak malam. Takkan nak makan kek
banyak-banyak kalau dah lewat malam kan? Badan nak kena jaga. Usia tu pun
bukannya makin muda. Kesihatan kena jaga.
“Nak sarap
apa ek pagi ni?” Amanda mengetuk dagunya dengan jari telunjuk seraya berfikir.
“Perut,
oh, perut! Kau nak makan apa?”
Gadis itu
menepuk perlahan perutnya pula. Dia tu makan ikut selera. Kalau terasa nak
makan nasi lemak, dia buat nasi lemak. Kalau terasa nak makan ikan fillet celup
tepung, dia buat sendiri. Kalau dia macam nak makan kat luar je, memang dia
kayuh basikal terus. Nak naik kereta tak ada lesen. Huhuhu...
Apa yang
sampai ke telinga Amanda hanyalah bunyi...
“Krok...krok...krok...”
Macam
perut tengah jawab soalan Amanda je tu. Bunyi macam perut tengah tahan lapar
adalah!
Hunger
contraction!
Hunger
pain!
You
name it.
“Buat simple jelah pagi ni. Buat jemput-jemput
kentang. Fuh, sedap betul kalau semua benda ada kentang ni!” Amanda berbicara
keseorangan.
Tangannya
dengan tangkas mengambil semua bahan yang diperlukan. Tepung, bawang, semuanya
dikeluarkan. Lincah betul dia mengupas kulit bawang. Tak rasa nak menangis pun.
Selalunya kebanyakan orang kupas kulit mahupun hiris bawang je dah meleleh air
mata macam orang putus cinta.
Berderai
air mata!
Amanda
pulak?
Well, dia dengan gaya cool dia tu!
Crying, menangis ataupun apa-apa bahasa
yang sama maksud dengannya memang bukan taste
dia. Menangis? Urgh!
Amanda kan
banyak kali cakap, “Gegirl sangat!
Geli I! Eh, bukan I! Geli aku!”
Setelah
menyiapkan semua bahan dia terus memasukkan sedikit demi sedikit tepung yang
telah dibancuh dengan bahan-bahan lain ke dalam minyak panas. Kini dia mahu
jerang air pula. Kalau dapat pekena kopi pagi-pagi ni sedap jugak ek.
Telinga
yang dia sumbat dengan ear pump
mendengar lagu-lagu Inggeris kegemarannya. Mula-mula dengar lagu Next to You
nyanyian Chris Brown dan Justin Bieber. Lepas tu, terdengar pulak suara
budak-budak The Vamps nyanyi lagu Can We Dance. Macam-macam lagu yang dia
dengar sambil memasak.
Memang dia
tak ambil peduli pun kata-kata orang-orang tua dulu kala. Mereka kata kalau
memasak sambil menyanyi kat dapur nanti kena kahwin dengan lelaki tua. Ah, tu
semua bukan boleh percaya pun! Aku nak nyanyi, aku punya sukalah! Hehehe...
Tangannya
kini ligat memalingkan jemput-jemput yang hampir masak itu. Mulutnya juga tak
sudah-sudah menyanyi. Riang hatilah katakan! Dapat jumpa mama!
Tiba-tiba
dia teringat pulak kembarnya Selena. Apa jadilah dengan dia malam tadi?
Harap-harapnya maggy yang dia buat tu tak hanguslah macam nasi goreng yang dia
buat. Kalau tak memang Kai hon depan rumah hari-hari jawabnya!
Ah, tak
apalah! Nanti aku ajarkan dia masak. Takkan nak suruh dia hari-hari beli
makanan? Kita orang nak menyamar ni macam lama je. Yalah, rindu punya pasal
dengan mama dengan papa sendiri. Lepas tu, nak cari jalan nak satukan dia orang
lagi. Hurm, banyak kerja ni!
“Nal annaehaejwo,
Yeah geudaega salgo inneun gose nado hamkke
deryeogajwo,
Oh, sesangui kkeuchirado dwittaragal teni,
Budi nae siyaeseo beoseonaji marajwo achimi wado
sarajiji marajwo oh,
Kkumeul kkuneun georeum geudaen namanui
areumdaun nabi.”
Kini
lidah Amanda berbelit pulak sebab nyanyi lagu EXO. Lagu yang dia nyanyi tu
tajuknya Don’t Go. Erm, nama pun bahasa Korea, memang susah betul nak menyebut
kalau nak dibandingkan kalau nak nyanyi lagu dalam bahasa Jepun. Nasib baiklah
lidah aku ni lidah Melayu. Orang kata orang Melayu ni memang senang nak cakap
dalam bahasa lain. Cubalah kalau aku ni minah saleh. Entah apa bunyi agaknya
lagu Korea ni.
Kalau
diterjemah lagu Don’t Go ke dalam bahasa Inggeris, sebenarnya maksud lagu tu
macam ni...
“Guide
me yeah take me together with you to the place where you live,
Oh even if the world ends, I’ll follow from
behind you so please don’t go out of my sight,
Even when the morning comes, don’t disappear oh,
This walk that I’m dreaming,
You’re my only beautiful butterfly.”
Cuba
baca dan hayati lirik lagu Don’t Go tu. Sweet
kan? Kalaulah boleh jadi rama-rama yang sentiasa boleh mendekati budak-budak
EXO. Wow! Memang boleh cuci mata
hari-hari!
Budak-budak
EXO tu dahlah comel-comel belaka. Satu kumpulan je dianggotai oleh dua belas
orang. Dua belas orang tu pulak semua punya kecomelan dan kekacakan yang
tersendiri. Aduh, memang boleh tachycardia
kalau terserempak dengan budak-budak tu!
Apa rasa ek kalau dua belas orang tinggal
sebumbung dan semuanya handsome mak
ai! Lepas tu, apa feeling kalau
terjumpa dengan dia orang serentak semuanya depan mata dan mata dia orang
semuanya tertumpu kat kita?
Suho,
Baekhyun, D.O, Kai, Sehun, Chanyeol, Tao, Kris, Xiumin, Lu Han, Lay dan Chen.
Fuh, ramai benar! Susah betul lidah nak menyebut!
Oh,
Lu Han! Kenapa muka kau macam budak-budak? Comel kot!
Oh,
Baekhyun! Kau pun comel jugak. Suara dahlah sedap. Kalau tiap-tiap malam
sebelum tidur kau nyanyikan lagu untuk aku, kan syok! Memang tak boleh tidur
aku hari-hari kalau macam tu!
Oh,
Chanyeol! Comel tapi suara garau.
Suho!
Oh, kacaknya!
Sehun!
Handsome jugak!
Aduh!
Semuanya nak comel! Ish!
Ah,
sudah! Amanda dah berangan.
Cukup-cukuplah tu, Amanda!
Kai? Eh, ni dah macam nama hero dalam
novel ni! Weh, nasib baiklah mamat annoying
tu muka tak sama macam Kai budak EXO ni! Kalau sama memang tak jadi aku nak
kata mamat tu annoying. Agaknya
hari-hari aku skodeng Kai tu kat rumah dia.
Hahaha!
Si
Amanda tu sebenarnya suka dengan muzik. Tak kisahlah bahasa apa pun. Selalunya
dengar lagu bahasa Inggeris jelah. Lagu Melayu dia memang jarang dengar.
Sekarang bila K-Pop sedang menular dalam kalangan masyarakat di serata dunia,
dia pun layankan jelah. Lagu yang dia rasa best,
dia muat turun masuk dalam telefon bimbit.
Dia kenal dengan EXO tu pun sebab kawan
sekelas yang kenalkan. Dia tolong dengar je. Kalau tengok performance kat internet pun, semuanya kawan yang tunjukkan. Kalau
masuk bab industri muzik Korea ni, dia suka tengok tarian sebenarnya. Macam
manalah dia orang boleh ingat semua tarian tu? Setiap lagu pulak ada tarian
yang berbeza. Kalau ada lima lagu, macam-macam-macam pergerakan yang ada.
Gila! Memang kurus nak ingat kot!
Mungkin
sesetengah orang menyangka yang orang bijak pandai tu hanya terletak pada
kebolehan otak untuk menjawab soalan. Namun, pada Amanda kebolehan untuk menari
juga orang yang bijak. Badan boleh membuat berbagai-bagai pergerakan. Nak ingat
semua tarian pun bukannya senang. Tak semua orang boleh menari kan?