“Aduh, sakitnya perut!” erang Selena yang kini berada di dalam
tandas perempuan. Selepas sahaja loceng rehat berbunyi, tiba-tiba perutnya buat
hal. Berkeriut sampai sakit rasanya. Memang petanda betul isi dalam usus tu
mahu dikeluarkan cepat-cepat.
Dengan
pantas dia berlari ke tandas untuk melangsaikan rasa sakit perut. Amanda yang
ketika itu mahu gerak terus ke kelas terpinga-pinga melihat Selena yang berlari
tak tentu pasal. Memang pelik betul dirasakan Selena tu. Ada-ada je hal budak
seorang ni!
“Macam
manalah perut ni boleh sakit?” bebel Selena. “Ni mesti sebab makan nasi goreng
Mak Cik Emma ni. Tambah pulak dengan mi goreng yang kononnya macam spageti tu.
Aduh, kenapalah mak cik-mak cik ni masak pedas-pedas? Tak tahu ke tak semua
orang ni gagah perkasa nak tahan bahang pedas tu? Kalau bagi mi goreng tadi kat
Hercules pun belum tentu dia boleh tahan tau!”
Selena
masih lagi membebel di dalam tandas. Memang nasi goreng dan mi goreng itu yang
disalahkan. Memang patut pun! Kalau tak, tak ada maknanya aku nak berlari-lari
masuk sini tau! Memang taubat nasuha aku lepas ni. Tak nak dah aku makan mi
goreng mak cik kantin ni! Aku nak saman Mak Cik Emma! Eh, kalau aku saman dia,
tak ada siapa-siapa yang nak basuh baju aku nanti. Mesti dia merajuk sebab aku
saman dia.
Ah, peduli apa!
Kalau tak
dapat saman pun, bagi amaran keras dah cukup! Serius sakit gila perut aku ni!
Kalau kentut pun memang kalah bau durian!
Ada ke
patut analogi Selena sampai macam tu sekali?
Ish...ish...ish...
Lama betul
dia di dalam tandas tu melepaskan hajat. Adalah juga dia berada di dalam tandas
tersebut dalam sepuluh minit.
Kedengaran
pintu di luar dibuka seseorang.
“Selena?”
‘Eh, ada
orang panggil nama akulah,” bisik Selena dalam hati. ‘Siapa pulak ek? Dengar
suara tu macam suara Amanda je.’
“Selena?
Kau kat dalam tandas ni ke?”
“Amanda?”
“Ya, aku
ni, Selena,” ujar Amanda dari luar. “Kau buat apa dalam tandas ni lama-lama?”
“Kau ni.
Itu pun mahu tanya ke?” kata Selena yang masih lagi memegang perutnya yang agak
sakit. Walaupun sakitnya dah berkurang tapi sakitnya tu tetap ada.
Selena
menyambung, “Aku melepaslah! Sakit gila perut aku ni. Entah berapa banyaklah
mak cik kantin tu letak lada dalam mi goreng tu? Mama! Sakitnya!”
Amanda
hanya mahu tergelak. Ish, aku ni! Kawan tengah sakit boleh pulak pergi
gelakkan? Tapi nak buat macam mana? Lawak kot!
“Perut kau
sakit sangat ke?”
“Tak
adalah sakit sangat tapi still
sakitlah,” balas Selena. “Kenapa?”
Amanda
diam sebentar lalu berkata, “Kau memang tak boleh masuk kelas ke ni?”
“Boleh kot
kalau nak masuk tapi aku takut tiba-tiba sakit balik. Kalau aku tiba-tiba
melepas kat kelas tu, tak ke malu namanya?”
Oh, no! Kalau betul-betul tercirit dalam
kelas, memang dia tak nak mengaku yang dia pernah jadi model! Buat malu kaum
je!
Amanda
ketawa mendengarkan kata-kata Selena. Kalau betullah si Selena ni melepas dalam
kelas, memang aku tak mengaku dia ni kawan. Memang aku lari jauh-jauh. Tak nak
duduk sebelah minah ni lagi!
“Kau ni
boleh pulak ketawakan aku. Asyik-asyik ketawakan aku. Aku tak buat lawak pun
tau!” ucap Selena sedikit sebanyak geram dengan kawannya yang seorang itu.
Ish,
Amanda ni! Aku sekeh kepala tu kang baru tau!
“Alah, sorrylah,” kata Amanda. Rasa bersalah
pula terhadap Selena. Rasanya daripada tadi dia suka benar mentertawakan gadis
itu.
“Jom ikut
aku pergi kantin,” sambung Amanda lagi.
Kini dia bergerak menghala ke cermin tandas. Tudungnya yang
agak herot itu dibetulkan. Mana taknya. Dari kelas dia ‘marathon’ pergi ke
semua tempat untuk mencari Selena. Risau pulak dia dengan kawannya itu.
Maklumlah, Selena itu budak baru. Tak pasal-pasal sesat kat sekolah kan susah.
Lagipun cikgu belum masuk kelas lagi. Bolehlah dia merayau kejap.
Berkerut
dahi Selena beberapa saat mendengarkan kata-kata Amanda.
“Nak buat
apa pergi situ?” tanya Selena dengan penuh tanda tanya. “Waktu rehat kan dah
habis.”
“Jom jelah
ikut aku,” kata Amanda.
Selena
yang masih lagi pelik hanya mengikut Amanda ke kantin.
Sampai
sahaja di situ, Amanda terus meminta mak cik kantin untuk membuatkan air teh
pekat. Tak payah langsung letak gula.
Setelah
siap membayar, Amanda menghulurkan teh pekat tersebut kepada Selena. Gadis
bercelak tebal itu hanya diam tidak terkata. Tidak tahu mahu memberikan reaksi
apa.
“Kenapa
kau belikan aku air teh ni?” soal Selena.
“Minum
cepat. Takut nanti cikgu dah masuk kelas pulak,” ujar Amanda.
Selena
hanya menurut perintah. Pelik betul dia. Kenapalah tiba-tiba si Amanda ni
belanja aku air teh ni? Dahlah tawar. Pekat betul ni! Berkerut-kerut dahi dan
lidahnya menahan tawar teh tersebut.
Baru hari
pertama sekolah, dah berbagai-bagai makanan yang langsung tak kena dengan
seleranya sampai ke dalam perut. Hei, nasib kaulah, Selena!
Selesai
sahaja minum, Amanda terus menarik tangan Selena. Masing-masing berlari menuju
ke kelas.
Tertancap
di mata kedua-dua gadis itu cikgu matematik tambahan sudah berada di dalam
kelas. Aduh, satu hal lagi ni! Cikgu add
math tu dahlah garang. Mak! Takut!
“Kamu
pergi ke mana? Kenapa lambat?” soal Cikgu Ramlah seperti sedang menyoal siasat
penjenayah. Suara beliau memang sungguh menggerunkan! Kecut perut beb!
“Emm,
maaf, cikgu. Tadi saya dan Selena dari tandas. Kami sakit perut lepas rehat
tadi,” ujar Amanda. Dia mahukan reputasinya sebagai pelajar kegemaran hampir
semua cikgu di sekolah tersebut untuk lepas dari hukuman Cikgu Ramlah yang
terkenal dengan garangnya mengalahkan singa.
Tiba-tiba
kedengaran pintu kelas diketuk. Masing-masing menoleh ke arah muka pintu.
Kelihatan BB memasuki kelas. Dia bergerak menuju ke arah Cikgu Ramlah.
“Kamu
pulak dari mana BB?” tanya Cikgu Ramlah.
“Maaf,
cikgu,” ujar BB yang kini punya karakter yang pijak semut pun tak mati. Sopan
kononnya. Ceh!
“Saya baru
habis jalankan tugas saya dan saya dapati kedua-dua Amanda dan Selena telah
melanggar peraturan sekolah hari ni,” kata BB lagi.
Amanda dan
Selena pula ketika itu hanya memandang BB. Alamak! Spoil betul si BB cream
ni! Baru nak buat Cikgu Ramlah ni cair dengan aku. Tak pasal si BB ni
menyampuk. Well, that sucks!
“Peraturan
sekolah?”
“Ya,
cikgu. Sebentar tadi saya ternampak Selena dan Amanda berkeliaran di kawasan
kantin selepas waktu rehat. Sepatutnya semua pelajar dikehendaki terus masuk ke
dalam kelas selepas dengar loceng rehat berbunyi,” jelas BB. Dah macam gaya
pembaca berita pun ada! Huh, menyampah!
“Betul ni,
Amanda? Selena?” soal Cikgu Ramlah lagi.
“Err...”
Amanda tercengang-cengang. Kelu lidah tidak terkata. Nak bohong cikgu memang
tak boleh. Kalau bohong dapat dosa pulak nanti. Pantun melayu ada kata, ‘Siakap
senohong gelama ikan duri, kalau cakap bohong lama-lama mencuri.’
Ish, tak
nak aku jadi pencuri!
“Betul,
cikgu,” balas Amanda jujur.
Selena pula hanya mampu mendiamkan diri. Mahu mencelah, dia
sendiri merupakan pelajar baru. Tak mahu dia mencari pasal dengan guru-guru di
situ. Nak dapat berkatlah katakan!
“Pergi
keluar sana. Lari kat dataran perhimpunan sebanyak lima kali. Cepat!” arah
Cikgu Ramlah. Seperti Cikgu Ali, beliau juga merupakan salah seorang guru yang
memegang organisasi disiplin pelajar di sekolah. Memang tak hairanlah kalau dia
pun sama garang macam cikgu misai kontot tu!
“Tapi
cikgu...”
Baru
sahaja Amanda mahu mempertahankan diri, Cikgu Ramlah mencelah, “Walaupun kamu
ni murid kegemaran saya, Amanda, peraturan tetap peraturan. Lain kali jangan
buat lagi faham. Denda ni nak bagi kamu menjadi lebih berdisiplin. Faham?”
Amanda dan
Selena hanya mengangguk.
“Cepat
lari sana. Lepas tu masuk kelas balik. Jangan nak melencong tempat lain pulak,”
arah Cikgu Ramlah lagi.
Amanda dan
Selena hanya mengeluh. Pandangan geram memang menusuk ke mata BB yang hanya
tersenyum mengejek mereka berdua di sebalik diri yang kononnya berdisiplin
sangat tu!
Huh!
Ketua
pengawas konon!
Hampeh!
***
“Hwaa!
Penatnya hari ni!”
Amanda mengeluh lagi dalam terik panas pagi itu. Peluh
menitik-nitik lagi. Cukuplah hari ni dia berlari. Memang tak sudah-sudah dia
bersenam hari ni. Memang sengaja nak bagi turun berat badan ke apa? Aduhai!
Penat gila!
Selena
yang masih lagi cool and steady
meneruskan larian di keliling dataran perhimpunan sekolah. Dia memang dah biasa
berlari. Kerjaya sebagai model dulu memang memerlukannya untuk menjaga badan.
Memang selalu sangat dia berlari untuk mengekalkan bentuk tubuh yang menarik.
“Kau tak
penat ke, Selena?” soal Amanda.
Badannya dah terasa seperti gajah. Berat benar dah ni! Kaki
terasa susah nak angkat lagi! Hei, kenapalah malang sangat nasib aku hari ni?
Selena memandang Amanda. Kasihan pulak dia melihat kawannya
itu. Disebabkan dirinya, macam-macam yang terpaksa dilalui oleh gadis itu. Dari
pagi tadi kot. Mula-mula si Amanda tu kena denda. Kemudian terpaksa pulak
temankan dirinya ke pejabat. Sekarang kena denda lagi!
Sorry,
Amanda!
“Aku dah
biasa lari-lari ni. Cepat, Amanda. Kita habiskan larian ni. Lepas tu boleh
masuk kelas terus,” ujar Selena dengan tenaga yang masih lagi berbaki. Sudahlah
dia tu tengah sakit perut. Mujur juga Amanda memberikannya air teh tadi.
Berkurang sikit sakit tu. Kalau tak memang boleh tercirit dia di tengah-tengah
dataran tu!
Ish,
malunya kalau betul-betul terjadi!
Habis
sahaja larian, masing-masing terduduk di atas bangku yang terletak berhampiran.
Masing-masing tercungap-cungap menghirup oksigen sebanyak mungkin untuk
mengurangkan lactic acidyang sudah
semakin banyak dalam badan.
“Aku minta
maaf, Amanda,” ucap Selena memecah kesunyian.
Amanda
menoleh kepalanya lalu memandang Selena. “Kenapa pulak kau mintak maaf
tiba-tiba ni?”
“Hari ni
kau asyik kena denda sebab aku je,” balasnya pendek.
“Alah, tak
ada hallah. Bukan selalu pun kena denda.”
“Eleh. Kau
tak payah nak bohonglah. Kau ni mesti favourite
student cikgu-cikgu kat sini kan?”
“Mana kau
tahu?”
“Cikgu
Ramlah tu sendiri yang kata kau tu murid kegemaran dia. Kalau dia yang garang
tu suka kat kau, mestilah cikgu-cikgu yang lain pun suka kat kau.”
“Hahaha...alah
tak ada apa-apa punlah. Budak pandai kena denda. Kan rare namanya tu,” balas Amanda sambil mengesat peluh di dahi.
Selena
gelak kecil.
“Ceh,
bukan main lagi kau ni!” ucap Selena senang hati dengan Amanda. “By the way, kenapa kau bagi aku air teh
tadi?”
“Oh, tak
ada apa-apa pun. Apa yang aku tahu, kalau orang yang tengah sakit perut ni
boleh bagi air teh pekat. Air teh tu ada kandungan yang boleh kurangkan contraction kat perut. Bila contraction kurang, sakit perut pun
kuranglah.
Stress pun kurang kalau kau minum teh ni. Tu sebab kalau kau
tengok kebanyakan cerita, kalau sedih je minum teh sebab kandungannya yang
banyak sangat faedah. Air teh jugak ada antioxidant
yang elok untuk kulit. So kalau kau
minum, banyaklah manfaat yang kau dapat dalam satu jenis minuman je,” terang
Amanda panjang lebar.
Selena
pula hanya melopong mulutnya. Banyak betul term
sains yang baru pertama kali dia dengar.
Contraction?
Antioxidant?
Setahu aku
maksud contraction tu penyingkatan.
Perut pun boleh singkat eh? Emm, menarik ni!
Yang antioxidant tu, kadang-kadang jugaklah
aku dengar. Tu pun dalam iklan kat TV je. Kalau nak tahu manfaat antioksidan
tu, memang ke lautlah jawabnya. Memang tak ada maknanya aku nak ambil tahu!
“Macam
mana kau tahu semua benda tu?” soal Selena kemudian.
Amanda
memandang Selena.
“I
read.”
Selena
mengangguk. Ulut buka betul si Amanda ni. Bagus sangat!
“Jomlah
masuk kelas,” kata Amanda. “Kalau lambat tak pasal-pasal kena denda lagi pulak
kang.”
“Okey. Ni
semua si BB cream tu punya pasal.
Kalau tak kita tak kena denda kot. Geram betul!”
Amanda
hanya ketawa.
“Kau ni. BB cream pun boleh!”
“Memang
lepas ni aku nak panggil dia BB cream!”
Selena dan
Amanda gelak sama-sama.
“Hahaha!”
Semuanya
dek BB a.k.a. BB cream!