Home Novel Komedi/Romantik Komedi Antara Mawar Dan Kaktus
BAB 39
BAB 39

Dr.Haikal berjalan kaki seorang diri menyusuri sebuah taman bunga di pinggir Kota London. Sudah 11 bulan dia berada di Kota London bagi melaksanakan tugasan penyelidikan yang di amanahkan untuk dirinya dan juga beberapa sahabat yang lain. Pejam celik, pejam celik sekarang sudah pun musim bunga. Ketika dia menjejakkan kaki di bulan Jun yang lalu, London sedang mengalami musim panas. Ah, cepatnya masa berlalu!

Dr.Haikal duduk disebuah bangku yang kosong sambil melihat keceriaan orang ramai menikmati keindahan bunga yang sedang berkembang mekar. Indah sekali. Dr.Haikal meneliti jarum jam tangan yang dipakai. Jam menunjukkan pukul 2.00 petang. Pelaksanaan Daylight Savingmenyebabkan Dr.Haikal perlu lebih peka disebabkan waktu dipercepatkan 1 jam lebih awal manakala Daylight Savingpada musim luruh diperlambatkan 1 jam. Memang penting untuk Dr.Haikal mengingati waktu untuk mempercepatkan atau memperlambatkan jam sejam.

Richmond park yang dipenuhi dengan bunga-bunga hidup yang berkembang mekar menggamit satu memori yang telah lama tersimpan jauh di dalam diri Dr.Haikal. Perlahan-lahan memori itu cuba dibuka kembali daripada memori yang sudah terkubur lama.

Pada malam itu, rumah sewanya di Kota London tegang dengan permintaan luar jangkaan isterinya.

“Fatin, kenapa macam ni? Kenapa kita perlu bercerai? Selama ini sayang yang beria-ria nak kita berkahwin kan? Fatin, jangan buat abang macam ni… Tolonglah Fatin,” tanya Dr.Haikal sedikit merayu.

“Abang, maafkan Fatin...”

“Fatin tak bahagia ke selama hidup dengan abang?”

“Bahagia sangat-sangat.” Fatin menundukkan muka. Air matanya gugur. Keputusan ini terpaksa dibuat.

“Habis tu, kenapa kita perlu berpisah? Tell me...” Dr.Haikal memegang kedua belah bahu isterinya.

“Sebab, perkahwinan kita ini adalah satu kesilapan! Kesilapan terbesar yang Fatin pernah buat dalam hidup Fatin!” Mata Fatin dipenuhi air mata yang berlinangan.

“Astagfirullahalazimmmm… Fatin, awak sedar tak apa awak cakap ni...”

“Saya sedar… Saya waras! Kita perlu berpisah!” Fatin memalingkan muka daripada menatap mata suaminya.

“Kenapa??” Dr.Haikal terduduk di kerusi.

“Sebab, pelajaran Fatin dah semakin merosot... Merosot sangat-sangat! Kalau berterusan Fatin akan dibuang dari universiti... Apa yang Fatin nak beritahu mama dan papa Fatin? Kita kahwin pun mereka tak tahu… Dahlah semua kos pembelajaran di sini papa yang tanggung… Awak lainlah… Bulan depan awak dah nak graduate...

“Jadi awak salahkan perkahwinan kita?” Dr.Haikal begitu pilu dengan kenyataan Fatin.

Fatin hanya mendiamkan diri.

“Fatin, saya baru sahaja nak perkenalkan awak kepada emak dan ayah saya nanti... Bila mereka datang untuk majlis konvokesyen nanti saya akan perkenalkan awak sebagai isteri saya yang sah...”

“Awak tak fikir ke apa perasaan mereka apabila anak mereka yang mereka sayangi dan kagumi sudah berkahwin tanpa pengetahuan mereka? Awak fikir tak apa perasaan mereka? Awak rasa mereka boleh terima ke? Saya rasa tak boleh...” Fatin mengeleng-ngelengkan kepalanya menyesali kesilapan mereka berkahwin rahsia tanpa pengetahuan keluarga. Bukan niat mereka untuk merahsiakan perkahwinan ini. Mereka fikir jika mereka berterus terang memberitahu keluarga tentang niat mereka, mereka pasti keluarga mereka akan menentang habis-habisan. Sebelum berangkat ke London, pesanan tentang amaran berkahwin ketika waktu belajar telah berapa kali dikeluarkan daripada mulut kedua orang tua mereka. Dek kerana cinta yang membara, mereka melanggar amaran yang dikeluarkan oleh kedua orang tua mereka.

“Abang, kita berpisah cara baik ya...”

Dr.Haikal melihat wajah isteri yang dikasihinya. Hatinya sedikit terguris dengan kata-kata Fatin yang mengatakan perkawinan mereka adalah satu kesilapan terbesar. Sedangkah perkahwinan ini dicadangkan sendiri dari mulut Fatin. Pertemuan ketika Majlis Sambutan Hari Raya di Kedutaan Malaysia telah menumbuhkan bibit-bibit cinta antara mereka. Semekar bunga ditaman. Walaupun berlainan kos pengajian, mereka masih tetap serasi dan saling memahami. Atas dasar itu, mereka mengikat janji untuk terus setia dan hidup bersama hingga akhir hayat.

“Abang, kalau kita berpisah waktu ini sudah tentu tidak akan ada apa-apa masalah disebabkan kita masih tidak dikurniakan anak untuk perkahwinan kita ni... Sesudah kita bercerai, kita buat hal masing-masing... Kita anggap kita tak pernah kenal antara satu sama lain... Kalau abang nak berkahwin, abang kahwinlah...”

“Macam mana kalau awak yang nak berkahwin? Apa yang awak nak cakap kepada suami baru awak nanti Fatin? Saya lainlah, orang tak akan tahu saya dah pernah kahwin melainkan ada orang bocorkan rahsia kita… Awak tu perempuan, suami awak akan tahu pada malam perkahwinan awak tu nanti… Masa tu apa yang awak nak jawab? Nak menipu? Nak jalankan pembedahan?”

“Itu pandai-pandailah saya fikirkan nanti... Masalah itu belum lagi timbul... Kita selesaikan dulu masalah sekarang...”

“Kita kena berfikiran jauh Fatin…” Dr.Haikal memeluk isterinya dari belakang.

“Sudahlah abang… Saya dah buat keputusan… Itu pilihan saya… Kalau kita tak berpisah, pasti akan datang masalah yang lebih besar...” Fatin melepaskan diri dari dakapan suaminya. Fatin tetap berkeras dengan keputusannya. Sudah beberapa kali dia meminta Dr.Haikal ceraikan dirinya. Namun, Dr.Haikal masih tidak mahu meleraikan ikatan suci ini.

“Saya merayu pada abang... Kalau abang sayangkan saya, lepaskanlah saya...”

“Kalau macam tu, awak berhentilah daripada belajar... Saya mampu untuk tanggung awak nanti setelah kita pulang ke Malaysia...” Dr.Haikal masih berharap.

“Awak tahukan cita-cita saya? Pada mula saya menjejakkan kaki ke sini saya berazam untuk berjaya dalam bidang yang saya ceburi... Saya tidak akan sesekali memusnahkan cita-cita yang saya bina sejak dari bangku sekolah…” Fatin bertegas.

Dr.Haikal diam membisu. Adakah ini balasannya kerana mengingkari dan membelakangkan orang tuanya dalam percaturan hidupnya? Dr.Haikal menyeka air mata yang mengalir. Perpisahan yang diminta isterinya sungguh berat dirasakan. Hati lelakinya merasakan suatu kesedihan yang teramat sangat.

“Kalau macam itu, saya ceraikan awak dengan talak 1...” Gugur air mata Dr.Haikal ketika melafazkan talak.

Fatin terkesima mendengar ayat yang keluar dari mulut Dr.Haikal. Akhirnya, dia diceraikan.

“Abang, maafkan saya... Halalkan makan dan minum saya... Dan terima kasih kerana menjadi suami yang baik untuk saya...” Fatin menyeka air matanya yang keluar.

“Apa pun awak jangan sia-siakan penceraian kita... Awak capailah cita-cita awak tu sampai betul-betul berjaya... Saya akan tetap mendoakan kejayaan awak...”

“Ya Allah, jika ini kesudahannya, engkau berikanlah yang terbaik untuk kami...” Doa Dr.Haikal.

“ Saya yang akan keluar dari rumah ini malam ini… Abang tinggallah sehingga hari konvokesyen nanti... Saya akan menumpang di rumah kawan saya sementara abang disini,” kata Fatin lembut dari muka pintu bilik. Setelah itu Fatin masuk ke dalam bilik lalu mencapai beg beroda yang sudah disimpan pakaiannya awal-awal lagi.

“Nampaknya dia sudah bersedia awal-awal lagi,” bisik hati Dr.Haikal sebaik sahaja melihat beg pakaian Fatin.

“Fatin, saya konvo nanti awak datanglah… Selepas saya konvo, saya akan terus pulang ke Malaysia. Saya akan bekerja di sana dan saya akan membuat pembatalan untuk bekerja di sini...” Ada sedikit getar dalam nada suara Dr.Haikal.

“Bagaimana tentang penyelesaian kes cerai kita ni?”

“Esok, kita uruskan!!” Dr.Haikal meninggikan suara lalu memalingkan muka dari terus menatap wajah wanita dihadapannya. Pedih rasanya hati apabila wanita yang disayanginya seperti begitu mementingkan penceraian mereka daripada menjaga hatinya yang telah parah terguris. Sudah banyak kali Fatin meminta diceraikan dan hari itu terlafaz juga talak untuk Fatin.

Kali ini air matanya gugur. Gugur mengingati memori itu. Kicauan burung di taman mengembalikan Dr.Haikal daripada memori perit yang lalu. Dr.Haikal tersenyum kelat apabila ada mata yang memandangnya.

Uncle, why you are crying? You don’t liked a flower?” tanya seorang budak lelaki yang mungkin berumur antara 6 atau 7 tahun ketika melalui hadapan Dr.Haikal.

“No… The flower is so beautiful and uncle loved it...” Dr.Haikal tersenyum memandang kanak-kanak di hadapannya.

“So, why you are crying?” Kanak-kanak itu menepuk bahu Dr.Haikal perlahan-lahan.

“Because uncle remember auntie at home...” Dr.Haikal sedikit terkejut dengan pertanyaan itu. Ramah budak ini bertanya.

“Oh, I see…” Budak lelaki itu menggangguk faham.

“Honey, let’s go...” panggil seorang wanita Inggeris yang baru tiba dihadapan Dr.Haikal.

“Auntie, we have a chocolate bar?”

“I haved!”jawab seorang budak perempuan yang jalan beriringan dengan wanita Inggeris tadi.

“Can you give that chocolate?”

“Sure...” budak perempuan berambut hitam pekat yang mungkin sebaya dengan budak lelaki tadi menghulurkan coklat yang diminta. Wajah kanak-kanak ini sepertinya berwajah Asia.

“Uncle, this is for you... Smile... Don’t be sad…”

Dr.Haikal hanya tersenyum melihat kepetahan budak ini berbicara. Wanita Inggeris yang mengiringi kanak-kanak ini turut tersenyum.

Thank you for this chocolate...”

“Welcome... I’m go first...”budak lelaki tadi meminta izin untuk berlalu.

“Ok, have a nice day..,” kata Dr.Haikal.

Dr.Haikal memandang kelibat mereka kini berjalan jauh meninggalkan dirinya.Dr.Haikal memandang coklat yang dipegangnya. Perlahan-lahan pembalut coklat dibuka dan Dr.Haikal terus merasai kenikmatan coklat tersebut. Terubat juga hatinya.

Previous: BAB 38
Next: BAB 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.