Home Novel Komedi/Romantik Komedi Antara Mawar Dan Kaktus
Bab 8
BAB 8

Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Irfan tidak sabar untuk menamatkan waktu bekerja hari ini. Laptop telah di shut down dan fail dikemaskan lebih awal dari biasa. Irfan mengetuk-ngetuk pen dimeja. Mata tidak berganjak dari memandang jam dinding di dalam bilik pejabat. Tinggal lagi 15 minit sebelum pukul 5 petang.

“Lambatnya masa berlalu… Kenapa lambat sangat ni? Jam salah ke? Kenapa orang diluar masih belum bersiap untuk pulang?” ngomel Irfan sambil menyelak langsir tingkap untuk melihat kakitangan yang lain.

Irfan sudah seperti cacing kepanasan. Dia berjalan ke hulu dan ke hilir. Tidak sabar untuk keluar dari biliknya. Matanya melirik ke arah jam tangan yang dipakai.

“Ya Allah! Baru pukul 4 petang?” Irfan memeriksa lagi jam tangannya.

Sekali lagi dia meneliti jam di dinding. Rupa-rupanya jarum saatnya tersekat-sekat. Sekejap berjalan dan sekejap berhenti. Irfan malu dan bengang sendiri.

“Dania, masuk kebilik saya sekejap. Sekarang!” tengking Irfan pada setiausahanya melalui telefon bilik pejabatnya.

Tok tok tok…

“Masuk!”

Dalam beberapa saat muncullah setiausahanya yang sarat mengandung.

“Kenapa encik?” tanya Dania.

Setiausahanya memandang meja yang digunakan oleh si peguam segak bergaya itu. Meja kelihatan telah kemas seperti gayanya sudah mahu pulang. Langsir tingkap juga sudah ditutup.

Irfan merenung tajam pada setiausahanya.

“Awak tengok ni!” kata Irfan sambil menunjukkan jari telunjuknya pada jam di dinding.

“Apa? Dah dekat pukul 5 petang? Eh, sekejapnya… Tadi saya masuk ke bilik encik baru pukul 4.05 petang…”

“Haa…. Awak tahu punnn…. Kenapa awak tak betulkan jam saya?” soal Irfan. Suaranya mula dikendurkan bimbang setiausahanya akan menangis jika dia menengkingnya lagi. Faham-fahamlah wanita mengandung… Sensitif orangnya.

“Maafkan saya encik. Saya tidak perasan tentang jam ni. Sekarang juga saya betulkan.”

“Ok, kalau macam tu carikan bateri jam. Rasanya bateri dah lemah ni.”

“Saya keluar ambil baterinya.”

Tidak sampai 5 minit muncul kembali setiausahanya yang sedang sarat mengandung itu. Kerusi ditarik Dania.

“Awak nak buat apa dengan kerusi tu?” tanya Irfan.

“Nak panjatlah. Mana sampai saya nak ambil jam ni. Tinggi tu.”

“Eh, tak apalah. Saya tolong ambilkan. Nanti kalau awak jatuh jenuh saya nak menjawab dengan suami awak.”kata Irfan sambil menarik kerusi daripada setiausahanya.

“Mana bateri yang awak ambil tadi?”

Bateri jam dihulurkan kepada Irfan. Setelah selesai membaiki waktu yang betul, jam tersebut dilekatkan kembali ke dinding.

“Patutlah Encik Irfan berkemas awal… Encik kena tipu dengan jam eaa.... Nak ke mana cepat-cepat macam ni? Ada temu janji ke encik? Biasanya Encik Irfan akan pulang lebih lewat daripada kakitangan yang lain.” Dania cuba mencari jawapan daripada bosnya.

Irfan malu sendiri apabila ditanya Dania sebegitu rupa.

“Aku nak kelentong apa ni?” detik hati Irfan manakala fikirannya sudah terbayangkan jururawat Natasya.

“Sebenarnya my dad masuk hospital. Saya perlu pulang awal sebabnya malam ini saya akan menemani papa di hospital,” jawab Irfan dengan tenang melidungi perasaanya di dalam hati.

“Kalau macam tu Encik Irfan dah ambil surat kebenaran untuk menunggu ke?” tanya setiausahanya.

“Ada, tapi yang tu semalam punya…”

“Tapi mengikut pengalaman saya, surat kebenaran menunggu tu perlu diperbaharui setiap hari. Sepatutnya Encik Irfan dah beritahu jururawat yang menguruskan hal ni tentang berapa hari Encik Irfan nak menunggu pesakit.”

“Ya ke?” tanya Irfan sambil duduk kembali di kerusinya.

“Selalunya macam itulah Encik Irfan,” jawab setiausahanya.

“Maknanya saya perlu singgah di hospital dululah baru pulang ke rumah. Sebabnya pelawat hanya dibenarkan masuk ketika waktu melawat. Hah, masa ini sahajalah saya dapat minta pas menunggu tu.”

“Betul sangatlah tu Encik Irfan… ”

“Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dululah encik. Ada beberapa laporan yang belum disiapkan.”

“Ya… Terima kasih....”

“Sama-sama…”

Dania telah pun keluar. Irfan terkontang-kanting seorang diri. Nak dibuka kembali laptopnya seperti tidak berbaloi. Lagi pun tinggal 45 minit sahaja lagi masa untuk pulang. Semua kerja telah diselesaikan.

Kereta BMW 5 Series dipecut laju oleh Irfan. Sengaja dipercepatkan agar tidak tersangkut dengan kesesakan lalu lintas. Hari ini pukul 5 petang tepat-tepat Irfan keluar dari pejabatnya. Bukanya Irfan tidak boleh keluar lebih awal, tetapi Irfan merupakan seorang yang amanah pada masa. Baginya jika dia telah ditetapkan untuk bekerja pada waktu tersebut dia haruslah amanah disebabkan dia dibayar gaji untuk itu . Barulah berkat gaji yang diperolehinya.

Irfan menggerakkan perlahan-lahan keretanya untuk mencari petak parkingyang kosong di hospital tempat dimana papanya dirawat. Setelah memperolehi petak parking, Irfan bergegas ke Wad Mawar.

Hari ini, Irfan kelihatan gah ketika berkunjung di hospital. Dia kelihatan seperti orang yang terpelajar dan bergaya orangnya. Kemeja putih bersama tali leher hitam itu menyerlahkan kekacakan Irfan . Kaca mata berbingkai hitam halus yang tidak mempunyai powersengaja digayakan Irfan. Sekadar melengkapkan gaya ketika bekerja. Rambutnya juga diurus dengan rapi. Lengan baju kemejanya juga disising hingga ke siku. Menampakkan jam tangan Rolex yang sangat esklusif. Derap langkahnya juga sangat kemas dan berkeyakinan ditambah pula dengan kilauan kasut hitamnya.

Pintu Wad Mawar kelihatan terbuka. Mungkin disebabkan waktu melawat jadi kawalan pintu masuk wad tidaklah diperketatkan seperti mana di malam hari. Irfan sekali lagi merenung gambar jururawat Natasya di carta organisasi. Kali ini Irfan sempat mencuit gambar tersebut.

“Malam ini pasti akan aku selidik siapa kamu...” kata Irfan pada gambar tersebut sambil tersenyum gatal.

Irfan meneruskan langkahnya ke kaunter jururawat. Selepas mendapatkan pas menunggu, Irfan menuju ke bilik papanya. Rupa-rupanya, pas menunggu tidak perlu diperbaharui pun. Mungkin sesetengah hospital sahaja yang perlu diperbaharui setiap hari.

Setelah memasuki bilik Mawar 25, Irfan terpana seketika sebaik sahaja melihat jururawat Natasya berada di dalam bilik tersebut bersama mama dan adiknya, Iffa. Irfan hanya melemparkan senyuman dan memberi laluan kepada jururawat Natasya yang sedang memeriksa tekanan darah Tuan Iskandar.

“Macam mana tekanan darah papa saya? Normal tak?” soal Irfan setelah jururawat Natasya selesai memeriksa tekanan tersebut.

“Alhamdulillah.... Tekanan darah Tuan Iskandar normal iaitu 128/84 mmHg.”

“Macam mana ia boleh dikatakan normal? Boleh awak jelaskan kepada saya?” tanya Irfan ingin mengetahui lebih lanjut. Irfan memeluk tubuhnya yang tegap sambil menanti jawapan daripada jururawat Natasya.

Puan Elinna menyiku pinggang anak terunanya.

“Eh, kamu ni banyak tanya pula. Kasihan nurse banyak lagi kerja lain tu....”

“Tak mengapa puan… Saya patut jelaskan kerana ini tanggungjawab saya. Ok, macam ni encik… Kita sebagai orang yang sihat iaitu tidak mempunyai penyakit hypertention (tekanan darah tinggi) atau hypotention(tekanan darah rendah) biasanya mempunyai tekanan darah sekitar sistolik (bacaan atas) 100–140 mmHg dan diastolik (bacaan bawah) 60–90 mmHg ketika rehat. Ini adalah bacaan normal.”

Irfan mula menumpukan perhatian.

“Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran contohnya untuk tekanan darah Tuan Iskandar, 128 /84 mmHg. Nombor atas (128) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (84) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Boleh saya teruskan? Kalau tak faham boleh terus bertanya,” tanya jururawat Natasya bimbang jika mereka tidak memahami.

Mereka sekeluarga hanya mengangguk tanda faham.

“Ok, setakat ini masih faham cikgu.... Cikgu boleh teruskan,” usik Irfan.

Jururawat Natasya hanya tersenyum sambil menunjukkan nombor tekanan darah dengan pennya di skrin monitor blood pressure.

“Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa rehat dan dalam keadaan duduk atau baring. Tekanan darah ni kita tak boleh ambil ketika kita baru selesai melakukan sesuatu kerja tau… Contohnya berjalan atau berlari. Ini kerana ia akan menunjukkan keputusan yang tidak tepat. Normallah jika tekanan darah meningkat disebabkan kita melakukan pergerakan seperti berjalan atau berlari.”

“Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa secara berlarutan semasa rehat, seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi. Bacaan untuk tekanan darah bagi pesakit hypertentionialah sekurang-kurangnya mempunyai tiga kali bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat secara berterusan…. Faham tak?” tanya jururawat Natasya dengan lembut.

“Tiga kali bacaan? Macam mana tu? Saya tak faham,” tanya Irfan.

“Maksudnya tekanan darah itu melebihi 140/90 mmHg sebanyak tiga kali pemeriksaan. Contohnya, pemeriksaan pertama 158/92 mmHg. Bacaan ke dua 156/90 mmHg dan bacaan ketiga 158/88 mmHg.”

“Oh, macam tu… Kiranya papa masih normallahh… Bahaya tak hypertention ni, nurse?” tanya Iffa.

“Jika ia berpanjangan ia boleh membawa kepada penyakit jantung, masalah buah pinggang, strok dan juga aneurisme(aneurysm) iaitu salur darah akan membesar dan sekiranya salur darah tidak mampu untuk menahan tekanan kemungkinan akan menyebabkan salur darah pecah.”

“Bahaya juga ya.... Thanks nurse for the information. Barulah saya fahamm...,” kata Irfan.

Mereka hanya tertawa melihat gelagak Irfan seperti murid sekolah.

“Ok, memandangkan Tuan Iskandar akan discajesok, saya akan memberi panduan kepada Tuan Iskandar untuk penjagaan simen tangan encik atau ia dikenali sebagai P.O.P (Plaster of Paris).”

Irfan terasa sayu ketika itu apabila jururawat Natasya menyebut papanya akan discajesok. Bukannya dia tidak gembira tentang kepulangan papanya tetapi adakah ini kali terakhir dia akan berjumpa dengan jururawat selembut jururawat Natasya? Kalau dia tahu ada gadis ini di sini, sudah lama dia datang menemani papanya yang sudah dua minggu di rawat di sini.

“Eh, kenapa aku nak sedih… Entah-entah dia ni perempuan kasar tu… Menyamar jadi lembut!”

“Wahh… Papa dah pergi Parisss…” Iffa membuat lawak yang tidak berapa nak lawak.

Mereka hanya tertawa kecil.

“Untuk yang Tuan Iskandar pakai ni, kita kenali ia sebagai Fiber Glass P.O.P ia sangat ringan berbanding P.O.P yang bewarna putih dan harganya sangat mahal. Untuk penjagaan, setiap hari Tuan Iskandar haruslah melakukan senaman dengan menggerak-gerakkan jari untuk menggalakkan peredaran darah. Kalau terasa gatal pada bahagian di dalam P.O.P jangan sesekali encik menggarunya dengan memasukkan sesuatu seperti lidi ke dalamnya. Ini kerana kita bimbang jika kulit di dalam bahagian yang dilapisi P.O.P akan luka dan melambatkan proses penyembuhan. Jika terasa terlalu gatal, gosok di tempat gatal dengan lembut. Gosok bukan menggaru ya encik.” Lisa tersenyum.

Tuan Iskandar mengangguk tanda faham. Irfan pula sudah tertawan dengan lesung pipit yang ada pada pipi jururawat ini.

“Selain itu, jika kulit sekitar tangan yang tidak dilapisi P.O.P kering, bolehlah disapu dengan pelembap agar ia tidak menjadi lebih teruk… Ok, selain itu jika ia kotor ia haruslah dilap dengan kain lembab dan bukannya kain basah untuk mengelakkan kerosakan pada kas,” jelas Jururawat Natasya.

Iffa dan ibunya menahan ketawa melihat kelakuan Irfan. Tidak berganjak mata Irfan melihat nurse memberi nasihat kesihatan kepada papanya. Iffa sudah mempunyai idea nakal. Dicarinya sesuatu yang boleh dibaling kepada Angahnya yang sedang angau.

“Aduh!!” jerit Irfan sebaik sahaja ada sesuatu dilemparkan ke bahunya.

Kepalanya dipusing ke kiri dan ke kanan mencari objek yang telah dilemparkan tadi.

Jururawat Natasya menahan tawa di dalam hati.

“Padan muka! Dari tadi duduk tenung aku!”getus hatinya.

Irfan melihat sebiji buah plum tergolek di lantai. Dia tahu siapa punya kerja!

“Iffa!! Apa ni??”

“Padan muka!” jawab Iffa.

“Kenapa tak baling buah durian je?” tanya Irfan bengang dengan kelakuan adiknya.

“Kalau ada dekat sini, Iffa dah baling dahh… Bukan isi durian tau… Iffa baling dengan kulitnya sekali,” jawab Iffa. Geli hatinya melihat Irfan menahan malu dihadapan jururawat Natasya.

“Sudahhhh…. Macam budak kecil kamu berdua ni… Tak malu ke dengan nurse ni?” tegur Tuan Iskandar melihat perangai keanak-anakkan anaknya.

“Buat apa nak malu pa… Nanti nurseni pun boleh jadi kakak ipar Iffa… Kan staffnurse?” tanya Iffa.

Terpana Lisa dengan soalan sebegitu. Dia memandang ke arah Irfan. Irfan merenungnya dengan tajam menanti jawapan yang keluar daripada gadis comel ini. Jururawat Natasya tidak mampu menjawab apa-apa perkataan. Dia hanya diam membisu.

“Kamu ni Iffa nakal betulll… Nak kahwin sangat ke? Nanti mama kahwinkan kamu dengan jiran sebelah tu… Nak?” Puan Elinna mencelah setelah bilik wad tersebut sunyi seketika dari perbualan mereka.” Hatinya tidak kisah jika jururawat Natasya menjawab ya untuk pertanyaan anaknya itu. Hatinya sudah tertarik dengan kebaikan dan kelembutan gadis dihadapannya. Selama dua minggu dia mengenali gadis ini. Ada ciri-ciri menantu pilihan!

“Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dululah… Ada tugas lain yang perlu diselesaikan,” kata Jururawat Natasya sambil melemparkan senyuman manis kepada Puan Elinna dan Tuan Iskandar.

“Ya lah… Terima kasih,” jawab Tuan Iskandar ringkas.

Irfan hanya mengekori pemergian gadis tersebut dengan pandangan anak matanya.

“Oklah papa, mama dan budak busukk… Irfan balik ke rumah dulu… Salin baju. Lepas Maghrib nanti Irfan datang balik.” Irfan menunjukkan pas menunggu kepada Iffa.

Iffa hanya menjuihkan bibirnya. Geram dengan Angahnya yang tidak memberi peluang kepadanya untuk bermalam di hospital menemani papanya.

Jam menunjukkan 6.40 petang. Jururawat Natasya bergegas ke surau kecil di dalam Wad Mawar untuk menunaikan Solat Fardu Asar. Walaupun masih banyak kerja yang perlu dilakukan, Jururawat Natasya tidak akan sesekali meninggalkan solat yang sudah menjadi kewajipan setiap orang yang beragama Islam. Mungkin agak lewat, tapi masih sempat untuk menunaikannya.

Seusai menunaikan solat, dia memohon kepada Allah S.W.T agar melindunginya dari lelaki yang ditumbuknya. Dia mengakui dalam hatinya bahawa dia tidak selesa bekerja apabila jejaka tersebut selalu merenungnya. Nasib baiklah Tuan Iskandar sudah keluar esok. Jadi, tidak perlulah dia berdepan lagi dengan renungan yang boleh mengganggu tumpuannya untuk bekerja. Dia pun hairan kenapa tak pernah melihat anak lelaki Tuan Iskandar menemaninya dan kenapa lelaki itu muncul setelah apa yang berlaku pagi kelmarin? Adakah dia mengekori Lisa Amira Natasya? Sejadah dan telekung solat dilipat dengan kemas. Hatinya berdebar-debar saat ini. Dia takut jika terjumpa lagi jejaka tersebut. Nasib baiklah jejaka tersebut masih tidak mengecaminya. Ialah mana nak cam, masa mula-mula jumpa tu, penampilannya tidak sekemas penampilannya ketika bekerja. Lagipun masa tu kan baru selesai joggingdan menangis… Tengah marah pula tu… Memang berbeza dengan penampilannya untuk perjumpaan yang kedua ini. Harap-harap dia tidak akan cam!

“Hai,staffnursetak balik lagi ke?” sapa Irfan kepada jururawat yang bertugas di kaunter. Sengaja dia menegur walhal dia sudah mengetahui waktu bertugas mereka.

“Belumm… Pukul 9 nanti,” jawab mereka ramah.

Irfan mencari kelibat jururawat Natasya. Setiap sudut diperhatikannya tetapi masih tidak dapat ditemui. Irfan melangkah perlahan-lahan ke bilik Tuan Iskandar. Setelah sampai, Tuan Iskandar kelihatannya sedang menonton siaran berita TV3. Irfan menghempaskan punggung bersebelahan papanya di sofa empuk bilik tersebut.

“Papa dah makan?”

“Dah… Sedap pula lauknya hari ni... Habis semua papa makan... Licinn...,” beritahu Tuan Iskandar.

“Alahh... Sebab papa dah nak keluar esok kann… Sebab tu berselera… Kan?” usik Irfan.

“Salah satu faktor tu,” jawab Tuan Iskandar.

“Apa lagi faktornya? Macam banyak faktor je?” tanya Irfan lagi.

“Itu saja… Tak ada sebab lain lagi.” Tuan Iskandar memerhati kelakuan Irfan yang seperti cacing kepanasan. Sekejap menonton televisyen, sekejap menoleh ke luar bilik. Apa yang dicarinya?

“Kenapa dengan kamu ni? Tak boleh duduk diam… Macam ayam nak bertelur…”

Irfan hanya tersenyum.

“Pa…”

“Apanya?”

“Errr... Papa ada nampak tak nurse yang bagi nasihat tentang penjagaan simen tangan papa ni?”

“Ohhh… Kenapa?”

“Tak ada apa… Irfan nak jumpa dia sekejap.”

“Kamu ada apa-apa ke dengan dia? Kalau ada, papa tak kesah… Lagipun kamu tu bukannya muda lagi…”

“Eh, kesitu pula papa ni…. Saya cuma nak cakap terima kasih kerana tolong jagakan papa,” Irfan cuba berbohong.

“Ialah tu… Papa macam tak percaya…”

Irfan menggaru-garu keningnya yang tidak gatal. Dia mula memikirkan jalan keluar untuk mengelak lebih banyak soalan daripada Tuan Iskandar.

“Papa nak kirimkan apa-apa tak. Irfan rasa macam nak keluar ke kedai makan sekejap. Belum makan lagi ni…” tanya Irfan setelah jam menunjukkan pukul 9 malam.

“Nak mengelaklah tu…. Oklah…. Papa dah kenyang… Rasanya tak ada apa-apa nak dikirimkan.”

“Betul ni? Kalau macam tu Irfan keluar dululah, pa.” kata Irfan sambil mengangkat punggungnya dari sofa empuk.

Tuan Iskandar hanya mengangguk.

Irfan bergegas keluar dari Wad Mawar. Jam sudah menunjukkan pukul 9.10 malam. Kelibat Jururawat Natasya sudah tidak kelihatan di dalam wad. Nak ditanya rakan setugas gadis tersebut, terasa berat pula mulut Irfan nak bertanya. Dia menunggu jururawat tersebut di lobi. Matanya memandang setiap jururawat yang keluar melalui pintu keluar.

“Ermmm… Dia dah balik ke? Kenapa tak muncul-muncul lagi ni?”Irfan melihat jam di tangan yang sudah menunjukkan pukul 9.20 malam.

Irfan agak kecewa. Dia melangkah perlahan-lahan menuju ke pintu keluar. Kali ini kakinya ringan sahaja melangkah ke sebuah kedai makan berdekatan dengan hospital tersebut. Perutnya minta diisi sebaik sahaja terbau aroma makanan yang datang dari kedai yang ingin dikunjunginya.

Setelah memilih tempat yang sesuai, datanglah seorang pelayan muda meminta pesanan daripada Irfan.

“Makan bang?” tanya budak lelaki tersebut.

“Ya, makan… Bagi saya nasi goreng USA satu ya dik…”

“Minum?”

“Ermmm… Bagi saya….” Ayat Irfan tergantung. Ada wajah yang dikenalinya di situ. Pelayan baru sahaja menghantar makanan kepada gadis tersebut. Irfan mengukir senyuman keterujaan.

“Bagi saya Nescafepanas ya. Tapi, hantarkan pada saya, di sana,” kata Irfan sambil menunjukkan arah meja yang ingin didudukinya.

“Baiklah… Ada apa-apa lagi?” tanya pelayan lagi.

“Harga makanan saya kira sekali dengan nurseyang dekat depan tu… Saya belanja,” beritahu Irfan.

“Kira sekali dengan Kak Lisa?” tanya budak tersebut untuk kepastian.

“Kak Lisa?” tanya Irfan kembali.

“Bukankah namanya Natasya?”

“Kakak tu banyak nama, bang… Nama penuhnya Lisa Amira Natasya,” jawab budak tersebut dengan ramah.

Irfan berfikir sejenak. Kenapa nama ini seperti biasa pada pendengarannya? Mungkinkah nama ini sangat popular dan ramai orang yang menggunakannya? Irfan melupakan hal tersebut.

“Oh, ye ke… Panjang nama dia… Nak panggil Amira pun boleh kan?” tanya Irfan sambil ketawa kecil.

“Yang itu kena tanya tuan punya badan la bang....”

Mereka tergelak menghamburkan suara garau mereka.

“Jadi kak Lisa la abang nak belanja ni?”

“Ya…”

Budak itu hanya tersenyum dan mengangguk. Faham benar dengan strategi lelaki bila nak mengorat perempuan cantik seperti jururawat tersebut.

“Ok, tunggu 10 minit ya,” kata budak tersebut lalu berlalu pergi.

Irfan berjalan perlahan-lahan menuju ke arah meja Lisa. Kerusi dihadapan Lisa ditarik perlahan-lahan. Irfan dengan selamba duduk di kerusi tersebut tanpa meminta izin daripada jururawat tersebut.

Melihat jejaka yang ingin dielaknya daripada bertemu tiba-tiba sahaja duduk dihadapannya membuatkan tekak Lisa ingin menghamburkan kesemua nasi lemak yang separuh dikunyahnya.

Nasi lemak yang berada di dalam mulutnya cepat-cepat ditelan agar tidak terhambur keluar.

“Hai… Seorang sahaja ke?” tanya Irfan berbahasa-basi.

“Taklah ramai,” jawab Lisa sambil menunjukkan orang disekeliling.

“Boleh tahan juga lawak kau ni yer?”

Lisa hanya tersenyum melindungi gusar dihati. Cuma harapan Lisa ketika ini agar jejaka dihadapannya masih tidak cam siapakah dirinya yang sebenar.

“Esok awak kerja shiff apa?” tanya Irfan

“Pagi…” jawab Lisa ringkas.

“Alamak!! Kenapa aku beritahu… Aduhhh… Mati aku, kalau dia tunggu sampai pagi esok macam mana?” sesal Lisa.

Perbualan mereka terhenti seketika apabila tempahan makanan Irfan sampai.

“Terima kasih…”

“Sama-sama… Selamat menjamu selera…”

Irfan hanya mengangguk.

Irfan memerhati wajah Lisa. Gadis itu sepertinya tidak mempedulikan kehadirannya di situ. Dia lebih fokus pada makanannya.

“Kasihannn… Lapar agaknya,” detik hati Irfan.

Irfan menjamah nasi goreng USA yang dipesannya. Terasa enak sekali. Perutnya seperti terus bekerja setelah makanan diisi. Bertapa laparnya dia hari ini. Mama pula tidak memasak dek kerana ikutkan kata Iffa yang ingin makan diluar. Ruang meja itu sunyi seketika. Mereka kusyuk melayani selera mereka. Tiba-tiba Irfan tersendawa.

“Hahahaha…. Banyak anginn...,” gelak Lisa.

Muka Irfan yang putih merona kemerahan. Malulah tu…Harap muka sahaja kacak, tapi perangai tak boleh cover. Nasib baik sendawa, bukan kentut yang keluar. Mata Irfan terkebil-kebil melihat Lisa. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan.

“Pandai kau gelakkan aku ya… Ingatkan aku makan dengan tiang kedai tadi… Rupanya tiang kedai ni boleh bercakap,” kata Irfan menutup malu.

Lisa masih berbaki ketawanya. Bukan sendawa kecil yang keluar… Tapi satu kedai berpaling ke arah mejanya.

Irfan memerhati wajah Lisa yang masih berbaki ketawanya. Cantik! Anak mata Lisa bersinar-sinar terkena pancaran lampu neon. Irfan memerhati sekitar mata Lisa. Perhatiannya terhenti pada satu titik hitam kecil di hujung mata Lisa. Dia terkesima. Satu perasaan halus yang baru menjentik tangkai hatinya kini bertukar menjadi tusukan dendam.

Irfan tersenyum sinis melihat Lisa yang masih ketawakannya. Geram pun ada.

“Macam dia tak pernah sendawa kuat macam tu,” kata Irfan perlahan.

“Apa?” tanya Lisa.

“Tak ada apa-apa… Aku cakap, jumpa pun kau. Jangan ingat kau boleh terlepas dari aku! Ketawalah lagi!” kata Irfan.

“Maksud encik?” tanya Lisa yang sudah berhenti ketawanya.

“Tak payah nak berencik dengan aku. Panggil saja Irfan. Kau yang tumbuk aku hari tu kan?”

“Apa bukti encik cakap saya macam tu?” Hati Lisa mulai cuak.

“Buktinya, kau ada tahi lalat kecil dihujung mata,” jawab Irfan ringkas sambil memandang tepat pada anak mata Lisa.

“Errr… Apa kena mengena dengan tahi lalat saya ni?”

“Kau ingatkan aku ada snap gambar kau bersama kucing hari tu kan? Setelah di zoomsegala rahsia di wajah kau tu dapat aku lihat hatta seurat bulu roma pun! Inikan pula tahi lalat hitam tu!”

“Eh, seingat saya, saya tak pernah bergambar dengan kucing. Saya benci tau dengan binatang tu… Takkan saya nak bergambar dengan kucing! Tolonglahhh...,” bohong Lisa.

Irfan tahu Lisa hanya berbohong. Ini kerana semasa dia memesan makanan sebentar tadi, Irfan ada melihat Lisa bermain dengan seekor anak kucing di situ.

“Suka hati kaulah. Dah habis makan belum?” tanya Irfan.

“Err... Dah…”

“Dik!” panggil Irfan untuk membayar bil makanan.

“Kira sekali ya…”

“Eh, jangann… Apa yang saya makan saya bayar sendiri dik… Kira yang abang ni sahaja,” sampuk Lisa.

“Kira sekali yer... Aku belanja kau kali ni,” kata Irfan dengan muka ikhlas.

Lisa kalah dengan renungan mata Irfan. Dia hanya mengangguk.

“Semuanya RM 14.00”

Setelah membayar jumlah harga makanan, mereka berjalan seiringan keluar dari kedai makan tersebut.

“Awak, ini duit yang awak bayarkan tadi.” Lisa menghulurkan wang bernilai RM 7. Dia sudah biasa dengan harga makanan di situ. Jadi Lisa tidak teragak-agak menghulurkan wang sejumlah itu.

Irfan mengambil wang pemberian Lisa lalu di masukkan ke dalam poket seluarnya dengan wajah selamba. Baginya buat apa nak belanja perempuan yang memang dibencinya. Sebentar tadi hanyalah lakonan semata-mata. Tentulah kena gentleman depan pelayan perempuan tadi. Kalau nak kira asing-asing, jatuhlah reputasinya sebagai seorang lelaki.

Terkebil-kebil mata Lisa diperlakukan seperti itu. Tak pernah dia jumpa lelaki seperti itu. Dahlah sendawa macam dinosour, berkira pula tu. Geli hati Lisa melihat perangai Irfan. Mulut Lisa sedaya upaya menahan ketawa, namun, mimik mukanya berjaya dikesan oleh Irfan.

“Kenapa? Nak ketawa? Ketawalah!” kata Irfan sambil memerhatikan gadis dihadapannya.

“Takkk… Tak nak ketawa pun… Buat apa saya nak ketawakan? Okeylah Encik Irfan, saya balik dulu ya,” kata Lisa sambil menuju ke arah kereta swift merahnya.

Irfan terus berjalan tanpa mempedulikan Lisa. Namun, setelah Lisa memasuki keretanya sempat lagi Irfan mengintai di sebalik pokok pinang merah yang tumbuh merimbun.

“Apa rancangan aku seterusnya, ya? Boleh pula dia tak nak mengaku… Dahlah buat salah… Tak nak mengaku pula tu… Tak apa, aku akan buat kau mengaku dengan sendirinya… Wait and see… Dammit!! Kenapa dia boleh jadi perempuan yang tumbuk aku tu… Kalau tak, memang aku cuba masuk lineni,” Irfan kecewa.

Kereta Lisa mula berlalu dari situ. Irfan hanya memerhatikan pemergian Lisa dengan pandangan mata benci dan meluat. Dia terasa begitu tercabar dek kerana Lisa masih tidak mahu mengaku tentang apa yang telah dilakukannya semalam!

Setelah berfikir, Irfan mempunyai satu idea yang mungkin dapat membantu agar Lisa mengaku perbuatannya.

“Esok, kau tengoklah apa yang aku akan lakukan kepada kau! Kau belum kenal lagi siapa aku... Aku takkan menyerah kalah!” Irfan mulai bersemangat untuk melakukan strategi yang baru sahaja menjelma daripada otak pemikirannya yang geliga.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.