Home Novel Komedi/Romantik Komedi Antara Mawar Dan Kaktus
BAB 30
BAB 30

Irfan mencapai bungkusan yang diterima siang tadi. Bungkusan yang terletak di atas meja kini berada ditangan Irfan. Nota kecil dibaca.

Kepada: Harith Irfan

Sayang, I miss you so much! Harap you dapat datang ke Restoran Kasih jam 9.00 malam nanti... Kalau you tak datang, I sendiri akan ke bilik you... -Miera Liyana Datuk Hisham.

Irfan mengeluh panjang. Miera, teman sekampusnya suatu ketika dahulu kini muncul kembali. Gadis yang begitu obses dengan kecantikan serta selalu tampil dengan penampilan yang sempurna. Gadis inilah yang sentiasa cuba mendampinginya ketika Irfan berseorangan. Cinta yang diberikan ditolak mentah-mentah oleh Irfan. Namun, gadis ini tidak pernah berputus asa.

“Sudah 2 tahun tak berjumpa dan kali ini mahu bertemu kembali? Apa kau nak Miera!” Irfan menghentakkan tangannya ke tilam empuk.

Gara-gara gadis inilah Irfan hampir ditangkap basah bersamanya. Semuanya bermula apabila kereta Irfan hampir-hampir melanggar susuk tubuh gadis ini. Disebabkan itu, Miera jatuh ke jalan dan mengalami sedikit luka di bahagian kaki. Disebabkan rasa bersalah, Irfan cuba membawa Miera ke klinik berhampiran. Dalam perjalanan, Miera meraung kesakitan sehingga memaksa Irfan memberhentikan keretanya di bahu jalan yang agak sunyi dan gelap. Irfan cuba menenangkan Miera. Jika Miera terus meraung, Irfan tidak dapat memberikan tumpuan untuk memandu. Tidak semena-mena selepas itu, datang pihak Jabatan Agama mengetuk cermin kereta dan meminta Irfan keluar daripada kereta. Irfan diminta memberikan keterangan. Namun, keterangan yang diberikan Miera adalah bertentangan dengan keterangan yang diberikan Irfan. Mujurlah keretanya dipasang kamera untuk merakam perjalanan. Rakaman kamera inilah yang menjadi pelindung dirinya.

Selepas beberapa minggu kejadian, kawan kepada Miera mengatakan Miera sengaja memerangkap Irfan dan menyuruh dirinya sendiri menalefon Jabatan Agama. Mujurlah Allah melindungi dirinya daripada fitnah yang cuba dilakukan oleh Miera. Alhamdulillah...

Kotak dan nota kecil diletakkan ke tepi. Irfan menaip pesanan ringkas kepada Lisa.

-Lisa, pakai lawa-lawa sikit malam ni...

Irfan terus ke bilik air bagi membersihkan diri dan seterusnya menunaikan solat Maghrib.

Lisa bersiap ringkas. Untuk malam ini Lisa hanya mengenakan seluar slack, T-shirt kuning bersama kardigan hitam dan mengenakan tudung bawal kuning cair. Lisa hanya mengenakan solekan bedak nipis tanpa sebarang make-up yang lain. Lisa mencapai telefon pintarnya yang diletakkan di atas katil.

“Eh, ada sms...”

-Lisa pakai lawa-lawa sikit malam ni...- Irfan

“Aduhh... Kenapa tak cakap awal-awal... Pukul berapa dia hantar mesej ni?” Lisa melihat waktu mesejnya diterima.

“Ini mesti aku tengah mandi tadi ni...”

Lisa melihat penampilannya di cermin. Agak selekeh... Stok baju cantiknya telah habis digunakan. Hanya tinggal baju untuk esok dan waktu pulang nanti. Maklumlah esok hari terakhir pengambaran. Jadi mereka semuanya akan menjelajah keseluruhan pulau ini esok pagi sehinggalah waktu malam. Jadi, banyak baju yang ingin digunakan.

“Mimi,Wanda ok tak Lisa pakai macam ni?”Lisa cuba mendapatkan pendapat.

Mimi dan Wanda memandang Lisa dari atas hingga bawah.

“Lisa keluar ni untuk apa? Makan malam special ke? Kalau makan malam special tak sesuai Lisa...”

“Entahlah… Irfan tak cakap pun... Dia cakap temankan dia sahaja malam ni...”

“Lisa… Lisaa...” kedengaran Irfan memanggil diluar.

“Oklah... Lisa pergi dulu... Irfan dah panggil tu...”

“Ok… Jangan gaduh-gaduh tau,” pesan Wanda.

“Itu tak boleh jamin...” Lisa hanya tersengih.

Lisa keluar menemui Irfan dengan wajah ceria. Sejurus Lisa keluar dari pintu, Irfan memandang penampilan Lisa. Gaya yang digayakan Lisa sedikit kekampungan. Bukan masalah itu yang membelenggu kepala Irfan tetapi Miera gadis yang terlalu obses dengan fesyen terkini. Jika, Irfan membawa Lisa sekali, bimbang jika Miera akan mengkritik penampilan Lisa dan secara tidak langsung akan memalukan dan menyakitkan hati Lisa.

“Err... Lisa... Boleh tak…”

“Eh, cepatlah... Keluar awal boleh balik awal... Awak nak saya temankan awak ke mana ni?” belum sempat Irfan menghabiskan ayatnya, Lisa telah memotongnya terlebih dahulu.

“Bergaya pula Irfan malam ni... Memang tidak padanlah aku keluar dengan dia... Aku ni dah macam mak cik dah ni... Alahai malunya,” bisik hati Lisa.

“Err… Jomlah...” Irfan serba salah. Kalau Irfan menegur Lisa agar menukar baju yang lebih cantik, bimbang kalau Lisa marah dan terus tidak jadi menemaninya berjumpa dengan Miera.

Kerdipan lampu yang bewarna-warni yang melingkari pohon kelapa begitu cantik dipandang. Lisa dan Irfan hanya diam membisu melayani panca indera mereka menatapi bentuk lampu yang dibentuk dengan unik.

Setibanya di Restoren Kasih, Irfan mencari kelibat Miera.

“Awak cari siapa ni?” tanya Lisa sedikit bingung dengan kelakuan Irfan.

“Malam ni, adalah hari yang penting bagi aku. Sangat-sangat penting. Aku minta kau iayakan sahaja apa yang aku katakana depan perempuan ni nanti... Kalau dia kutuk kau, kau jangan gelabah... Aku ada... Aku tahu macam mana cara nak ajar perempuan tu...”

“Macam serius sahaja ni...” Lisa memandang tepat pada mata Irfan.

“Aku nak kau mengaku kau adalah isteri aku...” Irfan membalas pandangan Lisa. Saat ini Lisa merasakan sesuatu yang pelik.

“Kenapa perlu tipu?” tanya Lisa menghilangkan rasa kurang enak yang bersarang di sanubari.

“Nanti aku jelaskan...” Irfan terus mencari kelibat Miera.

“Pegang lengan aku,” bisik Irfan perlahan sebaik sahaja kelibat Miera kelihatan.

“Mana boleh...” Lisa segan.

“Kan berlapik ni,” kata Irfan menunjukkan lengan panjang yang dipakainya.

“Berlapik pun... Mana boleh...” Lisa masih tidak puas hati.

“Suka hati kaulah... Muka tu senyum sikit... Jom jalan dekat sikit,” kata Irfan.

Lisa mendekatkan langkahnya dengan Irfan. Kini, kaki mereka melangkah ke arah meja yang diduduki oleh seorang perempuan yang teramat cantik. Rambut perangnya begitu memukau mata memandang. Solekan yang dilayangkan diwajahnya yang putih bersih begitu sempurna dipandang. Susuk tubuh yang mengenakan pakaian yang sedikit seksi itu bakal membuatkan mata mana-mana lelaki yang tidak kuat iman akan tergoda. Apabila Lisa terpandangkan gadis cantik tersebut, terasa kekurangan diri.

“Sempurnanya dia...” Senyuman tetap diukir diwajah Lisa. Hanya senyuman ini sahaja yang boleh membuatkan Lisa yakin dengan diri sendiri. Menyesal pula dia pakai ala kadar sahaja malam ni. Dahlah nak mengaku jadi isteri Irfan.

“Kasihan Irfan, dapat isteri hodoh macam aku ni...”

“Hai sayang! Lama tak jumpa… Penat Miera cari sayang...” tiba-tiba sahaja perempuan yang dikatakan sempurna oleh Lisa menggedik tidak tentu pasal. Miera bangun dari kerusi dan dengan selamba sahaja lengan Irfan ditarik agar duduk berhampiran dengannya. Lisa memandang adegan itu dengan perasaan yang tidak senang. Cemburukah?

“Sayang nak makan apa? Hari ni Miera belanja,” ucap gadis tersebut tanpa menghiraukan Lisa yang masih tegak berdiri. Irfan hanya diam dengan wajah tanpa sebarang senyuman.

“Tolong bagikan kami menu,” minta Miera kepada Lisa. Lisa terpinga-pinga.

“Sekejap...” tiba-tiba sahaja ayat ini terpacul di mulut Lisa. Menu makanan yang berada di meja sebelah cepat-cepat diambil oleh Lisa lalu dihulurkan kepada Miera. Irfan terkejut dengan tindakan Lisa.

“Sayang nak makan apa… Makanan dekat sini semuanya sedap-sedap tau...
Tengoklah yang mana berkenan.” Miera mengusap lembut lengan Irfan namun cepat-cepat Irfan menepis usapan tangan tersebut.

“Miera, aku datang sini bukan nak makan dengan engkau... Ini, aku nak pulangkan semula hadiah yang engkau bagi siang tadi...” Irfan meletakkan beg yang mengandungi bungkusan tersebut di atas meja makan.

“Kenapa… Sayang tak suka ke? Nanti Miera pilih yang lain ya...” Miera tanpa segan silu mengusap wajah Irfan. Lisa tidak sanggup lagi memandang kegedikkan gadis ini. Matanya dialihkan ke arah lain.

“Sayang, kenapa tak duduk?” tanya Irfan kepada Lisa.

“Sayang? Oh, dah tu tak dipelawa...” Lisa cuba berjenaka. Lisa kurang selesa disitu.

“Kenapa nak ajak pelayan ni duduk sekali dengan kita?” Miera memandang sinis kepada Lisa.

“Dia ni bukan pelayan di sini... Untuk pengetahuan Cik Miera, perkenalkan Lisa Amira Natasya binti Tan Sri Abdul Hamid isteri kepada Tuan Muhammad Harith Irfan bin Tuan Iskandar.” Tenang Irfan mengungkapkan kata-kata tersebut.

“Tan Sri? Sedap-sedap sahaja Irfan tambahkan pangkat pada pangkal nama abah,” bisik hati Lisa. Saat ini mahu sahaja Lisa memijak kaki Irfan sebab menipu. Tapi inikan lakonan... Jadi, biarkan sahajalah... Boleh berlagak sikit depan perempuan yang bajet bagus ni.

“Oh, jadi sekarang awak dah bersama dengan anak Tan Srilah ya? Mata duitan juga anak usahawan berjaya ni ya? Tak sangka!”

“Tengok kakilah,” kata Irfan langsung tidak memandang wajah Miera yang mungkin agak bengang.

“Boleh percaya ke dia ni anak Tan Sri? Pakai pun macam budak kampung... Entah apa jenis gaya... Serabut mata memandang!” Miera memperli Lisa.

“Kurang ajar... Kutuk aku!” Lisa mengeluarkan suaranya.

“Memang betulkan,” kata Miera angkuh.

“Jaga sikit kata-kata tu... Harap muka sahaja cantik, tapi perangai macam kera hutan! Kau ni Ratu kera ke?” kata Lisa geram. Pantang betul kalau ada orang mengutuknya terang-terangan.

“Habis tu engkau ni macam nenek yang makan sirih dekat kampung tu!” kata Miera.

Lisa mendengus geram. Tiba-tiba lagu doremon berkumandang. Irfan kaget.

“Kenapa masa ni juga telefon nak berbunyi?” bebel Irfan di dalam hati.

“Oi, perempuan... Angkatlah telefon engkau tu... Sakit telinga aku dengar tahu tak? Lagu entah apa-apa engkau pakai... Tak matang betul!” jerit Miera apabila memandang Lisa yang masih tidak hiraukan panggilan telefonnya.

“Bukan telefon engkau ke Ratu Kera?” Lisa masih tidak mahu mengaku. Sejak bila lagu Doremon menjadi nada dering telefonnya? Setahu Lisa, dia tidak pernah menyimpan lagu ini didalam memori telefon. Lisa tidak mempedulikan panggilan tersebut dan akhirnya panggilan itu berhenti tanpa dijawab.

Irfan memandang Lisa dan Miera. Irfan dan Lisa harus beredar dari situ sebelum api yang kecil bertambah besar. Irfan tahu sangat Miera akan menyalakan api yang besar apabila dia tidak puas hati akan sesuatu hal. Lisa? Irfan tidak begitu arif tentang tahap mempertahankan diri Lisa apabila menerima serangan kata-kata yang menyakitkan hati dan telinga. Mungkin juga Lisa bakal membuatkan api bertambah marak. Sebelum pergaduhan dan kekecohan besar berlaku, Irfan dan Lisa harus beredar dari situ secepat yang mungkin.

“Sayang, jomlah kita pergi dari sini... Layan Ratu Kera ni sampaikan kita pun jadi kera... Dah, jom,” ajak Irfan sambil menarik lengan Lisa. Lisa ikutkan sahaja langkah Irfan. Lisa pun malas nak menghadap muka perempuan dihadapannya.

Miera membentak geram. Mujur orang di situ tidak ramai dan pergaduhan mereka tidak menarik perhatian sesiapa.

“Lepaskan tangan saya,” pinta Lisa.

“Oh, maaf... Aku tak perasan,” kata Irfan menyedari mereka sudah agak jauh dari Miera.

“Kalau tak ada apa-apa, jom kita baliklah… Saya nak tengok drama ni...”

“Kita makan dulu…”

“Ok, tapi awak mesti minta Restoren tu pasang TV3... Janji?”

“Ok, janji... Nanti aku minta remote tvtu sekali...” Irfan mengangkat tangannya gaya mengangkat sumpah. Mereka mula berjalan menuju ke restoren lain.

Lisa hanya tersenyum sebaik sahaja remote tvsudah berada di tangannya. Panggilan yang tidak dijawab sebentar tadi dilihat. Ternyata Wanda yang menalefon. Ini mesti mahu beritahu cerita tu dah bermula. Di dalam kepala, Lisa berfikir kenapa nada dering telefonnya berubah.

“Maaflah pasal nada dering telefon kau tu... Aku yang tukar siang tadi...” Irfan mengaku.

“Dah agak dah... Sebab telefon ni awak guna siang tadi bercakap dengan Dr.Haikal kan?”

Irfan mengangguk.

“Sebab apa awak tukar nada dering ni?” Lisa memandang tepat pada anak mata Irfan.

“Sebab kau selalu tak dengar bila aku call,” jawab Irfan ringkas.

Lisa hanya menjeling pada Irfan. Dia malas nak melayan perasaan geramnya terhadap kelakuan Irfan. Drama di kaca televisyen lebih menarik perhatiannya.

“Hantu drama betullah kau ni Lisa,” kata Irfan di dalam hati lalu menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.

Previous: BAB 29
Next: BAB 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.