Home Novel Komedi/Romantik Komedi Antara Mawar Dan Kaktus
BAB 19
BAB 19

Lisa tekun menyediakan ubat mengikut senarai ubat yang telah diarahkan oleh doktor untuk diberikan kepada pesakit.

“Selamat pagi, Lisa!” sapa Dr.Haikal merangkap doktor di wad tersebut.

“Selamat pagi doktor.... Natasya ok. Bukan Lisa… Ini,wad…” Jari telunjuk digerakkan menidakkan kata-kata doktor muda tersebut.

“Oppss… Lupa… Natasya…”

“Doktor oncall tak hari ni?”

“Oncall… Kasihan saya kan?”

“Buat apa nak kasihan... Hahaha… Kasihanlah juga… Nasib baik tak kahwin lagi… Kalau tak, kasihan anak isteri dekat rumah…”

Dr.Haikal terkesima mendengar kata-kata Lisa. Mungkin Lisa masih tidak tahu. Oh,ya.... Mana mungkin Lisa dapat tahu sedangkan dia sendiri telah merahsiakan perkahwinannya itu daripada pengetahuan orang lain termasuklah ibubapanya sendiri.

“Eh, kenapa doktor diam?” tegur Lisa sejurus melihat perubahan air muka doktor muda dihadapannya.

“Baru saya perasan… Cantik juga warna-warna ubat ni. Ubat Paracetamol warna pink! Selalu jumpa warna putih… Sesuai dengan baju awak,” kata Dr.Haikal sambil membelek-belek troli ubat.

“Mana nak perasan doktor… Doktor tulis arahan dekat kertas dan bagi dekat jururawat... Doktor tak tengok ubat-ubat tu… Hahaha....”

“Ada juga saya tengok… Tapi, tak perasan… Sibukkan…”

“Faham-faham… Oklah doktor saya nak hantarkan ubat untuk pesakit ni…”

“Ok...”

Tinggal lagi 15 minit sebelum pukul 8.30 malam. Lisa cepat-cepat memakai selendang. Mujurlah waktu Isyak awal, jadi dia boleh segera menunaikan Solat Isyak sebelum keluar dari rumah. Selendang biru muda dililit dengan kemas dikepala. Satu persatu pin disematkan pada selendang supaya nampak kemas.

Saat ini hati Lisa berdebar. Kebetulan hari ini Huda tidak dapat menemaninya dek kerana perlu menyiapkan rekaan baju pengantin yang telah ditempah oleh pelanggan. Lisa mencapai tas tangan bewarna putih diatas meja soleknya. Telefon pintar dimasukkan ke dalam. Lisa mula melangkah menuruni anak tangga. Skirt hitam labuhnya diangkat sedikit agar tidak terpijak ketika menuruni tangga. Ketika itu juga kedengaran hon kereta dibunyikan diluar rumah.

“Lisa!! Cepatlahhh… Dia dah sampai!” panggil Huda sambil membuka pintu rumah.

“Dah sampai??” Lisa melihat jam tangannya. Tepat pukul 8.30 malam. Sedikit kagum dihatinya kerana jejaka ini sangat menepati masa.

Lisa ke dapur sekejap untuk meneguk air. Masa ini jugalah tekaknya terasa kering. Kemudian, dia berlari anak menuju ke pintu hadapan.

“Betul tak nak temankan ni?” tanya Lisa untuk kepastian. Kereta Audi TT-RS Roadster diluar dilihat dengan hujung matanya.

“Maaf… Memang tak boleh temankan....” Huda membuat muka simpati. Biarlah kali ini Lisa berdikari tanpa dirinya.

Lisa cepat-cepat memakai kasut tumit tinggi yang diletakkan di atas rak diluar rumah. Langkah dipercepatkan. Hatinya semakin berdebar-debar. Entah kenapa tiba-tiba sahaja setelah sampai dirumah siang tadi Irfan menalefonnya mengajaknya keluar malam ini. Katanya ada sesuatu yang penting ingin dibincangkan serta ingin belanja Lisa makan. Kalau setakat makan Lisa malas nak melayan. Tapi, perkara penting yang ingin dibincangkan sedikit menarik perhatian Lisa untuk bertemu Irfan pada malam ini.

Irfan keluar dari kereta setelah melihat Lisa menapak ke arahnya. Senyuman manis dilemparkan. Senyuman inilah yang akan membuat mana-mana hati gadis akan tergoda. Tidak sangka Lisa tidak mengelak untuk berjumpa dengannya malam ini.

Lisa turut membalas senyuman yang dilemparkan Irfan.

“Alahai, kacaknya…” Lisa memuji di dalam hati.

Huda juga turut menyaksikan senyuman tersebut dari dalam pintu pagar rumah.

“Irfan! Jangan senyum lama-lama.... Nanti ada orang tergoda!” usik Huda. Pintu pagar rumah ditutup. Sengaja ditutup lebih awal sebelum Lisa berlalu pergi. Huda takut untuk berada diluar rumah seorang diri. Sejak kebelakangan ini ada beberapa kes kecurian berhampiran dengan rumahnya. Jadi, Huda perlu lebih berhati-hati.

“Siapa yang tergoda?” tanya Irfan.

“Kami!” jawab Huda.

“Kami? Awak seorang sahaja Huda yang tergoda… Lisa tak…” Lisa mengeleng-ngelengkan kepalanya.

“Apa pun, Irfan awak nampak sangat hebat malam ini....” Huda mengangkat ibu jarinya menunjukkan tanda bagus.

“Terima kasih…”

“Jom Lisa....” Irfan mempelawa Lisa memasuki kereta yang telah dibuka pintunya untuk gadis itu. Huda cuba menahan tawanya melihat reaksi Lisa yang terkial-kial melihat kelakuan Irfan. Bertuahnya Lisa! Putera idaman membuka pintu kereta untuk dirinya! Persis putera khayalan.... Aduh, bertuahnya!

“Kami pergi dulu,” kata Irfan sebelum memulakan pemanduan. Lisa disebelah sibuk melambai ke arah Huda. Cermin kereta mula dinaikkan lalu hilang kelibat insan didalamnya dari pandangan Huda. Kereta mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah.

Tanpa berlengah lagi, Huda segera masuk kedalam rumah. Pintu rumah dikunci sebaiknya. Huda menaiki anak tangga menuju ketingkat atas. Segelas Milo sejuk dan beberapa keping biskut turut dibawa bersama. Di dalam pemikiran Huda sekarang, dia hanya memikirkan lakaran yang bakal dibuat.

Huda perlu menyiapkan rekaan baju pengantin yang telah diminta oleh pelanggan. Kali ini konsepnya berkonsepkan bunga-bungaan. Bunga yang menjadi pilihan adalah bertemakan Bunga Sakura. Satu demi satu lakaran dibuat diatas kertas sebagai draf. Lakaran yang tidak menjadi diletakkkan ditepi. Internet menjadi peneman setia Huda ketika ini. Beberapa lakaran diinternet dijadikan sebagai sumber rujukan.

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.