Home Novel Komedi/Romantik Komedi Antara Mawar Dan Kaktus
Bab 11
BAB 11

“Assalamualaikummmm… Assalamualaikummmm… Ustazzz…. Oooo ustazzz,” panggil Huda dari pagar sebelah.

“Waalaikumussalammm… Huda… Ada apa petang-petang ni?”

“Ini saya ada buatkan sup ayam… Tak tahulah sedap ke tidak ustaz,” kata Huda sambil menghulurkan mangkuk tingkat yang turut diisi dengan nasi putih dan sambal belacan.

“Terima kasihh… Susah-susah sahaja,” kata Ustaz Saiful. Tadi entah kenapa tiba-tiba sahaja dia pitam diluar pagar rumah ketika ingin keluar ke klinik berdekatan. Nasib baiklah ketika itu Huda baru pulang dari butiknya. Huda jugalah yang bersusah payah menghantarnya ke klinik.

“Tak susah pun... Oklah ustaz moga cepat sembuh… Saya masuk ke dalam dululah,” kata Huda.

“Ok, terima kasih…”

“Sama-sama,” jawab Huda sambil tersenyum manis.

Sebaik sahaja menutup pintu rumah, Huda melompat kegirangan.

“Akhirnya ada juga sesuatu yang boleh aku bantu lelaki kesukaan aku.” Huda senyum meleret.

Badannya dihempaskan ke atas sofa. Bibirnya mengukir senyuman yang sangat bahagia. Huda mula berangan-angan dapat mendirikan rumah tangga bersama Ustaz Saiful. Sejak dari dulu lagi dia sudah suka pada ustaz muda tersebut. Cuma dia agak malu untuk menegur Ustaz Saiful. Ialahkan, Ustaz Saiful pun sepertinya menjaga pandangan matanya. Tutur bicaranya juga disusun dengan teratur dan sopan. Sudah tentu dia mahukan isteri yang alim dan menjaga agama. Huda pula, bukanlah wanita yang mempunyai ciri-ciri yang dimahukan oleh seorang yang baik fahaman agamanya. Mengikut pemerhatian Huda, Ustaz Saiful masih belum berpunya. Selama 3 tahun berjiran dengan lelaki tersebut, tidak pernah seorang perempuan pun yang datang ke rumahnya melainkan ibunya. Huda juga tidak pernah melihat Ustaz Saiful keluar dengan mana-mana perempuan.

“Ya Allah, Engkau jadikanlah Ustaz Saiful sebelah rumah aku ni sebagai suami aku. Jodohkanlah kami Ya Allah… Ya Allah, sesungguhnya aku suka dia. Suka yang teramat sangat. Bantu aku Ya Allahh… Bantu aku Ya Allah…Aminnn....” Doa Huda penuh pengharapan.

“Aaaaaaaaaaaaa!!!”

Huda bingkas bangun daripada pembaringan sebaik sahaja terkejut mendengar jeritan seseorang. Dalam sekelip mata mucul kelibat Lisa yang sudah berlari menuju ke arahnya.

“Hei, kenapa dengan kau ni Lisa? Macam orang tak siuman saja?”

Lisa duduk bersebelahan dengan Huda.

“Kau tahu takk...,” kata Lisa sambil membulatkan matanya pada Huda.

“Mana aku tahu… Kau tiba-tiba masuk... Dahlah tak beri salam… Ni apa kes ni? Semacam aje aku tengok kau ni Lisa.”

“Aku jumpa dengan mamat tu lagi!! Dia dah malukan aku kali ni sampaikan aku tak tahu nak letak muka aku ni! Malu tau takkk!!!” jerit Lisa sambil memegang tangan Huda.

“Ok… Ok… Relaxs ok… Cuba cerita baik-baik…”

Lisa mula bercerita tentang perihal yang berlaku sebentar tadi. Begitu terperinci Lisa bercerita.

So, kau jumpa tak dengan agen insyuran tu?” bimbang Huda kalau Lisa tidak berjumpa dengan agen insyuran tersebut.

“Gila engkau kalau aku tak jumpa… Dahlah hari ni saja aku dapat jumpa dengan agen tu. Kau pun tau kan, masa agen tu ada, aku pula ada hal… Kalau tak jumpa kali ni susahlah nak jumpa… Nasib baik tak terlambat tau… Ni gara-gara mamat tu la… Eeeee… Geram aku tahu takk!!” marah Lisa sambil menghempas-hempas bantal kecil.

“Kau pun satu… Kenapa boleh tak perasan ada orang dalam kereta tu? Dua orang lagi tu!”

“Aku dah teruja! Macam kau tak tahu aku kalau dah teruja… Lagipun cermin tu gelaplah....”

“Kelakarlah kamu ni Lisa,” kata Huda.

Lisa mengerling pada Huda.

“Aaah kan… Kalau difikirkan balik, aku yang cari pasal… Tapi tak apalah... At leastaku dah hadiahkan tendangan hikmat pada mamat tu… Berbalas jugalah malu aku tu kannn...”

“Engkau ni kan… Silap-silap kena saman tahu tak… Dahlah hari tu kau tumbuk dia… Hari ni? Kau tendang dia! Esok? Lusa? Minggu depan? Bulan depan? Tahulah kamu belajar taekwando… Tapi kau ni dah salah guna ilmu tauu takk…” Huda menjegilkan matanya.

Lisa hanya tersengih-sengih.

“Nak buat macam mana… Takdir...,” kata Lisa sambil mendepakan kedua belah tangannya.

“Banyaklah kamu punya takdir… Buatnya dia balas dendam macam apa yang pernah dia cakap dulu tu… Macam mana? Baru kau tahu…”

“Aku rasa tak… Aku dah buat macam kau kata tu…”

“Kau goda dia dengan lesung pipit kau tu?”

“Rasanya macam tulah…”

“Kau buat macam tu ke Lisa? Biar betul?”

“Eh, tak adalah… Sebabnya… Aku rasa dia ada hadiahkan sesuatu untuk aku…”

“Apa pula boleh rasa-rasa…Betul-betullah…”

“Jap eh…. Aku tengok dalam kereta,” Lisa segera bangun dari duduknya.

Kedua-dua gadis tersebut mula berlari ke arah kereta. Riuh rendah dibuatnya.

“Eh, cepatlah… Aku dah tak sabar ni,” kata Huda.

Lisa kelam-kabut membuka pintu belakang. Beg kertas biru laut itu diambilnya.

“Jangan-jangan bom,” teka Lisa sambil mengintai ke dalam beg kertas.

“Logiklah sikit Lisa…. Takkan bom… Tu kes jenayah tau tak… Cepatlah,” kata Huda sambil menolak Lisa masuk ke dalam rumah.

“Ada dua hadiahlah Huda… Nah kau ambil satu. Aku yang putih kau yang hitam…”

“Cantik juga riben hadiah ni Lisa... Kau bukalah… Inikan hadiah kau… Aku tumpang tengok saja…”

Lisa dengan hati yang berdebar-debar membuka balutan hadiah yang bewarna putih. Satu persatu pelekat dibuka.

“Lisa, kalau aku kan… Aku koyakkan semua kertas ni. Cepat sikit...,” cadang Huda.

“Eh, kau ni…Sabarlah…”

Sekeping kertas jatuh ke lantai setelah pembalut hadiah tersebut dibuka sepenuhnya. Lisa mengambil kertas tersebut. Ternyata kertas tersebut merupakan satu nota kecil untuk dirinya.

Hai, Khas buat jururawat yang sentiasa tersenyum manis…. Terima kasih kerana tolong jagakan papa saya dan menjadi jururawat yang baik untuk pesakit anda. Teruskan tersenyum kerana senyuman anda penawar kepada mata yang melihat.

Ikhlas dari,

Anak Pesakit

Bibir Lisa menguntum senyuman dan hatinya sedikit terusik dengan kata-kata yang tertulis pada kertas kecil yang bewarna ungu itu. Matanya memerhati kotak ditangannya lalu digoncang-goncangkan.

“Apa yang dia tulis? Boleh aku baca?” tanya Huda.

Lisa menghulurkan nota kecil tersebut kepada Huda.

“Cepatlah buka...,” desak Huda sambil membaca nota kecil tersebut.

Dengan cermat Lisa mengeluarkan barang dari kotak. Sebuah lampu tidur berbunga dan berdaun kristal kini berada di depan matanya. Cantik!

“Hai, tak tidur malamlah cik misi kita ni malam ni…. Lampu kristal lagi!”

Lisa hanya tersenyum. Tak sangka ada juga orang yang sudi memberinya hadiah. Tapi, kenapa dia yang diberikan hadiah? Sepatutnya kakitangan yang lain juga diberi hadiah… Lisa melupakan persoalan tersebut. Matanya kini melirik kearah bungkusan yang bewarna hitam. Tangannya cepat-cepat mencapai bungkusan hitam tersebut. Ternyata ada satu lubang kecil pada bungkusan hitam tersebut.

“Romantiknya ayat dia Lisa. Peminat engkau la ni… Diam-diam kau mengorat anak pesakit yer?”

Exuse me… Bukan I ok… Mamat tu yang lebih-lebih...,” kata Lisa sambil membuka balutan yang bewarna hitam.

Lisa merasakan ada sesuatu yang bergerak di dalam bungkusan hitam yang dipegangnya. Tangan Lisa berhenti seketika daripada terus membuka balutan tersebut.

“Wehh… Kenapa aku rasa macam ada benda bergerak dalam kotak ni?” Lisa menghulurkan kotak tersebut kepada Huda.

“Mana ada...,” kata Huda sambil menggoncangkan kotak tersebut.

“Tak ada eh?” tanya Lisa untuk kepastian.

“Tak ada....” Huda memberi keyakinan.

Lisa mengambil kembali kotak tersebut daripada Huda.

“Bismillahirrahmanirrahimmm...,” ucap Lisa sambil membuka kotak tersebut.

“Eeeee!!!” Dek kerana terkejut, kotak tersebut secara spontan dicampakkan ke lantai. Secara automatik Lisa melompat ke atas meja. Huda yang melihat reaksi Lisa juga turut serta dengan kelakuan Lisa.

“Kenapa? Kenapa?” tanya Huda panik.

“Katak!!! Dalam kotak tu ada katak! Besar tau takkkk!Aku dah cakap tadi kotak tu ada benda bergerak-gerak... Kau tak percaya… Eeee...,” kata Lisa kegelian melihat sepasang katak dihadapannya.

“Eeeeee…. Tolonggg! Tolongggg! Tolongggg!” jerit Huda.

“Tak ada siapalah yang nak tolong… Kau tolonglah buangkan katak tu Huda!!”

“Kaulah Lisa… Tu kan hadiah kau!!”

“Apa jenis mamatlah bagi hadiah katak!” marah Lisa menahan geli.

“Hah, tu apa benda tu?” tanya Huda sambil melangkah turun dari sofa lalu mencapai bungkusan plastik yang diperkatakan. Selepas mencapai plastik tersebut, Huda cepat-cepat melompat ke atas sofa.

“Cengkerik Lisaaa!” jerit Huda setelah membuka bungkusan plastik tersebut.

Melihat kehadiran cengkerik-cengkerik tersebut, maka bertambah histerialah mereka berdua. Terpekik terlolong kegelian.

“Huda!!! Katak tu dah melompat!!! Gemuknya! Katak apa ni??”

Melihat kemunculan katak besar tersebut, bertambah hebat Huda menjerit.

“Kenapa ni?” Tiba-tiba muncul suara seorang lelaki.

Mereka berpaling kearah suara lelaki yang hadir entah dari mana. Tanpa berlengah-lengah lagi kedua-dua gadis tersebut meluru ke arah Ustaz Saiful. Sebatang kayu dipegang oleh Ustaz Saiful.

“Katak!” jawab Lisa sambil menunding jari ke arah katak yang kini berada di bawah meja kopinya.

“Astaghfirullahaladzim… Saya ingatkan pencuri tadi…. Katak rupanya. Hahaha....” Ustaz Saiful tergelak kecil.

“Kuat ke kami jerit ustaz?” tanya Huda.

“Kuatlah juga. Bila saya intai ke rumah kamu, pintu rumah terbuka. Lepas tu dengar orang minta tolong… Ingatkan pencuri masuk… Itu yang saya bawa kayu ni” kata Ustaz Saiful sambil menunjukkan kayu yang dipegang.

Huda dan Lisa hanya mampu tersengih. Malu juga rasanya. Tapi nak buat macam mana, dah katak tu memang digeli oleh mereka berdua. Ustaz Saiful cuba mendekati katak tersebut. Katak tersebut ditolak perlahan-lahan dengan kayu yang dibawa agar dia melompat keluar. Namun, usahanya gagal. Katak tersebut lansung tidak berganjak.

“Hah, katak ni tak mahu keluarlah. Nampaknya kamu berdua kena belalah katak ni... Boleh tak?” gurau Ustaz Saiful.

“Nak bela si gemuk ni? Eh, mana berani ustaz….” jawab Huda kegelian.

Ustaz Saiful tertawa kecil mendengar jawapan daripada Huda. Matanya sepet sedikit apabila ketawa tetapi tetap kacak.

“Ustaz! Cengkerik atas kepala tu!” beritahu Lisa setelah melihat serangga tersebut menghinggapi kepala ustaz yang tidak berkupiah.

Dengan selamba Ustaz Saiful menepis-nepis serangga tersebut manakala Lisa dan Huda sudah mempamerkan muka kegelian.

“Siaplah kamu nanti mamat poyo!” marah Lisa di dalam hati.

“Katak ni kalau dia berbunyi sedap didengar tau. Biasanya dekat-dekat kampung adalah katak ni. Tapi jarang boleh jumpa. Ini mesti mahal katak ni. Macam mana dia boleh sampai ke sini ni?” tanya Ustaz Saiful.

“Saya pun asal dari kampung ustaz… Tapi tak pernah saya tengok katak ni dekat kampung… Macam mana dia boleh sampai ke sini, ustaz tanya Lisa! Dialah puncanya.” Huda menunjukkan jarinya ke arah Lisa.

“Errr…. Macam mana nak cakap entah… Ermm… Katak ni ada orang hadiahkann…” jawab Lisa dengan muka agak kesal.

“Orang hadiahkan?” tanya Ustaz Saiful kehairanan.

“Ya,orang hadiahkan…”

“Ini kes ancaman atau hanya sekadar untuk mengusik?”tanya Ustaz Saiful lagi dengan muka serius.

“Tak pastilah ustaz… Ini ancaman atau sekadar bergurau…”

“Kalau ancaman kena buat report polislah sebelum perkara lebih teruk berlaku. Sebabnya, inikan binatang selalu orang geli dan takut. Buatnya si penerima ada penyakit jantung dan terkejut, boleh bawa maut ni… Tapi kamu berdua tak sakit jantungkan?”

Lisa dan Huda hanya mengeleng-ngelengkan kepala.

“Ada nota apa-apa tak yang dia bagi?” tanya Ustaz Saiful.

“Tak pasti ustaz. Sebabnya untuk hadiah pertama dia ada bagi satu nota kecil,” beritahu Lisa sambil menunjukkan nota kecil yang sudah terjatuh di bawah meja.

Ustaz Saiful memandang nota dilantai.

“Boleh saya baca?”

“Boleh, bacalah ustaz,” kata Lisa.

Ustaz Saiful hanya tersenyum sesudah membaca nota tersebut.

“Kata-kata yang mampu mengusik perasaan kaum Hawa,”fikir Ustaz Saiful. Nota tersebut diletakkan kembali.

“Mungkin katak ni pun ada nota,” kata Ustaz Saiful.

“Cuba ustaz tengok bawah kotak tu,” arah Huda.

Setelah mengangkat kotak yang diperkatakan Huda, sekeping kertas ungu bersama tulisan kelihatan. Ustaz Saiful mengambil nota tersebut lalu menghulurkannya kepada Lisa.

“Eh, bacalah kuat-kuat Lisa....” Huda cuba mengintai tulisan ditangan Lisa.

Hai, Suka tak dengan binatang comel ni ?

Aku dah belikan makanan dia sekali tau. Jangan lupa bagi makan! Kalau dah habis, pandai-pandailah kau to upkan… Bagi dia lagi gemuk tau!

Ikhlas dari,

Mangsa Penumbuk

Ustaz Saiful dan Huda merenung Lisa dengan penuh tanda tanya. Mangsa penumbuk? Melihat dia ditenung seperti itu, Lisa hanya mampu mengelip-ngelipkan mata.

“Ni mesti sebab dia nak balas dendam ni… Sebab tu dia hadiahkan binatang ni Lisa!” kata Huda sambil menepuk kuat bahu Lisa.

Lisa hanya menunjukkan muka resah.

“So, macam mana ni Huda?” tanya Lisa buntu.

“Macam mana lagi… Buang jelah hadiah pelik kau ni,” kata Huda sambil berpeluk tubuh.

“Rasanya tak perlu buang kut Huda,” sampuk Ustaz Saiful.

“Habis tu??” mereka berdua serentak bertanya.

“Apa kata kamu bela! Susah nak dapatkan katak ni tau… Bunyi dia sedap didengar terutamanya bila tiba waktu hujan. Nampak lebih semulajadi taman depan rumah kamu tu… Bayangkan, di waktu malam katak menyanyi-nyanyi dan cengkerik memanggil-manggil diantara satu sama lain. Terasa berada di desa…Unik kan?” kata Ustaz Saiful sambil mengangkat keningnya.

Huda hanya tersenyum. Sudah itu kata pujaan hatinya, dia sanggup untuk membela katak gemuk itu… Berani kerana cinta! Kononnya dia mahu menjadi wanita yang mendengar kata…

“Ok, kami bela!” jawab Huda dengan penuh yakin.

What??” terbeliak mata Lisa mendengar keputusan Huda.

“Betul juga kata Ustaz Saiful tu Lisa… Kita bela eh?”

Lisa hanya mendiamkan diri.

“Cuup! Aku tak nak bagi makan binatang ni tau.... Kau yang kena uruskan semuanya… Apa-apa pun tempat tinggal katak ni mesti bersih dan tak berbau… Kau kena janji tu...”

“Insya-Allah… Selagi aku masih terdaya,” kata Huda bersemangat.

“Amboii… Bukan main lagi yer… Selagi terdaya… Tak terdaya pun kau kena uruskan katak ni tau!” “

“Sepatutnya kau kena berterima kasih dengan aku tau.... Inikan hadiah kau… Aku tolong jagakan saja…Hahahaha…”

Lisa mengetapkan bibirnya. Lupa pula itu hadiahnya.

“Yelah… Terima kasih.”

Di dalam hati, rasanya mahu dihempuk Si Huda ni. Tadi bukan main lagi geli dengan binatang ni… Sekarang dia pula beria-ria nak bela si gemuk ni. Pelik bin ajaib!

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.