Home Novel Komedi/Romantik Komedi Antara Mawar Dan Kaktus
BAB 29
BAB 29

Syafiq Rayyan menghempaskan pintu kereta. Nafas berat dilepaskan perlahan-lahan. Permandangan menghijau dihadapannya sedikit pun tidak menenangkan perasaannya ketika ini.

“Kenapa ni sayang.... I tengok youni sejak balik dari London bulan lepas semacam sahaja.... Macam ada yang tak kena. Cuba beritahu I… Manalah tahu Iboleh bantu masalah you,” pujuk Maria sambil bersandar bersebelahan dengan Syafiq Rayyan yang menyandar pada kereta.

“Entahlah… Fikiran Ikusut sekarang.”

“Kenapa kusut? Beritahulah I....”

“Ok… Macam ni. Semasa I ke London hari tu Iada jumpa dengan kakak I....

“Kakak? Bukan youanak sulong ke?

“Ya, memang Ianak sulong.... Anak sulong untuk mama and papa I.Sebelum mama and papa Ikahwin, mama Idah ada seorang anak perempuan hasil perkahwinannya yang pertama. Suami pertama mama Ikemalangan semasa mama Imengandungkan kakak I tu...”

Youtak ada beritahu Ipun tentang hal ni....”

“Ya ke? Rasanya macam dah beritahu....”

“Ok.... Straight to the point. What is the problem?”tanya Maria.

“Kakak Idah ada anak....” Syafiq Rayyan merenung Maria dengan muka tidak keruan.

“Wahh… Tahniahlah.... You dah jadi uncle”Maria tidak mengerti dengan pandangan mata Syafiq Rayyan. Bukankah Syafiq Rayyan patut gembira?

“Memanglah happy Idah jadi uncle…Masalahnya sekarang, kakak Itak tahu mana bapa budak tu.... Lepas kakak Imengandung bapanya terus hilang.”

“Maksud you,kakak youterlanjur… Macam tu?” Maria cuba mencari jawapan dari riak wajah Syafiq Rayyan.

“Tak.... Mereka berdua dah berkahwin. Tapi, disebabkan permintaan kakak I, lelaki itu ceraikan kakak I…Masa tu kakak Itak tahu dia dah mengandung!” jawab Syafiq Rayyan dengan riak wajah kesal.

Parents youtahu tak?”

“Tak.... Kakak Ilangsung tak beritahu. Dia berkahwin pun kakak Itak beritahu family.... Ini pun secara kebetulan Itahu disebabkan Ike sana tanpa pengetahuan kakak I.Pada mulanya kakak Itak mengaku itu anak dia… Tapi, bila anak tu bangun dari tidur dan panggil kakak I mum,kakak Itak dapat berselindung lagi. Dan kalau younak tahu, kakak Idapat pasangan kembar. Lelaki dan perempuan!” Ada seulas senyuman terukir di wajah Syafiq Rayyan.

“Wahh… Seronoknya. Dah berapa tahun umur budak-budak tu?”

“6 tahun...”

“Ermm… Dah besar. Macam mana ya kakak youmembesarkan anak-anak tu seorang diri?”

“Kakak Imasih belajar disana.... Itupun dia dah tangguhkan pelajarannya selama setahun. Tahun ni dia akan graduated. Dan mungkin dia akan bekerja disana disebabkan dia tidak mahu rahsia ini diketahui family.

“Bekas suaminya orang sana ke?”

“Tak.... Orang kita. Orang Melayu...”

“Haa.... Kalau macam tu senanglah kita cari...”

“Masalahnya kakak Ilangsung tak tahu pasal maklumat peribadi lelaki tersebut. Yang dia tahu lelaki itu asalnya dari Kuala Lumpur dan ayah lelaki tu turut mempunyai perniagaan yang sama dengan papa Iiaitu menguruskan pembinaan bangunan.”

“Susahlah macam tu.... Gambar lelaki tu ada kakak youbagi?”

“Tak adalah pula... Kakak I tu langsung tidak mahu mencari bekas suaminya tu... Tidak tahulah sebab apa.” Syafiq Rayyan hairan.

Youada gambar kakak you?”

“Ada... Sekejap Icari dalam handphone Ini.”

Syafiq Rayyan mengeluarkan handphonenya. Gambar kakaknya dicari.

“Ini dia...” Telefon pintar bertukar tangan.

“Cantik kakak you...Nama apa?”

“Fatin Natasya binti Ahmad.”

“Dia disana ambil jurusan apa?”

Mechanical Engeneering.”

“Hebat kakak you...

Syafiq Rayyan hanya tersenyum. Walaupun kakaknya berlainan ayah, Syafiq Rayyan amat menyayangi kakaknya itu. Jarak usia hanya satu tahun menjadikan mereka begitu akrab. Kasihan kakaknya terpaksa menanggung bebanan tersebut seorang diri. Siapalah lelaki tersebut? Syafiq Rayyan buntu.

Irfan memandang telefon Lisa yang sedang bingit mengeluarkan bunyi. Irfan tidak dapat menahan ketawanya. Nada dering yang baru ditukar Irfan sebentar tadi bakal membuatkan Lisa akan peka dengan panggilan yang bakal dibuat nanti. Ini tidak, sampai 15 kali panggilan tidak dijawab. Pekak ke apa?

Setelah sekian lama, Irfan mula tidak senang duduk apabila beberapa orang telah memandang ke arah meja yang didudukinya.

“Ini mesti mereka ingat handphone aku ni... Ah, malunya! Dahlah nada dering lagu Doremon,” fikir Irfan.

“Lisa ni tak reti-reti ke nak bawa handphonepergi toilet?” Irfan mengomel seorang diri sambil tangannya mencapai handphoneLisa yang diletakkan di atas meja.

“Dr.Haikal!” Irfan tersenyum sebaik sahaja melihat nama Haikal terpapar pada skrin telefon pintar.

Hello... Assalamualaikum Dr.Haikal...”

“Waalaikumussalam... Siapa ni ya?”

“Ini Irfanlah... Lisa pergi tandas...

“Oh, Irfan… Buat apa kau bersama Lisa?” Dr.Haikal sedikit pelik. Bukankah Lisa ke Terengganu?

“Aku dan Lisa ada di Pulau Kapas sekarang ni... Bercuti… Hahahaha…” Irfan mengusik.

“Bercuti? Pulau Kapas? Berdua?” Dr. Haikal bertanya dengan nada sedikit panik.

“Ya...”

“Berdua?!” tanya Dr.Haikal separuh terkejut.

“Eh, bukan macam tu maksud aku... Maksud aku, aku memang ada dekat Pulau Kapas ni... Tapi bukan berdualah... Ada lagi rakan-rakan lain... Kenapa kau cemburu eaa?” Irfan cuba menduga Dr.Haikal.

“Eh, tak adalah... Kau dengan Lisa ada apa-apa ke?”

Irfan terdiam mendengar soalan itu. Memang dia sukakan Lisa... Tapi entahlah, kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.

“Eh, tak ada apalah... Kawan sahaja... Haa, kau bila bertolak ke UK?” Irfan cuba mengubah topik.

“Insya-Allah malam ni kalau tak ada apa-apa...”

“Semoga sampai dengan selamat... Sampai sana jangan lupa orang sini... Eh, Lisa dah datang... Mati aku, aku angkat handphonedia... Oklah, nah aku bagi Lisa ni...” Irfan cepat-cepat menyerahkan handphonekepada Lisa setelah melihat gadis tersebut sepertinya tidak berpuas hati dengan tindakan Irfan yang menggunakan handphonenya.

“Dr.Haikal...” kata Irfan sambil menghulurkan telefon pintar kepada Lisa. Matanya ligat mencari kelibat staf yang lain. Tidak berani Irfan merenung Lisa ketika ini kerana sudah pasti gadis ini tidak berpuas hati kepadanya ketika ini.

Tanpa berlengah, Lisa menjawab panggilan Dr.Haikal.

“Mereka ni pergi pilih ikan atau tangkap ikan di laut ni?” Irfan bosan menunggu kehadiran staf yang janjinya ingin memilih ikan tetapi sampai sekarang belum muncul-muncul. Tak pasal-pasal kena mengadap monyet sarkas atau singa betina ni. Menyampah!

Irfan beberapa kali menepuk telinga.

“Amboi, kau Lisa bukan main manja lagi kau bercakap dengan Dr.Haikal... Tahi telinga keras aku ni macam dah nak meleleh ni!” ngomel Irfan seorang diri. Sedikit cemburu bertamu dihati.

“Hah! Baru muncul! Kenapa lama sangat ni,” marah Irfan setelah staf butik mamanya muncul.

“Maaflah Encik Irfan... Ikan baru dipunggah dari kapal... Ikan segar-segar tau!” bohong Mimi. Padahal pada hakikatnya mereka sengaja melambatkan masa. Sengaja mereka membiarkan Lisa dan Irfan berduaan sementara. Harapnya hubungan mereka tidak sepeti kucing dan anjing lagi. Tetapi, apabila melihat mereka dari jauh seperti ada yang tidak kena, barulah Mimi dan yang lain memunculkan diri. Pening kepala mereka mengendalikan model yang tidak sehaluan. Masing-masing ada angin tersendiri. Esok adalah hari terakhir sesi pengambaran. Harapnya Irfan dan Lisa tidak bergaduh lagi seperti beberapa hari ini.

“Ya, saya akan jaga pokok tu baik-baik... Insya-Allah,” kata Lisa dengan senyuman di bibir.

“Hahaha... Ya... Hati-hati di sana... Nanti tak ada lagilah orang kutip buah lada... Mesti pokok lada tu rindu...”

“Aduh!” Lisa menjerit setelah merasakan kakinya ditendang dari bawah meja. Lisa memandang ke arah Irfan. Namun, bukan hanya Irfan seorang di situ... Bila staf lain sampai? Lisa tidak perasan. Mereka memandang Lisa dengan muka meluat.

“Pokok lada yang rindu atau kau yang rindu! Monyet sarkas pun tanam lada? Patutlah boleh jadi singa betina,” sindir Irfan.

“Kenapa tu Lisa?” tanya Dr.Haikal.

“Tak ada apalah... Ini, kaki terpijak cengkerang siput,” bohong Lisa. Ini semua Irfan punya pasal. Tak pasal-pasal rahsianya ke Pulau Kapas terbongkar. Nasib baik Dr.Haikal tidak marah. Bimbang jika jejaka kesukaannya cemburu.

Lisa tidak berpuas hati dan cuba menghadiahkan tendangan hikmah pada kaki Irfan. Kali ini Irfan dapat mengelak. Tidak akan dia biarkan kaki Lisa mendarat lagi pada kakinya buat kali yang kedua.

“Apa kamu berdua ni... Bergegar meja ni,” kata Daus yang sejak dari tadi lagi melihat tingkah-laku mereka berdua. Irfan dan Lisa tidak mempedulikan kata-kata Daus. Lisa cuba berkali-kali menendang ke arah kaki Irfan. Meja bergegar? Ah, biarlah! Mujurlah makanan belum sampai.

“Lisa, kau berlatih kung fu ke?” tanya Daus tidak berpuas hati. Pantang betul kalau ada orang bergaduh di meja makan.

“Ini lagi satu Irfan, perempuan mana engkau kutip ni?”

“Entahlah Daus... Rasanya Orang Asli Hutan Amazon kut...”

Berdesing telinga Lisa. Lisa harus mengawal perasaannya. Bimbang kalau-kalau intonasi suaranya akan berubah ketika bercakap dengan Dr.Haikal. Panggilan dari Dr.Haikal ditamatkan dengan baik. Pasti rindu akan bertamu dihati Lisa apabila Dr.Haikal pergi ke luar negara.

“Haa... Dah habis bercakap? Sikit sahaja lagi tahi telinga aku ni nak meleleh tau tak?”

“Ooo... Tahi telinga nak meleleh...” Lisa bangun dari tempat duduknya.

Irfan kaget. Alamak!

Lisa cuba menghayun kakinya ke arah kaki Irfan. Entah macam mana silap aturan langkahnya, kakinya terpijak skrit labuh yang dipakai. Tanpa sengaja Lisa terjatuh dalam dakapan Irfan. Walaupun dalam situasi tersebut sempat lagi kaki Lisa mencari sasarannya.

“Aduh!” secara automatik Irfan melepaskan Lisa. Kedengaran seperti nangka busuk jatuh ke tanah.

“Aduhhh...” Lisa mengerang dilantai.

Irfan tidak mempedulikan Lisa. Sakit dikakinya lebih diutamakan.

“Bangun Lisa...” Wanda cuba memapah Lisa bangun.

“Apalah kamu berdua ni... Tak malu ke? Semua orang dah pandang kita ni,” kata Wanda perlahan.

“Jomlah kita cari kedai lain,” kata Irfan yang turut merasa malu.

“Apanya... Makanan dah ditempah... Kena tunggulah... Boleh tak kamu berdua ni matang sikit... Budak-budak pun tak bergaduh macam ni tau tak,” nasihat Encik Fuad.

Irfan dan Lisa hanya diam di meja melayani sakit masing-masing.

“Ini dia makanan yang dah ditempah sebentar tadi,” kata pelayan dengan mesra.

Mereka memberi laluan kepada pelayan untuk menghidangkan makanan di atas meja. Baunya sahaja sudah cukup menyelerakan.

“Maafkan saya... Boleh saya tahu siapa Encik Harith Irfan?” tanya pelayan sambil memerhatikan wajah pelanggannya.

“Saya Harith Irfan,” jawab Irfan hairan.

“Ini saya ada kiriman daripada seseorang.” Pelayan tersebut menghulurkan satu bungkusan dan sekeping kad.

“Terima kasih...” Irfan meneliti bungkusan tersebut.

“Sama-sama... Kalau tidak ada apa-apa saya minta diri dahulu...”

“Baiklah...”

“Wah... Ada peminat nampaknya,” kata Wanda teruja. Setiap kali sesi pengambaran ada sahaja gadis-gadis yang menghantar kad dan meminta nombor telefon. Untunglah orang kacak. Tapi Wanda hairan dalam ramai-ramai perempuan tidak ada satu pun yang melekat dengan Irfan.

Lisa tidak ambil endah dengan bungkusan yang diterima Irfan. Menu ikan pari bakar dihadapannya lebih menarik perhatian. Perutnya yang kosong diisi semahu-mahunya.

“Lisa kau ni makan ingatlah sikit orang belakang,” tegur Irfan apabila melihat hampir separuh ikan pari bakar tersebut dikerjakan Lisa.

“Laa... Ingatkan orang tu tak nak makan... Dah terima hadiah sampai lupa makanan atas meja...”

“Haa... Nak mula lagilah tu... Tak fahamlah kamu berdua ni,” tegur Raizal yang sejak dari tadi menjadi pemerhati mereka.

“Ok-ok... Saya diam,” kata Lisa sambil menjeling pada Irfan yang telah mula menikmati hidangan.

Tiada satu pun makanan yang dibazirkan. Semuanya dihabiskan dengan licin. Hanya tulang sahaja yang tinggal. Mereka selalu beringat membazir itu adalah amalan syaitan. Setelah kenyang mereka pulang ke bilik masing-masing untuk merehatkan badan dan petang ini mereka akan keluar semula untuk beriadah bersama-sama.

Beriadah di tepi pantai adalah perkara yang amat menyeronokkan. Petang semalam permainan bola tampar pantai menjadi pilihan mereka. Untuk hari ini, mereka akan berjoggingdi tepi pantai dan seterusnya membina istana pasir. Semua ini adalah aktiviti yang telah dirancangkan oleh Wanda.

“Lisa, tunggu sekejap,” panggil Irfan dari belakang semasa perjalanan pulang ke bilik.

Lisa buat-buat tidak mendengar. Langkahnya diteruskan.

“Lisa!”

“Lisa, Irfan panggil tu,” kata Mimi.

“Saya tahu... Tapi, malaslah nak layan...”

“Kita tinggalkan Lisa... Jom kita lari,” bisik Mimi pada Wanda.

“Jom!” Mimi dan Wanda memulakan langkah seribu.

Lisa terpinga-pinga.

“Mereka berdua ni kenapa... Sengaja nak kenakan aku,” kata Lisa tidak puas hati.

“Huhhh... Lajunya kau jalan... Dahlah jalan berpasir ni... Lenguh kaki nak mengejar kau. Dahlah kaki aku kau tendang tadi,” kata Irfan sebaik sahaja berjaya melangkah beriringan dengan Lisa.

“Ingat awak sahaja yang sakit?”tanya Lisa.

“Habis tu kau tendang aku tu kenapa? Kalau kau tak tendang mesti aku tak lepaskan kau tadi.” Irfan ketawa kecil.

“Ishh dia ni... Nak peluk-peluk orang pula... Saya saman awak atas tuduhan gangguan seksual baru awak tahu!”

“Opps! Dah rezeki kan... Tiba-tiba sahaja ada nangka busuk jatuh dari pokok,” usik Irfan sengaja menyakitkan hati Lisa.

“Semakin lama dekat dengan awak, semakin kaki saya ni tak dapat dikawal! Sekarang ni, kalau awak nak tahu, kaki saya ni macam nak pijak-pijak sahaja muka awak tu... Eeeiii!!” Lisa menunjukkan wajah geram.

“Woww! Takutnya aku!”

“Eh, saya tak ada masalah nak bertekak dengan awak ni... Kenapa panggil saya tadi?”

“Saja,” jawab Irfan selamba.

“Saya balik tidur lagi baiklah dari melayan awak ni.” Lisa terus meneruskan langkah yang telah terhenti seketika tadi. Geram sungguh rasa hatinya. Kenapalah Irfan menyakitkan hatinya ketika berada di pulau indah ini. Kenapa sebelum ini Irfan berkelakuan baik? Hampir-hampir sahaja hati Lisa tergoda pada Irfan. Tapi mujurlah seri wajah Dr.Haikal yang sangat menenangkan perasaan menahan jiwa Lisa untuk terus menyukai Irfan peguam yang berpewatakan garang,belagak tetapi romantik.

“Dengarlah dulu apa aku nak cakap ni...”

“Apa!!!” jerit Lisa tidak puas hati.

“Engkau ni kan, kalau masa kau bercakap dengan orang lain, lembut tutur bicaranya... Cair hati mana-mana calon mak mentua tau tak? Tapi kalau kau dengan aku, macam kau nak makan aku sahajakan?”

“Siapa yang mulakan dulu?”

“Kaulah siapa lagi? Yang engkau simbah air sirap tu kenapa? Dahlah baju tu aku baru beli semata-mata nak datang ke pulau ni... Ini tak pasal-pasal baju putih aku jadi warna merah!”

“Bukannya tak boleh basuh...Balasanlah tu... Siapa suruh baca kertas saya!”

“Kan aku dah jelaskan hari tu,” kata Irfan mengendurkan suaranya.

Whatever!

“Ok, aku minta maaf...” Irfan malas bertekak dengan Lisa. Selalu Lisa sahaja yang nak menang!

“Maaf tak diterima,” jawab Lisa angkuh.

“Suka hati engkaulah... Yang penting aku dah minta maaf... Malam ni kau kena temankan aku pergi satu tempat... Kau kena temankan aku... Faham?!”

“Ah, tak kuasalah saya...”

“Kalau kau tak temankan aku malam ni, tahulah aku nak buat macam mana nanti...”

Whatever...” Lisa memperlekehkan kata-kata Irfan.

“Suka hati engkaulah! Petang ni kita jumpa...” Irfan menjentik tudung Lisa yang terkelepek ditiup angin lalu berlalu dari situ.

“Temankan dia? Aduh... Ini yang malas ni... Malam ni cerita kegemaran aku dah episod akhir...” Lisa runsing. Lisa melangkah perlahan-lahan sambil melemparkan pandangannya ke lautan. Ah,cantiknya laut! Subhanallah...

Raizal, Daus, Encik Fuad, Jayjay, Wanda, Mimi , Irfan dan Lisa berkumpul di tepian pantai. Sesekali ombak nakal mencuit kaki-kaki mereka. Terpancar wajah kegembiraan di wajah mereka.

“Dah penat berlari?” tanya Wanda sebagai pengarah program, kononnya.

“Penat!!”

“Ok... Bagus... Itu yang saya mahukan... Sekarang ni, kita akan membina Istana Pasir. Peralatan telah saya sediakan... Cuma, kamu perlu memilih pasangan. Iaitu hanya berdua...” Wanda menunjukkan satu beg plastik hitam yang besar.

“Istana Pasir?! Wah, seronok tu!! Mimi kita buat sama-sama,” kata Lisa teruja dan terus memilih pasangannya.

“Pasangan akan diundi... Ini kertasnya. Mari ambil seorang satu kertas…” Wanda menujukkan kertas yang digulung kecil ditapak tangannya.

“Alaa...” Lisa mengeluh hampa.

“Sekarang, sedia... Saya akan taburkan kertas-kertas atas pasir ni,” jelas Wanda.

“Ok!” jawab mereka serentak.

“Sediaa... 1, 2,3!Rebut-rebut!!” Wanda memberi laluan pada mereka.

Tanpa berlengah lagi mereka berkejar ke arah kertas yang ditaburkan oleh Wanda. Kertas kecil dikutip salah seorang satu kertas.

“Masing-masing dah dapat kertas masing-masing?” tanya Wanda.

“Dah... Tapi kau,Wanda?”tanya Daus.

“Wandakan tukang buat kertas tu... Jadi, Wanda tak boleh ambillah... Tapi, jangan risau... Wanda akan turut serta juga...”

“Bagus!” kata Mimi.

“Hahaha... Sekarang kita ada empat kumpulan… Siapa yang dapat kertas Pulau Redang? Tampil ke depan...”

Encik Fuad dan Raizal berjalan keluar.

“Kita geng Encik Fuad!” kata Raizal teruja begitu juga dengan Encik Fuad.

“Siapa dapat Pulau Perhentian?”

Lisa dengan gembiranya tampil ke hadapan.

“Eh, takkan Lisa seorang sahaja yang dapat Pulau Perhentian? Rasanya Wanda ada buat dua kertas...” Wanda pelik setelah beberapa minit tidak ada siapa yang keluar.

“Ok, senang sahaja kita nak tahu siapa yang dapat Pulau Perhentian tu... Siapa yang dapat Pulau Tenggol sila ke hadapan,” kata Wanda.

Daus dan Mimi tampil ke hadapan.

“Kita kalahkan mereka,” kata Daus bersemangat. Mimi menyahut cabaran Daus.

“Alah... Kami mesti menang punya,” kata Encik Fuad,yakin.

“Tak apa... Kita tengok nanti,” kata Mimi.

Kini hanya tinggal Irfan dan Jayjay. Siapakah yang memiliki kertas Pulau Perhentian?

“Pulau Bidong?”

“Aku!!” jawab Jayjay sambil melompat.

“Tapi, siapa pasangan aku?” Tanya Jayjay kembali setelah menyedari dia tidak berpasangan.

“Wandalah... Sengaja Wanda letakkan Pulau Bidong tu satu kertas sahaja. Siapa-siapa yang ambil kertas yang ditulis Pulau Bidong akan menjadi pasangan Wanda…”

“Ok... Cantik!” jawab Jayjay berpuas hati.

Kini, semua mata tertumpu pada Irfan yang masam mencuka.

“Jadi, kini terbukti Irfan memiliki Pulau Perhentian!!!” kata Wanda sedikit menjerit melawan tiupan angin yang menenggelamkan suaranya.

Lisa hanya memandang Irfan dengan perasaan geram.

“Kenapalah dia menjadi pasangan aku... Nasib apalah ini,” kata Lisa tidak puas hati.

Irfan berjalan perlahan disisi Lisa. Irfan hanya memandang Lisa sekilas sahaja. Irfan tahu Lisa sangat bencikannya. Irfan malas bersuara.

Wanda tanpa berlengah lagi membahagikan barang-barang keperluan untuk membina Istana Pasir secara telus dan adil. Setiap pasangan mendapat jumlah dan jenis barangan yang sama. Mujurlah pihak resort ada menyediakan barangan ini.

“Kita mulakan sekarang!” kata Wanda.

Pelan Istana Pasir dilukis secara rambang di atas kertas. Masing-masing memberikan kerjasama yang baik kecuali Lisa dan Irfan. Tiada langsung lakaran dibuat. Irfan hanya mendiamkan diri dan Lisa menjadi serba salah.

“Kenapa dengan awak ni... Mereka semua dah nak mula buat istana... Kita? Lakaran pun belum buat lagi...”

Irfan tetap diam di atas pasir pantai. Matanya merenung jauh ke tengah lautan.

“Ok, saya minta maaf atas kekasaran saya terhadap awak... Puas hati?”

Irfan tetap mendiamkan diri tapi bibirnya menguntum senyuman. Lega hati Lisa sebaik sahaja senyuman itu mekar di wajah Irfan.

“Ok, kita nak mula dari mana?”tanya Irfan.

“Bentuk istana dulu, kemudian tembok istana...” Lisa turut tersenyum. Mereka berpandangan.

“Ok, jom kita lakar dulu... Mana kertasnya?”

Lisa menghulurkan kertas dan pensil kepada Irfan. Semua idea yang ada di dalam fikiran mereka dicurahkan ke dalam bentuk lakaran.

“Eh, kau tengok tu Raizal... Encik Irfan dan Cik Lisa,” kata Encik Fuad.

“Mereka nampak macam rapatkan... Memang sesuai sangatlah kalau mereka bersama... Tak bergaduh pula mereka kali ni...”

“Aaah kan... Tak bergaduh pula... Ini petanda yang baik!Mesti pengambaran terakhir kita esok akan berjalan dengan lancar...”

“Betul tu... Harap-harap macam itulah...” Raizal berharap.

“Raizal, sekejap ya… Saya nak tangkap gambar kita semua... Awak teruskan pembinaan ni... Saya snapgambar sekejap...”

“Ok, Encik Fuad... Cepat tau...”

Foto kenangan diambil untuk diabadikan sehingga akhir hayat. Detik kecerian ini pasti akan menggamit kembali ketika menatap foto ini suatu hari nanti.

1 jam 15 minit telah pun berlalu...

Lisa dan Irfan menatap Istana Pasir yang telah didirikan. Istana Pasir yang diberi nama Istana Kasih mencuri tumpuan yang lain. Kemas pembinaannya. Setiap sisi mendapat sentuhan yang begitu teliti.

“Sebenarnya tiada pemenang pun untuk aktiviti ini... Wanda sengaja lakukan untuk mengeratkan hubungan antara kita. Cuba kita tengok Encik Irfan dan Cik Lisa... Tak bergaduh pun kali ni kan? Nampaknya misi Wanda untuk memperbaiki hubungan kamu berdua berhasil!”

Lisa dan Irfan hanya tersenyum malu. Kini, masanya untuk bergambar dengan istana masing-masing sebagai kenangan. Di langit, matahari sudah mula merangkak menyembunyikan diri. Deruan ombak yang memutih membadai persisiran pantai dan kicauan burung pulang ke sarang menutup kisah kegembiraan mereka hari itu. Masa untuk Solat Fardu Mahgrib akan tiba tidak berapa lama lagi. Allahuakbar... Damainya langitmu Tuhan...

“Lisa, jangan lupa malam ni tau,” pesan Irfan sebaik sahaja kaki Lisa melangkah menaiki tangga challet.

“Tengoklah nanti...” Lisa masih tidak memberikan keputusan.

Wajah Irfan bertukar muram. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia memaksa gadis ini tetapi memandangkan hubungan mereka telah pun baik sebentar tadi, jadi Irfan tidak mahu memulakan pertengkaran lagi.

“Baiklah... Tapi saya berharap sangat awak dapat temankan saya...”

“Ini kenapa ni?” sapa Wanda sebaik sahaja tiba di chalet mereka.

“Ini, Irfan ajak Lisa keluar malam ni... Tapi Lisa malaslah... Wanda tahukan hari ni cerita yang kita tengok semalam tu dah episod akhir...”

“Aaah... Dah episod akhir... Rugilah Lisa kalau tak tengok,”kata Wanda.

“Hantu drama betullah kamu berdua ni...”

“Tapi kan Lisa, kalau terlepas nak tengok, Lisa tengok sahajalah dekat TONTON dalam internet tu,” cadang Wanda.

“Betul tu! Tak ada lagi alasan untuk kau mengelak Lisa,” kata Irfan gembira.

“Wanda ni... Dia bagi cadangan macam ni pula... Nak bagi alasan apa lagi ni,” kesal Lisa dengan cadangan Wanda.

“Ok, malam ni saya temankan...” Lisa terus berlalu masuk ke dalam bilik.

Ikutkan malas Lisa melayan Irfan. Kalau tak dilayan, bergaduh pula nanti.

Wanda tersenyum lebar.

“Encik Irfan ni ada-ada sahajakan... Kalau nak mengorat Cik Lisa, janganlah sakitkan hati dia... Ini saya tengok Encik Irfan macam sengaja nak sakitkan hati dia kan?

“Entahlah, saya rasa macam dah tabiat saya bila berjumpa dengan Lisa mesti nak sakitkan hati dia dan bergaduh... Tapi awak kata mengorat? Kena perbetulkan sikit ayat tu... Mana mungkin perempuan garang macam tu saya nak mengorat! Huh...Ngeri tau tak?”

“Jangan kata macam tu... Cik Lisa tu baik orangnya...”

“Memanglah dia baik, senyuman dia tu... Siapa-siapa pun akan suka...Kalau siapa tak tengok kegarangan dia tu, pasti tergoda tau tak... Kalau dah jadi bini, nauzubillah!”

“Habis tu orang dah sakitkan hati dia...”

“Kalau ya pun... Kawal-kawallah sikit... Ini tengok, lebam kaki aku ni...” Irfan menunjukkan kesan lebam kesan daripada sepakan Lisa tengahhari tadi.

“Dasyat!” Wanda ketawa terkekek-kekek...

“Ketawa pula dia... Sakit tau tak? Haa, Wanda... Nanti tolong ingatkan Lisa tu... Nanti dia terbabas pula menonton drama yang dah last episodetu...”

“Ya,” jawab Wanda malas.

“Oklah, dah Maghrib ni... Aku balik dululah...” Irfan berlalu pergi dari hadapan chalet Lisa.

Dicelah pintu, Lisa nampak kesan lebam yang ditunjukkan oleh Irfan kepada Wanda. Lisa bersimpati, namun simpati Lisa tidak panjang apabila teringatkan Irfan mengata dia sebentar tadi.

“Entahlah, aku rasa macam dah tabiat aku bila berjumpa dengan Lisa mesti nak sakitkan hati dia dan bergaduh... Tapi kau kata mengorat? Kena perbetulkan sikit ayat tu... Mana mungkin perempuan garang macam tu aku nak mengorat! Huh...Ngeri tau tak?”

“Kalau dah jadi bini, nauzubillah!”

“Kurang asam! Aku pun tak inginlah jadi isteri kau...” bebel Lisa sambil tangan Lisa mencapai tuala mandi yang tersangkut di rak. Tak sabar rasanya mahu memanjakan diri dengan air dan wangian sabun.

Previous: BAB 28
Next: BAB 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.