Home Novel Komedi/Romantik Komedi Antara Mawar Dan Kaktus
Bab 6
BAB 6

Sesudah selesai menunaikan solat fardu Isyak, Lisa turun ke tingkat bawah untuk menikmati makan malam yang dibeli sebelum pulang sebentar tadi. Mungkin agak lewat, tetapi itulah rutin harian Lisa jika bekerja shiff pada sebelah petang. Hanya waktu ini yang terluang untuk menikmati makan malam.

“Eh, kenapa dapur ni macam ada orang guna? Seingat aku, tadi aku dah kemaskan dapur sebelum pergi kerja.” Lisa mengerutkan dahi. Hairan sungguh.

“Jangan-jangannnn…. Huda sudah pulang! Baik aku tengok dekat bilik. Tapi, Si Tuah ni ke mana? Dari tadi tak nampak Si Tuah ni...”

“Meeowww…. Meooowwww…” Lisa cuba memanggil Si Tuah sambil berjalan menuju ke bilik Huda.

Dari bawah Lisa mendengar suara kucing dari tingkat atas.

“Hah, itu mesti Tuah,” kata Lisa gembira.

Sebaik sahaja pintu bilik ditolak, kelihatan bilik Huda sudah diterangi cahaya lampu. Di atas katil terdapat sekujur tubuh yang sedang nyenyak tidur.

“Ini mesti Huda tertidur ni sementara tunggu aku balik. Kalau tak, mesti lampu bilik dah dipadamkannya.” Lisa tersenyum di muka pintu melihat kepulangan sahabat baiknya itu.

Tanpa disedari, Tuah melompat dari katil Huda dan menerpa kearah Lisa meminta untuk dibelai. Nasib baiklah Huda juga sukakan kucing sepertinya. Kalau tidak, susah juga Lisa jika rakan serumahnya tidak suka pada binatang comel dan manja ini. Sebelum ini mereka ada juga merancang untuk membela haiwan berkenaan. Cuma masa sahaja tidak mengizinkan mereka berdua untuk mencari binatang comel ini untuk dibela.

Lisa mengangkat Tuah dan lampu bilik Huda dipadamkan. Tidak sampai hati Lisa mahu mengejutkan Huda. Mungkin Huda penat menempuh perjalanan yang jauh berkhursus di Langkawi selama seminggu.

Lisa melangkah turun ke bawah untuk ke dapur bagi mengisi perutnya yang mula minta untuk diisi. Tuah juga kelihatan agak lapar. Sebelum menjamah makanan, Lisa menggaulkan nasi putih bersama ikan goreng terlebih dahulu untuk diberikan kepada Tuah.

“Ermmm.... Sedap rasa nasi goreng ni… Kalau tiap-tiap hari dapat makan percuma kan best… Tapi segan pula aku dengan Dr.Haikal ni,” ngomel Lisa seorang diri sambil meneruskan suapan ke dalam mulut.

Fikiran Lisa terganggu seketika apabila dia teringatkan perihal anak pesakitnya. Soalan yang dilemparkan oleh jejaka tersebut membuatkan selera Lisa serta-merta terbantut. Hatinya mula berdegup kencang sepertinya akan ada sesuatu yang bakal terjadi. Tidak tahu kenapa hatinya berdegup kencang saat ini.

“Ya Allah, kenapa dengan hatiku?” Lisa meletakkan tangannya di dada.

Di Wad Mawar, Irfan tekun meneliti carta organisasi staf-staf di wad tersebut. Dia mencari staf yang bernama Natasya. Setelah sekian lama meneliti, akhirnya terpampang gambar jururawat Natasya di hadapan matanya. Gambar tersebut cepat-cepat ditutup dengan tangan.

“Hah, ini pun dia jururawat Natasya. Harap-harap dia tak ada tahi lalat di tepi mata. Aku harap bukan dia!” Hati Irfan berkata dengan penuh harapan.

Gambar tersebut dibuka perlahan-lahan.

“Alahai, ini mesti gambar yang dah diedit supaya nampak lebih cun! Segala jerawat tak ada, inikan pula tahi lalat kecil macam tu,” kata Irfan sambil membuka luas matanya agar dapat melihat tahi lalat kecil tersebut.

Irfan agak kecewa dengan gambar itu. Dia tidak mendapat jawapan yang pasti disebabkan gambar tersebut telah di touch up.

“Ok, kalau macam tu, aku akan tunggu esok. Tapi dia kerja shift apa ya esok?”

Irfan ada tugasan yang perlu di selesaikan di firma guaman esok. Tidak mungkin dia boleh menunggu pada waktu pagi. Mungkin dia akan terus memecut balik ke rumah sewaktu Subuh esok. Irfan mula teringat bahawa papanya mungkin akan discajlusa. Jadi, dia tidak mempunyai banyak masa untuk menyiasat perihal jururawat Natasya.

Irfan berjalan perlahan-lahan menuju ke kaunter jururawat. Pada sebelah malam tidak ramai jururawat yang bertugas. Mungkin kerana di sebelah malam tidak banyak tugasan yang perlu dilakukan berbanding di siang hari. Mereka nampak lebih tenang bekerja.

“Perlu ke aku tanya rakan setugasnya?” tanya Irfan pada diri sendiri.

“Tapi, apa alasan aku?”

Irfan berpatah balik ke arah carta organisasi wad tersebut. Sepertinya kelu untuk lidahnya bertanya.

“Haishhh… Kenapa dengan aku ni. Tanya soalan macam ni pun takut?”

Irfan bukanlah penakut. Dia merupakan seorang peguam yang berkaliber. Tetapi dalam hal yang menyebabkan hati dan perasaan dia menjadi agak gelisah.

“Afni, tahu tak Natasya kerja shiffapa esok?

“Dia kerja petang esok… Sama shiftdengan Nur Ain. Mereka berdua ni semuanya baik dan rajin. Seronoklah kerja dengan Natasya. Dahlah cantik, rajin pula tu. Lesung pipitnya memang mengancam. Sebab tu cantik....”

“Ya, aku pun suka kerja dengan Natasya. Sebab dia suka senyum. Bila aku penatkan, kalau tengok dia senyum, hilang penat rasanya. Ada aura positif untuk rakan setugas,” jawab Lina.

“Kalau macam tu kita pun kena senyumlah,” kata Afni.

Perbualan jururawat di dalam pantry itu telah didengari oleh Irfan. Bibirnya mengukir senyuman penuh makna.

Yes, see you tomorrow, Natasya!Tunggu aku selepas aku habis kerja esok! Nanti aku datang, kata Irfan gembira.

Langkahnya terus diatur ke kaunter jururawat.

“Maafkan saya. Boleh tak saya nak minta selimut. Saya lupa bawalah, nurse,” tanya Irfan.

“Boleh. Tunggu sekejap ya. Saya ambilkan,” kata jururawat sambil bangun dari tempat duduknya.

Irfan hanya tersenyum. Hatinya sudah berbunga-bunga untuk mengetahui siapakah jururawat Natasya. Adakah dia gadis yang menumbuknya atau tidak? Semuanya akan terjawab esok!

“Ini dia selimutnya, encik”

“Terima kasih, nurse”

“Sama-sama.”

Irfan terus berlalu menuju ke bilik Mawar 25. Matanya sudah dirasakan agak mengantuk dan dia perlu tidur agar dia dapat menumpukan perhatian pada kerjayanya pada keesokan hari.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.