Home Novel Komedi/Romantik Komedi Antara Mawar Dan Kaktus
Bab 50

PAGI itu Lisa  tersenyumsendirian menyediakan sarapan untuk mereka berdua. Irfan pula telah berjalan kePulau Herba untuk melihat tumbuhan di sana. Bukan Lisa tidak mahu mengikut,tetapi suasana hujan di luar membuatkan Lisa rasa malas untuk berjalan.

Makanan yang siap dimasak dibawa ke mejamakan.

“Eh, ada mesejlah.”

Lisa gatal tangan untuk membaca mesej itu.

“Lah... mesej syarikat telekomunikasirupanya.”

Lisa terus menggeledah isi kandungan didalam telefon Irfan. Maklumlah sudah beberapa hari dia tidak memegang telefon.

“Liana? Siapa ni?”

Lisa melihat panggilan yang dibuat Irfan.

“Banyaknya panggilan Irfan buat, siapadia ni?” Lisa mula cemburu.

Bahagian penghantaran mesej pula dibuka.

 

Sayang, sayang dekat mana? Abang rindu sayang. Sampai hatisayang tak call abang. Abang dah pulang Malaysia tau! Ada hadiah untuk sayang.Jom kita jumpa... love you! Muah!

 

Berderau darah Lisa membaca mesej yangdihantar Irfan entah kepada perempuan mana. Mesej seterusnya Lisa sudah malasmembacanya lagi. Ada berbaris-baris lagi mesej yang dihantar. Cukuplah satumesej ini sahaja. Mesej ini sudah cukup untuk membuat hati Lisa terluka. Taksangka Irfan menduakannya. Baru semalam Lisa menyerahkan sesuatu yang palingberharga dalam dirinya kepada Irfan dan hari ini Lisa dapat tahu Irfan adaperempuan lain.

“Inikahbalasan aku, ya ALLAH?”

Lisa menulis satu nota dan diletakkan dibawah telefon pintar Irfan. Lisa masuk ke dalam bilik dan segala pakaiannyadikemas. Handbag yang disorok Irfandi dalam almari diambil Lisa. Tanpa berlengah lagi, Lisa  meninggalkan banglo kayu yang dihuni merekaberdua.

Sampai sahaja di jeti, Lisa terusmenerpa menemui pemandu bot.

Bot mula beransur meninggalkan jeti.

Dari jauh Irfan dapat melihat sebuah botlaju sedang bergerak meninggalkan pulau dan didalamnya ada seorang penumpangwanita.

“Eh, tu macam Lisa!” teka Irfan.

“Sah! Tu memang Lisa! Mana adapengunjung lain dekat pulau ni lagi? Semuanya dah balik!”

Tanpa berlengah lagi Irfan berlari kearah jambatan yang menghubungkan Pulau Herba dan Pulau Sah Besar.

“Ya ALLAH... ke mana isteri aku nakpergi tu?” kata Irfan panik.

Setelah sampai di depan pintu rumah,nama Lisa dipanggil. Namun tiada yang menyahut.

Irfan melangkah masuk ke dalam rumah.Aroma mi goreng menusuk ke hidung. Irfan terus menerpa ke bilik Lisa. KelibatLisa tiada! Almari Lisa diselongkar dan ternyata almari telah pun dikosongkan.Irfan kembali masuk ke dalam biliknya untuk melihat handbag Lisa.  

“Tak ada!” keluh Irfan sambil melepaskannafas yang berat.

Irfan menapak ke arah meja makan. Adasatu nota di bawah telefonnya.

 

Siapa LIANA? Tak sangka awak ada perempuan lain! Taksia-sialah saya curang pada awak! Sepatutnya saya kekal setia pada Dr. Haikal!Jangan cari saya!

 

Irfan panik. Lisa segera dihubunginya.Namun, signal telefon tidak menunjukkan signal yang baik. Lisa tidak dapatdihubungi.

Irfan berlari keluar dari rumah turunmenuju ke jeti.

“Adik, ada bot lagi tak nak ke PengkalanGawi?”

“Bot? Baru aje berlepas tadi. Kalau adapun esoklah. Pengunjung tak ramai buat masa ni, jadi bot tidak selaluberulang-alik.”

“Ya ke? Kalau macam tu saya check outesoklah,” kata Irfan tergesa-gesa.

“Esok bot akan sampai 10.00 pagi. Jadiencik bersiap sedialah.”

“Okey, terima kasih.”

Rasa risau mula menguasai fikiran Irfan.Ke mana Lisa pergi? Dengan apa Lisa akan pulang? Ada ke teksi dekat jeti sana?Bila memikirkan hal itu, Irfan tidak dapat duduk dengan tenang. Tambah-tambahlagi, telefon Lisa tidak dapat dihubungi.

 

 

LISA berseorangan di Lapangan Terbang SultanMahmud. Kapal terbang yang ditempah akan berlepas pagi ini. Mujurlah selepasdia lari daripada Irfan semalam, Lisa sempat ke lapangan terbang ini untukmembeli tiket.

Lisa menunggu dengan perasaan bercelaru.Kepulangannya ke Kuala Lumpur kali ini membawa satu penyesalan dan kesedihanyang tidak terhingga. Lisa cuba menahan air matanya.

Pramugari yang bertugas sudah berdiri dihadapan pintu berlepas. Pintu telah pun dibuka. Para penumpang beratur panjanguntuk menunjukkan tiket masing-masing sebelum memasuki kapal terbang. Lisa jugatidak ketinggalan beratur bersama.

Selepas pramugari menunjukkan demo langkahkeselamatan apabila berlaku kecemasan, beberapa minit kemudian kapten kapalterbang bersuara menyatakan pesawat yang dinaiki akan berlepas.  

Pecutan pesawat ini jelas kedengaran.Lisa suka dengan rasa yang mendebarkan dan mencabar ini. Akhirnya pesawatterbang di udara dengan selamatnya.

 Lisa berpaling ke arah tingkap. Di luarjendela, Lisa melihat langit terbentang luas. Luas seluasnya. Tiada sedikit punkerosakan yang dilakukan manusia. Sunyi dan tenang.

Lisa melemparkan pandangannya sejauh-jauhnyaseolah-olah hanya dia di situ. Awan di bawah agak kelabu tetapi sinar mentaripagi masih jelas kelihatan di atas ini membiaskan warna emas yang sungguhmempersonakan mata yang memandang. Gumpalan-gumpalan awan di bawah sepertinyasatu lautan kapas yang amat luas.

Sudah beberapa lapis awan ditinggalkandi bawah. Segala masalah, kerunsingan, kesedihan dan kekecewaan, Lisa buang disini. Buang di dalam lapisan awan yang entah ke berapa.

Semoga lautan fikiranku setenang awanyang  menggebu ini, bisik Lisa.

“Semoga segala masalah yang akutinggalkan di sini dibawa oleh awan sejauh-jauhnya. Jika kau bertukar hujan,aku akan anggap segala masalah, kekecewaan dan kesedihan akan dialirkan ke sungai-sungaidan terus ke lautan lalu tenggelam di dalam dasar lautan itu.”

Lisa cuba memejamkan mata. Membayangkanmasalahnya telah lenyap daripada lautan mindanya. Tiada lagi mengganggu sel-selneuronnya untuk berfikir secara rasional.

Namun Lisa sedar, masalah itu tidakdapat dibuang begitu sahaja. Masalah itu perlu diselesaikan oleh manusia yangdikurniakan akal sebaik-baiknya. Selagi masalah itu tidak selesai, selagiitulah masalah itu akan terus mengekori manusia itu.

“Kalaulah masalah dapat dilenyapkanbegitu sahaja, kan senang!”

Lisa tersenyum sendiri. Senyum, cubamenenteramkan gundah di hati.

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.