Home Novel Komedi/Romantik Komedi Antara Mawar Dan Kaktus
Bab 1
BAB 1

Kruuttt… Kruuutttt …...

“Haisshhh… Perut ni… Masa ini jugalah dia nak minta diisi. Padahal baru sahaja tadi aku makan roti dan susu,” kata Lisa sambil melihat jam di tangan. Jam menunjukkan pukul 9 pagi.

“Kuat betul metabolisma badan aku ni… Hurmm,tak apalah… Selagi sihat mesti makan tetapi mestilah makan makanan yang berkhasiat. Ingat tu Lisa… Kalau dah sakit tak boleh makan macam-macam dah,” kata Lisa sambil mengesat peluh di dahi.

Pagi ini, Lisa begitu bersemangat berjogging di tepi Tasik Perdana. Katanya dia mahu mendapatkan bentuk badan yang ideal. Badan Lisa tidaklah gemuk dan tidaklah terlalu kurus. Semuanya boleh dikatakan sempurna. Mempunyai badan yang tinggi lampai, bentuk tubuh yang ramping dan wajah yang cukup ayu. Itulah Lisa Amira Natasya binti Abdul Hamid.

Kaki Lisa bergerak laju apabila matanya memandang sebuah gerai makanan di bawah sepohon pokok.

“Ermm… Banyaknya makanan,” detik hati Lisa sebaik sahaja sampai di gerai tersebut.

“Adik nak makan apa? Mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, karipap… Macam-macam ada… Adik tengoklah apa-apa yang berkenang di hati,” kata penjual tersebut dengan ramah.

“Kak,mee goreng satu. Bungkus yer....”

“Errmm… Tambah karipap 10 biji.” Mata Lisa masih melihat makanan apa yang mahu dibelinya sambil jari telunjuknya diletakkan dibirai bibir.

“Wah,dik banyaknya kamu makan karipap,” kata penjual tersebut sambil tersenyum.

“Tak apa kak… Selagi sihat makanlah sepuas-puasnya... Kuih kegemaran saya ni kak,” luah Lisa dengan ramah.

Ketika menunggu penjual tersebut membungkus makanan yang dipesan olehnya, Lisa memandang seorang kanak-kanak di dalam buaian.

“Comelnya budak ni,” bisik hati Lisa.

“Nah, dik. Semuanya RM5. Lain kali datang lagi.”

“Insya-Allah... Kalau saya datang kawasan sini lagi, insya-Allah saya singgah. Kak,itu anak akak ke? Comel… Berapa tahun tu?”

“Ya, anak akaklah tu… 1 tahun 3 bulan 5 hari.”

“Ooo… Oklah akak. Saya pergi dulu.”

Peniaga tersebut cuma tersenyum. Namun, senyuman tersebut tidak dibalas oleh Lisa. Cuma wajahnya kelihatan sedikit pilu. Lisa terus beredar setelah menghulurkan sekeping wang RM5. Hatinya tiba-tiba berasa begitu sayu dan sebak. Bagusnya seorang ibu. Sampaikan begitu teliti dia mengetahui perkembangan setiap anaknya. Sampaikan hari peniaga tadi masih boleh mengingati berapakah usia anaknya. 1 tahun 3 bulan 5 hari.

“Ibu, Lisa rindu sangat pada ibu… Rindu sangat-sangat… Kenapa terlalu awal ibu tinggalkan Lisa?” rintih Lisa di dalam hati sambil air matanya mula mengalir dengan begitu laju. Pandangannya menjadi kabur dengan linangan air mata. Lisa berhenti di sebuah bangku sambil menghadap tasik bagi menenangkan hati dan perasaanya yang begitu hebat merintih. Lisa melihat karipap yang dibeli olehnya tadi. Terasa bertambah sebak. Rindu Lisa pada karipap buatan air tangan ibunya kian menjadi-jadi. Lisa mengambil sebiji karipap lalu disuapkan kedalam mulut bagi mengubati rindu kepada ibu tercinta. Terasa begitu sukar untuk menelan karipap yang dikunyahnya. Perlahan-lahan Lisa menyeka linangan air mata dengan tuala putih Good Morningyang selalu dibawanya ketika berjogging.

Hembusan angin pagi membelai lembut wajah insan yang sedang bersedih itu seolah-olah mahu memujuk hati insan ini. Sedikit sebanyak dapatlah juga menenangkan hati Lisa yang sedang berduka diatas kehilangan ibu tercinta. Lisa cuba untuk tabahkan hati. Walaupun sudah 16 tahun berlalu, kenangan bersama ibu tersemat kukuh disanubari. Terbayang dimata Lisa ketika dia bangun pada waktu pagi setiap hari minggu, pasti karipap kegemarannya akan terhidang di dapur.

“Ibu, buat apa tu?” tanya Lisa.

“Masyaallahhh… Anak ibu baru bangun ke? Solat Subuh tak pagi tadi?”

“Mestilah solat ibu… Ibu kan cakap, kalau tak solat kita akan dapat dosa,” kata Lisa manja sambil mencium pipi ibunya.

“Haa... Kalau dah tahu tak apa… Cepat mandi! Ibu dah siapkan karipap. Nanti Lisa makan tau… Nasi lemak pun ada… Ibu nak ke rumah Mak Cik Yan nak melawat cucu barunya…”

“Ok ibu… Hati-hati tau...”

“Cepat mandi… Kerbau lagi wangi tau daripada Lisa....”

“Alaaa… Ibu ni, kerbau mana wangi... Wangi lagi anak ibu ni,” kata Lisa sambil mengangkat sebelah keningnya.

“Hahaha.... Yelah tu… Ibu pergi dulu tau... Abah kamu dah tunggu tu.”

Lisa menuruti langkah ibunya turun daripada tangga rumah. Abahnya bukan main kemas berpakaian. Almaklumlah mahu pergi berjalan dengan si jantung hati.

“Abah, bawa motor tu jangan merempit tau,” gurau Lisa

“Ibu kamu ni penakut orangnya… Nak merempit macam mana Lisa oii… Buatnya pengsan ibu kau ni... Siapa mahu menjawabnya… Hahaha....”

“Ialah tu abah... Ibu, nanti pegang abah kuat-kuat tau… Nanti jatuh... Sukalah tu dapat berjalan dua orang je.... Lisa ni, duduk dekat rumah, jaga Si Meon ni,” Lisa membuat muka merajuk sambil tangannya mengelus lembut bulu kucing kesayangannya.

“Siapa suruh bangun lewat.... Nanti jangan lupa tengok-tengokkan ikan keli abah dalam baldi tu... Buatnya Si Meon curi,” pesan abahnya.

“Abah ni, Si Meon tu tak makanlah ikan keli hidup… Dia pun takut,” jawab Lisa tersengih-sengih.

“Dah, kunci pintu tu… Kami pergi dulu, ” risau juga meninggalkan anak kecil seusia 6 tahun seorang diri dirumah. Kalau nak dibawa tak muat. Tapi nasib baiklah tempat yang ingin dituju dekat sahaja.

Lisa melambai-lambai tangan melihat pemergian kedua orang tuanya itu.

Ketika Lisa asyik mengimbau kenangan lalu, tiba-tiba, Lisa terdengar suara seorang lelaki sedang marahkan sesuatu. Lisa terus berpaling kearah suara tersebut. Dari jauh, kelihatan seorang lelaki muda sedang memukul seekor kucing dengan kejamnya.

Melihat keadaan tersebut, Lisa terus memasukkan karipap yang tidak habis dimakannya tadi ke dalam plastik dan bingkas bangun dari bangku. Lisa dengan pantas meluru kearah lelaki tersebut dan kelihatan kucing yang dipukul lelaki tersebut mengalami kecederaan di kepala. Dengan air mata yang masih berbaki di pipi…

Yaaaaaaa…... Dussshhhh!!! Satu tumbukan tangan yang hebat telah dilayangkan ke perut lelaki tersebut. Makanan yang dibeli oleh Lisa tadi semuanya bertaburan ke tanah.

“Arrhhhh!!!” rintih lelaki tersebut sambil membongkok dan menekan perutnya.

“Hei, perempuan gila! Kamu siapa?!!!” jerkah lelaki tadi.

Lisa tidak menjawab pertanyaan itu. Lisa terus mencari kucing yang telah dicederakan tadi. Setelah puas melihat ke sekeliling, kucing tersebut masih tidak kelihatan. Lisa agak kecewa.

Kemudian, Lisa membongkok untuk mengutip makanan yang dibelinya tadi untuk dibuang ke dalam tong sampah tanpa menghiraukan lelaki itu. Semasa membongkok, Lisa terpandang kucing yang dipukul tadi berada di bawah sebuah kereta BMW 5 Series. Dengan pantas Lisa cuba mendapatkan kucing tersebut. Namun,usahanya untuk mendapatkan kucing tersebut agak sukar.

“Hei, kamu! Tolong saya dapatkan kucing ni! Sekarang!!!! Bukan tercegat macam patung!!” marah Lisa pada lelaki tersebut.

“Arhhh… Aku peduli apa!! Lantak kau la.... Tangkaplah sendiri!! Jangan nak babitkan aku dalam hal ni!”

“Amboii… Cantiknya bahasa… Nak kena penampar ke??” tanya Lisa geram.

“Hei, sedar sikit. Kamu tu perempuan!”

“Perempuan ke… Lelaki ke… Saya tak peduli! Sekarang tolong saya dapatkan kucing ni! Kalau tak, siap kamu!” kata Lisa sambil menyising lengan bajunya.

Tidak semena-mena tiba-tiba kucing tersebut telah keluar dari bawah kereta dan terus makan karipap yang terjatuh tadi. Lapar agaknya. Kasihan.

Lisa terus mendapatkan kucing tersebut. Semasa Lisa memegang kucing, lelaki tadi bertindak menangkap gambar Lisa bersama kucing dengan kamera DSLR kepunyaannya.

“Kenapa kamu tangkap gambar saya?!” tanya Lisa dengan lantang. Sekali lagi, gambar Lisa di ambil. Berpinar mata Lisa apabila matanya terkena flash daripada kamera tersebut.

“Nak tahu ke? Pertama, kucing ni telah calarkan kereta aku! Kedua, kamu perempuan gila, wanita pertama yang memberi penumbuk kepada aku. Disini, aku istiharkan, aku akan membalas dendam untuk semua ini. Ingat tu!” kata lelaki tersebut seperti lagaknya seorang samseng. Amaran yang diberikan membuatkan Lisa terkedu seketika. Marah sungguh wajah lelaki yang sedang berhadapan dengannya kini.

Lelaki yang tidak dikenali Lisa itu terus menghidupkan enjin kereta BMW 5 Series putih dan terus mengundur ke belakang untuk berlalu dari tempat tersebut. Tanpa berlengah lagi, Lisa mencapai mee goreng yang tertumpah tadi dan terus dibaling ke arah kereta berkenaan. Mee goreng tersebut tepat terkena pada bahagian belakang kereta tetapi kereta terus meluncur laju tanpa menghiraukan tindakan Lisa. Seolah-olah tidak menyedari tindakan yang dilakukan oleh gadis ini. Lisa tersenyum sinis apabila sasarannya mengena.

“Padan muka! Ingat kereta kamu tu cantik sangat ke… Lelaki berlagak! Menyampah aku!!” kata Lisa sambil menjelirkan lidah ke arah laluan kereta jejaka tadi.

Kata-kata lelaki itu terngiang-ngiang di telinga Lisa bahawa dia akan membalas dendam untuk semua ini.

“Disini, aku istiharkan, aku akan membalas dendam untuk semua ini.”

“Ya Allah,Ya Tuhanku… Engkau jauhilah aku daripada bertemu dengan lelaki ini lagi dan engkau lindungilah aku daripada dendamnya. Engkau tukarkanlah dendam ini kepada pendamaian... Aminn...,” doa Lisa di dalam hati.

“Kucing… Kasihan kamu… Sakit tak ni? Nanti aku sapukan ubat.... Sekarang ni, kamu ikut aku balik rumah ya,” kata Lisa seolah-olah memujuk kanak-kanak yang tercedera.

Lisa merupakan seorang gadis yang penyayang dan dia begitu menyayangi haiwan serta menganggap haiwan itu sahabatnya. Dia merasakan seolah-olah haiwan ini mampu memahami isi hatinya.

Di rumah, Lisa segera meneruskan kerja-kerja merawat kucing yang tercedera tadi. Setelah selesai merawat, kucing tersebut diberi makan.

“Ishh…Kamu ni, makanlah perlahan-lahan…Nanti tercekik pula…” Lisa tersenyum lebar melihat telatah Si Comel.

“Comelnya kamu! Ermmm… Sekarang ni saya mahu panggil kamu apa ya? Saya panggil kamu Tuahlah… Sebab kamu bertuah bertemu dengan saya ketika kamu dipukul tadi.”

“Meeooww…”

“Hahaha… Kamu setuju ya Tuah…”

Mata Lisa mengerling ke arah jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi.

“Ishh… Malasnya nak memasak… Ni gara-gara kamulah lelaki berlagak! Kalau tak, tak perlulah aku memasak hari ni!”

Lisa bergegas ke dapur dan membiarkan Tuah diruang tamu. Lisa membuka peti sejuk. Dia meneliti barang yang ada dalam peti aisnya. Lisa mengeluarkan lobak, kubis, lada dan ikan. Tiada idea yang keluar daripada otaknya untuk menu masakan hari ini.

Setelah puas memikirkan menu masakan untuk hari ini, akhirnya Lisa mengambil keputusan untuk memasak mee segera. Semangat untuk memasak telah hilang apabila tiba-tiba mindanya teringatkan peristiwa sebentar tadi.

Previous: Sinopsis
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.