Home Novel Komedi/Romantik Komedi Antara Mawar Dan Kaktus
BAB 17
BAB 17

Cuaca petang ini sangat baik. Lisa memanaskan badan bersama Huda di halaman rumah. Larian setempat mula dilakukan bersama-sama.

“Ustaz, jomlah join kami!” sapa Huda setelah melihat Ustaz Saiful keluar dari pintu rumah.

“Nak ke mana?”

“Jogging ustaz! Jomlahh… Sihatkan badan!” ajak Huda.

“Ok, tunggu sekejap! Saya tukar pakaian…”

“Kau tak kisahkan Lisa?” tanya Huda. Huda tahu sangat perangai kawannya ini seorang. Kalau ada lelaki turut serta ke dalam aktiviti mereka pasti Lisa akan berasa kurang selesa.

“Eh, ok saja.... Lagipun aku pun dah ajak Dr.Haikal sekali. Kebetulan dia tidak oncall hari ni. Bolehlah jogging ramai-ramai petang ni… Lagi seronok,” kata Lisa sambil meneruskan larian setempat.

“Eh, biar betul? Kau ajak mamat handsome tu Lisa?” Huda buat muka gatal.

“Haa… Kau jangan nak mengada-ngada… Ustaz engkau pun ada sekali tu…”

“Wahh… Baru seronok jogging ramai-ramai macam ni! Hah, ustaz aku dah keluar!”

Lisa memandang jiran sebelahnya. Lisa mengangkat tangan dan menghadiahkan senyuman manis.

“Ustaz! Panaskan badan dulu!” jerit Lisa.

“Ok!” jawab Ustaz Saiful sambil mengangkat tangan kepada Lisa dan mula memulakan gerakan memanaskan badan.

“Hah, tu pun Dr.Haikal!” kata Lisa sejurus terpandang susuk tubuh lelaki tersebut yang sedang berlari menuju ke kediaman Lisa.

Lisa mula keluar dari pintu pagar rumah diikuti oleh Huda.

“Ustaz, jomlah… Kawan Lisa dah sampai. Bolehlah gerak sekali,” kata Huda.

Ustaz Saiful bersalaman dengan Dr.Haikal.

“Assalamualaikum. Saya Saiful. Jiran sebelah,” kata Ustaz Saiful sambil menunjukkan rumahnya yang bersebelahan dengan rumah Lisa dan Huda.

Huluran tangan Ustaz Saiful disambut pantas oleh Dr.Haikal. Seukir senyuman terukir di wajah mereka. Jabatan tangan bertaut mesra.

“Waalaikumussalam… Saya Haikal… Rakan sekerja Lisa dan jiran belakang rumah Lisa dan Huda.”

“Tinggal belakang? Eh, kita jiranlah,” kata Ustaz Saiful sambil menepuk-nepuk bahu Dr.Haikal.

“Ok… Jom kita gerak!” sampuk Huda sambil berlari anak.

“Eh, sabarlah Huda,” kata Lisa yang masih menadah muka melihat perkenalan antara Dr.Haikal dan Ustaz Saiful.

“Aku dah tak sabar nak bakar lemak ni… Tak gitu Dr.Haikal?”

“Ya... ya… Jom-jom… Kita gerak… Hahahaha,” kata Dr.Haikal sambil membuka langkah dan diikuti oleh Lisa dan Ustaz Saiful.

Perkenalan baru, baru sahaja bermula. Walaupun baru bertemu, mereka kelihatan mesra sekali. Dua teruna dan dua dara begitu menikmati angin tasik dipetang hari. Mereka berlari mengelilingi tasik tersebut mengikut trek larian yang telah disediakan. Sesekali terdengar gelak tawa mereka.

“Seronok juga jogging petang-petang macam ni… Rasa hilang stress bekerja,” kata Dr.Haikal.

“Aahh… Memang seronok… Doktor tak pernah jogging ke petang-petang macam ni?” tanya Lisa.

“Tak payah berdoktorlah dengan saya Lisa. Ini bukan hospital. Boleh panggil Haikal, awak atau apa-apa sahajalah…Tak payah formal-formal. Ok, berbalik kepada soalan awak tu Lisa, sebenarnya terus terang saya cakap, saya tak pernah pun jogging pada hari bekerja. Hari cuti sahaja saya jogging, itupun kalau sempat…”

“Yalah kan... Doktor kerja full time... Tambah-tambah lagi kalau oncall… 36 jam kerja tanpa henti... Fuhh… Letih tu. Tapi tak apa. Gaji berbaloi....”

“Kalau macam tu kami panggil doktor, Hai… Hai, hai… Seronok jogging?” sampuk Huda menyerikan suasana.

“Hahahaha…Eh, kamu ni. Kesitu pula… Panggil Haikal sudahlah... Boleh tak doktor?”tanya Ustaz Saiful.

“Itulah sebaiknya… Hahaha… Ada ke patut nak panggil saya Hai... Penat mak dan ayah saya tolong daftarkan nama saya kecil-kecil dulu…”

“Kalau macam tu kita panggil Si Huda ni Hud-hud, Haikal,” samput Ustaz Saiful.

“Haaa… Epul… Jangan nak mengada-ngada ya?” kata Huda sambil bercekak pinggang. Mata sedikit dijegilkan.

“Amboii… Manja nama dia!” kata Lisa.

Muka Ustaz Saiful sudah merona kemerahan menahan gelak. Ada ke patut, nama timangan dia masa bayi dulu diutarakan.

“Ok, sebelum Lisa terkena jom kita balik! Hari dah nak malam ni,” ajak Lisa.

“Haaaa... Takutlah tu,” kata Huda sambil mengibas-ngibas mukanya dengan tuala kecil.

“Tak ada maknanya, ok… Oh, ya… Sebelum terlupa! Jejaka-jejaka kita ni free tak malam ni?”

“Free!” jawab mereka serentak.

“Kalau macam tu, Lisa nak ajak pergi dekat Restoran Warisan dekat depan tasik ni jam 8.30 malam! Lisa belanja… Boleh?” tanya Lisa sambil kedua-dua belah kening dinaikkan.

“Eh, mestilah boleh kalau orang tu dah nak belanja... Takkan nak menolak kan,” kata Ustaz Saiful.

“Hurmmm… Bagus-bagus. 8.30 malam ya.... Kita berkumpul depan rumah Lisa. Kita jalan sama-sama nanti. Dalam 8.15 datanglah Dr.Haikal. Kami dah duduk dekat-dekat. Awak nak kena pusing satu blok baru sampai rumah saya.”

“Kalau macam tu, saya ikut pintu belakanglah!” usik Dr.Haikal.

“Eh, ada pula macam tu… Kalau ikut belakang rumah Ustaz Saiful boleh… Belakang rumah saya, tak bolehlah…”

“Haa… Kalau macam tu ikut pintu belakang rumah saya sahajalah!” pelawa Ustaz Saiful sambil menepuk bahu Dr.Haikal.

“Good idea....” Dr.Haikal tersenyum.

Mereka berjalan pulang seperti itik pulang petang. Sesekali ada sahaja lawak yang dicetuskan Huda. Terjalin kemesraan diantara mereka. Kelakuan mereka berempat menarik perhatian Irfan dari dalam kereta. Hampir 45 minit dia menunggu kelibat Lisa. Bukan Irfan tidak cuba untuk menalefon, tetapi langsung tidak diangkat. Sebab itulah dia mengambil keputusan untuk datang sendiri ke rumah Lisa. Kebetulan jiran Lisa memberitahu bahawa Lisa keluar berjogging. Jadi, dia membuat keputusan untuk menunggu di dalam kereta.

“Siapa dua jejaka tu ya? Buah hati Lisa ke?” terdetik soalan tersebut didalam fikiran Irfan. Perasaan cemburu mula berputik didalam hati.

“Eh, kenapa dengan aku ni? Aku dengan dia bukan ada apa pun. Musuh tetap musuh… Dia masih belum meminta maaf tentang kejadian 3 bulan dahulu.” Selagi perkataan maaf itu belum meniti dibibir gadis tersebut, selagi itulah tembok dendam Irfan tidak akan diruntuhkan. Tembok dendamnya itu bukanlah tembok batu, cuma tembok keegoan sahaja. Secalit cinta pasti akan merobohkan tembok tersebut.

Keempat-empat insan tersebut bergerak semakin hampir. Irfan bersiap untuk keluar dari kereta. Pintu kereta dibuka dan segera ditutup. Irfan bersandar dipintu kereta dengan senyuman menguntum di bibir. Keempat-empat daripada mereka masih tidak menyedari kehadiran Irfan di hadapan rumah Lisa. Mereka masih lagi belum menghabiskan saki-baki ketawa mereka. Irfan ralit melihat kemesraan mereka. Sepertinya mereka terlalu akrab.

“Assalamualaikum!” sapa Irfan setelah mereka menghampiri rumah mereka.

“Waalaikumussalammm,” jawab mereka serentak. Mereka tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki dihadapan mereka kini manakala Lisa hanya membuat muka selamba tetapi masih tersenyum.

“Saya nak jumpa dengan Lisa,” kata Irfan sambil tangan menunjukkan jari kearah Lisa.

“Nak jumpa saya?” tanya Lisa sambil menunjukkan dirinya.

Irfan hanya mengangguk. Mereka yang lain mengerti lalu memohon meminta diri.

“Jangan lupa malam ni tau!”pesan Lisa sekali lagi.

Dua jejaka tersebut hanya tersenyum sambil mengorak langkah meninggalkan Lisa.

“Ada apa nak jumpa saya ni?” tanya Lisa serius.

“Kenapa aku call kau, kau tak angkat?”

“Owhh… Jadi nombor Encik Irfanlah yang sampai 15 kali tak dijawab tu? Maaflah saya baru format handphone saya… Jadi, semua nombor hilang dan tidak dapat diselamatkan... Cuma beberapa orang sahaja yang saya ingat nombor telefonya…”

“Eh? 15 kali?” entah dia pun tak perasan fikir Irfan.

“Panjang saya nak terangkan… Lagipun dah nak Maghrib ni… Saya hanya nak pesan, sila angkat panggilan saya.... Ermmm... Kalau tak pun kita jumpa malam ni. Boleh?” tanya Irfan berharap.

“Malam ni? Tak bolehlah En.Irfan… Malam ni saya janji nak keluar dengan kawan-kawan saya.”

“Kawan?” Lega sikit hati Irfan mendengarnya. Ingatkan buah hati Lisa tadi.

“Ya kawann... Yang tadi tulah…”

“Ooo… Kalau macam tu, oklah… Aku call kau nanti.”

“Eh, kalau Encik Irfan nak join sekali pun boleh… 8.30 malam nanti. Dekat Restoran Warisan dekat tasik tu... Alaa… Yang tempat kita pertama kali jumpa tu… Yang awak pukul-pukul kucing tu… Dekat situlah. Jomlah sekali. Ada jamuan sikit… Birthday party… Buat kecil-kecil sahaja... Cuma berempat. Kalau Encik Irfan datang, bolehlah meramaikan…”

“Birthday siapa?”

“Huda, kawan saya! Oklah jumpa malam ni tau… Saya ada hal sikit ni… Datang tau!” kata Lisa sambil melangkah kedalam pintu pagar rumah.

Irfan menganggukkan kepala. Hatinya berbunga. Entah kenapa…

Huda melangkah keluar dari dapur. Sepantas kilat dia berlari menerpa ke arah Lisa.

“Lisaa… Siapa tu?” tanya Huda sambil kepalanya dijengukkan ke luar tingkap. Namun lelaki tersebut telah berlalu pergi bersama kereta mewahnya.

“Lelaki itulah…”

“Lelaki mana? Sejak dua menjak ni ramai pula lelaki yang melekat dekat hang...”

“Lelaki itulahhh…”

“Ishhh dia ni… Betul-betullah Lisa… Siapa tu?”

“Ingat tak lelaki yang pukul Tuah tu? Yang Lisa ceritakan tu?”

“Yang cakap nak balas dendam tu?”

Lisa mengangguk sambil meneguk air dari gelas yang diambil dari tangan Huda.

“Hulamakkk… Cair aku tengok… Macam putera khayalan!”

Lisa hanya mencebik.

“Kacak kalau garang buat apa,” kata Lisa sambil menghulurkan gelas kepada Huda dan berlalu pergi.

“Hoi.... Kering gelas aku kau minum Lisa!”

“Hahahaha… Dahagalah wehh… Eh, dah nak maghrib ni... Aku naik dululah... Malam nanti nak pergi makan… Cepat bersiap!” jerit Lisa dari tangga atas.

Huda hanya tersenyum.

“Wahhh… Malam ni makan free....”

Previous: BAB 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.