Home Novel Komedi/Romantik Komedi Antara Mawar Dan Kaktus
Bab 18
BAB 18

Lisa berpuas hati kerana semua orang menepati masa. Ustaz Saiful dan Dr.Haikal sudah menunggu diperkarangan rumah.

“Jom, kita gerak,” ajak Lisa.

Mereka berjalan beriringan melintasi jalan yang lengang menuju ke arah tasik. Cahaya lampu jalan menerangi perjalanan mereka. Sesekali beberapa ekor anjing liar kelihatan dihadapan mereka. Perkara tersebut telah biasa buat mereka. Mujurlah anjing-anjing disitu tidak pernah mengganggu dan mencederakan penduduk di situ. Mungkin selagi manusia tidak mengapa-apakan mereka, selagi itulah mereka tidak akan menganggu manusia. Satu lagi petuanya ialah jangan lari tergesa-gesa apabila melihat anjng. Jika berbuat demikian, bimbang akan menjadi sasaran anjing iaitu dikejar dan digigit. Mungkin anjing akan mengesyaki sipelari tersebut adalah pencuri. Jadi, tanpa membuang masa, masa inilah ia nak membanteras jenayah.

“Dr.Haikal datang melalui pintu belakang rumah Ustaz Saiful ke?”tanya Huda tersengih-sengih.

“Aahh, pintu belakang… Hahaha,” jawab Dr.Haikal sambil memandang Ustaz Saiful.

“Eh, dia buat betul-betul Lisa… Kan betul aku cakap…”

“Ooo... Mengumpat pasal saya, ya?”

“Mana ada… Tak adalah. Kan Lisa?” kata Huda sambil memeluk tangan Lisa.

“Aahh.... Tak adalah... Lagipun mengumpat ni berdosa tau! Kan Ustaz?”

Ustaz Saiful hanya mengangguk dan ketawa kecil.

“Lisa, tempat macam dah penuh.... Macam mana ni?” tanya Huda panik setelah mereka menghampiri restoren tersebut.

Lisa hanya tersenyum.

“Jangan risau… Tempat dah ditempah,” kata Lisa bersunguh-sungguh.

“Dah ditempah?? Bila?” tanya Huda teruja.

“Adalah… Kamu semua tunggu dekat sini sekejap. Lisa masuk ke dalam ambil nombor tempat yang dah ditempah tu. Tunggu sini tau....”

“Ok. Jangan lama-lama... Kami dah lapar ni,” kata Huda.

“Iyalah budak comot…”

Lisa berjalan menuju ke dalam restoren sementara rakan-rakan yang lain berada diluar restoren. Restoren ini mempunyai meja didalam dan diluar. Kebiasaannya para pelanggan akan lebih suka memilih untuk berada diluar pada waktu malam untuk mengambil angin malam dari tasik. Ianya lebih sejuk dan tenang. Manakala pada waktu siang para pelanggan lebih suka berada didalam restoren dek kerana peritnya panas mentari. Mata Lisa diliarkan ke sekeliling. Kelibat Irfan dicari. Namun hampa.

“Hai, dik.... Akak nak ambil tempahan akak. Boleh tahu, meja mana ya?”

“Hai... Selamat datang… Nama akak?” tanya pelayan restoren dengan ramah.

“Lisa....”

Pelayan tersebut dengan pantas memeriksa buku tempahan.

“Untuk tempahan akak, meja nombor 19 A iaitu di tingkat atas menghadap tasik.”

“Bercampur tak dengan pelanggan lain?”

“Tak.... Ada privacy… Ada dinding-dinding buluh yang memisahkan antara pelanggan dan ia boleh dikatakan sebuah bilik cuma ia tak berdinding untuk bahagian menghadap tasik.”

“Bagus-bagus…”

“Untuk kek ni macam mana?” tanya pelayan yang lengkap beruniform dan bertudung manis.

“Owhh kek… Yang ni akak akan ambil sendiri dekat bawah… Nak buat kejutan!” kata Lisa teruja.

“Ok, baiklah… Ini kad nombor meja ya. Selamat menjamu selera.”

“Terima kasih…” Lisa mengambil huluran kad yang diberikan. Kemudian, Lisa berlalu pergi dari kaunter.

“Mana Irfan ni?” Mata Lisa masih mencari kelibat Irfan.

“Hai...,”sapa suara garau dari arah belakang. Lisa tanpa berlengah lagi berpusing kebelakang.

“Hai… Dah lama sampai?” kata Lisa sambil tersenyum mesra.

“Ermm.... Tak juga. Tapi masa kau dekat kaunter tu aku dah ada,” kata Irfan.

“Ooo… Tu apa tu?” kata Lisa setelah melihat Irfan memegang sesuatu.

“Hadiah....”

“Ooo... Ok-ok.... Boleh tak sorokkan dulu hadiah tu… Sebab tuan punya birthday tak tahu pun nak sambut birthday dia ni. Apa kata tinggalkan dulu dekat kaunter… Nanti kita datang ambil sekali dengan kek… Barulah surprise! Nak buat dia menangis sebab terharu.... Hahahaha...”

“Nakal juga kau ni yer....”

“Sekali-sekala…”

“Mana yang lain?” tanya Irfan

“Ada dekat luar… Oklah, awak pergi serahkan hadiah tu dekat kaunter dulu. Saya nak keluar panggil mereka. Awak tunggu dekat kaunter tu ya... Sebab kita nak makan dekat atas... Meja 19 A…”

“Ok, saya tunggu dekat sini,” kata Irfan.

Tanpa berlengah lagi, Lisa memanggil kawan-kawannya yang menunggu diluar.

“Eh, jomlah… Kita makan dekat tingkat atas…”

“Jom-jom,” ajak Ustaz Saiful supaya mereka cepat melangkah.

Mereka memasuki ruangan dalaman restoren. Bau makanan yang sungguh enak menerjah ke rongga hidung mereka. Secara tidak langsung membuatkan perut mereka terasa lapar dan minta diisi.

Lisa memandang Irfan masih setia menunggu di sudut kaunter disamping telefon pintarnya. Mungkin membalas mesej. Kelihatan sungguh kacak dari jauh dengan belahan rambut ditepi dan disisir dengan rapi. Baju t-shirt rona merah jambu bercampur hitam membuatkan penampilan Irfan sungguh terserlah. Ditambah pula dengan kaca mata yang entah berpower atau tidak. Mungkin sekadar gaya disebabkan Irfan kekadang sahaja memakai kaca mata.

Mereka bertiga menaiki tangga tanpa mempedulikan Irfan di situ. Irfan hanya memandang mereka bertiga. Seperti pernah dilihat.

“Eh, sekejap,” panggil Lisa.

“Kenapa?” mereka tidak jadi melangkah.

“Perkenalkan ini kawan Lisa... Errr… Kawan ke? Hentam sahajalah...”

Mereka bertiga turun semula ke bawah. Ustaz Saiful dan Dr.Haikal bersalaman. Perasaan curiga mulai menguasi fikiran Dr.Haikal.

“Boleh tahan gayanya,” kata Dr.Haikal di dalam hati. Sepertinya mereka pernah berjumpa sebelum ini.

“Dr.Haikal, sebenarnya ini anak pesakit dekat wad kita tu.... Ingat tak Tuan Iskandar? Irfan ini perkenalkan doktor yang merawat Tuan Iskandar…”

“Owhhh… Doktor yang merawat papa saya… Kita pernah jumpa kan? Dalam lif...”

“Owh ya.... Pernah nampak kamu ni… Macam mana papa kamu? Sihat?”

“Alhamdulillah… Dah sihat doktor.”

“Alhamdulillah... Baguslah kalau macam tu,” kata Dr.Haikal sambil senyuman terukir diwajah.

“Jom naik atas… Nanti tak makan kita nanti kalau lambat-lambat,” kata Lisa.

“Eh, jom-jom,” ajak Huda yang sudah tersedar daripada meneliti wajah kacak Irfan. Nasib baiklah Ustaz Saiful ada di sisi. Ustaz Saiful pun tidak kalah kacaknya. Hidungnya mancung... Putih dan yang penting berwajah suci!

Mereka mengatur langkah naik keatas. Huda memberi ruang kepada rakan yang lain terlebih dahulu untuk naik ke atas.

“Mak kau jatuh!” Huda melatah kerana kakinya sedikit terpelecot ketika menaiki tangga. Itulah berangan…

“Hahahahahaha…” mereka hanya ketawa melihat Huda yang masih berada dibelakang mereka.

“Eh, kamu semua ni namanya doktor dan jururawat… Kawan sakit macam ni pun boleh ketawa?”

“Eh, sakit ke Huda?” tanya Ustaz Saiful risau.

“Taklah… Hahaha... Malu wehh... Janganlah pandang macam tu sekali....” Merona merah muka Huda kerana lelaki-lelaki kacak dihadapnya kini telah mendengar dia melatah. Nasib baik tak jatuh! Lain kali fokus ketika berjalan Huda…

“Ya… Dah jom gerak... Tangga ni tinggi sangat!” komen Lisa.

“Nak kurus mestilah rajin naik tangga....” Irfan mencelah.

“Amboi, dia ni sindir aku ke apa?” bisik Lisa di dalam hati...

“Betul tu...” jawab Dr.Haikal.

“Ada pula orang yang tukang sokong!!” Lisa naik geram geram. Namun, kata-kata itu hanya terluah di dalam hatinya sahaja. Entahlah kenapa minggu ni badannya telah naik 2 kg!

“Wahh… Cantik tempat ni… Saya tak pernah makan bahagian atas,” puji Dr.Haikal.

Restoren ini berdindingkan buluh bewarna kuning yang diserikan dengan lampu jingga yang secara tidak langsung mempamerkan rona emas yang sungguh romantik. Setiap bahagian meja dipisahkan dengan dinding-dinding buluh dan ia tertutup daripada pandangan awam dan apa yang menarik ia hanya berdinding separuh dibahagian menghadap tasik bagi membolehkan pelanggan menikmati bayu tasik di malam hari.

Mereka mengambil tempat duduk masing-masing. Lisa mengambil tempat bersebelahan dengan Huda manakala Dr.Haikal berhadapan dengan Lisa, Ustaz Saiful berhadapan dengan Huda manakala Irfan berada diantara Lisa dan Dr.Haikal. Mereka memilih menu makanan bersama-sama. Sementara makanana siap, Lisa ada agenda tersendiri untuk Huda. Dr.Haikal, Ustaz Saiful dan Irfan rancak berbual. Sesi perkenalan katakan. Ramah juga Irfan ni!

“Huda, boleh tolong tak?” kata Lisa.

Irfan sudah tersengih-sengih. Dr.Haikal dan Ustaz Saiful hanya buat muka biasa.

“Nakal kau Lisa!” kata Irfan di dalam hati.

“Nak tolong apa Lisa?”

“Dekat bawah tu ada orang jual burger.... Boleh tak tolong belikan. Rasanya lambat lagi ni makanan nak sampai. Sempatlah beli sekejap…”

“Alaaa… Kan dah nak makan ni… Nak buat apa makan burger lagi... Nanti kenyanglah tu… Kata nak diet,” kerling Huda pada Lisa.

“Malam nanti mesti lapar lagi,” kata Lisa tidak berputus asa. Geram juga rasa hatinya Huda kata dia diet. Dahlah depan orang lelaki… Seganlah…

“Tak naklah.” Huda menolak permintaan Lisa.

Lisa buntu idea buat seketika. Macam mana nak buat kejutan kalau Huda tak nak turun.... Lisa memandang Irfan. Lisa mengerutkan muka tanda meminta pertolongan.

“Huda, tak baik buat macam tu. Kasihan Lisa nak makan burger. Kalau dia mati, tak sempat dia nak makan burger… Kempunan,” kata Irfan setelah dapat mengesan signal yang diberikan Lisa.

“Ya... Huda turun… Nak berapa biji? Jenis apa?” kata Huda sambil membuat muka masam.

Lisa cuba menahan ketawa. Sayang juga Huda dekat aku ya…

“Beli 5 biji... Ayam special otai… Ini duitnya...”

“Ok.... Kau punya pasal, aku pergi beli....”

“Huda, turun ikut tangga hujung sana. Dekat sikit. Kalau tangga tengah ni dekat dengan kaunter… Jauhhhh…” Padahal Lisa bimbang jika Huda akan nampak dia ke kaunter sebentar nanti.

Setelah melihat Huda berlalu pergi, Lisa memulakan bicara.

“Sebenarnya hari ni Lisa nak sambut Hari Lahir Huda… Sebenarnya birthday dia dah dua minggu lepas... Lisa sengaja buat-buat lupa… Lagipun sejak kebelakangan ni sibuk memanjang. Minggu ni nasib baik ada masa. Bolehlah buat birthday surprised...”

“So, apa perancangan kita?” tanya Ustaz Saiful.

“Sekarang ni Lisa nak semua orang menyorok....”

“Menyorok? Malulah.... Tak kan nak main menyorok dekat sini,” kata Dr.Haikal.

“Aaah.... Takkan nak menyorok Lisa… Bawah meja ke? Tak muat nak masuk bawah meja ni… Kau Lisa bolehlah masuk bawah meja… Kami?” kata Irfan tidak faham.

“Bukann… Bukannn… Hahahahaha… You all ni.... Maksud Lisa, kita beredar dari tempat ni. Bila Huda datang, tengok semua orang tak ada, mesti dia kalut… Lepas tu kita ambil kek yang dah ditempah dekat bawah sana… Kemudian, kita naik dan nyanyikan lagu.... Lagipun dekat atas ni orang tak ramai. Kan ada dinding.... Taklah nampak....”

“Owhhh… Faham-faham… Macam menarik ni… Kenakan dia… Hahahaha...,” gelak Dr.Haikal.

“Tapi, makanan yang kita dah pesan tu macam mana? Buatnya pelayan hantar masa kita tak ada?” tanya Ustaz Saiful.

“Owh… Yang tu, mereka akan hantar sekali dengan kek tu. Sebabnya Lisa dah tempah untuk pakej sambutan Hari Lahir. Menu-menu tadi tu dah dalam pakej tu…”

“Patutlah saya rasa pelik tadi… Selama ni saya datang tak ada pula menu-menu macam tu… Rupanya pakej sambutan Hari Lahir…”

“Nasib baik dia tak tulis dekat menu tu, ‘Pakej Sambutan Hari Lahir,” kata Irfan.

“Nama pun surprised kan,” kata Dr.Haikal.

Lisa dan Ustaz Saiful turut ketawa. Tidak sabar hati mereka ingin mengenakan Huda Si Mulut Murai.

“Sekejap… Tak kan simple macam ni sahaja. Kita kenakanlah dia lagi,” cadang Irfan.

“Ermmm.... Nak buat macam mana lagi?” tanya Lisa untuk kepastian.

“Ada cadangan?” tanya Irfan.

“Kita mandikan dia tepung!”kata Ustaz Saiful.

“Eh… Tak boleh macam tu… Malulah dia nanti… Nanti bila balik dah jadi macam kuih tepung gomok,” kata Lisa tidak setuju.

“Haaaa…. Kalau macam ni… Salah seorang dari kita pergi marahkan dia. Cakaplah dia ni kenapa? Gatal.... Perampas ke apa… Marah betul-betul… Sampai dia menangis,” cadang Irfan.

“Haa… Bagus juga idea tu. Sekarang siapa nak marahkan dia? Lisa?” tanya Dr.Haikal.

“Eh, tak boleh… Lisa nak kena cakap dekat kaunter bawah tu.... Haa.... Apa kata Ustaz Saiful?” kata Lisa sambil berpaling ke arah Ustaz Saiful.

“Saya?” kata Ustaz Saiful sambil menunjukkan dirinya.

Mereka bertiga mengangguk serentak. Dr.Haikal tahu Huda memang ada hati dengan Ustaz Saiful. Lisa telah ceritakan kepadanya.

“Haa.... Apa lagi jomlah kita pergi dari sini,” kata Irfan bimbang jika Huda sempat naik sebelum mereka beredar.

“Eh, jom-jom…”

Tanpa berlengah lagi, mereka turun kebawah. Sekali-sekala Lisa mengintai keluar tingkap untuk melihat Huda. Dibawah, mereka mengatur strategi untuk mengenakan Huda. Pekerja restoren telah menyediakan beberapa biji belon. Topi hari jadi pun diberikan kepada mereka. Mereka telah mendapat idea yang sesuai untuk mengenakan Huda.

“Bersedia! Huda dah naik.... Ustaz Saiful, kuatkan stamina!” Dr.Haikal memberi semangat.

“Takut la rasa... Tukar oranglah.... Irfan?”

“Eh… No…. Kan dah rancang.... Susahlah kalau ubah saat-saat akhir,” kata Irfan.

Tiba-tiba sahaja telefon pintar Lisa berbunyi. Lisa memandang mereka bertiga. Semua melemparkan senyuman teruja. Itu pasti Huda!

“Huda… Siap sedia,” kata Lisa sebelum menjawab panggilan.

“Haa... Ada apa Huda!” kata Lisa meninggikan suara.

Mereka bertiga tekun mendengar. Mereka cuba menahan ketawa mereka.

“Mana kamu semua ni… Burger dah beli ni…”

“Engkau makanlah burger tu seorang! Engkau memang tak layak jadi kawan aku! Kau pengkhianat!!!!”

“Apa ni Lisa… Tak faham! Pengkhianat? Siapa pengkhianat?” tanya Huda cemas.

“Jangan nak pura-pura dengan akuuuuu!!! Ustaz Saiful dah beritahu aku segalanya!!”

“Lisa… Apa ni,” kata Huda.

“Tak payah pura-pura dengan aku! Perempuan tak guna!”

Lisa segera mematikan panggilan dan terus ketawa melepaskan geli dihatinya.

“Ustaz Saiful... Naiklah,” kata Lisa.

“Ok… Cepat naik tau… Buatnya dia lari dari situ susahlah kita nanti,” pesan Ustaz Saiful sebelum melangkah naik.

Telefon Lisa sekali lagi berbunyi tetapi tidak diendahkan Lisa. Ustaz Saiful melangkah naik keatas secepat yang mungkin. Bimbang jika Huda terus beredar dari situ. Setelah sampai ke ruang atas, Ustaz Saiful segera memasuki ruang makan mereka. Disitu kelihatan Huda sedang duduk sambil menghadap tasik. Burger yang dibeli diletakkan diatas meja. Ustaz Saiful melangkah perlahan-lahan ke dalam ruang makan tersebut. Ketawanya cuba ditahan apabila Ustaz Saiful melihat Huda dengan rakusnya memakan burger yang dibeli. Sekali-sekala terdengar esakan kecil sepertinya sedang menangis. Ustaz Saiful cuba mengeluarkan amarahnya. Amarah olok-olok!

“Amboi!! Sedap makan!! Engkau memang mulut murai kan? Mulut tempayan!”

Huda segera berpaling kebelakang. Hairan dengan suara yang tiba-tiba sahaja memarahinya. Ustaz Saiful cuba mengalihkan pandangan dari melihat Huda. Bimbang jika dia terketawa melihat keadaan Huda seperti itu. Mata berair menandakan dia menangis dan mulutnya comot dengan sos burger!

“Apa??” tanya Huda. Air mata dikesatnya.

“Engkau perempuan tak guna! Kawan baik engkau, kau khianati!!” Ustaz Saiful memandang tepat kemata Huda. Renungan tajam dipanah ke dalam mata Huda.

“Saya buat apa? Cuba jelaskan... Saya tak faham… Kenapa? Apa saya dah buat?” Air mata mula mengalir keluar. Pantang betul dia kalau ada orang cuba merosakkan persahabatan baik antara dia dan Lisa.

“Tak payah nak pura-pura…”

“Alamak… Aku nak kelentong apa ni,” bisik hati Ustaz Saiful. Itulah… Marah tak tahu sebab apa... Macam mana ni?? Suasana diam seketika. Hanya tangisan Huda kedengaran.

“Huda, perangai awak tu dah melampau! Kasihan Lisa, selama ini dia percayakan awak tapi awak khianati dia!”

“Apa saya dah buat??!!” teriak Huda geram. Persoalannya tidak dijawab.

“Kereta Lisa yang rosak tu! Awak sengaja rosakkan kan? Sengaja? Rakaman CCTV menunjukkan awak sengaja rosakkan! Bukan sebab kemalangan pun!”

“Aarrhh... Bantai sahajalah apa-apa pun!” kata Ustaz Saiful cuba mengalihkan pandangan.

“Apa awak kata?”

“Awak sengaja rosakkan kereta tu!”

“Bukann... Bantai?” tanya Huda untuk kepastian.

“Engkau ni memang nak kena bantai!! Baru sedar!” jari telunjuk Ustaz Saiful dihalakan ke muka Huda.

Huda terkejut dengan jerkahan Ustaz Saiful. Si Buah hati telah menengking dirinya! Macam tidak percaya! Terasa seperti berderai hatinya pecah.... Dituduh tanpa usul periksa. Huda duduk dibangku menenangkan dirinya manakala Ustaz Saiful sudah berlalu pergi meninggalkan dirinya dengan muka bengis dan diwajahnya kelihatan betapa bencinya Ustaz Saiful terhadap dirinya. Huda tidak bercadang untuk pulang dengan segera. Dia tahu Lisa juga sedang marahkan dirinya. Pandangan matanya dialihkan ke arah tasik yang dihiasi dengan lampu-lampu bewarna-warni.

“Siapa yang membuat fitnah ni?” fikir Huda.

“Huda!!!!!!!!!!” Jeritan tersebut mematikan lamunannya. Huda segera berpaling ke arah belakang.

“Tadaaaaaa!!” Tunjuk Lisa ke arah luar.

“Allah selamatkan kamu,Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Huda, Allah selamatkan kamu.... ”

Siulan wisel kedengaran. Belon-belon yang berwarna-warni dibawa masuk ke dalam ruang makan oleh jejaka-jejaka yang kacak… Huda tergamam.

“Apa ni?” tanya Huda keliru.

Tidak lama kemudian Ustaz Saiful membawa masuk kek hari lahir yang telah dinyalakan lilin. Wisel dibunyikan lagi.... Riuh-rendah suasananya.

“Tiup lilin cepat… Nanti hangus kek tu,” usik Ustaz Saiful apabila melihat Huda masih keliru.

“Selamat Hari Lahir yang ke 23 tahun Huda…” kata Lisa sambil mencium pipi Huda.

Huda tanpa dapat bertahan lagi menangis tanda terharu. Badan Lisa dipeluknya. Dia menangis semahu-mahunya. Tangisan yang membawa pergi perasaan geram, terharu dan gembira. Geram kerana dikenakan oleh mereka dan terharu dengan kejutan tersebut. Tidak pernah dia menyambut sambutan untuk hari lahirnya.

“Dah dah… Tiup lilin tu Huda.... Nanti cair semua lilin,” kata Lisa sambil menyeka air mata Huda. Ustaz Saiful, Irfan dan Dr.Haikal turut terharu dengan keakraban dua sahabat ini. Si mulut murai dah berjaya menangis! Yeaahhh…

Huda memandang jejaka-jejaka dihadapannya. Mahu sahaja dia membaling kasut tumit tingginya kearah mereka bertiga… Terutamanya Ustaz Saiful!

Setelah Huda meniup lilin, doa panjang umur dan murah rezeki dibaca oleh Ustaz Saiful. Beberapa keping gambar diambil untuk kenang-kenangan. Mereka menjamu selera dengan penuh keceriaan. Walaupun mereka baru sahaja kenal, tetapi kemesraan mereka sepertinya sangat rapat. Irfan yang dilihat sebagai seorang yang agak tegas sebelum ini namun untuk hari itu, dia kelihatan sangat peramah dan periang.

Previous: BAB 17
Next: BAB 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.