Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 18

HAYY MIKAEL merenung wajah putih bersih yang sedang berada dihadapannya. Gadis ini hanya berpakaian seperti biasa dan juga kelihatan sedikit lipbalm yang menyaluti dua ulas bibirnya. Menyedari bahawa Hayy Mikael sedang memerhatikan dirinya, segara dia berdeham mematikan perbuatan lelaki itu dari terus menelanjangi wajahnya.

Serta-merta Hayy Mikael mengalih pandangan.

"Tak pernah-pernah you minta nak jumpa I, sampai whatsapp I. Rindu ke?" soalnya menyindir. Sinis.

"Mana ada!"

Lelaki itu tertawa geli hati. "Eleh, macam lah I tak tau cara perempuan tackel seorang lelaki. Mula-mula benci, lama-lama baru reti nak hargai."

Armell buat muka menyampah. "Eh tolong sikit ya, tak rindu langsung! Jangan nak perasan awal-awal pagi ni."

"Takpe, itu semua aura positif."

"So, you nak tau tak kenapa I nak jumpa you ni?"

"Semua pasal you, I nak tau. Bagitahu aje."

Eee! Double menyampah dengan mulut Hayy Mikael ni. Ada saja nak menjawab. "Tolong I sesuatu, boleh tak?"

"Boleh, tapi you jangan block I dekat whatsapp lagi, janji?"

Armell menjeling sedikit. Sabar ajelah! "Ya, I janji..."

"Okay, cakap je apa you nak, I boleh tolong."

Armell menarik nafas panjang. Berfikir sejenak tentang permintaan yang akan diutarakan nanti. Gilakah dia dengan permintaan begini?

"Jadi boyfriend I boleh? No, I mean berlakon jadi boyfriend I." bibir dikemam. Menahan perasaan malu yang tiba-tiba bertandang.

Permintaan gadis itu membuatkan kening Hayy Mikael bertaut rapat. "Hah?"

"I cakap, berlakon jadi boyfriend I, you dengar ke tak dengar???"

Mata dikerdip beberapa kali. Agak terkedu dengan permintaan yang secara tiba-tiba itu. "Untuk apa?"

"You sayangkan I kan?" risik Armell. Cuba memancing minat lelaki itu supaya lebih berminat untuk menunaikan hajatnya.

"Mell, ofcourse la... You sendiri pun tau tu kan?"

Armell mengangguk sambil tersenyum penuh makna. Kalau lelaki ini mengikut rentaknya, lagi mudahlah kerja dia selepas ini. "Jadi you mesti utamakan keselamatan I, kan?"

Laju Hayy Mikael mengangguk. "Ofcourse yes! Kalau tak, takde maknanya I nak larang itu ini pada you hari-hari."

"Kalau macam tu, boleh tak you temankan I selalu? Maksud I, setiap kali I keluar."

Lelaki itu sengetkan kepala 10 darjah. Memandang pelik ke arah Armell. "You ada sorok apa-apa daripada I ke, Mell?"

Mata Armell direnung dalam-dalam. Mencari kejujuran dari sinar mata gadis itu.

"Cakap aje tak boleh. I boleh cari orang lain lah." ujar Armell lalu menunduk. Merajuk kononnya.

"Armell... Teman you, itu bukan satu masalah besar bagi I. Tapi you kena ingat, Rykal tu kekasih you. Kalau dia nampak kita berdua, tak ke haru jadinya? Memang lah dengan I, dia tak berani nak mengamuk. Tapi I takut dia mengamuk dengan you aje."

Armell menarik nafas panjang. Rasanya dia tidak perlu berselindung lagi memandangkan Hayy Mikael sudah tersalah anggap terhadap hubungannya dengan Rykal.

"Sebenarnya Rykal yang you ingat dia kekasih I tu lah yang bermasalah besar, Hayy. Dia lah yang menjadi masalah dalam hidup I sekarang ni."

"Wait, kenapa dengan dia? Apa yang dia buat pada you?"

"Sumpah, I rimas gila dengan dia! Kalau you nak tahu, memang dari dulu pun lagi dia suka kacau I. Tak tau apa masalah dia. Dah pupus kut perempuan atas muka bumi ni, itu yang asyik cari I aje."

"Dia sukakan you lah tu."

"Excuse me? Geli lah. I pun tak pernah sukakan dia."

"Dia nak apa sebenarnya?"

"Dia nak I." perkataan nak sengaja ditekankan.

"Dah you cantik sangat, siapa je yang tak nak? I pun nak." lelaki itu berseloroh selamba.

Armell ketap gigi. Lembab gila jantan ni! Dasar otak udang! Otak tu tak cukup empuk ke? "Dia. Nak. I, Hayy. Dia nakkan I. You faham-faham sendiri lah maksud I."

Serta-merta mata Hayy Mikael membulat. "Rykal nakkan you?! Dia tu dah gila ke sewel?"

Perlahan-lahan Armell mengangguk. "Ya, dia ugut I."

"Ugut?"

Kepala diangguk lagi. "Dia ugut I, dia nak bunuh you kalau dia jumpa you."

Dan ketika itu juga lelaki itu tertawa terkekeh-kekeh. Geli hati mendengar ugutan Rykal. "Dia nak bunuh I? Kenapa yakin sangat tu?" soalnya sambil tertawa geli hati sementara Armell tetap dengan muka tegangnya.

"Rykal tak main-main, Hayy." tegas Armell.

"Mell, apa yang dia boleh buat pada I? Budak-budak ni lawak tau tak?"

"You yang tua ni boleh berfikiran luas sikit tak? You tak kenal siapa Rykal, you boleh lah cakap macam ni. Lelaki segagah you ni pun dia berani, inikan I yang perempuan ni. Apa-apa pun dia boleh buat pada I."

Hayy Mikael terdiam seketika.

"You nak tau sejak bila dia mula berdendam dengan you? Sejak you tarik I malam tu. Dia cakap, kalau you tak muncul masa tu, kemungkinan dia dah boleh kuasai I. You nak tau tak yang you dah menempah maut?"

Hayy Mikael menarik nafas panjang. Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar jeans. "Mana lebih berharga? Maruah you atau nyawa I?"

"Nyawa you." selamba jawapan diberi.

"Seriously? You tak kisah langsung ke dengan maruah you yang hampir saja tergadai tu?" soal Hayy Mikael seakan tidak percaya dengan jawapan dari gadis itu.

"Sebab kalau bukan you, sudah pasti maruah I dah tergadai masa tu."

Perlahan-lahan Hayy Mikael mengukir senyuman. Terserlah kedua-dua lesung pipit di kiri dan kanan wajahnya. Dia mengangguk perlahan dan tersenyum penuh makna.

"Yang you senyum ni kenapa?"

Lelaki itu menyengih. "Takde apa."

"So, boleh tak you tolong I ni?"

Hayy Mikael menelan air liur sambil senyuman tidak lekang dari wajahnya. Wajah gadis itu direnung penuh kasih. Entah kenapa hatinya berbunga-bunga ketika ini.

"Selagi I hidup, I akan sentiasa ada untuk you. Kalau you nak tau, apa rahsia yang I selalu simpan ialah I merindui you setiap hari."


Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya