Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 60

Kahwin dengan orang yang kita cintai, itu adalah impian. Kahwin dengan orang yg kita tak sangka, itu ialah jodoh. Menikahi orang yang kita cintai, itu ialah kemungkinan. Mencintai orang yang kita nikahi, itu satu kewajipan. Segalanya kuasa ALLAH... Takdir yang menentukannya.

SUDAH hampir sebulan kemalangan itu berlaku. Sepanjang itu Armell tidak menjalani sebarang rawatan memandangkan dia tidak mengalami apa-apa masalah dan penyakit selepas kejadian itu. Sungguh berbeza dengan mimpi di dalam komanya dimana dia mengalami amnesia. Kalau tidak, jenuh dibuatnya nak menghadap situasi begitu sampai dua kali. Tak boleh bayangkan!

Majlis akad nikah diadakan di rumah Armell. Majlis juga diadakan secara besar-besaran, dihadiri kaum keluarganya, kaum keluarga Huzzair dan juga rakan-rakan Puan Sri Nora dan Tan Sri Hazahar. Memang meriah.

Armell memandang dirinya dalam busana pengantin. Hampir menitis air matanya memikirkan majlis akad nikah yang akan berlansung nanti. Gementar. Tidak percaya. Dan bila memikirkan tentang lelaki yang dia cintai sepenuh jiwanya, hatinya disapa rasa sebak.

Jika sudah tertulis jodoh dia bersama Huzzair, maka dia redha. Mungkin itu yang terbaik buat dirinya.

"Syarah, saya nervous lah." Luah Armell dengan wajah yang berkerut dan jelas kelihatan cuak.

Syarah tergelak kecil. Jemari Armell yang berinai merah ditarik dan digenggam erat.

"Normal lah tu. Orang nak kahwin, memang akan rasa macam ni. Macam-macam rasa yang akan ada. Rasa nak lari terjun tingkap pun ada." Ujarnya lalu tertawa lucu dihujung ayat.

Armell mengangguk laju. Ya, memang itu yang sedang dirasakan sekarang. Rasa nak terjun tingkap!

"Itu yang saya rasa sekarang!"

"Hei, relaks lah. Cuba bayangkan awak berkahwin dengan Putera Raja? Dan awak lah Sang Puterinya. Wah... Mesti bestkan? Huzzair tu dah lah hensem maut! Bukan senang nak dapat tau?"

Dan balasannya, lengan Syarah dipukul geram. "Awak ni! Buat saya lagi nervous ada lah!"

Syarah ketawa seronok. "Tapi tak boleh lawan lah dengan pujaan hati saya."

Armell kerut dahi. "Siapa?"

"Abang duda hot tu lah! Lepas awak dah kahwin dengan Huzzair nanti, ada chance lah saya nak mengurat duda hot tu!" Ujar Syarah sambil tersenyum miang.

Armell hanya sekadar mencebir tanda tidak kisah. Namun jauh disudut hatinya, ada juga rasa sedih bila Syarah menyeru sebaris gelaran itu. Tak lain dan tak bukanlah pasti Hayy Mikael yang Syarah maksudkan itu.

Wajahnya berubah kendur dan muram.

"Iman!"

Terus tersentak dirinya dek sergahan itu. Matanya yang bergenang cepat- cepat dipejam celikkan beberapa kali. Cuba menghapuskan air mata dari menitis.

"Iman? What's wrong? Awak–awak menangis ke? Saya ada salah cakap ke?" Soal Syarah panik.

Armell menggeleng laju dan cuba tersenyum. "Tak ada apa lah. Don't worry."

"Alaaa... Kalau ya pun nervous, jangan lah menangis. Hilang seri pengantin nanti. Air mata tu kalau jatuh, nanti nak kena touch up semula..."

"Takde lah! Mana ada saya menangis."

Syarah tersengih. "Awak nak menangis boleh, tapi selepas akad nanti. Masa tu orang dah tak pelik sebab itu air mata tanda kesyukuran dan gembira yang tak terungkap."

Armell ketawa. Terbang segala rasa sebak dan berdebarnya.

"Dah jom keluar. Pihak lelaki dah sampai tu."

Dan dengan itu, rasa takut dan berdebar datang menyinggah semula. Nafas berat ditarik payah lalu dihela perlahan.

SEBAIK sahaja Armell diiringi ke ruang tamu, sudah tentu matanya mencari susuk tubuh Huzzair, bakal suaminya. Dan selepas itu, pandangannya beralih pada seseorang yang sedang duduk disebelah Huzzair.

Hayy Mikael.

Mata mereka berlaga. Hayy Mikael hanya tersenyum kepadanya. Senyuman yang lembut seakan menumpang gembira. Sungguh, lelaki itu kelihatan sungguh kacak hari ini. Segak berbaju melayu sedondon dengan Huzzair dan bersongkok. Dia nampak lebih kacak bila berpakaian seperti itu.

Syarah sebagai pengiring pengantin, kalut membetulkan kain Armell yang panjang meleret itu.

Armell lantas mengambil tempat yang dikhaskan untuknya. Ditemani Syarah dan sepupu sebelah Tan Sri Hazahar, Syazlin. Dadanya semakin rancak berdebar. Mata memerhati orang ramai yang sedang menunggu majlis bermula.

"Boleh kita mulakan?" Soal tuk kadi berserban putih yang sedang duduk bersila ditengah-tengah orang ramai.

"Silakan." Kedengaran suara garau Tan Sri Hazahar tanda mengizinkan acara ijab dan kabul bermula.

Makin laju degup jantung Armell mendengarnya.

Tuk kadi itu mengangguk kecil lantas melihat kertas yang sedang dipegangnya.

"Siapa Hayy Mikael bin Rasul Iman?" Soalnya lalu memandang dua orang lelaki yang segak mengenakan sepersalinan baju Melayu berwarna putih.

Mendengar sebaris nama itu, laju Armell menggerakkan bola mata mencari wajah Hayy Mikael. Tercantum juga keningnya saat nama itu yang diseru oleh Tuk Kadi.

"Saya, tuan."

"Em, dah siap?" Soal Tuk Kadi lagi.

Mendengar soalan itu, wajah Hayy Mikael jelas tampak terpinga-pinga. "Siap untuk apa tuan?"

Kedengaran lelaki tua itu tergelak kecil sambil menggelengkan kepala perlahan-lahan sedangkan Hayy Mikael pula kekal dengan riak hairannya.

"Siap nak bernikah lah."

Suasana jeda seketika.

Mata Hayy Mikael bergerak memandang wajah Armell. Mata mereka sekali lagi bertaut. Namun tidak lama selepas mata lelaki itu laju dialihkan ke arah lain.

"Err... Saya rasa Tuan Arief dah salah orang ni. Sebenarnya yang nak bernikah ini, abang saya. Huzzair Muammar bin Rasul Iman." Dihujung ayat, kedengaran lelaki itu tertawa kecil sebelum menggeleng. "Bukan saya."

Tuk Kadi itu tersenyum lebar. "Betul, tapi bukan dengan Armell Nur Imani binti Hazahar. Tapi dengan Nurissa Evelyn binti Hassan."

Dan dengan itu, segera kepalanya menoleh memandang Huzzair. Terbeliak biji matanya. "Apa ni bang?"

Huzzair diam tidak berjawab. Hanya tersenyum.

Evelyn yang sedang duduk bersimpuh disebelah Arash dan Nawal sudah terjatuh rahangnya. Dia sendiri pun terkejut saat mendengar kata-kata tuk kadi itu.

Hayy Mikael menggeleng. Menidakkan kenyataan itu. "Huzzair! Apa kau buat ni?" Jelas riak terkejut terpamer diwajahnya.

"Hutang aku dengan kau dah terlunas. Armell Nur Imani, she belongs to you." Ujar Huzzair yang masih tersenyum lebar. Lantas dia bangun dan menghampiri Hans yang duduk tidak jauh darinya.

Dan Huzzair kembali dengan kotak baldu berwarna merah lalu dihulurkan kepada Hayy Mikael.

"Ini, cincin untuk kau sarungkan pada  jari isteri kau nanti."

Hayy Mikael ketap gigi. Kepala digelengkan perlahan dengan air mata yang sudah bergenang. Serentak itu, terasa tubuhnya dipeluk Huzzair. Belakang badannya digosok dan ditepuk perlahan. "Abang sayangkan adik abang." Bisik Huzzair ditelinganya.

Mendengar kata-kata itu, erat matanya dipejam. Sebak dan terharu. Dahinya disatukan pada bahu Huzzair yang masih memeluknya. Gugur juga setitis air mata jantannya dikhalayak ramai.

Tubuh Hayy Mikael ditolak perlahan. Huzzair menghadiahkan senyuman paling manis. Wajah sugul Hayy Mikael diperhati. Tidak dinafikan, walaupun mereka berpakaian sedondon, namun Hayy Mikael tampak lebih segak jika hendak dibandingkan dengannya. Songkok adiknya dibetulkan sedikit. "Nak jadi suami Armell, kena hensem!"

Hayy Mikael cuba tersenyum. Nafas dihela perlahan. Matanya beralih memandang Armell yang juga sedang menangis di dalam dakapan Puan Sri Nora.

"I know, he loves you so much sayang. He deserves you." Ujar Puan Sri Nora yang juga turut disapa rasa sebak bila anak gadisnya itu masih menangis di dalam pelukannya. Dia tahu, ini lah saat-saat yang paling Armell dambakan.

"Iman... Bakal suami awak dah nak mulakan akad tu. Tengok lah... Sekali seumur hidup je ni tau? Bukan senang nak tengok duda hot bernikah dua kali." Seloroh Syarah yang sudah mengetahui segala-galanya. Bahu Armell digosok perlahan.

Esakan kecil Armell masih kedengaran. Segera gadis itu mengelap air mata yang membasahi pipi lalu tergelak kecil. Sedikit terusik dengan gurauan Syarah.

Armell mengangkat wajah perlahan-lahan saat mendengar suara garau Hayy Mikael menjawab pertanyaan tuk kadi dengan penuh yakin. Saksi mengesahkan, maka berubahlah status dirinya hari ini. Dia sudah menjadi hak mutlak Hayy Mikael. Air mata syukur dan gembira kembali mengalir dipipinya.

Puan Sri Nora memeluk bahu Armell dan membisikkan ucapan tahniah. "Semoga Armell menjadi isteri yang solehah." Dahi Armell kemudian dikucupnya.

Usai menunaikan solat sunat, Hayy Mikael perlahan-lahan mendekati Armell. Lelaki itu tidak putus-putus dengan senyuman diwajah. Makin berseri wajah kacaknya itu.

"Assalamualaikum, isteri abang."

Armell terkaku sebentar sebelum tertunduk malu. Salam dijawab namun cukup sekadar hanya suaminya sahaja yang mendengar.

Hayy Mikael menyarung cincin ke jari manis Armell. Terketar-ketar tangan Armell saat tangan besar itu mula membatalkan air sembahyangnya. Seakan tidak percaya lelaki ini yang menyarungkan cincin dijari manisnya. Saat bibir Hayy Mikael mendarat di dahinya, Armell memejamkan mata sekaligus menjatuhkan setitik mutiara jernih dari tubir matanya. Tak pernah dia merasakan sebahagia ini.

Selesai melakukan upacara membatalkan air sembahyang, Armell dan Hayy Mikael bersalaman dengan ahli keluarga mereka.

Ramai rakan-rakan Tan Sri Hazahar yang mengucapkan ucapan tahniah kepada mereka.

"Papa doakan semoga Mell bahagia bersama Hayy. Saling mencintai hingga ke akhir hayat. Papa tahu, dia layak untuk kamu. Papa juga dapat rasakan dia seorang lelaki yang bertanggungjawab. Dan kerana faktor itu, papa setuju untuk menyerahkan Mell pada dia." Armell tidak dapat menahan sebak ketika dia bersalaman dengan Tan Sri Hazahar.

Kerana dulunya lelaki ini lah yang bencikan Hayy Mikael dan hari ini lelaki ini juga lah yang menyatukan dia bersama Hayy Mikael.

"Terima kasih papa. Terima kasih sebab terima Hayy sebagai sebahagian dari keluarga kita."

Armell juga turut tenggelam dalam pelukan Mak Yam. Dia rindukan wanita tua itu. Bermacam-macam pesanan yang diberikan. Termasuklah tentang haiwan paling ditakuti Hayy Mikael. Kucing! Haha. Banyak lah modal dia nak kenakan lelaki itu selepas ini.

Acara akad nikah Huzzair dan Evelyn juga sudah selesai. Baru Armell tahu, rupa-rupanya Evelyn sudah menyukai Huzzair dari dulu. Kalau lah dia tahu tentang itu, dari dulu lagi dia takkan usik Huzzair.

"Huzzair, kau jaga elok-elok tau adik ipar aku yang sorang ni. Evelyn, kalau dia ada sakitkan hati kau, kau cari je aku. Tau la apa aku nak buat nanti." Ujar Hayy Mikael mengusik.

Evelyn automatik tersenyum malu.

"Kau pun, dah dapat cinta hati tu jangan sia-siakan. Jangan sia-siakan perjuangan kau selama ini." Nasihat Huzzair.

Hayy Mikael tersenyum nipis. Tangan bergerak mencari tangan Armell. Jemari mereka bertaut rapat. "Never. I wouldn't never do that."

"Huzzair, sejak bila awak rancang semua ni?" Soal Armell lembut. Sungguh, rasa terkejutnya masih lagi bersisa.

Huzzair menarik nafas dalam-dalam lalu dihela perlahan.

"Dah lama saya rancang. Semua orang pun dah tahu. Yang tak tahu, cuma korang bertiga aje. Tan Sri pun dah lama tahu. Kitaorang dah sepakat nak rahsiakan hal ini pada awak dan Hayy."

"Tapi kenapa?"

"Sebab saya tahu, cinta awak pada saya tak sebesar cinta awak pada Hayy. Dan saya sedar, cinta saya pada awak tak mampu menandingi cinta Hayy pada awak. He loves you so much."

Armell menunduk. Kata-kata Huzzair itu dia tidak dapat nafikan. Tangan Hayy Mikael digenggam lebih erat. Ya, cinta dia pada lelaki ini terlalu besar sehingga dia tidak mampu mencintai lelaki lain.

"Thanks again, Huzzair." Ucap Hayy Mikael lagi. Tak putus-putus dia mengungkap kata itu pada Huzzair.

"I told you. Aku akan tunaikan apa saja yang kau nak sebagai balas budi kau. Walaupun kau tak pernah mintak, tapi aku tahu yang kau perlu. Aku terhutang nyawa dengan kau, Hayy. I'm the one who should thank you."

Hayy Mikael hanya sekadar mengangguk dan tersenyum. Kemudian dia kalih memandang Armell disebelah. "Mell? Penat?" Soalnya prihatin.

Armell dongak memandang Hayy Mikael. Soalan suaminya itu hanya dibalas dengan senyuman. Cukuplah itu sebagai jawapan.

"Ewah... Berseri-seri je muka pengantin-pengantin kita ya?" Sampuk Hans tiba-tiba.

Lengan Hayy Mikael disenggol perlahan.

"Kau jangan buat hal ya bang! Nanti silap hari bulan, Mell lari balik melbourne. Wooo... memang jenuh lah kau nak memujuk nanti. Kau percaya lah cakap aku." Sakat Hans.

Armell tertawa lucu.

"Kalau Mell lari, abang kejar lah!" Hidung sang isteri dicuit manja.

"You! I pun nak macam tu..." Rengek Evelyn tiba-tiba.

Masing-masing terdiam seketika. Ternganga dengan tingkah Evelyn yang tak terduga itu termasuklah Huzzair.

Dan beberapa saat lepas itu, masing-masing meletuskan tawa.

Lengan Huzzair, Evelyn peluk erat. Bukan main manja!

"Macam tu macam mana tu sayang?"

Wajah Evelyn bertukar cemberut. Geram bila Huzzair buat-buat tak faham keinginannya.

Tanpa amaran, tangan kekar Huzzair bergerak memaut pinggang Evelyn.

Hampir terjerit Evelyn dek tindakan Huzzair yang secara tiba-tiba itu. "Nak macam ni ke, sweetheart?"

Evelyn akhirnya termalu sendiri.

Kedengaran Hans berdehem. "Hormat lah sikit aku yang bujang ni." Satu keluhan terbit dari mulutnya.

"Hans? Nak aku carikan calon ke?" Usik Armell lantas menjuih mulut ke arah Syarah yang sedang bersembang jauh dari mereka. Kening dijungkit beberapa kali.

Hans ukir senyum miang. "Pun boleh..."

Meletus tawa semua.

"Okay dah dah! Armell... Evelyn... izinkan aku pinjam husband korang sekejap boleh?"

"Nak pergi mana?" Soal Hayy Mikael terkejut. Dahi sudah berkerut seribu.

Hans mendengus perlahan. "Malam ni kan reception! Nak siapkan kau lah."

"Oh..." Hayy Mikael garu kepala. Macam mana lah dia boleh terlupa pula.

"Kalau ya pun tak sabar nak bermanja, tunggu lah malam sikit... Hayy, Huzzair, jom?" Sampuk Arash yang tiba-tiba muncul sekaligus membuatkan Hayy Mikael termalu sendiri. Pucuk hidung digosok bagi menutup rasa malu.

Namun, tempiasnya juga pada Armell. Hayy punya pasal, dengan dia sekali kena tanggung malu. Bibir dikemam kuat. Menyembunyikan rasa malu yang sudah berbahang.

"Er... Mell, abang nak kena pergi dulu. Nak siapkan diri dekat hotel. See you tonight, okay?" Dahi isterinya dikucup perlahan.

Armell senyum segaris sebelum mengangguk.

Beberapa langkah lelaki itu berjalan, lelaki itu mengundurkan kembali langkahnya mendekati sang isteri. Wajah di dekatkan ke telinga Armell.

"I love you." Bisik suara garau itu perlahan lalu mengeyitkan mata sebelum melangkah pergi.

Armell kejung. Berona merah wajahnya. Tubuh Hayy Mikael yang semakin menjauh direnung lama. Satu senyuman nipis akhirnya terukir di wajah.

"Hoi!" Sergah Syarah dari belakang.

"Oh mak kau beranak lapan!" Terperanjat Armell dibuatnya. Dengan itu, satu das pukulan hinggap pada lengan Syarah.

"Siapa yang beranak lapan ni? Awak? Ooo... Dah pasang angan-angan ya..."

"Mana ada lah! Ni nak apa ni?"

Syarah masih tersengih miang. Lengannya yang pedih dek pukulan Armell itu digosok perlahan. "Tak ada apa lah. Saja je ganggu awak berangan. Takpe, berangan aje lah. Sebab orang kata, duda ni banyak pengalamannya tau? You're lucky."

Pap !

Sekali lagi pukulan hinggap ditempat yang sama. Namun, kali ini lebih berbisa sehingga membuatkan Syarah menyeringai kesakitan. "Sakit lah Iman!"

Armell menjeling geram. "Itu la... Gatal sangat kan?"

"Tapi betul lah Iman. Memang ramai yang cakap macam tu. Duda ni banyak pengalamannya! Awak kena percayakan saya!"

"Ha? Apa? Tak nampak! Tak dengar! Tak dengar!"

Pantas kedua-dua telinganya ditekup dan kaki segera melangkah meninggalkan Syarah dibelakang yang sudah tergelak besar.

Previous: Bab 59
Next: Bab 61

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya