Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 54

EVELYN mengatur langkah masuk ke dalam Restoran Secret Recipe seperti yang dijanjikan. Dari jauh dia sudah nampak satu figura lelaki yang sedang duduk di salah satu meja menunggu kehadirannya. Satu senyuman terukir dibibir sambil kaki melangkah mendekati figura itu.

"Hai, Huzzair." Tegur Evelyn lalu menarik kerusi kosong bertentangan dengan Huzzair.

Huzzair senyum manis. Wajah comel gadis itu dipandang. "Hai."

Evelyn hanya sekadar membalas senyuman itu. Sesaat selepas itu, matanya tertancap pada gelas kaca yang berada dihadapannya. "I punya?"

"Yes. Hazelnut Latte. I tak tahu you suka air apa, so I just order apa yang I suka je. I memang suka Hazelnut Latte."

"Eh yeke? Kalau macam tu sama lah! I pun suka! Setiap kali datang sini, tentu I order air ni." Ujar Evelyn teruja. Lebar sengihannya.

Huzzair ketawa kecil. Air kegemarannya itu disisip ke bibir.

"Em so, ada apa you nak jumpa I? Tiba-tiba aje?" Soal Evelyn terus. Dari tadi lagi ia menjadi tanda tanya. Pelik bila Huzzair tiba-tiba mahu berjumpa dengannya.

Tisu ditarik mengelap bibir yang berkumis halus. Tangan naik bersilang ditepi meja. Pandangan tunak pada Evelyn yang diam memerhati.

"Awak sukakan Hayy kan?"

Evelyn tergamam seketika.

"Dah lama awak simpan perasaan pada dia kan?" Suara garau Huzzair menyoal lagi.

Evelyn terkedu. Tiba-tiba kepala terasa berat nak menggeleng. Nak mengangguk lagi lah. Lidahnya kelu.

"Come on Evelyn, cakap je... Kalau you betul sukakan adik I, I boleh bagitahu dia."

Evelyn telan liur. Berperang dengan perasaan sendiri. Rasanya kalau dia berlaku jujur sekarang, memang tak sesuai dan tak kena dengan keadaan sekarang. Takut pula Armell fikir yang dia ingin mengambil kesempatan.

Ya, memang dia ada menyimpan perasaan terhadap seseorang. Sudah terlalu lama dia memendam rasa. Empat tahun rasa itu dipendam dan tidak pernah terluah.

"Hei, jangan la malu. You ingat tak malam semalam? Cara Hayy layan you. Dan cara you pandang dia, I pasti yang you memang sukakan Hayy kan?" Risik Huzzair.

Perlahan-lahan Evelyn mengangguk. Anggukan itu adalah untuk soalan Huzzair yang pertama. Ya, dia memang ingat cara Hayy layan dia. Dan dia tahu, layanan itu bukan lah ikhlas dari hati. Hayy Mikael masih cintakan Armell.

"Ha... Mengaku pun." Huzzair sengih nampak gigi.

Evelyn membuka mulut ingin mengatakan sesuatu, namun niatnya itu cepat-cepat dibatalkan. Senyuman canggung dikoyak.

"Lusa I akan ke Jepun." Tutur Huzzair lalu bersandar pada kerusi.

"Ouh..."

Wait, what?!

"Ke Jepun?" Membulat mata Evelyn.

"Ya."

"Bukan majlis you lagi dua minggu ke? Eh sempat ke?"

"Sempat... I akan balik tiga hari sebelum majlis. Dan masa tu I akan persiapkan diri." Jawab Huzzair.

Evelyn masih terkedu. Dah nak kahwin esok hari pun sempat lagi nak buat jejak jepun kat sana.

Hazelnut Latte ditarik mendekat dan diteguk senafas. Rambut yang terjuntai di dahi diselit dibelakang telinga. "So... You nak jumpa I ni motif apa sebenarnya? Semata-mata nak bagitahu you pergi Jepun aje?"

"Nope. Ada hal yang sangat penting I nak bagitahu you."

Evelyn kerut dahi memandang wajah Huzzair yang bertukar serius. Sangat penting? Tiba-tiba rasa jantung berdenyut laju. Bikin nervous!

"A–apa?"

Huzzair tarik nafas dalam dan menghembus perlahan.

"I nak you dengan Hayy jadi pengapit I waktu I nikah nanti boleh?" Pinta Huzzair.

"Ke–kenapa perlu I dengan Hayy?"

Huzzair senyum manis. "Sebab I perlukan korang berdua."

Evelyn ketap bibir. Senyum kelat dihadiahkan kepada Huzzair sebelum pandangan dibuang ke arah lain.

ARMELL bersandar lemah pada kusyen kereta. Penat. Dia dan Huzzair baru sahaja balik daripada berjogging di Taman Tasik Titiwangsa. Huzzair lah yang paling beria. Katanya boleh mencergaskan tubuh badan dan mengeratkan kasih sayang. Geli anak tekak dia dengar. Haha.

Sekarang mereka berada dirumah Hayy Mikael. Armell hanya duduk memerhati dari dalam kereta. Malas nak masuk campur hal lelaki. Lagipun dia merajuk dengan Hayy. Hayy jahat!

Sesekali dia melihat dua beradik itu sedang bergelak-tawa. Ewah! Bila nak hantar aku balik ni?

Jam yang melilit ditangan dikerling. Jarum jam menunjukkan pukul 6 petang. Nasib baik awal lagi.

Tok! Tok!

Laju Armell berpaling ke arah tingkap. Huzzair. Cermin tingkap diturunkan. Kening dijungkit menyoal bila mulut malas nak bersuara.

"Turun jap. Saya ada benda nak bincang."

Armell kerut dahi. Belum sempat dia ingin bertanya lebih, Huzzair sudah pergi meninggalkannya. Dia mendengus kecil. Dengan malas, kaki melangkah keluar dari perut kereta dan mengorak langkah menuju ke arah dua beradik yang sedang berdiri di pagar rumah.

"Ada apa?" Soal Armell bosan.

Huzzair hanya tersenyum. "Lusa saya nak ke Jepun. Saya dah cakap dengan Hayy, sepanjang seminggu saya tak ada nanti, Hayy yang jaga awak. Awak nak apa-apa, just call him."

Armell kalih memandang Hayy Mikael. "Awak jaga saya?" Soalnya polos.

"Bukan jaga sangat lah. I mean dia tolong tengok-tengokkan awak." Ulas Huzzair lagi.

"Ouh..." Armell hanya sekadar mengangguk. Tangan naik memeluk tubuh. Wajah selamba cuba dipamerkan dihadapan lelaki itu. Nak tunjuk yang dia masih lagi merajuk.

"Saya akan balik tiga hari sebelum majlis nikah kita. Awak kena buat persiapan diri awak tu, jangan lupa. Lepas saya balik nanti, kita teruskan macam biasa. Okay?"

Armell teguk air liur. Semalam pun mama dan papanya juga memesan benda yang sama. Dan dengan berat hati dia mengangguk walaupun separuh hati tidak rela. Tetapi dihadapan Huzzair, dia hanya diam tanpa sebarang respon. Angguk tidak. Geleng pun tidak.

"Mell?" Seru Huzzair.

"Ta–tak boleh tunda ke?" Soal Armell takut-takut.

Huzzair menggeleng. "No sayang... Tarikh nikah lagi dua minggu je, mana boleh tunda."

"Tapi saya masih tak ingat lagi siapa awak. Tak boleh ke bagi saya sedikit masa?" Pinta Armell. Bibir bawah digigit.

Di saat itu terdengar satu suara garau tergelak sinis menampar gegendang telinganya. Dan tak lain tak bukan lah kalau bukan Hayy Mikael yang asyik nak menyinis aje kerjanya. Anak mata bergerak memandang lelaki itu yang kembali menayang wajah tak beremosinya.

"He is your fiancè. Accept the fact, Armell. Kau ingat ke, tak ingat ke, dia tetap bakal suami kau." Tegas Hayy Mikael.

"Mell... Kita kahwin ya? Saya janji, awak akan bahagia dengan perkahwinan kita nanti. I promise you." Pujuk Huzzair.

Macam mana dia mahu percaya dengan janji Huzzair kalau hati dia tidak pada lelaki itu. Separuh jiwanya sekarang bersama Hayy Mikael. Mana mungkin dia boleh hidup tanpa lelaki itu. Hayy Mikael telah mencuri separuh jiwanya pergi.

"You got to trust me. Awak siapkan diri aje masa majlis nanti." Ujar Huzzair yakin.

"Em, Hayy. Aku lupa nak bagitahu kau. Untuk majlis aku nanti, kau tolong apit aku boleh?"

Mendengar soalan itu, laju mata Armell bergerak mencari wajah Hayy Mikael. Ya, seperti yang dijangka, air muka lelaki itu tampak terkejut. Dapat dia lihat halkum lelaki itu yang bergerak memutar naik.

"Apit kau? Boleh... Takde hal lah bro." Lelaki itu ketawa suka. Bahu abangnya ditepuk sekali.

Armell ketap bibir. Pandangan dibuang ke arah lain. Rasa nak menangis. Laju dia kelipkan mata menghalang butir mutiara dari jatuh menitis. Hayy Mikael juga ada waktu majlisnya nanti? Kuatkah dia bila melihat wajah itu nanti?

"Kau pun make sure pakai hensem-hensem tau nanti? Aku perlukan kau masa majlis nanti. Kau kena ada. Kau dengan Evelyn orang yang sangat penting."

Hayy Mikael sedikit terkedu dengan kata-kata itu namun hanya diiyakan saja. Kepala mengangguk sambil tersenyum kelat. "Kau kan abang aku. Mestilah aku sentiasa ada."

Armell menarik nafas sedalam yang mungkin. Menahan rasa sebak yang mencengkam dada. Dua minggu. Tempoh yang terlalu singkat. Macam mana dia nak kahwin dengan Huzzair kalau dia sendiri pun tak kenal siapa bakal suaminya? Cinta jauh sekali. Dia tak rasa yang dia boleh bahagia dengan lelaki itu. Tak mungkin dan tak akan bahagia!

Previous: Bab 53
Next: Bab 55

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya