Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 23

"YOU ada contact kawan-kawan dia tak?" soal Hayy Mikael dengan matanya yang fokus ke hadapan. Stereng kereta Honda Civic miliknya digenggam kemas. Bimbang memikirkan Armell. Macam-macam benda yang melintas difikirannya ketika ini.

"You tanya I? Sepatutnya I yang tanya you. You kan rapat dengan Mell, takkan you takde nombor telefon kawan-kawan dia?"

"Pekebendanya pulak I nak kena ada nombor telefon kawan dia? I bercinta dengan Armell, bukannya dengan kawan dia."

Evelyn merengus kasar. "You ni bodoh ke bebal? At least kalau apa-apa terjadi, kita boleh contact kawan-kawan dia. Tengok sekarang, apa pun tak boleh buat. Rumah dia pun kita tak tahu dekat mana. Dan satu lagi, sejak bila pula you bercinta dengan dia? Bukan you selalu kena reject ke?"

Mendengar sindiran gadis itu, Hayy Mikael jongket sebelah kening. "Cuba la call sekali lagi, mana tau kali ni dia angkat ke? Try la."

Evelyn buat muka jengkel. Hayy Mikael yang sedang memandu disebelahnya itu direnung kecil besar saja. Sengaja la tu lari topik!

Baru saja Evelyn berura-ura mahu menelefon Armell, di saat itu juga telefon bimbit Hayy Mikael yang berada di dalam poket berdering minta diangkat. Laju tangan kiri bergerak menyelup poket seluarnya. Sebaik saja melihat nama Armell yang tertera diskrin telefon, segera signal kiri diberi untuk hentikan kereta ke tepi jalan. Brek tangan diangkat.

"Hello, Mell! You dekat mana sekarang?" Tak menyempat nak beri salam, terus soalan itu yang terpacul keluar dari mulutnya. Namun, bila mendengar suara garau yang sedang tertawa di talian, serta-merta membuatkan dia terkedu.

"Hayy Mikael..."

Mendengar suara yang sudah tidak asing lagi baginya itu, disaat itu juga jantungnya berdetak laju. Rykal!

"Kau buat apa dekat Mell? Mana Mell?!" soal Hayy Mikael terus dengan suara bergetar menahan amarah yang tidak dapat lagi dibendung. Dia pasti ada sesuatu perkara buruk yang berlaku kepada gadis itu.

Suara yang disana tertawa lagi. "Mell? She's with me right now, Hayy. She cried and begged me to let her go. But I won't. Is that cruel? Am I?"

"Sehelai rambut dia gugur, aku bunuh kau Rykal!"

"Well, aku dah rasa pun dia and she tastes so sweet! I feel sorry for you, Hayy. Armell dah jadi sisa aku."

Hayy Mikael tergamam. Gegendang telinganya menangkap sayup-sayup suara tangisan seorang perempuan di talian. Badannya menggigil terkejut. Jantung bagaikan berhenti berdegup. Terasa hancur luluh hatinya.

"Best man win bro," ucap Rykal dan talian terus terputus.

Evelyn yang sedari tadi menunggu hanya terus menerus merenung ke arah Hayy Mikael. Mata lelaki itu kelihatan berkaca.

Hayy Mikael menghentak stereng kereta. Hatinya mulai mendidih marah. Dadanya berombak kencang. Dikepalnya jari menahan rasa.

"MELL! Lewatnya kau balik. Kau pergi mana ni, kau keluar dengan siapa?" soal Bella cemas sebaik sahaja wajah Armell tersembul di muka pintu. Wajah sahabatnya tampak begitu lesu dan tidak bermaya.

Armell kerling jam dipergelangan tangan. Jarum jam hampir menunjukkan pukul dua belas malam. Tanpa memberi sebarang jawapan, dia melangkah masuk ke dalam tanpa menghiraukan Bella. Setiap langkah yang diatur begitu berhati-hati. Sakit masih terasa. Air mata sudah habis dia bazirkan.
Perasaannya kosong.

Daun pintu ditutup. Bella membototi langkah Armell hingga ke dalam bilik. Armell duduk, dia juga duduk. Entah kenapa, dia lihat ada sesuatu kelainan pada sahabatnya itu. "Mell, kenapa dengan mata kau tu? Sembab. Kau menangis ke?"

Armell hanya diam. Membatukan diri sedari tadi. Sedikit pun dia tidak bersuara. Wajah Bella langsung tidak dipandang. Jijik rasanya ingin menatap wajah manusia bertopengkan syaitan itu.

"Mell,"

Senyap lagi.

"Mell..."

Suasana sunyi dan hening sekali.

Bella menarik nafas panjang. Dia tahu dan sedar dimana silanya. "Mell, aku minta maaf. Aku tak fikir panjang pun masa tu. Yang aku tahu hanyalah ingin tengok kau teguk benda haram tu. Ubat tidur dalam air tu, bukan aku yang letak Mell. Itu memang kerja Rykal. Aku cuma paksa kau minum arak, itu aje. I'm sorry, Mell... Aku tak sepatutnya buat macam tu dekat kau."

Perlahan-lahan Armell toleh ke sebelah memandang wajah Bella yang jelas tampak bersalah itu. Bella seolah-olah tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepadanya.

"Aku bukan Armell yang dulu lagi, Bella." putus Armell. Nada suaranya kosong dan tidak berperasaan.

Bella kerut dahi. "Apa maksud kau?"

Armell diam. Soalan Bella dibiarkan tidak berjawab.

"Mell, cerita dekat aku apa masalah kau? Kau satu-satunya sahabat aku. Tolong, Mell. Kalau kau nak menangis, kau ada aku. Kau menangis sepuas-puasnya kat sini." ujar Bella sambil menepuk bahu kanannya.

"Janji kau maafkan aku." tambahnya lagi.

Mendengarkan itu, serta-merta air mata yang ditahan sejak tadi mengalir laju membasahi pipi. Armell menangis lagi. Mulut ditekup menahan esakan. "Aku dah kotor, Bella..." tuturnya perlahan berserta esakan. Suaranya mendayu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa malunya untuk dia mengungkapkan kata-kata itu kepada diri sendiri.

"Mell, kau main-main je kan? Kau sengaja nak kenakan aku sebab kau nak aku rasa lebih bersalah, kan?" bahu sahabatnya ditolak-tolak.

Dalam esakan Armell menggeleng laju. Tangan segera naik mengelap air mata yang meluncur laju namun tindakannya hanya sia-sia kerana air matanya tidak mahu berhenti dari terus mengalir.

"Rykal..." sebaris nama itu diseru perlahan. Antara dengar atau tidak dengar. Sumpah, dia rasa jijik dengan sebaris nama yang baru saja meluncur keluar dari mulutnya itu.

"Rykal?" Bella terkedu. Selang beberapa saat, mata Bella membulat besar. "Rykal?! Dia ke, Mell?!"

Armell mengangguk dengan esakan yang masih kedengaran. Dari tangisan kecil, kini tangisannya mula kuat.

"Ya Allah sumpah, Mell! Aku tak pernah pun bersubahat dengan dia untuk buat kau macam ni! Kau fikir aku sanggup ke buat sahabat aku sendiri macam ni? Rykal! Rykal tu dah gila agaknya!" kali ini giliran Bella yang menyinga. Terbakar rasa hatinya bila terkenangkan perbuatan terkutuk Rykal terhadap sahabatnya itu. Rykal memang dah melampau!

"Apa dosa aku pada dia, Bella?! Kenapa dia sanggup rosakkan aku! Aku benci dia, aku benci kau Rykal! Aku benci kau!!!" Armell meraung. Bantal yang berada diatas katil dicengkam dan dibaling sekuat hati ke arah meja solek.

Masih terbayang lagi sentuhan dan belaian Rykal pada tubuhnya. Tangisan dia ketika itu langsung tidak memberi kesan kepada Rykal malah makin seronok lelaki itu memperlakukannya sebegitu rupa. Langsung tak beri peluang untuk dia membela maruah diri sebagai seorang perempuan. Dirinya terasa begitu jijik dan kotor.

"Mell, Mell, shhh..." tubuh Armell yang meronta-ronta itu dipeluk kemas. Bergenang air mata Bella melihat sahabatnya begitu. Sebak mengenangkan diri Armell yang sudah tidak berharga lagi itu.

Armell melepaskan tangisan didalam pelukan sahabatnya. Air mata dibiarkan mengalir tanpa henti. "Aku dah rosak, Bella..."

"Shhh... aku call Hayy, suruh dia datang sini tengok kau eh?"

Mendengarkan itu, pantas Armell angkat kepala dan menggeleng laju. "No! No... Aku tak nak, aku malu dengan dia."

"Tak boleh lah macam tu, Mell. Kau perlukan dia. Kau juga cakap, dia bukan 'jantan tak guna' macam yang aku cakap tu kan? Aku percaya kau, Hayy seorang lelaki yang baik."

"Kalau dia tak boleh terima diri aku, macam mana? Macam mana kalau dia bencikan aku? Aku tak nak hilang Hayy, Bella." tuturnya sayu. Air mata mengalir makin laju. Dia takut jika lelaki itu menjauhkan diri dek kerana dirinya yang sudah tidak suci lagi itu.

Bella menggeleng laju. Tangannya naik mengenggam bahu Armell. Mata sahabatnya direnung dalam.

"Listen here, Mell. Kau takkan hilang Hayy. Aku tahu kau sayangkan dia. Dan percayalah kata-kata aku, yang dia lebih sayangkan kau lebih daripada kau sayangkan dia. Percaya aku, Mell. Esok, aku call dia, datang sini. Temankan kau. Okay?"

Armell menangis. Tangisannya sepi sahaja. Air mata berjurai dipipi dan dia menangis semahunya.


Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya