Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 9

TERSENGGUK-SENGGUK Armell menanti di sofa berwarna kelabu itu. Jam yang melilit di tangan ditilik sekejap. Baru pukul 10:05 minit pagi. Sudah hampir 2 jam dia menunggu rakannya di Coffee House ini. Kata pekerja yang bertugas, Hans akan kembali pukul 10:30 nanti.

Aduh... Kau pergi mana ni Hans?

"Cik Iman, coffee? Nampak macam dah mengantuk tu." tegur Irsyad, salah seorang pekerja di Hans Coffee House itu.

Sememangnya pekerja di situ lebih selesa memanggil Armell dengan panggil Iman. Armell pun tidak kisah. Itu pun nama dia juga.

"No, thanks. Er... Hans lambat lagi ke?"

Irsyad jengukkan kepala memandang ke arah luar. Mencari kelihat Hans, namun tubuh lelaki itu masih tidak kunjung tiba.

"Wait for a minutes, saya rasa nanti dia sampai lah tu kut." tuturnya sambil tersenyum nipis.

"Oh okay," Armell bersandar lemah. Mujur saja harini dia tidak ada kuliah. Kalau tidak, tak ada maknanya dia nak jadi patung cendana kat sini berjam-jam. Buang masa.

"Mell?"

Segera Armell angkat muka. Nampak saja wajah Hans Raffael yang tersembul dihadapannya, terus dia berdiri tegak bertentangan dengan lelaki itu.

"Hans... Kau tau tak dah 2 jam aku tunggu kau kat sini. Kau pergi mana?"

"Kau tak cakap pun nak datang. Nak minum Latte buatan Mr. Hans eh?" Hans berseloroh.

"Bukan lah. Aku ada benda nak bincang dengan kau jap." ujar Armell dan tanpa banyak berkata-kata, terus lengan lelaki itu diheret ke salah satu meja yang sedikit tersorok.

"Personal sangat ni sampai bawah aku jauh dari orang. Kau nak bincang apa?"

"Boleh tolong aku tak?"

Hans jongkit sebelah kening.

"Tolong apa?"

Armell dekatkan wajah ke telinga Hans. Memang sangat personal sampai perlu berbisik. Kalau bercakap seperti biasa pun macam lah ada orang dengar. Tapi itu lah, kena berbisik juga. Sekurang-kurangnya pembaca pun tak boleh dengar kan? Dengar tak? Tak kan.

"What?! Jadi b..."

"Shhh! Diam lah!" tidak semena-mena peha lelaki itu ditepuk kuat.

"Tapi kenapa, Mell?!" soal Hans dengan intonasi suara yang sedikit kuat. Riak tidak puas hati jelas terpancar diwajahnya. Kenapa dia perlu terlibat sama?

"Aku upah kau. Nak ke tak?"

Lelaki itu garu kepala. Belum sempat dia mahu cakap apa-apa, Armell sudah laju memotong.

"See you, petang ni tau? Kau tak datang siap kau." selesai menuturkan kata-kata, Armell terus menyusun langkah keluar dari situ. Satu senyuman terukir diwajahnya.

PETANG itu seperti yang dirancang, Armell dan Hans bertemu di Lake Aura Vale iaitu port dia selalu tenangkan diri di sini.

"Mell, kau memang gila, tau tak?"

Armell mengeluh. Ini sudah masuk kali ke dua puluh empat Hans cakap dia gila. Kesah hape?

"Memang aku gila pun. Kau tau tak aku rimas dengan dia. Mana-mana aku ada, mesti dia pun ada. Kadang-kadang aku rasa macam aku ni kena stalk. Mana boleh macam tu." rungut Armell.

"Payah lah jadi kau ni, orang nak tu terima aje lah. Ini acah demand lebih nak laki mat salleh konon. Macam lah diorang nak sangat dekat engkau!"

"Hey boleh diam tak? Bingit lah!"

Armell menjeling tajam. Matanya masih meliar mencari kelibat Hayy Mikael. Lelaki itu selalu datang ke sini. Jadi dia yakin yang Hayy Mikael akan datang juga nanti.

"Macam mana aku tak bising kalau aku pun terlibat sama dengan masalah kau. Dalam banyak-banyak lelaki, kenapa aku jugak yang kau pilih?"

Armell menarik nafas panjang. Bahu Hans ditepuk berkali-kali seraya tersenyum lebar.

"Sebab kau ada rupa. Mana tau nanti lelaki yang selalu kacau aku tu tergugat bila tengok muka kau. Biar dia tak ganggu aku lagi nanti. Haha."

Hans mengeluh lemah. Matanya juga meliar mencari lelaki yang dimaksudkan oleh Armell. Memang lah dia tak kenal lelaki itu, tapi mungkin dari jauh dia boleh cam muka lelaki yang selalu ganggu Mell tu. Mana lah tau kut atas dahi lelaki itu ada tertulis 'SAYA PENGGANGGU MELL' ke? Mana nak tahu kan...

"Hans, Hans, Hans! Tu... tu!" Armell muncungkan bibir ke arah Hayy Mikael yang berada tidak jauh darinya. Nampaknya Hayy Mikael tidak sedar akan kewujudan Armell dan Hans disitu.

"Mell !!! Itu..." bicara Hans tersekat tatkala Armell terus saja menarik lengannya berjalan menuju ke arah Hayy Mikael.

"Be gentleman, Hans. Acah kau ni gagah sikit pada dia. Okay?" sempat Armell berbisik ditelinga lelaki itu.

"Hi, Hayy." tegur Armell sambil tersenyum lebar. Lengan Hans sudah berada di dalam pelukannya.

Jari-jemari Hayy Mikael yang sedang menari di atas skrin iPhone terhenti seketika. Matanya tersorot pada dua tangan yang sedang bertaut mesra. Selepas itu matanya dialihkan ke arah lelaki yang rasanya sudah tidak asing baginya dan seterusnya wajah Armell.

"Hi," balasnya ringkas.

"Ehem." Hans berdeham kuat. "Aku dengar, kau selalu ganggu awek aku. Betul ke?"

Armell yang berada disebelah sudah tersenyum herot.

Hayy Mikael mengerutkan dahi.  "Hans,"

Mendengar nama itu diseru oleh Hayy Mikael, serta-merta mata Armell membulat.

"You kenal Hans?!" terkejut.

Hayy Mikael mengangguk selamba.

"Adik I kut, takkan lah I tak kenal."

Oh. My. God...
Adik Hayy? Gila! Kenapa aku tak pernah tahu yang Hans tu adik Hayy?

Kalau aku buat-buat pengsan kat sini rasanya boleh tak? Lepas tu bila aku sedar semula, aku nak lupakan semua rancangan bodoh aku ni. Argh! Malunya!

"Hey, bro. Girlfriend kau ke ni? Kenapa tak pernah bagi tau abang?" soal Hayy Mikael seraya menolak sedikit bahu Hans sambil tergelak kecil.

"No, no. Tadi tu helah semata-mata. Abang tanya budak ni. Dia yang rancang semuanya." tanpa berselindung, Hans tunding jari pada Armell.

Hayy Mikael alih pandangan ke arah Armell. Wajah gadis itu masam mencuka. Dia tersenyum melihat riak wajah gadis itu yang jelas tidak gembira apabila apa yang dirancang musnah sekelip mata. Itu lah, agaknya Armell buat kerja tak pakai otak kut.

Dia tahu, Armell memang betul-betul tidak sukakan kehadirannya dan sedaya-upaya mencari jalan supaya dia tidak menganggu gadis itu lagi sehingga sanggup mengupah orang.

"You memang betul-betul rimas dengan I ke, Mell?"

Armell diam tak berjawab.

"Bang, Hans balik ke CH." Hans meminta izin. Sebaik sahaja Hayy Mikael mengangguk, dia terus beredar dari situ.

Wajah Armell direnung lama. "Mell..."

"Hayy I tak tahu apa cara lagi supaya you tak ganggu I. Boleh tak tanpa paksaan, you berhenti ganggu hidup I?" Armell memberanikan diri bertentang mata dengan lelaki itu.

Hayy Mikael diam tak bersuara. Matanya masih tidak lari dari menatap wajah comel gadis itu.

"Hayy, stop staring at me like that." tegas Armell.

Hayy Mikael sedikit tersentak. Selepas itu dia tersenyum menampakkan kedua-dua lesung pipit di kiri dan kanan wajahnya.

"I bagi you masa lima minit  untuk fikir rancangan baru supaya I jauh dari you." cadangnya tiba-tiba.

Armell sepetkan mata.

"5 minit, Mell. Don't waste your time sebab 5 minit tu dah luak tinggal 4 minit 45 saat saja lagi." Hayy Mikael tarik senyum sinis.

#Do comment anything if you wanna read the next chapter
#Semoga terhibur


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya