Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 24

Untuk mencintai tidak ada apa-apa. Untuk dicintai adalah sesuatu. Tetapi untuk mencintai dan disayangi, itulah segala-galanya.

"MELL," panggil Hayy Mikael perlahan. Suaranya kedengaran garau dan sedikit serak basah. Armell duduk dibirai katil membelakangkan dirinya yang turut duduk dibirai katil. Belakang badan gadis itu direnung sayu.

Pagi tadi sebaik sahaja melihat nombor Armell yang tertera diskrin telefonnya, laju saja diangkat. Bella yang suruh dia datang untuk tengok-tengokkan Armell. Itu yang dia bergegas ke sini. Masuk sahaja ke dalam bilik, gadis itu memang sudah duduk dibirai katil seperti itu. Tak berganjak walau sedikit pun. Wajah Armell pun dia tak berpeluang untuk lihat.

"Mell, you dah tak sudi nak pandang muka I ke?"

Mendengarkan itu, Armell kemam bibir. Mata dikelip beberapa kali menahan air mata dari gugur lagi. Dia tidak mahu menangis dihadapan lelaki itu. Kalau boleh, dia tak mahu langsung berjumpa dengan Hayy Mikael. Perasaan malu itu hanya Tuhan saja yang tahu.

"You tau tak, semalam lama sangat I tunggu you. I rindukan you, I nak tahu sangat kenapa you bencikan I. I yang rancang dinner malam semalam. Tapi bila Evelyn call, cakap you tak sampai-sampai lagi, I jadi pelik. I call you tak angkat. I cari you merata-rata tempat, Mell. Masa tu dalam kepala I hanya, you, you, you."

Armell hanya diam mendengar bicara Hayy Mikael yang agak menyayatkan hatinya itu. Lelaki itu bersusah payah mencarinya.

"You tau tak, semalam I orderkan makanan kegemaran you. Fish and Chips. I tak pasti samaada itu makanan yang you suka ataupun tak, tapi yang I tahu, itu lah makanan yang kita makan sama-sama semasa pertemuan dua puluh empat jam yang you rancang tu. Tapi semalam you tak muncul-muncul. I fikir you dah muak tengok muka I. Betul ke, Mell?"

Armell tidak mengangguk dan tidak menggeleng. Sebaliknya dia hanya membatukan diri dan menunduk. Siapa tahu yang sebenarnya dia sedang berusaha menahan tangisan yang bila-bila masa saja akan terlepas.

"Pandang sini Mell, tengok I." panggil lelaki itu lagi.

Tak semena-mena, tangisan tercetus dari bibir Armell. Akhirnya setitis air mata tumpah jua dari tubir mata. Dia ternyata lemah apabila bersama dengan lelaki ini. Sebelah tangannya menekup mulut dan sebelah lagi menongkat di atas tilam. Air mata berjurai mengalir di pipi tanpa suara.

Selang beberapa saat, terasa ada seseorang yang sedang berdiri berhampiran dengannya lalu duduk bersebelahan dengannya. Perlahan-lahan Armell angkat wajah berpaling ke sebelah.

Wajah polos Armell yang sedang menangis itu dipandang redup. Satu senyuman terukir diwajah Hayy Mikael. Namun senyuman itu bukanlah senyuman yang biasa Armell lihat. Senyuman lelaki ini tampak lain. Dia yakin bahawa Hayy Mikael juga kecewa atas apa yang berlaku.

"You tak bencikan I kan, sayang?" suara lelaki itu kedengaran sedikit bergetar dek menahan sebak di dada.

Armell memejam mata serapat mungkin. Membiarkan air mata meluncur laju. Seraya itu, dia menggeleng perlahan serta esakan yang semakin kedengaran. "I takut hilang you. I takut Rykal apa-apakan you."

Hayy Mikael tergamam. Jadi, Armell menjauhkan diri darinya hanya kerana bimbang akan keselamatan dirinya?

"You buat macam tu sebab you nak selamatkan I?"

Armell mengangguk perlahan.

Hayy Mikael meraup wajah. Rasa bersalah tiba-tiba membelengu diri. Kerana dia, kesucian gadis itu tergadai.

"Mell, come." perlahan-lahan tubuh Armell ditarik ke dalam pelukannya.

Dia tahu bahawa perbuatannya ini salah. Namun, dia jadi tidak kuat bila melihat orang yang dia sayang menangis sebegitu rupa. Armell perlukan dia. Rambut gadis itu dikucup lembut. Mengalir juga air mata jantannya kerana gagal melindungi orang yang paling dia cintai.

Armell melepaskan tangisan didada bidang milik Hayy Mikael. Air mata bagaikan tidak mengerti untuk berhenti. Puas gadis itu menangis.

Hayy Mikael mengusap rambut Armell perlahan. Lelaki itu hanya diam. Gadis itu menarik nafas panjang. Sendu kedengaran lagi. Selang beberapa minit, dada lelaki itu ditolak perlahan. Air mata yang bersisa dipipi Armell, Hayy Mikael sapu menggunakan ibu jari.

"You tak patut cari I lagi. I dah kotor, Hayy. Jijik sangat untuk lelaki yang sempurna macam you."

Laju Hayy Mikael menggeleng. Segera kedua-dua tangan Armell ditarik ke dalam genggamannya. Digenggam kemas seperti tidak mahu lepas.

"No, Mell. You lupa ke yang you pernah tanya I macam mana penerimaan I kalau jodoh I ditakdirkan dengan perempuan yang tidak suci? I terima dia seadanya. I terima you, Mell."

Armell diam sahaja. Air mata tetap bergenang dikelopak mata. Perlahan-lahan tangannya yang berada dalam genggaman lelaki itu ditarik lembut. Armell membuang pandang ke arah dinding.

"You terima I, tapi I takkan terima you."

"But why? You love me, right?"

"Untuk terima you dalam hidup I, itu kesilapan paling besar I akan buat kerana perempuan kotor macam I langsung tak layak untuk menerima lelaki sebaik you."

"I don't even care, I dah janji dengan seseorang yang I akan kahwin dengan you. I nak buktikan pada dia, yang I boleh tunaikan impian dia. I tak kisah kalau you tak nak terima I, tapi I tetap nak jadikan you isteri I yang sah."

Segera Armell toleh memandang Hayy Mikael. "Janji? You janji dengan siapa?"

"Itu semua tak penting, Mell. Yang penting I tetap nak kahwin dengan you."

"Tapi kenapa Hayy? Kenapa you nak sangat kahwin dengan I? Apa yang lebih pada diri I? I dah kotor Hayy."

Hayy Mikael menarik nafas panjang. Wajah Armell direnung lama. Mata mereka bertentangan.

"Sebab I cintakan you. Dunia, akhirat."

Armell mula menyeka air matanya. Tidak perlu lelaki itu mengulang perkataan itu berkali-kali pun dia sudah sedia maklum tentang itu. Cara layanan Hayy, cara renungan Hayy, sedikit sebanyak telah meragut sekeping hatinya. Berada dengan lelaki itu buat dia rasa sentiasa selamat.

"Kita nikah Mell?"

Armell terkaku untuk seketika cuma. Dan selepas itu satu senyuman terukir dibibirnya. Dia cuba tersenyum menenangkan perasaan sendiri. Kemudian Armell mengangguk perlahan-lahan. Bila melihat senyuman terukir di bibir Armell walaupun dalam keadaan terpaksa, Hayy Mikael turut tersenyum.


Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya