Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 42

SYARAH duduk dimeja bersembang dengan staf pejabat sementara menunggu kepulangan Armell. Sedang dia bergelak tawa, matanya menangkap susuk tubuh Armell yang baru sahaja masuk dan sewaktu gadis itu melintasinya, terus dia menyapa. "Hai boss, sekejapnya lunch?"

Armell berhenti melangkah. Rambut panjangnya yang hampir menutupi mata itu diselit ke belakang telinga menggunakan hujung jari. "Tak lunch pun."

Syarah terkedu. Dan sesaat lepas itu dia mengangguk sambil tersenyum penuh makna. "Ooo... Awak diet ya?"

"Bukan lah!"

Syarah buat gaya seperti sedang berfikir. Tangannya naik menggosok pipi sendiri. "Habis tu?"

"Entah lah mamat dari planet mana tah datang hancurkan mood saya." Kedengaran gadis itu mengeluh.

Syarah tertawa lucu. "Hancurkan mood awak? Kenapa, dia bercakap bahasa alien eh?" Seloroh Syarah sambil terkekek-kekek ketawa.

"I'm serious. Syarah, masuk bilik sekarang."

Syarah terdiam. Ok, sekarang dia jadi gerun bila tengok wajah serius Armell. Lagi-lagi bila mendengar arahan yang terakhir itu. Telan liur dibuatnya. Kepala ditoleh pandang ke arah Nisa, selaku staf dipejabat itu.

"Kenapa tu?" Soal Nisa perlahan.

"Mana lah aku tau!"

"Sebelum tu, tolong masuk bilik awak, bagi saya business card Hayy Mikael." Satu lagi arahan meluncur keluar dari mulut Armell. Kedengaran agak tegas.

Syarah garu dahi yang tiba-tiba gatal. Hah? Hayy Mikael? Siapa tu?

"Now, Syarah!" Jeritan lantang Armell itu buatkan dia dan juga beberapa orang staf disitu terhinjut bahu. Segera Syarah berlari masuk ke dalam biliknya.

Mati akal dia dek memikirkan permintaan Armell. Habis semua diselongkar, akhirnya terjumpa juga kad yang dimaksudkan Armell. Baru dia ingat, rupanya Hayy Mikael yang dimaksudkan Armell itu adalah lelaki yang mereka pernah jumpa di Shopping Complex pada tempoh hari. Tapi kenapa?

Tok tok tok.
Daun pintu ditolak. Perlahan-lahan kakinya melangkah masuk.

"Iman, nah." Kad yang sedikit renyuk itu dihulur. Renyuk gara-gara dia lah. Teruja sangatlah katakan!

Armell kerling pada kad yang dihulur. "Hayy Mikael?"

Syarah mengangguk perlahan. Entah betul atau tidak. Tapi nama itulah yang tertera kat atas kad tu.

Kad perniagaan itu bertukar tangan.

-Mike Corporation SdnBhd
We are #1 in customer service
Hayy Mikael bin Rasul Iman
011*******
Mikemikael@aeromail.com

"Ni kan lelaki yang awak cakap hensem dekat mall haritu ya?"

Syarah mengangguk laju. Teruja sungguh dia. Bila ingat balik detik-detik indah itu, buat dia angau! Wajah kacak Hayy sentiasa bermain diruang mindanya.

Melihat senyuman ceria Syarah, Armell tarik senyum senget. "For your information, he is my ex fiance. Awak nak dia, ambik lah."

Jatuh terus rahang Syarah tatkala mendengar pengakuan dari mulut Armell itu. Biar kebenaran?

"What?!" Membutang matanya.

Armell tidak menjawab sebaliknya hanya mengangguk selamba. Dia tahu, Syarah pasti terkejut punya lah.

Syarah terduduk lemah di atas kerusi. Dia masih lagi dalam fasa terperanjat. "Pasal apa lelaki yang awak dapat semua hot-hot belaka??? Dimana keadilan? Saya pun nak juga!"

Mendengarkan itu, tidak semena ia menggeletek hati seorang Armell. Drama je lebih minah ni. "Hei apa yang hotnya? Awak nak dia tu ambik aje lah. Bukan saya punya pun."

Syarah mencebik sedih. Lelaki manalah yang berkenan dengan dia ni? Umur dah nak masuk 26 tapi masih tak laku lagi. Sadisnya! Air mata olok-olok disapu perlahan. Sedih mengenangkan nasib sendiri. Nasib kau lah Syarah oi!

"Awak boleh keluar."

"Eh habis tu, kad tu?"

"Saya nak guna."

"Guna? For?"

"None of your business."

Melihat wajah bimbang Syarah, Armell mengeluh perlahan. "Awak jangan risau, lepas ni awak dah boleh start kejar dia. Tapi tunggu saya selesaikan hal saya dengan dia dulu."

Syarah tersengih busuk. Barulah terasa lega hatinya. Usai meminta diri, dia terus melangkah keluar dari bilik Armell.

Armell bersandar dikerusi. Kad bisnes berwarna biru gelap itu direnung lama. Tiba-tiba wajah lelaki itu muncul diruangan matanya. Masih terbayang lagi pandangan redup lelaki itu terhadapnya sewaktu di restoran tadi.

Saya tak nak nanti Huzzair salah faham. Dan saya juga tak nak lukakan hati tunang saya.

Dapat dia lihat air muka lelaki itu yang berubah saat dia mengungkap kata-kata itu. Namun lelaki untuk sungguh handal menyembunyi rasa yakni sentiasa tersenyum walau apa jua keadaan sekalipun.

Armell raup wajah sambil menggeleng. Dia lemah. Dia lemah dengan panahan mata lelaki itu. Kenapa panahan mata itu sentiasa menggentarkan jiwanya sedangkan dia sangat bencikan lelaki itu?

Dia harus buat sesuatu. Sesuatu yang boleh membuang rasa cintanya terhadap Hayy Mikael. Kerana itu sangat tidak adil bagi Huzzair, tunangnya sendiri. Dia harus mencintai Huzzair sepenuh hati. Bukannya separuh bersama tunang tetapi separuh bersama lelaki lain. Dia tak akan cintakan dua lelaki dalam satu masa. Mustahil. Dan salah seorang harus mengundur diri.


Previous: Bab 41
Next: Bab 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya