Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 34

SEJAK tadi lagi Bella mengisytiharkan dirinya sebagai tugu penasihat. Dia tidak mampu berbuat apa-apa apabila melihat sahabatnya yang sedari tadi hanya diam tidak bersuara. Sesekali terdengar gadis itu menyedut air hidung menandakan sahabatnya itu sedang menangis. Beri nasihat pun Armell tak layan. Diam Armell kadang-kadang membuatkan dia jadi seram sejuk. Macam kena rasuk dengan jembalang tanah pun ada.

"Mell... kenapa ni? Cerita lah kat aku apa yang jadi between kau dengan Hayy," soal Bella prihatin. Kelmarin baru sahaja dia melihat Armell tersenyum bahagia sebaik menjadi tunang Hayy Mikael. Hari ini, Armell diam menangis dengan wajah tidak berperasaan seolah-olah kelmarin hanyalah sekadar satu mimpi.

"Mell," sudah 18 kali panggilannya tidak disahut Armell. Kali ke 19 kalau Armell tak layan dia juga, sumpah dia keluar terus dari appartmen ini. Mana nak tahu kut hantu raya berupa manusia yang berada dihadapannya ini. Bikin cuak aje!

"Aku tak kuat Bella..." akhirnya Armell bersuara juga. Sekaligus dengan esakan yang agak kuat. Air mata meluncur laju keluar dari tubir mata.

Mendengar tindak balas dari Armell, Bella menghela nafas lega. Nasib baik bukan hantu.

"What's wrong ni beb? Hayy buat apa dengan kau?"

Armell tekupkan muka pada kedua-dua belah lututnya. Sakit rasanya mahu mengutarakan status diri Hayy Mikael kepada Bella. Bayangkan bagaimana perasaanya bila mengetahui bahawa lelaki yang paling dicintai rupanya sudah beristeri. Menggigil seluruh tubuh. Ujian semasa bertunang yang sungguh berat untuk di harungi. Kisahnya yang sekarang ini tidak ubah seperti masa silamnya suatu ketika dahulu. Hayy Mikael dan juga Hadry sama sahaja.

Bella hanya mampu memerhati Armell yang sedang menangis teresak-esak. Dia faham jika gadis itu tidak bersedia untuk menceritakan masalahnya. Lantas belakang badan Armell digosok perlahan. Tidak tahu lagi cara memujuk. Punca Armell menangis pun dia tidak tahu kenapa.

Disaat Bella sedang memujuk, disaat itu juga pintu utama appartmen kedengaran diketuk. Lekas-lekas Bella bangun dan berjalan menuju ke arah pintu. Daun pintu dibuka. Bella terkedu seketika.

Hayy Mikael ukir senyum tawar. Mata diliarkan ke dalam mencari kelibat Armell.

"Mell ada?" soal Hayy Mikael yang masih tercegat di hadapan Bella sambil memasukkan tangan ke dalam poket hoodie yang dipakainya. Cuaca petang itu sungguh sejuk.

"Mell menangis tak henti-henti dari tadi. Did you do something bad to her?" risik Bella. Dia tahu lelaki ini takkan lakukan perkara buruk terhadap Armell, namun dia juga perlu berhati-hati dan perlu ada perasaan curiga.

Melihat cara renungan Bella yang terhadap dirinya, segera dia menggeleng laju. "No! I tak buat benda tu!"

Bella bercekak pinggang. Boleh percaya ke mamat ni?

"Let me in, please? I nak jumpa Armell," pintanya.

"Tak boleh! Cakap dulu you buat dengan kawan I. You rogol dia eh?" tanpa berselindung lagi, terpacul juga soalan bodoh dari mulut Bella.

Armell yang mendengar perbualan Hayy Mikael dan Bella pantas berpaling. Air mata yang mengalir tadi dilap menggunakan lengan baju yang dipakainya.

"Astaghfirullah Bella, apa yang you merepek ni? I ni masih ada iman lagi dan I berpegang kapada agama."

"Kau nak apa datang sini?" soal Armell dingin. Dia berdiri jauh sedikit dari Bella namun tubuh sasa Hayy yang berada di muka pintu cukup jelas untuk dilihat.

Bella berpaling ke arah Armell. Sedikit terkejut dengan bahasa gadis itu yang agak kasar. "Apa ni Mell? Tunang kau ni. Lupa ingatan ke?"

Armell tarik senyum sinis. Kenyataan itu sungguh lucu. Tunang?

"Ya, memang betul dia tunang aku. Tapi tunang yang berpangkat 'suami'. Aku tak boleh terima suami orang." balas Armell sinis seakan memerli. Perkataan suami sengaja ditekankan.

Membulat terus mata Bella saat mendengar kata-kata itu yang meluncur keluar dari mulut Armell. Ternganga dibuatnya. Wajah Hayy Mikael yang berada dihadapannya dipandang tidak percaya. Jelas riak terkejut yang terpamer diwajahnya. Jari telunjuk dihala ke arah Hayy kemudian ke dihala ke arah Armell dan seterusnya dihala semula ke arah lelaki itu. Sumpah dia terkejut.

"Mell please bagi I explain dulu dekat you. I boleh bawa you jumpa Eva. Eva akan ceritakan segala-galanya."

Perlahan-lahan Armell melangkah mendekati lelaki itu. Oleh kerana Hayy Mikael agak tinggi darinya, kepala di dongakkan sedikit bertentangan mata dengan lelaki itu.

"Explain what, Hayy? Kau nak aku dengar apa lagi? Nak cerita macam mana perkahwinan bahagia kau dengan Eva?"

"No! Perkahwinan I dengan dia bukan seperti yang you sangka. Itu sebab I nak you dengar penjelasan daripada Eva."

"Hayy listen here eh, kau ingat tak masa mula-mula aku cerita tentang Hadry pada kau dulu? Dan kau pun tahu aku memang pantang kalau penipu macam Hadry tu muncul dalam hidup aku. Dan siapa sangka Hayy Mikael yang aku anggap lelaki yang paling boleh dipercayai ni rupa-rupanya penipu besar. Langsung tak ubah macam 'bekas' tunang aku. Dan kau pun selayaknya menerima gelaran 'bekas' tu sama macam 'bekas' aku yang dulu!"

"Mell jangan samakan I dengan Hadry. I, I. Hadry, Hadry. You tak boleh buang I sampai macam ni sekali. Mell I sayangkan you, I cintakan you. Tak ada sekelumit sikit pun niat I untuk mempermainkan you."

"Kau tetap seorang penipu Hayy. Kau tipu aku. Kalau kau tak tipu aku, semua takkan jadi macam ni."

"Mell, cuba bayangkan kalau I jujur masa kita pertama kali berjumpa? Takkan lah I nak bagitahu, 'Hai, saya dah kahwin. Dah ada isteri. Tapi saya sukakan awak,' macam tu? Memang sah-sah lah I kena tolak mentah-mentah."

Armell renung wajah Hayy Mikael. Dalam keadaan genting begini pun lelaki ini masih sempat nak melawak dengannya?

"I'm serious Hayy. Kalau kau ada isteri, buat cara ada isteri. Pergi balik lah!" tubuh sasa Hayy Mikael sedaya-upaya ditolak kuat. Namun lelaki itu hanya berundur satu langkah kebelakang.

"Jom, balik dengan I, jumpa Eva." pantas pergelangan tangan Armell digenggam.

"Jangan sentuh aku!" tengking Armell dan cuba meronta.

Bella yang melihat tidak terdaya untuk berbuat apa-apa. Dia masih lagi dalam fasa terkejut. Hayy Mikael dah kahwin? Wow!

"Kalau I tak paksa, you takkan dengar." selamba Hayy Mikael menutur bicara.

"Sebelum aku call guard dekat bawah, baik kau lepaskan tangan aku." Spontan tangannya dilepaskan. Kaki lekas-lekas mengundur menjauhi dari Hayy Mikael.

"Mell, I'm begging you. Tolong jangan hukum I macam ni. I perlukan you. You takkan tahu cerita sebenar selagi you tak tengok keadaan Eva." Rayu lelaki itu akhirnya.

"Kau fikir papa boleh terima ke kalau bakal menantu dia rupanya dah ada bapa mentua? Aku pun tak boleh terima lah semua ni. Dan aku nak kau pegang satu ayat ni dan simpan dalam kepala kau sampai bila-bila. Mulai hari ini, aku akan berhenti untuk sayang dan cintakan kau. Penipuan kau buatkan aku menyesal dengan perkenalan kita. Kalau masa boleh diundur semula, aku tak nak langsung kenal dengan kau. You have wasted my time, Hayy Mikael."

Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Memang aku tak hendak, memang aku tak hingin! Sejurus itu, daun pintu terus ditutup rapat tanpa rasa ingin mendengar bicara lelaki itu buat kali terakhir. Dapat dia lihat mata lelaki itu yang sudah bergenang dengan air mata. Kerana tidak kuat melihat lelaki itu menangis, terus daun pintu ditutup kuat.

Armell terus melurut jatuh bersimpuh di atas lantai. Air matanya gugur sekali lagi. Dia hilang Hayy Mikael. Dia takkan berjumpa dengan lelaki itu lagi. Tiada lagi senyuman kacak dan mendengar suara garau itu mengusik. Dada yang terasa perit disentuh perlahan. Sedih. Marah. Kecewa. Perasaan itu bergabung membuatkan hadirnya rasa benci di dalam dirinya terhadap lelaki itu.


Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya