Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 41

ARMELL tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada mesyuarat. Dirinya memang sedang berada disitu namun fikirannya jauh melayang ke lain. Entah kenapa hatinya gelisah.

Sebaik sahaja mesyuarat itu tamat, Armell bergegas keluar. Kakinya laju melangkah menuju ke pantri untuk meneguk seteguk dua air kosong. Jam yang melilit dipergelangan tangan dikerling sekilas. Lantas dia melangkah mendapatkan setiausahanya.

"Syarah, saya nak minta tolong sikit ni, boleh?" Pinta Armell sambil menjengukkan kepalanya ke dalam bilik setiausahanya.

"Tolong apa?"

"Nanti kalau Huzzair ada call, cakap dekat dia yang saya ada client."

Syarah kerut dahi. "Aik, boss ada client eh harini?"

Armell pantas menggeleng. "Saya nak jumpa dengan adik dia."

"Encik Hans? Oh, okay Iman. Noted."

"Ah, satu lagi. Tolong call Encik Hans, cakap dekat dia saya nak jumpa dia di restoran biasa."

"Okay boss."

"Thanks." Sebaris senyuman diberikan. Tanpa membuang masa, Armell terus mengorak langkah menuju ke biliknya.

Dia nekad. Dia harus tahu apa yang sudah terjadi kepada Eva. Dia ingin tahu itu semua daripada Hans. Hans lah satu-satunya orang yang dia harapkan sekarang. Huzzair, dia tidak akan benarkan lelaki itu tahu tentang hubungannya bersama Hayy Mikael sebelum ini. Jadi semua perkara mengenai Hayy Mikael, dia harus simpan kemas-kemas tanpa pengetahuan Huzzair. Hanya Hans seorang sahaja yang mengetahui.

HANS meneguk air sirap limau sejuk yang dipesannya tadi. Terpejam matanya saat air sejuk itu bergerak melalui kerongkongnya. Nikmat di waktu tengah hari.

"So, ada apa kau tiba-tiba nak jumpa aku?" Soalnya terus sambil bersandar dikerusi.

"Hei, aku ni bakal kakak ipar kau tau, hormat aku sikit."

Hans sepetkan mata. Kepala digeleng-gelengkan perlahan sambil tersenyum. "Amboi kau... Mentang-mentang tak lama lagi dah nak kahwin, berlagak eh? Tunggu la kau jadi kakak ipar yang sebenar-benarnya dulu. Baru aku hormat."

Armell sekadar mencebik. Pandangan dilempar ke arah orang ramai yang sedang enak menjamu selera. Entah kenapa perutnya tidak terasa lapar pun ketika ini. Matanya bergerak kembali memandang wajah Hans.

"Hans."

"Hurm?"

Armell toleh kiri kanan. Wajahnya di dekatkan sedikit ke arah Hans yang duduk bertentangan dengannya.

"Aku nak tanya kau sikit, boleh?"

"Tanya pasal apa?"

"Hayy."

Mendengar sebaris nama itu, Hans lantas tegakkan badan. "Hayy?"

Armell mengangguk dalam debaran. Asal sebut nama Hayy Mikael aje, pasti jantungnya laju mengepam darah. Entah lah sebab apa, dia sendiri pun tak tahu. "Pasal arwah isteri dia."

Tidak semena mata Hans membulat besar. "Kau dah tau pasal Eva?"

"Yup. Huzzair pernah sebut pasal arwah isteri Hayy."

Hans mengangguk faham. Belakang badannya disatukan kembali pada kerusi. "So kau nak tanya apa ni?"

Armell menarik nafas panjang. "Eva meninggal sakit apa dan bila dia meninggal?"

Baru sahaja mulut Hans ingin berbicara, mereka disapa seseorang. Pantas kedua-duanya angkat wajah. Makin laju jantung Armell berdetak. Rasa macam nak pengsan pun ada bila tiba-tiba sahaja lelaki yang menjadi bualan mereka tadi muncul didepan matanya.

"Hei, hai?" Sapa Hayy Mikael sambil tersenyum lebar.

"Kau buat apa datang sini Hayy?" Soal Hans.

Terdengar lelaki itu ketawa kecil. "Lunch hour kan? Mesti lah nak makan. Boleh aku join sekali?"

Tidak hiraukan dengan riak wajah Armell yang seakan tidak suka akan kehadirannya, terus punggungnya dihenyak disebelah Hans. Kedua-dua belah tangan naik menongkat dahu.

"Mell, Huzzair mana?"

Armell tersentak. Laju matanya mencari suara garau yang menyentakkan dirinya tadi dan sekaligus dua pasang mata itu bertentangan. "Lunch hour biasanya kitaorang tak bersama." Balasnya dengan perasaan yang bercampur aduk. Geram ada, gementar ada, menyampah pun ada! Tapi kenapa dia nak menyampah pula?

"Oh." Hayy Mikael hanya sekadar mengangguk. Geram pula bila tengok muka Hayy Mikael yang cukup bersahaja itu. Muka selamba habis!

"Projek di Terengganu tu dah siap dah?" Soal Hans sekadar berbasa-basi.

"Nope. Baru 40%. Next week aku akan ke sana dua hari."

"Sorang?"

"Tak lah. Dengan Hafiz lah."

"Oh. Kiranya duduk hotel lah?"

"Eeh kau ni, rumah Mak Lang dengan Pak Lang kan dekat sana. Bermalam dekat rumah sana je lah."

Hans garu kepala sambil tersengih busuk. Lupa pula dia.

Armell yang sedari tidak bersuara hanya memasang telinga mendengar perbualan dua beradik itu. Apa kejadahnya sembang pasal kerja dekat sini? Macam lah tak duduk sebumbung.

Dalam hati dia dah sumpah seranah dekat Hans. Abang dia muncul je, sengaja nak bincang soal kerja bagai. Buat macam Armell tunggul kayu aje dekat situ. Tak betah berlama-lama disitu, dia terus mengambil keputusan untuk meminta diri.

"Ehem, excuse me. Got to go, enjoy your lunch." Armell lempar senyum nipis. Baru sahaja dia berura-ura mahu pergi dari situ, Hayy Mikael lebih pantas memanggilnya. Terbantut niat dia untuk bangun. Armell terduduk semula.

"Bagi I 5 minit untuk bersembang dengan you." Pinta lelaki itu.

"Sembang? Sorry saya banyak kerja lagi dekat office," sekali lagi pergerakannya untuk bangkit dari kerusi terbantut tatkala terasa ada tangan yang menarik pergelangan tangannya.

"Jangan sentuh saya!" Pantas tangannya ditarik.

Hayy Mikael seakan baru tersedar dengan tindakan drastiknya itu. "I minta maaf, tak sengaja."

Armell menjeling tajam. Makin tak selesa dia dengan sikap lelaki ini.

"Sorry. I takde niat nak tarik tangan you tadi. Maaf, I betul-betul tak sengaja."

Armell menarik nafas panjang. Wajah bersalah lelaki itu direnung tajam. "Satu lagi ya, stop bahasakan diri awak 'I you' dengan saya. Saya tak nak nanti Huzzair salah faham. Dan saya juga tak nak lukakan hati tunang saya."

"Oh, okay. Saya minta maaf." Hayy Mikael mengangguk faham. Lagi satu senyuman terukir diwajahnya.

"So, you want my five minutes tadikan, apa dia?" Armell peluk tubuh.

Hayy Mikael menelan liur. Wajah Armell dipandang lama. Ingin saja dia mengungkap kata rindu, namun dia tiada hak.

Hans yang berada disebelah tidak campur tangan. Hanya memerhati drama sebabak itu. Air sirap limau pun sudah habis diminum.

"Awak sihat?"

Armell tersenyum sinis. Sekadar ingin bertanya tentang itu? Kenapa? Nampak dia macam dah nak mati ke?

"Sihat." Ringkas.

"You look more mature than ever. Lebih cantik. Sesuai dengan Huzzair."

Armell hanya diam tanpa jawapan. Riak wajah selamba jelas terpancar diwajahnya tanda dia tidak terkesan langsung dengan pujian lelaki itu.

"Saya suka tengok a..."

"So that's all, right? Okay, I've to go now." Belumpun sempat Hayy Mikael menghabiskan ayatnya, Armell lebih laju memotong. Beg tangan dicapai. Lantas langkah diatur laju pergi dari situ.

Hayy Mikael hanya mampu menelan liur saat melihat tubuh Armell yang semakin menjauh itu.

Bahu terasa ditepuk lembut. "Bro, you have to work really hard." Bisik Hans ditelinganya.

Hayy Mikael ukir senyum lantas menggeleng. "Aku tak akan usik hak abang kita."

Hans terdiam.


Previous: Bab 40
Next: Bab 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya