Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 5

ARMELL berjalan bersendirian dipersisiran pantai. Awal-awal pagi tadi dia sudah keluar dan terus ke sini sementara Bella dirumah masih lagi sedang enak dibuai mimpi. Angin pagi bertiup lembut menyapa rambutnya yangmana hari ini dilepas dan tidak diikat.

Armell memerhati ombak yang datang dan pergi. Tenang jiwanya. Pasir lembut berwarna putih dikuis-kuis menggunakan kaki. Setelah sekian lama berjalan dan asyik termenung sambil berdiri, pasir pantai menjadi tempat duduknya. Kaki ditarik ke dada dan dipeluk.

"Assalamualaikum..." satu suara garau berbisik lembut ditelinganya. Pantas dia berpaling.

Hayy Mikael tersenyum nipis.

Gadis itu merengus perlahan. Entah kenapa rasa marah tiba-tiba saja menggigit hatinya.

"You nak apa? Memang betul lah you ikut I kan selamani?"

Hayy Mikael ketawa. Ketawanya mengundang perasaan halus dalam jiwa gadis itu. Ketawanya begitu menyenangkan.

"Boleh I duduk?" soal Hayy Mikael sekadar meminta izin.

"Pantai ni pun bukan I punya kan? Duduk lah." sindir Armell.

Mengenangkan kata-kata lelaki itu di perpustakaan pada tempoh hari buatkan dia rasa macam nak pijak-pijak saja muka Hayy Mikael yang langsung tak pernah nak serius ni!

"You sindir I ke, Mell?" soalnya yang sudah mengambil tempat disebelah Armell.

"You rasa tersindir ke?"

Lelaki itu tergelak lagi.

"Yang you gelak ni kenapa? Apa yang kelakar sangat? Soalan I pun you tak jawab lagi, Hayy."

Hayy Mikael menarik nafas panjang. Memandang ke arah laut dan kembali menatap wajah Armell.

"You marah?"

"I nak tau, kenapa you ikut I? Boleh tak you jawab soalan I ni dulu?"

"Pertemuan kita semuanya secara kebetulan. Bukan I yang ikut you."

"Tipu."

"Dah lama I tak nampak you pakai Bodycon Dress yang selalu you pakai setiap hari tu." kata Hayy Mikael tiba-tiba.

Armell mengerutkan dahi. Lelaki ini seolah-olah ingin mengubah topik perbualan mereka.

"You masih pergi lagi ke tempat-tempat yang macam tu?" tanyanya lagi.

"Kalau I pergi pun apa masalah you?" soal Armell sengaja mahu menduga lelaki itu.

"Mell, kan I dah cakap jangan jejak lagi tempat tu. Kenapa you degil sangat ni? You memang tak pernah nak serik kan?" marahnya. Bengang dengan tindakan gadis itu yang tidak pernah serik dengan apa yang sudah berlaku.

Pertama kali Armell melihat Hayy Mikael serius sebegini. Lelaki ini tidak pernah memarahinya sebelum ini dan kali ini, dia seperti bersungguh-sungguh ingin melarang gadis itu dari berbuat sesuatu yang memudaratkan diri sendiri.

"I memang dah tak pergi pun lah." balas Armell selamba.

Wajah Hayy Mikael yang tadinya berkerut kini bertukar tenang. Dia melepas nafas lega dan tersenyum senang.

"You sengaja nak kenakan I kan, Mell?"

"Iyalah, sebab you suka sangat membebel. Kalah orang gaji kat rumah I." seloroh Armell.

"Yeke?"

"Ye lah! Macam perempuan!"

Hayy Mikael ketawa. Tak dapat dinafikan bahawa melihat lelaki ini dengan jarak yang dekat lebih kacak berbanding melihat dari jauh. Itu kenyataan yang baru Armell sedar.

"Boleh I tau apa tujuan you pergi ke tempat-tempat yang macam tu?" soal Hayy Mikael.

"Lepaskan tension. Kalau I rimas, I ke sana. Tapi you jangan fikir I sentuh benda haram tu. Tidak sama sekali sebab I ke sana hanya untuk menari dibawah lampu warna-warni yang memancar sana-sini. Seronok!"

"Boleh tak you janji dengan I, yang you takkan jejak lagi tempat-tempat yang macam tu?"

Armell mengerutkan dahi. Darahnya tiba-tiba tersirap tatkala permintaan itu keluar dari mulut lelaki itu.

"Kenapa pulak I kena berjanji dengan you? You bukannya siapa-siapa pun dalam hidup I, jadi you tak ada hak. Ingat tu, Hayy." ujar Armell berbaur amaran.

Kata-kata Armell sedikitpun tidak menjejaskan perasaan lelaki itu. Wajahnya tiada reaksi dan dia terus memandang Armell dengan tenang.

"Sebab I ada tempat lagi best untuk bawak you lepaskan tension. Lagi best dari tempat bodoh yang you selalu pergi tu."

"Kat mana?" Armell dongak ke atas memandang Hayy Mikael yang sudah berdiri disebelahnya.

"Jom la." Hayy Mikael hulur tangan.

"I boleh bangun sendiri lah!" tapak tangan lelaki itu ditampar kuat.

Lelaki itu hanya tergelak sambil berjalan ke hadapan.

ARMELL memerhati batu besar yang berada di hadapannya. Selepas itu dia mengalih pandang ke arah Hayy Mikael yang sedang berdiri disebelahnya. Kedua-dua tapak tangan diangkat sedikit sebagai pertanyaan isyarat.

"You nampak tak batu besar tu?"

"Dah batu pun sebesar bukit, tak logik la kalau I cakap I tak nampak kan?"

"Kalau nampak, jom kita naik." kata
lelaki itu selamba.

"Hah?! Naik? You ni gila ke sewel, Hayy?"

Hayy Mikael tergelak kecil. Hatinya sedikit terusik tatkala melihat Armell yang sudah cuak wajahnya.

"Jangan la gelabah sangat, I kan ada." katanya lalu berjalan ke arah batu besar itu sedangkan Armell dibelakang masih lagi berdiri terpinga-pinga.

"Cepat lah sini!" jerit Hayy Mikael.

Armell menggeleng laju.

Dari jauh, kelihatan lelaki itu mengeluh kecil sambil merenung ke arah Armell. "You duduk lah situ sorang-sorang! Nanti kalau ada buaya gigit you, makan you, padan muka!"

Armell terkedu. Kat pantai pun ada buaya ke? Kut ya pun, nak sebut tu biarlah logik sikit. Cakaplah jaws ke, paus ke. Apo lah!

"You! Tunggu jap!"

Hayy Mikael tersenyum herot. Diperhatinya saja Armell yang sedang berlari ke arahnya.

"Takut?"

"Tak lah!"

"Tak payah takut, ni memang dah ada tempat untuk panjat ha, especially untuk you yang penakut ni. You tak pernah ke sini ke?"

"You ni kan..." bahu lelaki itu ditolak menjauh.

"Tak, I tak pernah datang pun. Kewujudan batu besar ni pun I tak pernah tau."

Mulut Hayy Mikael hanya berbentuk 'o'. Dan selepas itu dia senyum melebar.

"Jom, you ikut belakang I."

Hayy Mikael membawa gadis itu ke atas. Armell hanya terus melangkah mengekori dibelakangnya. Besi pemegang yang memang sudah tersedia ada dipegang kemas. Entah berapa lama mereka memanjat naik, tahu-tahu saja sudah berada dipuncak atas.

Batu besar yang mereka daki itu tidak lah terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Tapi buat siapa yang suka beraksi berani mati, cuba lah terjun. Paling kurang pun, patah leher saja.

"Cantik kan?"

Armell memerhati kawasan sekeliling. Sememangnya dia tidak pernah sampai ke tempat-tempat seperti ini. Setahunya, dunianya hanyalah berhibur dan membeli-belah saja.

"I tak nafikan, memang cantik."

"Pagi masih awal, jadi masih tiada orang yang datang ke sini. Selalu kalau I naik kat sini, paling kurang pun ada la jugak dalam 5 atau 6 orang. And now, hanya kita berdua."

"Sekarang boleh pulak you berdua dengan I kat atas ni. Bukan you jenis orang yang titik beratkan hal batasan ke?" sindir Armell dalam diam.

Hayy Mikael tertawa halus. Suaranya agak garau dan sedikit serak.

"Melainkan kalau you pakai pakaian yang biasa you pakai hari-hari tu. Bodycon Dress? Baru I tergugat." balasnya selamba.

"Ooo selamani you ikut I sebab tu lah ya? Sebab nafsu?"

"Eh, tak!" laju dia menafikan. "Tak, sumpah tak. Bukan sebab nafsu."

"Habis tu? Kenapa setiap kali I tanya pasal tu, you macam nak mengelak dari I?"

Hayy Mikael menarik nafas panjang. Dia berjalan ke arah besi penghadang dan melihat ke bawah. Melihat laut yang terbentang luas.

"Hayy, kenapa you susah sangat nak jawab soalan I?"

Hayy Mikael pandang ke sebelah. Wajah Armell ditatap lama.

"Bukan I dah cakap ke yang I sukakan you?"

"I tak rasa itu jawapannya."

"Then, stop asking."

Armell merengus perlahan. Geram dengan sikap bersahaja lelaki itu.

"I pernah nampak you bercakap dengan sorang perempuan. Siapa?"

"Yang mana?"

"Yang haritu la, yang you tuduh I skodeng you tu." Armell mengeluh perlahan.

"Memang betul pun kan?"

"Hayy, jawab soalan I please."

"Kenapa you nak tahu?"

"Salah ke kalau I nak tau? Sebab I nampak perempuan tu boleh tahan seksi jugak, cuma tak seteruk pemakaian I je. I admit it. Girlfriend you eh?"

"Evelyn." seru lelaki itu perlahan.

"Cantik nama," puji Armell.

"Secantik orangnya." balas lelaki itu pula.

"Girlfriend you?" soal Armell ingin tahu.

"Sejak bila you mula ambil tahu pasal I ni, Mell?"

Armell terkedu. Kenapa setiap kali bertanyakan soalan, lelaki ini sentiasa ingin mengelak darinya?

"Sejak you mula sentuh pasal maruah I."


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya