Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 36

3 tahun kemudian...

BUNYI deringan telefon bimbit membuatkan Armell sedikit tersentak. Mata yang tadinya sedang fokus ke arah skrin komputer kini di alih memandang skrin telefon bimbit. Melihat nama yang tertera, automatik senyuman terhias diwajahnya.

"Assalamualaikum, Huzzair."

"Waalaikumussalam, Iman. Awak free tak sekarang?"

Armell kerut dahi. Jam dipergelangan tangan ditilik.

"Waktu macam ni biasa lah, saya dekat office. Kenapa?"

"Ingat nak ajak awak lunch. Boleh?"

"Lunch dekat mana?"

"Mana-mana je. Tak pun restoran dekat dengan office awak tu. Pun boleh juga." cadang Huzzair ditalian.

Armell diam berfikir. Bagus juga. Nanti tak ada lah dia susah-susah nak bawa kereta. Jalan kaki 2 minit je, dah sampai.

"Em, boleh lah. Nanti awak sampai, call saya dulu. Tunggu saya dekat bawah, nanti saya turun." 

"Oritehoney. Take care."

Armell ketawa suka. Ada-ada saja lelaki ini. "Awak tu sepatutnya yang take care. Saya tak bergerak pun ni. Tengah duduk atas kerusi ni ha."

"Duduk atas kerusi pun kadang boleh jatuh tau?"

"Whatever lah! Ni nak lunch dengan saya ke tak nak ni? Saya ada banyak lagi kerja nak dibuat ni." bicara Armell sengaja ingin mengugut lelaki itu.

"Eeh, nak lah. Tunggu. 5 minit nanti saya sampai. Bye sayang," dan talian terus dimatikan.

Armell tenung skrin telefon bimbitnya. Senyuman sekali lagi terbit diwajahnya. Sedang dia mengemas fail dan kertas kerja di atas meja, pintu biliknya diketuk. "Masuk."

Pintu kaca itu ditolak dari luar dan tersembul wajah Syarah, selaku pembantu peribadinya. Gadis bertudung itu tersenyum manis. "Lady boss, client dari perak tu dah sampai."

Mendengarkan itu, terus matanya membulat besar. Dahinya ditepuk berkali-kali. Bibir bawah digigit. Alamakkk, macam mana pula aku boleh lupa yang harini aku memang ada appoinment dengan client? Adoi... cari masalah lah kau ni! Hati Armell membebel geram. Marah pada diri sendiri yang kadang-kadang selalu dengan sikap pelupanya.

"Iman, what's wrong?" soal Syarah hairan tatkala melihat majikannya itu menunjukkan reaksi sebegitu. Seperti ada yang tidak kena.

"Saya ada lunch date dengan Huzzair..." Daripada riak terkejut, Armell menukar riak wajah sedih. 

"Apa susah? Ajak aje client tu lunch sekali."

"Diorang dah sampai sini kut. Takkan lah tiba-tiba saya nak ajak lunch? Lunch kat pantry tu boleh lah!"

"Erm, nak saya cover diorang ke?" cadang Syarah.

Pantas Armell menggeleng laju. "No, no, takpe. I'll cancel it. Panggil dia masuk."

"Oh, okay!"

Telefon bimbit yang berada di atas meja segera dicapai. Nama Huzzair dicari dan dia mendail nombor lelaki itu.


ARMELL duduk di sofa bertentangan dengan Encik Noah dan dua orang lagi clientnya. Sepanjang berurusan dengan Client, Armell sentiasa mengutamakan sikap tolak ansur agar setiap perbincangan yang berlaku mengeluarkan keputusan yang sama-sama menguntungkan kedua-dua belah pihak.

 Hampir 20 minit berbincang, akhirnya mereka meminta diri. Kecuali Encik Noah yang masih memerlukan sedikit masa lagi untuk perbincangan bersama Armell. 

"You want my five minutes tadi kan? So Encik Noah nak bincangkan apa lagi. Khidmat saya kurang memuaskan ke?" soal Armell bernada lembut. Sebenarnya dari tadi lagi dia kurang senang dengan orang tua itu. Pandangan Encik Noah terhadapnya nampak lain macam!

"Tidak... Khidmat Cik Iman sangat memuaskan kami. Jangan risau tentang itu."

Armell layan senyum. Bagus lah kalau macam tu. Dah tu tunggu apa lagi kat sini? Hatinya berdetik geram. Mahu saja dia suarakan itu. Namun dia harus bersikap professional.

"Cik Iman belum ada kekasih hati lagi, kan?"

Armell kerut dahi. Aiseyman! Dah kenapa orang tua ni? Muka dah berkedut ada hati lagi nak mengurat anak dara orang.

"Encik Noah, kalau nak berbincang soal itu, saya rasa tak perlu lah kut. Sebab saya pun banyak lagi benda nak kena buat ni."

Encik Noah ketawa suka dan matanya bergerak merenung lengan Armell yang separuh terdedah. "Cik Iman memang cantik. Takkan tak ada buah hati."

Nak termuntah dia dengar pujian Encik Noah. Dia tahu, pujian itu bukan ikhlas dari hati pun. Pujian ada maksud lain tu. Tak sedar diri punya orang tua.

Armell ketawa yang sengaja dibuat-buat seraya menggeleng perlahan. Wajah lelaki tua itu dipandang. Nak kata tua gayut tu, tidak lah. Mungkin dalam usia yang lewat 40-an. "Tiada masa nak fikir ke arah itu pun, Encik Noah. Saya lebih selesa hidup begini."

Berderau darah Armell saat melihat mata Encik Noah yang meliar memandang ke arah tubuhnya. Tanpa banyak berfikir, terus dia bangun dan berjalan ke arah pintu kaca biliknya. Pintu bilik dibuka kasar. "Syarah!"

Syarah yang berada dibilik sebelah sedikit terperenjat dengan suara Armell yang sedikit kuat. Dari cermin lut sinar itu, dapat dia lihat kelibat Armell yang sedang berdiri. Terkocoh-kocoh Syarah bangun dan meluru ke arah Armell.

"Kenapa ni Iman?"

"Tolong saya. Tolong suruh Encik Noah tu keluar dari bilik saya sekarang. No excuse." arah Armell. Kedengaran agak tegas.

"Baik boss," 

Armell yang tercegat dipintu hanya memerhati orang tua itu berjalan keluar. Sempat pula tu Encik Noah kenyitkan mata ke arahnya. Euw! Such a dirty oldman! Kalaulah dia tahu client kali ini buat hal, lebih baik dia keluar saja dengan Huzzair tadi. Menyesal pun ada.

Kaki melangkah masuk semula ke dalam bilik pejabatnya. Cermin yang melekat di dinding itu direnung. Wajahnya yang sekarang lebih matang itu direnung seketika. 

Ya, dia masih lagi membebaskan rambut seperti dulu, namun pakaiannya hari ini kelihatan lebih baik dan tidak seteruk dahulu yang terlalu terdedah. Semuanya kerana seorang lelaki. Seorang lelaki yang sentiasa mengingatkannya tentang pemakaian. Tersedar dia telah mengelamun jauh, pantas kepala digeleng laju. Kaki mengorak langkah menuju ke arah meja kerja. 


Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya