Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 32

KRING !

Bunyi loceng kecil yang tergantung pada pintu kaca kedai Hans CoffeeHouse itu menandakan ada pelanggan yang datang. Setiap kali pelanggan masuk ke kedai, setiap kali itulah loceng itu berbunyi apabila pintu ditolak.

"You nak minum apa?" soal Hayy Mikael sebaik sahaja dia menarik kerusi dan menghenyakkan punggung disitu.

"Tadi cakap nak minum latte?"

"Mana la tau kut you tiba-tiba nak minum air sirap ke..."

Armell buat muka menyampah. "Itu you!"

Hayy Mikael tergelak kecil. Dua jari diangkat memanggil pelayan. "Ad!"

Irsyad yang sedang mengambil pesanan dimeja pelanggan lain segera berpaling sebaik sahaja namanya diseru. Tangan diangkat memberi isyarat sekejap.

"You, you, cuba tengok tu." panggil Armell separuh berbisik. Matanya dihalakan ke arah satu sudut.

Hayy Mikael angkat kening. "Apa?"

"Tu... tengok tu."

Hayy Mikael meliarkan pandangan mencari apa yang dimaksudkan oleh Armell. Kelihatan dua orang pasangan yang sedang hangat bercinta sedang bercumbu, bertepuk-tampar dan berpelukan. Hayy Mikael geleng kepala. Memalukan agama betul.

"I kenal dia tu. I kenal dia sejak sekolah lagi! Oh tak sangka sampai sini kau ya..."

Hayy Mikael bersandar dikerusi. Diperhati saja gelagat Armell yang sedang membebel entah apa-apa. "You."

"You..."

"Apa?" segera Armell toleh memandang Hayy Mikael yang sedang merenung ke arahnya. Kening sebelah diangkat menyoal.

"You tau tak..."

"Tak tau." laju Armell mencelah. Renungan tajam dari lelaki itu membuatkan dia tersengih sumbing. Seronok pula sakitkan hati Hayy. "Okay, okay, apa yang you nak cakapkan tu?"

"Ramai orang nak bernikah cara islam, tapi bercinta cara kafir. Beribadah cara islam, tapi berhibur cara kafir."

Kata-kata Hayy Mikael itu tidak semena-mena menyentapkan hati seorang Armell. Kata-kata yang hanya tampak ringkas tetapi mempunyai maksud yang sangat dalam. Dia terdiam seketika. Sehinggalah Irsyad datang mengambil pesanan.

"Lama betul kau ambik pesanan ya? Orang tu order apa? Biji kopi?" seloroh Hayy Mikael. Iyalah, memang lama. Sampai Armell sempat ajak dia bergosip lagi tu, pakej pula dengan mukaddimah yang dia bagi pada Armell. Terdiam gadis itu dibuatnya. Diam Armell membuatkan dia sorok senyum.

Irsyad layan sengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Mell, you nak latte kan?"

Senyap. Tiada jawapan dari gadis itu.

"Sayang..."

Alahai... macam manalah dia nak merajuk macam ni kalau Hayy panggil sayang pun dia dah cair rabak!

Perlahan-lahan Armell angkat wajah. "Tak lah, sirap."

Hayy Mikael menyengih. "Ad, caramel latte dua. Itu aje."

"Okay." balas Irsyad ringkas dan lelaki itu menghilang entah ke mana.

"Merajuk?" soal Hayy Mikael. Seolah memahami Armell yang tadi diam bila dia beri ayat sensitif seperti itu.

"You perli I kan?"

"No, I'm not. Tapi ayat yang last tu sebenarnya memang untuk you." ujar Hayy Mikael selamba.

"Hayy!" Armell muncungkan bibir.

"Lepas ni jangan pergi lagi ke tempat-tempat macam tu ya? Even you hanya menari je pun, I tetap tak izinkan. Kalau you nak menari sangat, you menari aje depan I waktu lepas nikah nanti. Masa tu you dah jadi hak mutlak I."

Armell menyengih. Terhias lesung pipit dikedua-dua belah pipinya. Tangan kanan naik menongkat dagu sambil mata tidak lepas merenung ke arah Hayy Mikael.

"You cuba nak goda I ke, Mell?" soal Hayy Mikael sedikit gugup. Jarang sekali dia melihat senyuman dari gadis itu. Ini dah macam nak menggoda dia lah pula.

Armell menggeleng perlahan sambil tersenyum lagi. "You tergoda ya?"

"Tak langsung."

"Ye ke?"

Hayy Mikael sepetkan mata. Sengaja cari nahas budak ni.

Baru sahaja dia ingin membuka mulut, Irsyad sudah datang menghantar pesanan mereka berdua. Dua cawan caramel latte yang berada di dalam dulang dipindahkan ke atas meja.

"Thanks, Ad."

"No, hal."

Sewaktu Irsyad berura-ura mahu melangkah pergi, Hayy Mikael pantas memanggil. "Ad, Hans ada?"

"Hans ada, tu ada dalam bilik dia."

"Okay," Hayy Mikael senyum. "Mell, you tunggu sini kejap, I nak jumpa Hans."

Mendengarkan itu, Armell mengeluh geram. "Ala... you ni!"

Hayy Mikael turut mencebik sedih mengikut reaksi wajah gadis itu. "Sekejap aje, please?"

Armell bersandar lemah pada kerusi. Nafas dihela perlahan. "Tapi jangan lama sangat tau?"

Lelaki itu tarik senyum nipis. "Ya sayang, nanti I datang balik."

Tubuh Hayy Mikael yang menghilang ke dalam bilik Hans Raffael dihantar menggunakan mata.

Jam yang melilit dipergelangan tangan ditilik. Jarum jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.30 pagi. Armell memanjangkan leher. Mencari kelibat Hayy Mikael yang masih tidak kunjung tiba. Hampir 15 minit rasanya dia menunggu.

Tanpa membuang masa, laju saja dia bangkit dari kerusi dan mengorak langkah menuju ke arah bilik kerja Hans. Armell yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam bilik itu lekas-lekas mengundurkan langkah ke belakang semula dan bersembunyi berhampiran dengan pintu apabila dia terdengar suara dua beradik yang sedang berlawan mulut seperti sedang membincangkan sesuatu yang agak serius. Dia dapat merasa aura ketegangan sewaktu mendengar perbualan mereka berdua.

"Jangan campur urusan aku boleh tak? Kau tak faham apa yang aku rasa Hans! Semua orang takkan faham apa yang aku rasa."

"Hayy, aku cuma tak nak kau menyesal dikemudian hari. Kau fikir dengan cara simpan benda ni lama-lama, Mell takkan tahu ke?"

Armell kerutkan dahi. Kenapa nama dia pun terlibat sama? Tiba-tiba jantungnya berdetak tidak seiring sebaik sahaja mendengar namanya turut termasuk dalam topik perbincangan mereka. Telinga dipasang lagi mendengar perbualan yang seterusnya.

"Aku bukan tak nak berterus-terang. Aku akan berterus-terang dengan dia tapi bukan sekarang. Masa tu aku akan slow talk dengan dia. Dan kalau boleh aku nak ceritakan hal itu selepas dia sah jadi isteri aku. Aku tak nak dia tinggalkan aku sekarang. Kau boleh faham situasi aku sekarang kan, Hans?"

Hans menggeleng perlahan. "Abang ipar kau yang sorang tu pun nasihat benda yang sama macam aku jugak kan? Yang kau degil sangat nak dengar ni kenapa?"

Membulat mata Armell sebaik sahaja mendengar perkataan 'abang ipar' yang meluncur keluar dari mulut Hans. Dada terasa sesak seakan tidak dapat bernafas. Armell yang sedang mendengar perbualan itu menahan amarah yang tiba-tiba membuak-buak. Tidak menunggu lama, terus dia munculkan diri dipermukaan pintu sekaligus menyentakkan Hayy Mikael dan Hans. "Abang ipar?"

Hayy Mikael telan liur. Melihat air muka Armell itu jelas menunjukkan bahawa gadis itu mendengar perbualan mereka berdua sebentar tadi. Berubah pucat terus wajahnya.

"Mell," Hayy Mikael mara kehadapan mendekati gadis itu yang sedang mencerlung tajam ke arahnya.

"No jangan dekat dengan I."

Terhenti terus langkah Hayy Mikael.

"Telinga I ada masalah ke? Sebab tadi I ada dengar Hans sebut abang ipar. Abang ipar? Who do you mean by 'abang ipar'?"

Hans buat-buat ketawa. "Abang ipar? Kau salah dengar ni Mell. Bila pula aku sebut benda tu? Takde lah, mana ada."

"Kau senyap Hans! I tanya Hayy, betul ke apa yang I dengar tu?! You dah kahwin ke Hayy?"

Hayy Mikael ketap gigi. Nafas yang seolah tersekat dikerongkong ditarik payah. Liur yang ditelan juga sudah terasa pahit. Ya Allah... kenapa kau hantar ujian seberat ini... Hayy Mikael hanya mampu merintih di dalam hati.

"Tell me now, who is you wife, Hayy?! Cakap dekat I sekarang! Jangan diam, I nak dengar jawapan tu dari you!" tengking Armell kuat.

Hayy Mikael menarik nafas panjang. Nak tak nak, dia kena hadap juga. "Isteri I, Evarisya." sebaik sahaja pengakuan itu meluncur dari mulutnya, di saat itu juga mata dipejam.

Armell terpempan seketika. Tergamam. Bumi seolah-olah sudah berhenti berpusing. Hayy Mikael, suami orang? Tidak bermimpikah dia? Kaki yang terasa makin lemah, digagahkan juga untuk berdiri. Menghadap suami orang yang sedang tercegat dihadapannya sekarang ini. "Who... is... Evarisya?" soalnya perlahan. Terdengar juga getaran pada suaranya.

Sekali lagi Hayy Mikael menarik nafas mencari oksigen. Tangan sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Dia tidak akan biarkan gadis itu lari tinggalkannya begitu saja.

"Arash, abang ipar I dan Evelyn, adik ipar I. I pernah nyatakan pada you suatu ketika dulu, but you just take it easy. You tak percayakan I. Dan lepas tu I hanya diam. I dah tak buka cerita tu pada you sebab I takut I akan kehilangan you."

"You tipu I Hayy..."

"No, no, no, Mell... I'm so sorry. I takde niat nak rahsiakan hal ni pada you. Cuma masa belum sesuai lagi untuk ceritakan semua. Please Mell, I tak nak hilang you."

Armell tarik senyum sinis. Air mata yang bergenang ditahan sedaya-upaya. Terasa hancur hatinya ditipu selama itu. Hans yang rapat dengannya pun turut sanggup menipu dirinya.

"Mell, I boleh jelaskan semuanya pada you. I akan ceritakan macam mana perkahwinan I dengan Eva dan I nak you tahu segala-galanya apa yang you tak tahu dan you perlu tahu semua itu daripada Eva sendiri." pujuk Hayy Mikael.

"Aku dah cakap, aku paling pantang kalau penipu muncul dalam hidup aku."

Hayy Mikael terdiam dan terkedu. Gadis itu sudah membahasakan 'kau' dan 'aku' pada dirinya.

"Dan aku bencikan penipu." sambungnya lagi. Dan setitis air mata gugur mengalir dipipi. Marah, sedih, kecewa. Semua bergabung menjadi satu sehingga terhasilnya air mata. Kepercayaannya terhadap lelaki itu sudah hancur dimamah bumi.

"Nooo Mell, I tak tipu you..."

"Kau tipu aku!"

"Tolong jangan tinggalkan I. I rahsiakan semua ni sebab I takut kehilangan you." rintih lelaki itu.

"You just did. Aku tak boleh terima cinta dari seorang penipu macam kau."

Mata Hayy Mikael kelihatan berkaca. Ini sebenarnya apa yang dia paling takut untuk hadapi. Menghadapi kehilangan orang yang dicintainya. Tapi tiada yang memahami. Memang ini yang dia sudah jangkakan. Tapi tidak seorang pun yang percayakannya. "Mell... I cintakan you. You tak boleh buat I macam ni."

"It's too late, Hayy. Aku dah cakap, aku bencikan penipu."

Melihat gadis itu yang ingin melangkah pergi, pantas tangannya menarik pergelangan tangan Armell namun ditepis dengan agak kasar membuatkan pegangan itu terlepas.

"Mell, tunggu Mell!" langkah Armell yang laju itu cuba dikejar.

Armell berhenti dan berpusing ke arah Hayy Mikael. Jari ditunding rapat pada wajah lelaki itu. Air mata yang mengalir dibiarkan kering sendiri. Tidak hirau dengan mata yang sedang memandang. "Setapak kau melangkah, kau takkan jumpa aku sampai bila-bila Hayy."

Menerima ugutan sebegitu rupa, Hayy Mikael akhirnya mengalah. Air mata yang hampir menitis lekas-lekas di seka. Tubuh Armell yang semakin menghilang direnung sayu.




Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya