Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 25

"YOU jangan cari nahas dengan dia, Hayy. I tak nak dia buat you lagi teruk daripada I." kata Armell memberi amaran awal kepada Hayy Mikael. Lengan Hayy Mikael yang sedang berjalan ditarik kebelakang. Namun apalah sangat kudrat dia jika nak dibandingkan dengan kudrat seorang lelaki. Hayy Mikael tak berganjak langsung pun!

"You diam lah. I tau apa yang I buat." balas Hayy Mikael. Tidak dihiraukan langsung tarikan gadis itu pada lengannya.

Lengan sasa Hayy Mikael ditarik sekuat hati sehingga dia terjerit kecil akhirnya. Eee beratnya! Badan macam gajah.

"Hayy! Stop la..." pujuk Armell lagi.

"Selagi I tak dapat mangkuk hayun tu, jangan harap you boleh halang I. Dia ingat you ni apa, GRO? Dan dia ingat I ni siapa? Ni tangan I ni dah ok. Kau tengok japgi aku pecah-pecahkan muka kau. Kau tunggu la."

"Hayy, wait wait wait!" Armell mara ke hadapan Hayy Mikael. Dada lelaki itu ditahan membuatkan lelaki itu berhenti serta-merta.

"You dah dapat I kan, Hayy? Armell yang you gilakan dulu, sekarang dah kat depan mata you. Boleh tak kali ni you dengar cakap I?"

Hayy Mikael mengeluh berat. Kedua-dua belah pipi Armell ditekup menggunakan tangan. Matanya merenung ke dalam anak mata gadis itu. "Mana mungkin I biarkan orang yang dah rosakkan you lepas begitu saja. Kalau macam tu bahagia lah hidup dia. Dah puas rasa you, lepas tu blah macam tu je. Banyak cantik!"

Kali ini giliran Armell pula yang mengeluh. Tipu lah kalau kata dendam dia pada Rykal tidak wujud langsung. Maruah dia yang satu itu hilang gara-gara lelaki itu. Sampai mati pun dia tak akan maafkan Rykal.

"Hayy, I gadaikan maruah I semata-mata nak selamatkan you dari Rykal. Kalau you pergi serang dia, you ingat dia boleh duduk diam ke? Kalau jadi apa-apa pada you macam mana? You tak fikir ke pengorbanan yang I buat pada you tu nanti sia-sia?"

Armell alihkan pandangan ke arah orang awam yang sedang lalu lalang dikawasan taman rekreasi itu. Kebanyakannya adalah daripada pelajar-pelajar kolej kerana Lake Aura Vale ini adalah satu-satunya taman yang terdekat ni University ini.

"You menyesal ke kenal I, Mell?" soal Hayy Mikael perlahan. Kata-kata Armell itu seolah-olah gadis itu menyalahkan dirinya setelah apa yang berlaku.

Segera kepala bergerak memandang ke arah Hayy Mikael. Sungguh, tidak terlintas walau sedikit pun dia rasa menyesal bertemu dengan lelaki sebaik ini. Mengenali Hayy Mikael adalah satu anugerah yang terindah.

"No! I tak cakap macam tu pun, Hayy... Jangan lah macam ni." lengan lelaki itu dipaut lembut.

Hayy Mikael tundukkan wajah memandang Armell yang sedikit rendah daripadanya. Satu senyuman terukir dibibirnya. Hidung gadis itu dicuit lembut. "Kahwin dengan I, okay?"

Belum pun sempat gadis itu ingin membuka mulut, Hayy Mikael lebih pantas menarik lengannya.

"You nak pergi mana ni, Hayy?" soal Armell sambil kakinya laju menyaingi langkah Hayy Mikael.

"Club."

"No, kan I dah cakap jangan. Stop Hayy."

Langkah diatur lebih laju. Tidak dihiraukan langsung suara yang sedari tadi menghalangnya. Selagi Rykal tak makan penumbuknya, selagi itu dia tidak puas hati. Masih terngiang-ngiang lagi tangisan Armell sewaktu Rykal menelefonnya pada saat kejadian. Hatinya sakit.


"YOU ni bodoh ke apa?! Armell tu kawan I, Rykal! How dare you do that to her!" tubuh Rykal yang sedang terhuyung-hayang akibat air haram yang diteguk itu dipukul bertubi-tubi.

"Hey, Bella. Come on, benda dah jadi pun, and kawan you tu dah jadi sisa I dah pun. Relax lah sayang," Rykal mara kehadapan menghampiri Bella.

Baru saja pinggang gadis itu ingin diraih, tidak semena-mena tubuhnya terdorong ke sebelah akibat tolakan kuat dari arah tepi. Rykal hampir rebah. Direnungnya susuk tubuh lelaki yang sedang berdiri itu. Dan renungan Rykal berubah tajam.

Belumpun sempat Rykal ingin membuka mulut, laju saja kolar bajunya dicengkam lalu dia diheret keluar dari situ. Suasana di dalam sana terlalu bising. Tak sesuai nak berbincang. Lagi-lagi dengan otak udang seperti Rykal itu.

Sampai sahaja diluar, tubuh Rykal ditolak dengan kuat sehingga lelaki itu jatuh tersungkur di atas simen. Dengan keadaan mabuk, dia cuba untuk bangun semula namun, pantas ditendang kuat menyebabkan dia tergolek jatuh semula.

"Kau dah kenapa? Cacat? Badan terhuyung-hayang macam belon." sinis Hayy Mikael menyindir.

"Kau apehal sial?!" tengking Rykal.

Hayy Mikael buat-buat ketawa. "Sorry?" Kaki segera menapak ke arah Rykal yang masih berada diatas simen. Dia duduk mencangkung lalu rambut lelaki itu digenggam kuat. Berkerut dahi Rykal dibuatnya.

"Damn? Hei budak, kau nak aku sunatkan kau sekali lagi ke? Yang kau rogol tu bakal bini aku tahu?"

"Sial, sakit lah bodoh!"

"Sakit?" Hayy Mikael ketawa sinis. Pucuk hidung digosok. Tak buang masa, pantas kolar baju Rykal dicengkam dan satu tumbukan hinggap diwajahnya. "Sakit macam tu ke?"

Hayy Mikael berdiri semula. Rykal yang sudah terbaring itu dipandang sinis.

"Eh kau sepatutnya bersyukur sebab aku tak buntingkan dia!" jerit Rykal dalam keadaan berbaring. Perlahan-lahan dia cuba bangun namun ditahan dengan kaki Hayy Mikael yang menapak diatas dadanya.

"Why I should be grateful? Bersyukur sebab orang yang aku sayang kena rogol? Eh aku rasa kau ni bukan gila. Ni tak ketum, ganja. Tak bodoh, bebal kau ni. Perhaps. Entah yang mana satu." Hayy Mikael cebik bibir seraya mengjongket bahu.

Rykal yang masih terbaring itu tergelak sinis. Dah tak ubah macam orang gila. "Sekurang-kurangnya aku dapat merasa! Armell tu sisa
aku! Kau faham tak, dia sisa aku!" usai menutur kata, dia tertawa lagi.

"Kau ni memang nak merasa agaknya." Hayy
Mikael duduk bertinggung semula seperti tadi. Tangan kirinya mencengkam kolar baju Rykal manakala tangan kanannya menepuk-nepuk pipi kiri Rykal. Dan tak beri amaran langsung, wajah lelaki ditumbuk bertubi-tubi.

Lama begitu sehinggalah kelakuan Hayy Mikael yang menggila itu ditahan oleh beberapa orang awam yang sedang lalu
lalang disitu. Tubuh Hayy Mikael segera dipeluk oleh seorang lelaki mat salih dari belakang.

"Sorry sir, what's going on here?" tegur salah seorang lelaki Mat Salih yang berdiri ditengah-tengah antara Rykal dan Hayy Mikael.

Hayy Mikael mengawal nafas mengah. Kepala menoleh ke arah Armell yang sedang merenung ke arahnya. Ada dia terdengar tadi suara gadis itu menjerit namanya supaya menghentikan perbuatan itu. Namun langsung tidak diendahkan dek dendamnya sudah meluap-luap terhadap Rykal.

Hayy Mikael menolak sedikit kuat tubuh lelaki Mat Salih yang sedang memegangnya. "He raped my wife. Please take him to the police. Don't let anyone else be the victim."

Wajah Rykal yang penuh dengan darah itu dipandang dengan senyuman sinis tersungging dibibirnya. Puas hatinya. Lunyai mangkuk hayun itu dia kerjakan.

"Kau report polis, aku bunuh kau Hayy! Mark my words!" jerit Rykal tatkala melihat Hayy Mikael yang sudah berjalan ingin berlalu dari situ. Wajah Armell yang kebetulan terpandang ke arahnya direnung tajam.

Rykal dongak kepala. Memandang sekelompok orang ramai yang sedang mengelilinginya. "Let me go la! Apa pandang-pandang? Tak pernah tengok orang bergaduh ke hape?!"


Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya