Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 19

GLURP !

Armell menelan air liur. Melicinkan kerongkongnya yang tiba-tiba terasa kering. Setiap kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Hayy Mikael itu membuatkan dia terpempan. Rindu? Tidak silap dengarkah dia?

"Mell?"

Terasa ada tangan yang sedang melambai-lambai dihadapan wajahnya dan serentak itu dia tersedar. "Ah, ya?"

"Awal pagi sangat ni kalau you nak berangan pun." ujar Hayy Mikael selamba dengan kedua-dua belah tangan diselupkan ke dalam poket seluar. Gaya santai.

Armell gosok pucuk hidung. Menutup rasa malu yang mula membahang wajahnya.

"You berangankan siapa? Rykal eh?" soal lelaki itu teruja seraya tersengih nakal.

"Nooo! You nak I patahkan lagi ke tangan you yang cacat ni?" ugut Armell tatkala matanya spontan tersorot ke arah tangan kanan Hayy Mikael yang masih tergantung dengan bantuan Arm Sling.

"Sanggup ke you nak buat macam tu dekat I?" soal lelaki itu menduga.

"Apa you ingat I tak berani ke?"

"Cuba la buat."

"Ooo you cabar I?"

"Ya, I cabar you."

Baru sahaja tangannya ingin menolak kasar lengan kanan lelaki itu, cepat-cepat niat itu dibatalkan. Tiba-tiba pula rasa tak sampai hati nak buat.

Kelihatan Hayy Mikael jongkit sebelah kening serta senyuman sinis tersungging dibibir. "Tak sanggup?"

"Bukan tak sanggup, tapi tak sampai hati. Dah lah cacat, nak dipukul lagi pula tu. Tak pasal-pasal makin cacat pula nanti. Lepas tu, I juga yang susah kena cari orang lain buat jadi boyfriend upahan." tuturnya selamba. Lancar saja ayat yang keluar dari mulutnya. Spontan.

Sebaik sahaja menutur kata, Armell terus mengorak langkah pergi dari situ sedangkan Hayy Mikael yang masih tercegat dibelakang hanya tersengih sumbing sejak tadi. "You!"

Hayy Mikael berlari mengejar langkah Armell yang sudah jauh dihadapan. Dia tertawa geli hati. Entah apa yang kelakar. "Cakap aje lah yang you pun sayangkan I, betul tak?" soalnya nakal.

Armell buat muka menyampah. Si otak udang ni dah hilang akal ke apa?

"Harapan you ni setinggi langit kan, Hayy? Jangan macam tu... Nanti jatuh, sakit."

"I takkan jatuh."

"Wow! Yakinnya you?"

Hayy Mikael menjeling sedikit. "Eh mesti lah!" ujarnya lalu tersenyum bangga.

"Gediknya! Eee..."

Lelaki itu tertawa lagi. Suaranya kedengaran garau dan sedikit serak. Tawa itu mengundang rasa halus di dalam hati Armell. Tiba-tiba saja jantungnya berdetak tidak menentu.

Hayy Mikael berlari mendahului Armell dan berpusing ke arah gadis itu.

"Cepat sikit boleh tak?" Armell merengus perlahan. Dilayankan sahaja lelaki itu yang berlari secara mengundur berhadapan dengannya.

"Sabar la sayang... Jom, Hans CoffeeHouse? I rasa nak minum air sirap lah."

Serta-merta dahi Armell berkerut. "Mana ada air sirap!"

"Ada."

"Gila you ni!"

Hayy Mikael ketawa besar. "Jom lah!"


"AD! Order!"

Sebaik sahaja mengambil tempat, Hayy Mikael terus membuat pesanan.

"You nak minum apa?"

Armell diam. Berfikir sejenak. "Latte."

"Tu je?"

"Itu je lah!"

Hayy Mikael hanya sekadar mengangguk. Dan selepas itu dia mendongak memandang Irsyad yang sedang berdiri disisi meja. "One Latte and one Lemon Syrup."

"Hayy! You gila ke apa?" soal Armell sedikit menjerit dengan intonasi suara yang perlahan.

"What?" Hayy Mikael jongket sebelah kening.

"Tu je?"

"Ya, that's all, thanks Ad." ujar Hayy Mikael. Dan belum pun Irsyad menghilang ke kaunter, pantas Hayy Mikael menjerit. "Ad! Sirap limau ya! Tapi jangan letak limau!"

Seperti sudah biasa dengan situasi begitu, Irsyad tersengih sambil mengangkat jari sebagai tanda non-verbal okay kepada Hayy Mikael.

Sewaktu dia berpaling ke arah Armell, kelihatan gadis itu sedang menekup wajahnya sediri menggunakan buku menu yang bersaiz besar itu. Spontan keningnya bertaut rapat.

"Mell?" tegurnya perlahan. Buku menu yang menutupi wajah Armell itu di tarik perlahan. Namun pegangan Armell lebih kuat menahan.

"You ni kenapa Hayy..." soal Armell disebalik buku menu tersebut.

"Kenapa apa?"

Pap!

Buku menu dihempas semula ke atas meja.

"You tak malu ke orang semua tengok dekat you tadi?!"

Hayy Mikael toleh memandang sekeliling. "Buat apa nak malu?"

"Yang you mintak sirap limau tapi tak nak limau tu dah kenapa?"

Hayy Mikael tertawa kecil. Oh itu ke yang buat gadis itu malu sampai begitu sekali? So cute lah, Mell.

"Saje, salah ke?"

Armell ketap bibir. Eee! Sabar aje lah! Macam keluar dengan kanak-kanak ribena pun ada. Perangai mengalahkan budak-budak!

"Lantak you lah."

Suasana sepi dan hening sekali. Masing-masing hanya senyap tidak bersuara sedari tadi. Terkadang hanya ditemani dengan bunyi cawan dan piring yang saling berlaga.
Hayy Mikael menarik sehelai tisu dari bakul kecil yang sememangnya dihias cantik lalu mengelap hujung bibirnya yang sedikit basah.

"Armell, sayang." kedengaran satu suara garau di sisi meja yang sudah tentunya menyentakkan Hayy Mikael dan juga Armell.

Serentak mereka mendongak memandang empunya suara. Dan disaat itu juga Armell menyepak perlahan kaki Hayy Mikael. Kelakuan mereka dibawah meja itu tidak disedari oleh Rykal.

"Hero in the house!"


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya