Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 39

ARMELL dan Huzzair melangkah masuk ke dalam restoran seperti yang dijanjikan. Dari jauh lagi dia sudah dapat melihat Hayy Mikael yang sedang duduk di salah satu meja makan. Mungkin sedang menunggu Huzzair.

Makin dekat jaraknya dengan meja yang sedang diduduki lelaki itu, makin laju jantungnya mengepam darah. Baru semalam berjumpa, tak sangka hari ini dia kena menghadap lagi wajah Hayy Mikael.

"Assalamualaikum, Hayy." Sapa Huzzair dari belakang.

Segera Hayy Mikael berpaling. Matanya terpaku seketika ke arah seorang gadis yang amat dikenalinya yang sedang berdiri di sebelah Huzzair. Dan pandangan di alih semula ke arah  Huzzair. "Waalaikumussalam bang." Sejurus itu dia bangun dan berpelukan dengan abang sulungnya yang sudah sekian lama tidak berjumpa itu.

"Hayy, kenalkan tunang aku, Iman." Tutur Huzzair memperkenalkan Armell kepada Hayy Mikael.

Armell hanya sekadar tersenyum. Dapat dia lihat air muka lelaki itu yang tampak berubah. Namun begitu, lelaki itu sungguh bijak menyembunyikan rasa dengan turut tersenyum.

"Your fiance?"

"Yup. Itu lah kau, masa aku tunang, kau tak ada." Bahu adiknya ditumbuk perlahan.

Hayy Mikael ketawa kecil. "Come, have a sit."

Huzzair dan Hayy Mikael duduk berbual sementara menunggu pesanan mereka sampai manakala Armell sedari tadi hanya mendiamkan diri.

Janggal.

Itu perkataan yang sesuai untuknya sekarang. Dia sedar, mata Hayy Mikael kadang-kadang ada melirik ke arahnya. Tak tahu lah dia syok sendiri ke apa, tapi itu yang dia perasan sejak dari mula duduk tadi.

"Nama apa tadi? Iman kan?"

Armell sedikit tersentak. Matanya bertembung dengan anak mata milik Hayy Mikael yang bertentangan dengannya. "Er... Ya."

"Bekerja di mana?"

Armell diam sebentar. Takkan lah dia nak bagitahu juga tempat dia bekerja?  Buatnya nanti lelaki ini datang ke pejabatnya, macam mana?

"HAR Holdings."

Armell kerut dahi. Laju dia berpaling memandang Huzzair. Dia punyalah fikir panjang nak jawab soalan Hayy, Huzzair boleh pula bagitahu melulu macam tu aje? Geramnya!

Mahu tak mahu, dia terpaksa layan senyum juga. Walhal hati dah rasa macam nak tumbuk je muka Huzzair tu. Grrr!

Jawapan dari Huzzair itu di balas dengan anggukkan oleh Hayy Mikael.

"Kau macam mana sekarang? Okay?" Soal Huzzair.

"Macam ni lah. Aku okay."

"Dah 3 tahun menduda tu, takkan tak nak pasang niat cari yang baru?" Seloroh Huzzair sambil tersengih nakal.

Mendengar soalan Huzzair itu, laju Armell menoleh pandang Hayy Mikael. Ingin mendengar jawapan dari lelaki itu yang sedang ketawa suka.

"Tak terfikir ke arah itu lagi bang. Lagi pun aku lebih selesa hidup begini." Bicara Hayy Mikael penuh dengan penafian. Kalau lah gadis itu tau yang dia betul-betul sedang terluka ketika ini, pasti Armell tidak sanggup untuk melihat hatinya yang telah hancur itu.

Selama tiga tahun lamanya, hanya gadis itu seorang yang berada di dalam hatinya. Tidak sedikit pun dia terlintas untuk mencari pengganti lain sedangkan gadis itu sudahpun mempunyai penggantinya. Rasa kecewa itu sedaya upaya di sorok supaya tidak terpamer pada wajah. Senyuman adalah salah satu kekuatan dia untuk terus menutup segala perasaan yang bersarang di dalam hati daripada dililat orang.

"So, kau nak terus menduda lah ni? Biar perempuan semua terkejar-kejar dengan kau?"

"Perempuan kejar aku pun sebab kau yang aibkan nama aku. Sampai rimas aku dibuatnya."

Huzzair tergelak besar. "Iman, awak nak tau tak, saya sebenarnya terhutang nyawa dengan Hayy."

Armell kerut dahi. Tidak faham maksud Huzzair. Terhutang nyawa?

"Terhutang nyawa? Why, what happened???" Soal Armell teruja. Rasa berminat ingin tahu.

"Dulu saya dengan Hayy pergi mandi sungai. Masa tu, ada air pusing tapi saya tak nampak. Sedar-sedar kaki rasa macam dah kena tarik."

"Oh my god! Bila tu?"

"Zaman-zaman remaja dulu." Sampuk Hayy Mikael sambil tersenyum nipis.

"Tapi rasanya masa tu kalau kaki saya dah kena tarik, rasanya mayat saya dah takkan jumpa sampai sekarang. Sebab tempat tu, siapa yang tenggelam memang macam batu. Takkan timbul." Sambung Huzzair meneruskan ceritanya.

Armell mengangguk faham. Kini dia baru faham kenapa Huzzair tidak suka apabila setiap kali dia menyebut pasal sungai. Pernah sekali dia teman lelaki itu pergi buat penggambaran dan tempat penggambaran itu di kawasan sungai. Orang lain semua dah ada dalam air, tetapi lelaki itu hanya duduk di atas batu memerhati. "Patut lah awak macam fobia dengan air sungai."

"Eh still fobia ke?" Soal Hayy Mikael.

"Masih. Walaupun dekat laut, bila aku letak je kaki, dah rasa macam kena tarik. Lagi-lagi dekat air keruh."

Armell mengangguk lagi. "So, maknanya awak terhutang nyawa lah dengan adik awak ni?"

"Ya, hutang nyawa yang masih belum sempat di bayar."

Hayy Mikael pantas menggeleng. "Small matter. Semua orang boleh tolong."

"Memang lah tapi masa tu nak dekat lebih 20 orang kat situ. Hanya kau sorang yang gadai nyawa kau untuk tolong aku."

"Huzzair, yang penting sekarang ni kita berdua masih hidup. Hidup, sebab belum ajal lagi."

Armell pandang Hayy Mikael. "Memang lah belum ajal Encik Hayy, tapi maksud Huzzair ni tak semua orang sanggup buat apa yang Encik Hayy buat pada Huzzair."

Huzzair mengangguk setuju. "Tapi sampai sekarang kan, bila saya tanya dia nak apa sebagai balas budi dia, dia gelak je."

Hayy Mikael tersenyum seraya menggeleng. "Aku ikhlas tolong kau, Huzzair. Kau abang aku."

Huzzair mengeluh geram. "Okay macam ni. Aku hold dulu. Tapi suatu hari nanti kalau kau perlukan apa-apa, insya-Allah aku janji, aku akan tunaikan. Itu janji aku pada kau."

Hayy Mikael menelan liur. Satu senyuman tawar diberikan. Dia tidak mengangguk mahupun menggeleng. Matanya bergerak dan bertembung dengan anak mata milik Armell yang kebetulan terpandang ke arahnya. Laju saja anak mata dilarikan dari terus merenung wajah gadis itu. Nafas berat dihela perlahan.

SUASANA di dalam kereta sunyi dan hening sekali. Pandangan dilempar ke luar tingkap. Entah kenapa hatinya tiba-tiba terasa sarat dan sedih ketika ini. Dia memang merindui senyuman kacak lelaki itu. Tetapi tadi bukan senyuman itu yang dia lihat. Senyuman lelaki itu sungguh berbeza berbanding senyuman yang dia lihat sewaktu mereka bertembung kelmarin.

"Iman," tegur Huzzair yang mulai sedar dengan kesunyian di dalam kereta.

Laju Armell berpaling. Kelihatan dia sedikit tersentak dengan panggilan yang bersahaja itu. "Ya?"

"Awak okay? Sejak tadi awak banyak diam je."

Armell gosok pucuk hidung. Satu senyuman dilemparkan kepada Huzzair. "Saya okay, awak jangan risau."

"Yeke? Tapi saya tengok awak ni macam banyak tersentak setiap kali saya panggil nama awak. Kenapa? Bukan saya sergah pun. Awak fikirkan apa sebenarnya Iman?"

"Eee mana ada lah... Mana ada saya fikirkan apa-apa. Perasaan awak je kut. Saya okay ni, betul saya okay!"

"Sayang, kalau awak ada masalah, let me know. Jangan simpan sorang-sorang, faham?"

Armell tertawa suka. Bahu Huzzair yang sedang memandu itu ditolak manja. "Caringnya sayang saya ni..."

"Ofcourse. Because I love you. Awak je tak sayang saya."

"Hei! Siapa cakap saya tak sayang awak?"

"Yelah, ada masalah, bukannya nak share. Simpan sorang-sorang. Apa guna saya ni tunang awak?"

Armell mencebik manja. "Okay, okay awak. Listen here. Saya janji, saya tak akan rahsiakan apa-apa daripada awak dan kalau saya ada masalah, saya akan terus cerita dekat awak, okay? I promise ni!"

Huzzair toleh sekilas ke sebelah. "No secrets between us, promise?"

"Aye, aye, boss! Promise!"

Dan akhirnya meletus juga tawa Huzzair. Gadis itu sungguh pandai memujuk hatinya.


Previous: Bab 38
Next: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya