Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 14

ARMELL memeluk tubuh yang terasa dingin apabila angin malam menyapa tubuhnya. Suasana taman tasik itu sungguh cerah dek dihiasi dengan lampu pelbagai warna yang dililit pada setiap pokok yang ada.

Kawasan rumput hijau yang lapang berhampiran dengan tasik menjadi tempat duduk pilihannya. Kedua-dua lutut ditarik rapat pada dada seusai punggungnya selamat mendarat diatas rumput itu.

Peperiksaan akhir semester enam semakin dekat. Kebelakangan ini, Armell banyak menghabiskan masa di dalam bilik dengan mengulangkaji pelajaran dan dia juga sudah jarang jejakkan kaki di Lake Aura Vale ini. Kali terakhir dia datang ke sini adalah bersama Hayy Mikael iaitu dua minggu yang lepas.

Dia tersenyum sendiri saat kenangan mereka di Sydney terimbau kembali.

"Mell! Get her away from me!" Hayy Mikael keraskan suara.

Armell ketawa besar. Sumpah dia rasa macam nak tercabut usus setiap kali ketawa melihat reaksi lelaki itu yang takut kepada kucing. Melihat wajah cuak Hayy Mikael, ketawa Armell semakin menjadi-jadi.

"Come on, she's so cute!" Armell duduk bertinggung di hadapan haiwan berbulu lebat itu. Kepala kucing itu dibelai lembut.

Hayy Mikael menjegilkan mata. "Not at all! She's scary me! Jom lah, Mell!"

"Sabar lah! Tengok ni, eee comelnya! You nak pegang tak?"

Melihat gadis itu berura-ura mahu mengangkat kucing itu, segera Hayy Mikael mungundur beberapa langkah jauh dari Armell.

"Meowww!" jerit Armell seraya melempar kucing itu dekat dengan kaki Hayy Mikael.

"Armell !!!" bergema suaranya memecah kesunyian taman bunga itu. Gadis itu ketawa keseronokkan dan berlari mengejar langkah Hayy Mikael yang sedang melarikan diri darinya.

Armell menggeleng perlahan dan tersenyum kecil. Tak sangka lelaki yang berbadan tegap itu rupanya takutkan haiwan yang dia anggap paling comel dalam dunia ni! Pelik betul dengan spesies yang takutkan kucing ni.

"Hai, Mell." sapa seseorang disebelah.

Armell dongakkan kepala. Belum sempat dia membuka mulut, lelaki itu sudah mengambil tempat disisinya. Rapat sehingga bahu mereka bersentuhan.

"You nak apa ni?"

Rykal ketawa macho.

Armell buat rolling eyes. Menyampah betul dengan spesies lelaki perasan hensem ni. Nak saja dia tapakkan muka Rykal dengan sneakers yang sedang dia pakai sekarang. Tolonglah, nak cair tahi telinga dengar jantan ni ketawa!

"You sorang ke? Takde teman?" soal Rykal sambil matanya melilau-lilau mencari seseorang.

"Kronik betul rabun you ye? Nampak I berteman ke?"

Lelaki itu ketawa lagi.

"Kenapa you garang sangat ni?"

"None of your business. You yang tiba-tiba kacau I."

"Salah ke? Bukannya you ada boyfriend pun kan?"

Armell diam. Pandangan dibuang ke arah tasik. Biarlah Rykal bercakap sorang-sorang. Nanti dia bosan, dia lari lah tu.

"You nampak lain malam ni."

Diam.

Diam Armell membuatkan lelaki itu semakin berani mendekatinya. Matanya memerhati pemakaian gadis itu pada malam ini. Jaket kulit yang dizip penuh sampai ke leher. Tanpa izin daripada Armell, tangannya naik menyentuh bahu gadis itu.

"Jangan sentuh I lah." Armell menepis perlahan.

Mata Rykal tunak memandang pada jaket dipakai oleh gadis itu. Pantas jarinya menarik zip dari leher turun sampai ke dada. Terdedah baju t-shirt putih yang dipakai oleh Armell. Tidak puas dengan apa yang dilihat, zip ditarik lagi turun ke bawah.

"Rykal, what are you trying to do?" pantas tangan lelaki itu ditepis kasar. Baru sahaja dia ingin manarik zip itu semula ke atas, tangan Rykal pantas menghalang.

Lelaki itu tersenyum sinis. "Kenapa you dah tak pakai baju-baju yang you selalu pakai selamani? I love it, Mell. Come on."

"Bukan urusan you lah. Get away from me!" tubuh Rykal ditolak menjauh.

Rykal gigit bibir bawah. Geram dengan sikap Armell yang selalu jual mahal dengannya. Sebelum ini sudah berapa kali dia ingin mencuba gadis ini namun sentiasa tiada peluang untuknya. Kalau di kelab, dia hanya boleh menari dan itu bukan tujuan utamanya.

"Mell, please bagi I peluang."

"Peluang? Peluang apa bendanya you ni? Gila ke?" Armell pantas berdiri.

Melihat Armell berdiri, Rykal turut bangkit dari duduk. "I nak you."

"You takkan dapat apa-apa dari I, okay? I tak tak semurah itu!"

Lengan Armell diraih ke dalam genggamannya. "Please, Mell. Just once!"

"Hey, kenapa ni?" tegur satu suara dari belakang.

Segera Armell toleh kebelakang. Pantas kaki bergerak ke arah lelaki itu. Hans memandang wajah Armell. Selepas itu matanya beralih ke arah Rykal.

"Kau siapa?" soal Hans sambil menapak menghampiri Rykal.

"Kau tak payah sibuk. Ini urusan aku dengan dia."

"Urusan Mell, urusan aku. Kau ada masalah?"

Rykal ketawa sinis. "Berlagak jadi hero ya?"

Hans tergelak kecil. Kepala digeleng-gelengkan perlahan. "Tak. Nasib menyebelahi kau sebab hero tak ada harini. Kau patut bersyukur."

"Apa kau merapu ni? Eh aku rasa baik kau berhambus dari sini. Urusan aku dengan Mell tak selesai lagi."

Armell menarik lengan Hans. Bimbang kalau apa-apa yang akan terjadi.

"Aku rasa kau yang patut pergi dari sini. Aku tengok Mell macam tak selesa dengan kau."

"Mell, you sengaja kan Mell? Please Mell." rayu lelaki itu sambil mendekati Armell yang berdiri dibelakang Hans.

"Get away from her!" tubuh Rykal ditolak kuat sehingga dia terdorong beberapa langkah kebelakang. "Sebelum aku pecahkan mulut kau, baik kau berhambus sekarang!" jerkah Hans kuat.

Rykal betulkan baju tee yang dipakainya. Kepala diangguk perlahan. Jelas riak ketidak puashatian diwajahnya. "Kita tengok nanti. You tunggu, Mell." usai memberi amaran, kaki dihayun laju pergi dari situ.

"Dia memang selalu kacau kau ke?"

Armell menggeleng perlahan. "Dulu pernah. Tapi sekarang dia buat hal lagi."

"Dia nak apa sebenarnya tu?"

Armell menarik nafas panjang. "Takde apa. Aku rasa dia tu tak berapa nak betul la. Baru lepas minum kut itu yang buat gila tu."

Hans menggeleng perlahan. "Yang kau keluar sorang-sorang tak ajak Bella ni dah kenapa? Kau tahu tak berapa banyak bahaya dekat luar ni?"

"Lah, aku dah biasa kut macam ni. Kau jangan risau lah, aku okey. Rykal tu takkan berani buat apa-apa dekat aku."

Hans melepas nafas berat. Kalau dah itu kata Armell, dia tak boleh nak cakap apa-apa lagi.

"Balik lah. Bahaya tau!"

"Iye! By the way, thanks tau Hans. Kau selamatkan aku tadi." ucap Armell sambil menumbuk bahu lelaki itu. Dia tersengih lebar.

"Sekadar mengikut arahan. Goodnight, Mell. Take care!" seusai itu, Hans terus beredar dari situ.

Armell kerut dahi. Mengikut arahan? Arahan apa pula ni?


Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya