Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 17

SEJAK peristiwa itu, Armell seakan menjauhkan diri dari Bella. Sengaja dia menciptakan jurang diantara mereka. Bila difikirkan semula, ada betulnya juga sangkaan Hayy Mikael terhadap rakan-rakannya. Kalaulah betul Rykal inginkan dirinya, tak mustahil lelaki itu boleh meminta bantuan dari sahabat-sahabat rapatnya. Selagi tak dapat, dia takkan puas.

"Mell!"

Panggilan lantang itu langsung tidak dihiraukan. Langkah diatur lebih laju ingin pergi dari situ.

"Mell."

Akhirnya lelaki itu berjaya menyaingi langkah gadis yang diidamkannya selama ini. Bibir ditarik mengukir senyuman.

"Go away, Rykal! I tak nak bercakap dengan you."

"Jangan lah berjalan laju sangat. I penat lah."

"I tak suruh pun you kejar I. So apa masalahnya?"

Rykal ketap bibir. Menahan geram. Kenapa Armell susah sangat nak terima dia? Tidak ada sedikitpun kekurangan dalam dirinya. Semua perempuan tergila-gilakan dia. Kenapa gadis ini seorang sahaja yang menolak untuk bersamanya?

Langkah Armell terhenti serta-merta tatkala badan tegap lelaki itu berdiri betul-betul dihadapannya.

"Tepi lah!"

"Kenapa I nak kena tepi?"

"You ni kenapa? You nak apa dari I, Rykal?"

"I nak you." Perkataan nak sengaja ditekankan.

Armell melangkah sedikit ke kiri dan meneruskan perlajanan. Sewaktu dia mendahului Rykal, sengaja bahu lelaki itu dirempuh kuat.

"Hey, Mell. Look here. Only one night. Tolong lah..."

"I bukan perempuan murah. Pergi cari bohsia lain."

Rykal tergelak sinis. Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar sambil kaki berjalan mengikut langkah Armell. "Yeke? Kan ke you selalu ke kelab, menari-nari, minum? Bukan murah ke tu?"

Langkah Armell terhenti sekali lagi. Kepala segera ditoleh memandang Rykal. "Excuse me? Siapa you nak cap I ni perempuan murah? I tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki dan I tak pernah teguk langsung air kencing syaitan tu! Jaga mulut you bila bercakap."

Ketawa Rykal semakin menjadi-jadi. "Seronok tak kena peluk dengan I malam tu? Dengan keadaan you mabuk, oh! Tapi sayang, I sempat nak buat apa-apa hero dah datang." bibir sengaja dicebik.

Armell ketap gigi menahan amarah. Mendengar setiap kata-kata yang meluru keluar dari mulut lelaki itu cukup membuatkan darahnya tersirap.

"Mell, kalau lah hero tu sampai lambat sikit aje, mesti you dah jadi milik I kan? Memang menempah maut betul. Siapa jantan tak guna tu?"

Armell cebik bibir. Biarlah malaun itu bercakap sorang-sorang. Baru reti puas kut.

"Jawab lah, Mell!"

Soalan Rykal dibiar tanpa jawapan. Sengaja pandangan dibuang ke arah pokok-pokok yang menghijau. Sekejap ke arah tasik dan sekejap mendongak memandang langit.

Melihat reaksi selamba gadis itu membuahkan rasa sakit dihati Rykal. Lelaki seperti dia memang pantang dicabar. "Ikut I!" Segara lengan Armell dicengkam kuat dan ditarik mengikut langkahnya.

"Rykal! You nak bawak I pergi mana ni!" rontaan Armell langsung tidak menjejaskan pegangan itu. Apalah sangat kudrat dia jika hendak dibandingkan dengan kudrat seorang lelaki.

Dirinya diheret masuk ke dalam tandas awam yang berhampiran dengan taman tasik itu.

"Rykal, you nak buat apa ni?"

"I tanya, siapa lelaki tu?" soal Rykal lantas menolak tubuh Armell rapat ke dinding.

"Yang you sibuk sangat nak tau kenapa?!"

"Jantan tak guna tu cuba nak rampas you daripada I, you tak perasan ke?!" tengking Rykal.

Armell tergelak sinis. "Rampas? Hello, sejak bila I ni diisytiharkan menjadi kakasih you? Huh, rampas? Kelakar."

Tangannya bergerak menahan dada bidang milik Rykal yang semakin menghampiri.

"Jantan tu memang tempah maut dengan aku lah! Kalau aku jumpa, aku bunuh!"

"You ni dah kenapa?! Dia tak bersalah dalam hal ni, yang you nak libatkan dia dah kenapa?!"

"Sebab kalau dia tak muncul haritu, sudah tentu I dah dapat rasa you." suara Rykal kembali perlahan. Bahu Armell dielus menggunakan hujung jari.

"You ni gila!" hambur Armell seraya memukul kuat tubuh lelaki itu supaya menjauhkan diri darinya. Sungguh dia tak selesa dengan kedudukan yang rapat sebegini rupa.

"Memang I gila. Gilakan you." seusai menutur kata, terus wajahnya didekatkan ke arah leher gadis itu. Namun sayang sekali, gadis itu lebih pantas menahan bahu Rykal yang semakin mendekat.

"No, no, Rykal. Wait..."

Rykal berdiri tegak kembali. "Kenapa lagi sayang?"

Armell telan air liur. Mungkin ini salah satu cara untuk dia menyelamatkan diri. Nafas ditarik panjang dan dihembus keluar.

"I tengah period. Sorry, you have no chance."

Rykal angkat sebelah kening. Kalau begini tindak balas dari Armell, dia pasti yang gadis ini sebenarnya sudah perlahan-lahan menerima dia. Kalau tak dapat hari ini, hari lain masih ada.

"Okay, bukan harini." Rykal larikan kedua-dua tangan yang tadinya menongkat didinding.

"Tapi ingat! After one week, I'll find you. Mark my words."

"I janji."

"I akan tuntut janji you."

Armell pejam mata. Tersedar dia sudah terlepas kata. Yang kau pergi janji tu dah kenapa? Ah, bodohnya kau Mell!

Rykal tarik senyum sinis lalu segera mengorak langkah keluar dari situ.

Armell melepas nafas kuat. Bengang memikirkan kebodohan diri sendiri. Dah la bangang, bodoh pula tu! Akhirnya badannya tersandar lemah pada tembok dinding.

Nampaknya selepas ini dia perlukan seseorang untuk selalu menemaninya ketika berada diluar.

Hayy!


Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya