Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 29

"RUMAH makcik ni memang sunyi. Anak-anak semua dah besar, tinggal makcik sorang ajelah yang tinggal dekat rumah." cerita Mak Yam. Sungguh mesra bicaranya. Sejak tadi senyumannya tidak lekang dari wajah.

Armell turut tersenyum mesra. Syukur orang tua Hayy Mikael ikhlas menerima dirinya. Lelaki itu sudah menceritakan dan menjelaskan segala-galanya. Walaupun pada awalnya Mak Yam agak terkejut dengan kemunculan dan mendengar kisah latar belakang Armell, namun wanita tua itu membuka hati sepenuhnya menerima gadis itu tanpa rasa curiga dan ragu-ragu. Dia tahu, pilihan anak lelakinya yang seorang itu tidak pernah salah. Mana yang terbaik buat Hayy, itulah yang terbaik buatnya.

"Makcik, saya nak minta izin nak tumpang tidur sini untuk beberapa hari boleh tak makcik?" soal Armell sopan. Walaupun tadi Hayy Mikael sudah menyatakan hasratnya, namun dia perlukan kepastian sekali lagi dari Mak Yam dengan menyoalnya sendiri.

"Kan makcik dan cakap boleh... lagipun rumah ni sunyi, kosong. Kalau ada Mell, Mell boleh temankan makcik. Boleh sembang sama-sama. Makcik nak lah juga merasa hidup dengan anak perempuan."

Armell kerling sekilas pada Hayy Mikael. Ternyata betul apa yang lelaki itu ceritakan kepadanya selama ini. Mak Yam akan mudah mesra dengan anak perempuan. Wanita tua ini kelihatan begitu ramah melayannya dan buatkan dia rasa lebih disayangi.

"Kalau mak nak Armell duduk sini lama-lama, mak kena lah bagi Hayy nikah dengan Mell dulu. Nanti bila Mell dah jadi isteri Hayy, hari-hari mak boleh jumpa Mell." cadang Hayy Mikael selamba sambil memegang bahu Mak Yam yang sedang duduk disofa.

Mak Yam meletakkan tapak tangannya ke atas kekura tangan Hayy Mikael yang sedang memegang bahunya. "Mak terima siapa sahaja pilihan anak mak. Tapi Mell pun kena juga minta restu dengan ibu dan ayah Mell... insya-Allah, mereka boleh terima keadaan. Cuba dulu." nasihat wanita tua itu.

Hayy Mikael hanya diam memandang ke arah Armell. Dia juga pun sudah memujuk gadis itu supaya berterus-terang sahaja. Tapi kalau dah itu kata Armell, dia tak boleh buat apa-apa. Dia hormatkan keputusan Armell.

Armell tarik senyum paksa.

"Saya takut sebenarnya makcik. Lagi-lagi bila ada Hayy. Saya takut papa tak percayakan Hayy. Iyalah, saya dah rosak, lepastu tiba-tiba pula nak berkahwin dengan Hayy. Tentu papa ingat Hayy yang rosakkan saya. Sedangkan Hayy lah lelaki yang paling baik saya pernah jumpa atas dunia ni. Mana ada lelaki lain yang sanggup menerima gadis kotor macam saya ni, makcik."

Mak Yam hanya diam mendengar. Tiada kata-kata yang terungkap dari bibirnya. Ya, tidak dinafikan Hayy Mikael adalah seorang lelaki yang baik. Rasul Iman, arwah ayah Hayy Mikael, sangat tegas orangnya. Dari kecil hingga besar, sangat sempurna jagaannya. Malah lelaki itu juga di didik sempurna dengan ajaran agama dan berpegang pada agama.

"I rasakan, you ni terlalu overthinking lah Mell. Apa kata you masuk bilik dulu, you rehat. Pagi esok I nak bawa you jalan-jalan tengok kampung ni. Kan nanti you letih pula." cadang Hayy Mikael.

"No, I kenal papa I, Hayy... you tak kenal lagi siapa papa."

Ketika itu juga Hayy Mikael tersenyum. "Then, bawak I jumpa Tan Sri. I nak kenal siapa papa you." sinis bicaranya.

Akhirnya gadis itu terdiam. Mati kutu. Setiap kali berlawan mulut, pasti lelaki itu akan menang.

Mak Yam menyiku lengan Hayy Mikael. Satu jelingan diberikan kepada anak lelakinya yang sedang tersengih sumbing itu.

"Dah lah, esok-esok pula kita bincang pasal ni ya? Jom Mell, makcik tunjukkan bilik. Rehat tu biar cukup. Nanti sakit, susah." Mak Yam sudah bangkit dari duduk.

Armell senyum dan mengangguk kecil. Sewaktu dia berjalan melintasi Hayy Mikael, sempat lagi lelaki itu mengenyitkan mata ke arahnya. Eee, gatal!





ARMELL yang sedang duduk berjuntaikan kaki di atas pangkin kayu memerhati Hayy Mikael yang sedang mengait buah rambutan.

"Banyak lagi ke you nak kait tu? Baik you ambik je pokok tu letak dalam rumah. Kalau rasa nak makan je, petik lah."

Hayy Mikael mengawal nafas mengah. Peluh sudah merenik di dahi. Mendengar lawak yang tak berapa nak bodoh dari Armell itu buatkan kerjanya berhenti serta-merta.

"Ha ha ha, kelakar sangat lah tu."

Armell mencebik selamba. Dia ada buat lawak ke tadi? Rasanya takde kut.

"Sudah-sudah lah tu, Hayy... I penat tau?"

"Eh, I yang kait you pula yang penat."

"Yelah! Penat tengok." Armell mengeluh lemah. Rasanya dah macam-macam cara dan gaya dia duduk atas pangkin kayu ni. Punya lah lama Hayy kait rambutan. Bukannya nak jual pun.

Hayy Mikael tersenyum tatkala melihat gadis itu mengeluh. Galah panjang yang dipegang segera disandarkan pada pokok. Kaki dihayun menuju ke arah pangkin kayu dimana keberadaan Armell.

"You nak dengar I menyanyi tak?"

Armell kerut dahi. Mata memerhati tangan Hayy Mikael yang sedang mencapai gitar yang berada tidak jauh darinya. Tubuh dikesotkan sedikit ke kiri memberi ruang untuk lelaki itu duduk.

"Menyanyi? You pandai ke menyanyi?"

Kedengaran lelaki itu tergelak kecil. Gitar yang berada di dalam dakapannya dipukul dua kali. "Itu la you tak tahu."

Hayy Mikael berdeham membetulkan suara. Gitar miliknya dipeluk kemas. Perlahan-lahan jari memetik tali gitar bagi menimbulkan irama lagu.

Di antara beribu bintang, 
hanya kaulah yang paling terang,
Di antara beribu cinta, 
pilihanku hanya kau sayang.

Takkan ada selain kamu,
dalam segala keadaanku,
Cuma kamu ya hanya kamu,
yang selalu ada untukku.

Maafkan aku yang selalu menyakitimu,
Mengecewakanmu dan meragukanmu,
Tersadar aku bila kamu yang terbaik,
Terima aku, mencintaiku apa adanya.

Di antara beribu bintang, 
hanya kaulah yang paling terang,
Di antara beribu cinta, 
pilihanku hanya kau sayang.

Takkan ada selain kamu,
dalam segala keadaanku,
Cuma kamu ya hanya kamu,
yang selalu ada untukku...

Armell terpanar seketika. Barangkali terbuai dengan nyanyian lelaki itu. Tidak sangka disebalik wajah kacak lelaki ini, juga tersimpannya suara yang sungguh merdu!

"Dah seronok dengar I nyanyi tu, boleh lah kita balik rumah mak ayah you pula esok." cadang lelaki itu selamba.

Armell sedikit tersentak. "Hah?"

"You tak payah nak hah hah sangat. Esok, kita balik rumah ayah you."

"Tap..tapi..."

"No excuse, sayang... I tak sabar dah ni nak nikah dengan you! Cukup lah tu 3 hari you dekat sini. Lama-lama you dekat sini pun tak mengubah apa-apa jugak."

Armell buat muka jengkel. Melihat gelagat lelaki itu buatkan dia sedikit menyampah dan seram sejuk. Gediknya!

"You jangan nak gelojoh sangat boleh tak?"

Hayy Mikael yang tadinya tersengih, makin melebar sengihannya. Armell telan liur. Lain
macam pula sengihan lelaki itu. Macam nak ngap dia aje!

"Kalau I gelojoh, I tak tunggu nikah tau..." bicara Hayy Mikael perlahan. Baru saja dia mengacah ingin merangkak ke arah Armell, gadis itu sudah gelabah berlari turun dari pangkin.

Meletus tawa Hayy Mikael. Tau pun takut! Haha!


Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya