Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 53

ARMELL menghampiri Tan Sri Hazahar yang sedang duduk membaca surat khabar diruang tamu. Kaki berjalan mendekati sofa berangkai satu yang sedang diduduki Tan Sri Hazahar.

Liur ditelan sejenak sebelum mengambil nafas.

"Papa," panggil Armell. Senyuman nipis terhias dibibirnya.

Tan Sri Hazahar angkat wajah. "Ya?"

"Nanti Mell nak keluar dengan Huzzair. Boleh?"

"Boleh. Takde masalah, pergi ajelah."

Armell memutar hujung rambut menggunakan hujung jari. Sememangnya itu tabiat yang dia selalu buat bila nervous. "Tapi... Kitaorang nak pergi rumah Hayy. Boleh ya, pa?" Soalnya takut-takut.

Mendengar nama Hayy Mikael, terus tercantum kening Tan Sri Hazahar. "Rumah Hayy? Buat apa? Malam-malam macam ni pergi rumah dia nak buat apa?"

"Diorang ada buat bbq malam ni. Huzzair pun ada. Boleh ya?"

"No."

"Alaaa... Huzzair kan ada. Lagipun Mell dah lama tak jumpa Huzzair kan?" Pancing Armell. Dia yakin, kalau sebut je nama Huzzair, pasti papa akan setuju.

"Tak payah lah... Dibuatnya Hayy tu apa-apakan kamu, macam mana?" Tan Sri Hazahar mula buruk sangka.

Armell tergelak lucu. "Eh apa lah papa ni. Takkan lah Hayy berani nak buat macam tu dekat Mell. Kan ramai nanti. Hans ada, Arash ada, Evelyn pun ada. Huzzair sendiri pun ada. Papa jangan risau, okay?"

Tan Sri Hazahar mengecilkan mata. "Bukan Mell masih tak ingatkan Huzzair lagi ke? Sampai Hayy yang datang sini jenguk Mell. Kononnya lah tak selesa dengan Si Huzzair tu! Ni harini, kenapa tiba-tiba pula excited nak jumpa ni?"

Armell terdiam seketika. Konon? Mana ada konon lah! Betul lah orang memang tak selesa pun dengan dia! Grrr! Geram betul.

Sengih ditarik melebar. "Itu minggu lepas, pa. Sekarang Mell dah selalu berhubung dengan Huzzair. Kira dah selesa sikit laaa dengan dia tu... Lagipun ni sebenarnya Huzzair juga yang ajak tau?" Autanya. Walhal selama ini tak pernah langsung pun dia berhubung dengan Huzzair.

"Papa boleh percaya ke dengan Mell ni?" Soal Tan Sri Hazahar ragu-ragu.

"Papa kena lah percaya. Lagipun Mell nak tenangkan fikiran. Boleh luangkan masa dengan Huzzair." Armell kerdip mata dua kali sambil menayang wajah simpati. Berharap Tan Sri Hazahar benarkan dia pergi.

"Setakat nak luang masa tu, kenapa tak keluar berdua je? Kenapa perlu ada Hayy sekali?" Risik Tan Sri Hazahar lagi.

Armell mengeluh perlahan. "Papa, ada ke orang buat bbq, makan dua orang je? Dah alang-alang Hayy dengan Hans buat tu, mestilah dia ajak ramai. Lagi-lagi Huzzair. Abang dia sendiri kut, mesti lah kena ada sekali. Sebab tu Huzzair ajak Mell pergi sekali ni. Ala, boleh lah papa... Please..." Pujuk Armell.

Surat khabar yang dipegang sedari tadi diletak diatas meja. Cermin mata turut dibuka dan disangkut pada leher baju. "Mell tahu kan, Hayy tu bekas tunang Mell? Nak cari nahas lagi?"

"Alah papa tak payah risau lah pasal tu. Sebab Mell nampak dia macam dah tak sukakan Mell pun. Macam takde perasaan je. Macam dah benci sangat dengan Mell pun ada." Armell mencebik sedih.

"Yeke?"

"Ye, dia layan Mell pun kasar sekarang tau, pa. Kadang-kadang takut pula bila tengok muka tak beremosi dia tu. Macam nak ngap orang!" Ini dia tidak menipu.

Betul, memang Hayy Mikael dah berubah sekarang. Dah macam bukan Hayy. Mungkin lepas ini dia kena panggil lelaki itu Mikael kut. Sebab Hayy yang dulu macam dah mati.

"Pukul berapa nak balik?"

Armell membulatkan mata. Oh yes! Dah ada tanda-tanda lampu hijau tu! Haha.

"Mungkin pukul 10. Tak apa, nanti Mell pesan pada Huzzair, suruh hantar anak kesayangan Tan Sri ni balik sebelum pukul 10, okay?" Armell menyengih. Gembira!

Tan Sri Hazahar diam sejenak sebelum mengangguk setuju. Surat khabar di atas meja dicapai kembali.

"Boleh? Boleh! Yeay! Thankyou papa!" Satu kucupan dihadiahkan dipipi kiri papanya sebelum dia berlari masuk ke bilik. Teruja nak jumpa singa tua tu sebenarnya.

"SAYANG, tolong hulurkan pinggan tu." Pinta Hayy Mikael.

Armell tergamam. Laju kepalanya berpaling ke arah 'sayang' yang dimaksudkan oleh lelaki itu. Terkejut. Hampir jatuh ke tanah rahangnya saat melihat Evelyn bangun dan berjalan menghampiri Hayy Mikael.

Mereka bercinta? Oh patutlah sejak dia sampai tadi, nampak dua ketul itu bergurau mesra lain macam aje. Armell ketap gigi. Panasnya hati!

"Armell, awak okay?" Soal Nawal yang sedar akan perubahan riak wajah Armell. Walaupun mereka saling tidak mengenali, tetapi wanita itu sungguh baik dengannya.

Armell ukir senyum nipis. Wajah lembut isteri Arash itu dipandang. Memang cantik. "Saya okay."

Mereka sekarang sedang duduk di bangku memerhati kaum lelaki yang sedang memerah keringat di pemanggang api. Biarlah. Itu kerja kaum dia. Dah ramai dah tu. Hayy, Huzzair, Hans, Arash.

"Mell, nah."

Armell angkat wajah. Memandang pinggan polisterin yang berisi sosej dan ayam yang dihulur Evelyn. "Untuk I?"

Evelyn mengangguk laju seraya tersenyum manis. "Ya. Huzzair yang suruh I bagi dekat you."

Oh Huzzair. Ingatkan Hayy. Wait! Apa yang kau harapkan daripada lelaki itu, Mell? Hayy sukakan Evelyn. Bukan kau.

"Thanks." Senyuman nipis dilontarkan kepada Evelyn.

"Awak bertunang dengan Huzzair tu dah lama ke?" Soal Nawal sekadar berbasa-basi.

Armell toleh memandang Nawal. Dia diam sejenak seakan sedang berfikir. "Tak tahu." Jawabnya ringkas.

Kening tebal Nawal tercantum. "Tak tahu?"

"Entah lah, saya tak ingat." Armell garu kening yang tidak gatal.

Kali ini giliran Nawal pula yang terdiam. Tiba-tiba rasa nak ketuk kepala sendiri. Macam mana lah dia boleh terlupa bahawa Armell mempunyai amnesia.

"Sorry, saya lupa keadaan awak sekarang." Ucap Nawal.

"It's okay. Lagipun saya rasa, saya lebih suka kehidupan saya yang sekarang. Sebab saya tak tahu macam mana kehidupan saya yang dulu. Sebab mama cakap, sekarang saya lebih ceria berbanding dulu." Jelas Armell.

"Yeah, you now look cheerful than ever!" Celah Evelyn lalu melabuhkan duduk disebelah Armell.

Armell senyum canggung. Baru sahaja dia ingin bersuara, tiba-tiba satu suara garau datang memotong.

"Sayang, air you ni. Kenapa letak dekat panas tu. Kang cair gelas ni dibuatnya." Ujar Hayy Mikael lalu menghulurkan cawan polisterin kepada Evelyn.

"Eh sorry, lupa! Hehe, thankyou!"

Armell hanya menjadi pemerhari diantara mereka berdua. Tajam matanya merenung wajah selamba Hayy Mikael. Namun apa yang buat dia lebih kecewa, lelaki itu seperti menganggap dia tidak wujud langsung disitu. Pandang pun dah tak sudi. Liur yang terasa kesat ditelan payah. Sakitnya hati, Ya Allah.

Jadi betul lah apa yang dia pernah anggap suatu ketika dahulu sebelum mereka bertunang. Evelyn memang ada menyimpan perasaan terhadap Hayy Mikael. Dan lelaki itu juga pun sama. Kalau tidak, masakan mereka boleh bercinta sekarang? Kalau dah ber'sayang-sayang' tu, kira bercinta lah tu.

Anak cina, pergi cari buluh. Dah terang lagi nak bersuluh? Huh!

"Mell, awak nak apa-apa lagi tak?" Soal Huzzair yang semakin menghampiri. Senyuman manis dihadiahkan kepada Armell.

Armell juga turut tersenyum manis. Ikhlas. Huzzair terlalu baik dengannya. "It's okay, saya dah kenyang."

"Lah, takkan dah kenyang? Makan lah lagi."

"Dia diet tu, bang." Sampuk Hans yang sedang mengibas. Arash yang berdiri disebelah Hayy Mikael ketawa mengekek.

Huzzair pula sudah tergelak lucu. "Aik? Betul ke? Awak diet eh?"

Satu jelingan tajam diberikan kepada Hans sebelum bebola mata beralih kembali memandang Huzzair. "Mana ada lah!"

"Okay, okay. Nanti kalau rasa nak makan lagi, panggil aje saya. I'm here for you." Ujar Huzzair lalu mengorak langkah ke arah Hans yang sedang menjaga makanan.

"Eh apa ni sayang... Makan pun comot ke? Meh sini I lap. Nawal, tolong hulurkan saya tisu." Pinta Hayy Mikael lembut.

Ya Allah, sakitnya telinga dengar! Nak pula bila melihat Hayy Mikael bergurau mesra bersama Evelyn seolah dunia ini mereka yang punya. Rasa macam nak angkat kaki dan terus blah je! Menyesal dia datang. Buat penat teruja saja dekat rumah tadi. Punya lah dia beria pujuk Tan Sri Hazahar semata-mata ingin ke rumah Hayy Mikael. Alih-alih, ini yang dia dapat.

"Hayy, stop la..." Pinta Evelyn.

"You tu makan comot. Sini lah I nak lapkan! Jangan lah mengelak."

Armell ketap gigi. Tak boleh jadi ni. Darah dah mula tersirap. Dia tak boleh lihat semua ini. Hayy Mikael, dia yang punya!

Tanpa amaran, terus dia bangun dan menarik tangan Hayy Mikael menjauh dari orang ramai. Dia tahu, semua yang disitu terkejut dengan tindakannya tetapi masing-masing hanya mampu memerhati sehinggalah dia dan Hayy selamat masuk ke dalam rumah.

"Mell kau dah kenapa ni?!" Marah Hayy Mikael. Dia sendiri pun sebenarnya terkejut dengan tindakan berani Armell itu.

"Awak tu yang kenapa? Awak sengaja nak sakitkan hati saya kan?!" Tengking Armell.

"Apa pulaknya?"

"Apa pulak apa?! Awak buat macam saya tak wujud kat luar tu! Awak bercinta dengan Evelyn kan?"

Hayy Mikael diam.

"Jawab lah, saya tanya ni!" Tengking Armell lagi sambil memukul dada bidang milik lelaki itu.

Hayy Mikael masih diam tidak berjawab.

"Hayy, I'm talking to you! Answer me!" Dan tubuh Hayy Mikael ditolak sekuat hati sehingga lelaki itu terdorong beberapa langkah ke belakang.

"Yes! I'm in love with her! Aku cintakan Evelyn, so what?"

Armell sedikit tergamam. Bergenang air matanya saat pengakuan itu menampar gegendang telinganya. Hatinya terasa dicarik dan dilumat. Inikah perasaan Hayy Mikael bila dia mengaku yang dia cintakan Huzzair? Walaupun dia tidak mengingati langsung detik itu.

Rasa nak menangis. Tapi Armell sedaya-upaya cuba menahannya.

Melihat Hayy Mikael yang melangkah ingin meninggalkannya, laju dia memanggil.

"Saya cintakan awak, kenapa awak buat saya macam ni?" Soal Armell perlahan. Jauh saja kedengaran suaranya.

"Aku buat kau macam apa?" Soal lelaki itu malas.

Dan bila Hayy Mikael ingin melangkah pergi, Armell menghentikan langkah lelaki itu dengan memeluknya dari belakang. Erat pelukan itu sehingga membuatkan Hayy Mikael tergamam.

"I love you so much... Jangan tinggalkan saya. Saya cintakan awak. Awak lah lelaki pertama dalam hidup saya. Please, don't leave me." Mendayu suara gadis itu.

Hayy Mikael pejam mata sejenak. Lama. Sehingga dia sendiri meleraikan pelukan itu dan berpaling memandang gadis itu. Kedua-dua tangan diletakkan di atas bahu Armell. Dia menunduk sedikit supaya matanya separas dengan mata gadis itu. Satu keluhan terlepas dari mulut Hayy Mikael.

"Okay look. Aku rasa kau tak sedar apa yang kau cakap sekarang."

"No! Saya sedar!"

"Kau tak sedar, sebab kau masih belum sembuh. Kau masih belum pulih dari ingatan asal, Mell. Sebab tu kau boleh bercakap macam ni. Percayalah kata-kata aku, bila kau sembuh nanti, pasti kau menyesal sebab cintakan aku. Trust me." Ujarnya panjang sambil mata menikam tajam ke dalam anak mata Armell.

Armell menggeleng laju. "Tak! Kenapa saya nak menyesal?"

"Sebab kau yang sebenar, cintakan Huzzair! Bukan aku! You said it loud and clear, Armell! Aku masih ingat pengakuan kau tu sampai sekarang!" Tempelak Hayy Mikael seraya menegakkan tubuhnya kembali.

"Tapi itu dulu Hayy! Sekarang saya dah tak kenal siapa Huzzair. Kenapa awak nak salahkan saya dalam hal ni? Bukan saya yang minta untuk jadi macam ni."

Hayy Mikael tergelak sinis.

"Ini bukan sebab aku salahkan kau. This is about you and your 'saya-tak-nak-lukakan-hati-tunang-saya'." Hayy Mikael mengulang semula kata-kata yang pernah gadis itu katakan kepadanya dulu.

Armell terdiam.

"Ingat? Kau takkan ingatkan? I told you, sebab kau belum sembuh sepenuhnya. Nanti bila kau dah ingat, datang cari aku."

"Hayy, wait!" Pantas lengan kekar Hayy Mikael dipaut. Gagal manahan tangis, akhirnya meletus juga esakkan kecil dari mulutnya. "Jangan tinggalkan saya."

"Don't cry!" Keras suara Hayy Mikael melarang.

Lagi kuat esakkan Armell.

"I said stop, Armell! Stop crying!" Tegas suaranya namun dalam intonasi suara yang agak perlahan.

Armell menggeleng dalam esakkan. "Awak jahat! Awak jahat Hayy!" Laju tangannya naik memukul dada sasa Hayy Mikael.

"Eh sakit! Sakit lah Mell! Apa ni?!" Pantas tangannya menangkap tangan kecil Armell yang sedang memukulnya. Digenggam kemas agar tidak terlepas. Mata gadis itu direnung dalam.

"Stop crying... Aku tak suka tengok kau menangis. Lap air mata kau. Pergi cuci muka." Arahnya dan tangan Armell dilepaskan. Nafas dihela berat sebelum dia mengatur langkah laju keluar dari rumah.

Previous: Bab 52
Next: Bab 54

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya