Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 27

MEREKA tiba di Malaysia pada pagi keesokannya kerana Hayy Mikael mengambil penerbangan yang paling awal untuk ke Malaysia. Tiba saja di tanah air, mereka tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya menginap dihotel berdekatan untuk sementara waktu.

Kepulangan Armell yang secara tiba-tiba inipun langsung tidak diketahui oleh keluarganya. Mana mungkin dia munculkan diri didepan Tan Sri begitu saja dan menyatakan hal dan hasrat sebenar. Nak mampus ke awal apa?

"Nah."

Armell yang sedang duduk disofa lobi hotel itu pantas angkat wajah memandang Hayy Mikael. Lelaki itu hanya tersenyum seraya menghulurkan kad akses bilik kepada Armell. Kad yang masih dipegang oleh lelaki itu dipandang tanpa rasa ingin untuk mengambilnya. Wajah Hayy Mikael dipandang ragu-ragu.

"Ini kad akses I? Kad you mana?"

Mendengarkan soalan itu, Hayy Mikael tarik senyum senget. Tak cakap banyak, terus tangan Armell ditarik masuk kedalam lif. Lif berhenti ditingkat 9. Lambat-lambat Armell berjalan keluar mengikut Hayy Mikael.

"Inilah kad bilik kita." jawab lelaki itu selamba. Kad akses yang dipegang sedari tadi disentuh pada pintu bilik hotel. Sedangkan tanpa disedarinya, setiap tindak-tanduk dan percakapannya itu telah mengundang rasa takut pada diri Armell. Tragedi hitam yang baru saja berlaku pada tempoh hari masih menghantui dirinya.

"Hayy, tolong jangan apa-apakan I." tegas Armell dengan suara yang kedengaran sedikit bergetar.

Menyedari bahawa perubahan wajah Armell dan juga reaksi gadis itu terhadap dirinya, pantas dia menggeleng laju. Sungguh dia terlupa dengan keadaan Armell yang masih belum baik sepenuhnya itu. Pasti gadis itu cuak dengan dirinya.

"No, no, Mell. I'm sorry, I takde niat nak takut-takutkan you."

Hayy Mikael mengundur beberapa langkah kebelakang memberi ruang untuk gadis itu melangkah masuk. "Masuklah. Ini bilik you. Kalau you nak apa-apa, I ada dibilik sebelah."

Armell menarik nafas panjang. Dia masih trauma dengan insan yang bernama lelaki. Selagi namanya lelaki, selagi itu kau akan tetap ada nafsu. Bikin cuak aje!

Kad akses itu bertukar tangan. Baru beberapa tapak dia melangkah ke dalam, kedengaran Hayy Mikael memanggil namanya. Pantas dia berpaling.

"Sorry,"

Mendengar kata maaf dari lelaki itu, Armell lantas mengangguk perlahan. Dia tahu Hayy bukan lelaki seperti Rykal.





"YOU duduk menungkan nasi tu, bukan boleh kenyangkan perut you pun," ujar Hayy Mikael.

Sejak dari tadi lagi tangan Armell asyik menguis nasi di dalam pinggan. Dia memaksa tekaknya menerima makanan yang setiap kali ditelan. Terasa perit setiap kali nasi melalui dikerongkongnya.

"I takde selera lah."

Hayy Mikael merenung wajah Armell. Tidak semena-mena sudu dan garpu yang dipegangnya dilepas. Tapak tangan bergerak ingin menyentuh dahi gadis itu, namun Armell lebih pantas mengelak. "Apa you ni?"

"I nak rasa dahi you. Demam ke tidak..."

"I okay lah. Tak sihat sikit aje."

"Betul?"

"Ye... betul,"

Hayy Mikael sengaja menyepetkan mata. Entah nak percaya ataupun tak dengan jawapan Armell itu.

"I okay lah Hayy!" marah Armell. Perlu ke Hayy tenung dia macam tu? Geram betul!

"Ke you risaukan mak dengan ayah you? Apa reaksi diorang bila tau pasal you dan apa tanggapan diorang bila you tiba-tiba aje nak kahwin?"

Armell mengeluh lemah. Sakit otak betul bila fikirkan soal itu. Apa kata papanya jika mengetahui bahawa dia tidak suci lagi? Dengan tiba-tiba nak kahwin pula tu. Tak ke mereka timbul syak wasangka pada Hayy Mikael nanti?

"Memang dari tadi I fikir pasal itu pun..." ujarnya perlahan. Kedengaran perlahan sahaja. Siapa aje yang tak kecut perut jika mahu menyatakan hal sebenar pada ibu dan ayah? Lagi-lagi dengan isu sensitif seperti itu. Tak ke naik hantu Tan Sri nanti? Baru saja membayangkannya, itu pun sudah cukup seram. Belum lagi terjadi.

"You jangan risau, I yakin yang ayah you akan faham. Lagipun, bukan you yang minta untuk semua ini terjadi. Esok siap-siap, kita balik ke rumah mak ayah you. I akan tolong you jelaskan semua benda kepada ayah you, okay?"

"No... taknak... I takut." laju Armell menggeleng.

"I akan temankan you, Mell."

"Taknak! I belum bersedia lagi untuk hadap muka diorang. I boleh bayangkan macam mana reaksi papa bila dia tahu pasal ni."

Hayy Mikael mengeluh perlahan. Tubuhnya disandarkan pada kerusi. "Macam ni lah, apa kata kita balik dulu rumah mak I dekat kampung. You boleh bermalam disana selama mana yang you nak. Sampailah you bersedia untuk bersua dengan mak ayah you." Cadang lelaki itu.

"Takpe ke? I segan lah, Hayy. You ada adik-beradik perempuan tak?"

Lelaki itu hanya tersenyum dan menggeleng. "Tak ada... adik-beradik I semuanya lelaki. I ada abang sulung, dan adik bongsu I, Hans."

Mendegarkan itu, laju gadis itu menggeleng. Lagilah dia segan! Semuanya lelaki. Tak mahu lah!

"Taknak lah Hayy... I segan dengan abang you."

"Abang I takde, Mell. Dia sibuk dengan urusan perniangaan. Lagipun abang I tu public figure. Orang yang dikenali ramai. Jadi dia tersaaangatlah sibuk." terang Hayy Mikael seraya tersengih lebar.

Mulut Armell hanya berbentuk 'o' tatkala mendengar penerangan dari Hayy Mikael. Tak sangka pula lelaki ini mempunyai abang yang sangat dikenali ramai. Tapi kenapa dia tak kenal? Dikenali ramai apanya? Aku pun tak kenal. Sempat lagi Armell berseloroh didalam hati.

"Mak you okay ke dengan I? Maksud I, cara I ni. Lagi-lagi bila dia tahu siapa sebenarnya diri I, boleh terima ke mak you?" soal Armell ragu-ragu. Iyalah, Hayy Mikael berasal dari keluarga yang baik-baik. Risau juga dia sekiranya ibu dan ayah lelaki itu tidak menerima gadis liar sepertinya.

Sekali lagi Hayy Mikael menghela nafas. "Insya-Allah, mak I boleh terima you. Lagipun dia tak ada anak perempuan. Jadi bila you muncul dalam keluarga I, sekurangnya boleh menceriakan hari-hari mak I tu. Betul tak? Dan I percaya, yang dia akan sayang you lebih daripada anak-anak lelaki dia."

Armell menunduk. Liur ditelan bagi membasahkan kerongkong. Kata-kata dan pujukan Hayy Mikael itu sedikit sebanyak melegakan hatinya yang sedang gundah-gulana. Ternyata lelaki itu pandai mencairkan hatinya. Macam manalah dia tak jatuh cinta dengan Hayy Mikael? Bikin angau!


Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya