Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 57

"MAMA," kepala yang melentok dibahu Puan Sri Nora mendongak sedikit memandang wajah ibunya.

"Mell dengan Huzzair dulu rapat tak?"

Wanita berusia lewat 40-an itu tersenyum nipis lantas mengangguk perlahan. "Mesti lah rapat. Dulu Huzzair selalu datang sini tau?"

"Yeke?"

"Yelah, sejak Mell bertunang dengan dia, makin kerap dia datang. Papa pun suka dengan Huzzair tu." Ujar Puan Sri Nora.

"Tapi kenapa papa tak sukakan Hayy? Hayy ada salah apa-apa ke pada keluarga kita?" Soal Armell naif.

Wajah polos Armell sudah menjelaskan segala-galanya. Gadis itu memang tidak mengingati apa-apa tetang kisah silamnya.

Puan Sri Nora menghela nafas perlahan.

"Memang dia ada salah dengan papa. Sejak Mell putus tunang dengan Hadry dulu, papa mula letak syarat kepada lelaki-lelaki yang nak memperisterikan anak dia. Syarat dia, lelaki itu mesti bujang dan belum berkahwin. Papa memang tak suka anak gadis dia berkahwin dengan suami orang. Dan Hayy? Hayy tu suami orang, dah kahwin. Tak hairan la kalau papa tak sukakan dia."

Dengan itu, pantas Armell angkat wajah dan kembali duduk menegak. Tak salah dengarkah dia?

"Apa mama cakap ni?"

"Ha? Mama cakap apa?"

"Hayy suami orang? Are you serious?" Jantung mula berdetak laju. Takut ingin mendengar jawapan Puan Sri Nora. Adakah kenyataan Rykal tempoh hari benar?

"Ya betul, Hayy suami orang. Dia bukan bujang macam yang Mell fikir tau?"

Mendengar jawapan itu, kepala digelengkan perlahan. Tak mungkin. Kalau betul Hayy punya isteri, kenapa dia tidak pernah melihat isteri Hayy setiap kali dia pergi ke rumah lelaki itu? Dan kalau betul Hayy dah kahwin, kenapa Hayy mengaku bahawa dia mencintai dirinya sedangkan lelaki itu boleh sahaja mencintai isterinya sendiri? Kalau dah kahwin, mesti cinta kan?

"Tak. Kenapa Mell tak pernah nampak pun isteri dia?" Soal Armell. Seolah tidak dapat menerima kenyataan.

Puan Sri Nora tersenyum nipis lalu menggeleng. "Isteri dia dah meninggal tiga tahun yang lepas, di Melbourne. Dengar cerita dari Huzzair dulu, arwah isteri dia meninggal dalam tidur."

Makin terkedu Armell jadinya. Kenyataan itu terlalu kukuh untuk dia tidak percaya.

"Maksud mama, Hayy duda? Dah pernah kahwin? Tapi kenapa dia tak pernah terus terang pada Mell pun?" Soal Armell. Ada gentar di dalam suaranya. Kecewa.

Diam Puan Sri Nora membuatkan dia lagi rasa nak menangis. Peha Puan Sri Nora digoncang perlahan. "Mama, I'm asking you."

"Nak tahu kenapa dia tak pernah berterus-terang dengan kamu?"

Segera Armell kalih memandang Tan Sri Hazahar yang tiba-tiba muncul diruang tamu.

"Sebab dia nakkan Mell semula. Buat apa dia nak terus terang kalau itu yang membuatkan Mell benci pada dia?"

Armell diam. Dia tidak boleh menyuarakan apa-apa kerana dia masih keliru. Dalam situasi ini, ya! Dia lebih percayakan kedua-dua orang tuanya.

Anak mata bergerak memerhati langkah Tan Sri Hazahar yang menghilang ke dalam bilik. Selang beberapa saat, lelaki berumur separuh abad itu menghampiri bersama sesuatu di dalam genggamannya. Lantas dihulurkan kepada anak gadisnya.

Armell renung cincin berlian itu sebelum perlahan-lahan mengambilnya. Kenapa dia seperti pernah melihatnya sebelum ini?

"Cincin tunang Mell dengan Hayy tiga tahun lepas. Ambil cincin tu. Cuba kembalikan peristiwa lepas. Kenapa kamu tinggalkan dia, dan kenapa cincin tu ada dengan papa. Jawapan ada pada cincin tu. You'll remember who is he." Jelas Tan Sri Hazahar.


ARMELLbersandar di kepala katil. Cincinberlian cantik itu ditilik lama. Hatinya sebak setiap kali jemarinya bermain dengan cincin itu. Terasa dia kehilangan sesuatu. Terasa dia mendambakan sesuatu.

Betulkah Hayy sudah berkahwin? Benarkah dia pernah tinggalkan Hayy suatu ketika dulu?

I cintakan you Mell. Jangan buat I macam ni.

Auchh! Pantas kedua-dua tangannya naik memegang kepala. Suara siapa yang melekat di dalam kepalanya? Mata dipejam rapat meredakan sakit yang tiba-tiba menyengat.

Cincin tu buang! Papa tak mahu tengok lagi cincin tu ada dalam rumah ni!

Suara asing itu silih berganti berlegar di dalam kepalanya. Makin bertambah denyutan di dahi. Dan selepas itu, terlayar pula wajah Hayy Mikael diruang memorinya. Bersilih ganti pula dengan wajah bengis Tan Sri Hazahar.

Otak mula berkerja keras. Semakin banyak peristiwa lepas yang kembali berlegar di memori ingatannya.

Makin banyak peristiwa yang dia ingat, makin bertambah sakit hatinya. Namun sakit itu tidak setanding sakit dikepalanya ketika ini. Kepala terasa bagai mahu meletup. Mata dipejam seerat mungkin. Sakitnya tak terungkap.

Dan dengan penuh kebencian cincin yang berada di dalam genggamannya itu dibaling kuat pada dinding.

Ting! Ting!

Cincin yang sudah bergolek di atas lantai itu tidak dipedulikannya. Mengalir air matanya dek menahan sakit dikepala dan juga impak daripada ingatannya yang telah kembali. Segala bantal dan selimut yang berada di atas katil itu dilemparkan ke dinding. Dia meraung sekuat hati.

"Kenapa kau buat aku macam ni, Hayy! Kau penipu!"

Kalaulah dia tahu begini rasa sakitnya mengingati kisah silam, dia rela untuk tidak sembuh walau hingga ke akhir hayat.

"Mell! Ya Allah, kenapa ni? Mell!" Puan Sri Nora meluru ke arah katil sebaik sahaja pintu bilik dikuak luas. Terbuntang matanya saat melihat keadaan bilik yang sudah bersepah.

Tubuh Armell yang meraung itu dipeluk erat.

"Hei, Mell! What's wrong?! Kenapa ni?"

Tubuhnya melembik di dalam pelukan Puan Sri Nora. Tangisan mendayunya menyapa halwa telinga sang ibu lalu belakang tubuh anak gadisnya digosok perlahan. Cuma menenangkan.

"Mell bencikan Hayy, mama. Mell bencikan dia!" Segala rasa hatinya dihamburkan kepada Puan Sri Nora.

Dia memang tidak boleh menerima semua ini. Walaupun sudah kali kedua, lelaki itu tetap tidak berlaku jujur dengannya.

Kenapa, Hayy?

Hatinya merintih sayu.

"Shhh... Jangan ingat lagi sayang. Jangan kenang perkara yang lepas." Pujuk Puan Sri Nora. Umbun-umbun Armell dikucup lembut.

Armell menggeleng dalam esak tangis. "Sakitt sangat mama..."

"Shhh... Stop crying." Tubuh Armell ditolak perlahan. Jemarinya bergerak mengangkat dagu anak gadisnya itu agar bertentang mata dengannya.

"Next week, you're getting married. Lupakan kisah silam. Mulakan hidup baru bersama bakal suami Mell nanti. Huzzair. Dia yang terbaik buat Mell. Hayy is your past, and Huzzair is your future."

Armell menyedut air hidung. Esakan kecilnya masih lagi kedengaran. Wajahnya yang sudah comot dengan air mata dilap menggunakan tangan.

"Mell nak jumpa dia sekarang." Tekad Armell.

"Jumpa dia buat apa?"

"I need to see him, now." Putusnya lalu lekas-lekas turun dari katil. Tuala yang tersidai dikerusi dicapai lalu kaki melangkah masuk ke dalam bilik air.

Previous: Bab 56
Next: Bab 58

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya