Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 61

ARMELL cantik dengan sepersalinan gaun berwarna ungu cerah yang direka khas untuknya. Begitu juga dengan Evelyn dengan gaun sepersalinan berwarna krim sedondon dengan Huzzair. Tema resepsi mereka ialah Fairy Garden Wedding. Dengar cerita, ini semua dirancang oleh Huzzair dan Hans.

Bunga yang cantik terhias kebanyakan bunga ros merah jambu yang diimport dari luar negara. Ya, salah satu bunga kegemaran Hayy Mikael. Melihat saja tema Fairy Garden Wedding itu, Armell sudah tersenyum lebar. Bijak Hans dan Huzzair merancang.

"Gementar ke?" Bisik Hayy Mikael ke telinga isterinya.

Armell senyum segaris. "Sikitlah."

"Takpe, pegang tangan abang."

Armell mengangguk kecil. Tangan Hayy Mikael digenggam erat. Nafas ditarik dalam dan dihela perlahan. Cuba untuk menenangkan hati sendiri.

Kepala didongak memandang sang suami. "Kenapa Mell pendek sangat ni?"

Hayy Mikael tertawa halus. Tawa yang sentiasa menggetarkan jiwa seorang Armell. "Sempat lagi tu."

"Yelah, memang betul. Ke abang yang tinggi sangat ni?" Soal Armell sambil mendongak memandang Hayy Mikael.

"5 feet 11.26 inches is equal to 181 centimeters. Normal lah kan?" Bisik Hayy Mikael lagi.

Ha yelah, memang normal sangat pun. Sampai berbeza 20 cm dengan ketinggiannya. Jauh sangat beza tu oi!

"Em, nope! Tak normal. Mell rasa Mell yang normal. Abang ni bukan manusia. Tapi tiang lampu bergerak!" Armell akhirnya ketawa mengekek. Lucu bila bayangkan tiang lampu bergerak. Bersanding lagi tu. Haha.

"Ooo, seronok gelakkan abang ya? Watch out tonight!"

Mendengar sebaris amaran itu, terhenti terus tawa Armell. Seram memikirkan malam pertama mereka.

Armell melangkah sambil memegang tangan Hayy Mikael. Ketika sampai di pintu dewan sudah menanti lapan orang kanak-kanak yang ditugaskan sebagai flower girls. Comel-comel semuanya dengan mengenakan gaun berwarna putih.

"Comelnya budak-budak ni. Geram Mell tengok." Bisik Armell pada Hayy Mikael.

"Keturunan abang nanti mesti lagi hensem dan comel. You're lucky."

"Perasannya!" Armell jeling manja.

Armell, Hayy Mikael, Huzzair dan Evelyn melangkah masuk ke dalam dewan menuju singgahsana yang dihias indah. Lensa kamera berpusu-pusu dihala ke arah mereka berempat ketika berjalan melintasi tetamu.

Seperti biasa acara dimulakan dengan  majlis persandingan dan tepung tawar. Selepas itu acara potong kek dan terakhir adalah acara makan.

Selepas sesi bergambar bersama keluarga kedua-dua belah pihak, Hayy Mikael dan Armell bersalam dengan tetamu yang beransur pulang. Tiba-tiba anak mata Armell menangkap satu figura lelaki yang sedang berjalan ke arahnya. Yang pasti, dia sangat kenal akan figura yang segak berkot hitam itu.

Kenapa dia pun turut hadir di majlis ini? Detik hati Armell.

"Ed!" Seru Hayy Mikael dan mereka berpelukan untuk seketika cuma.

"Tahniah, Hayy. Tahniah!" Lelaki itu bersalaman dengan Hayy Mikael.

"Ayden!" Seru Armell.

Lelaki itu segera mengalih bebola mata memandang wanita disebelah Hayy Mikael yang baru sahaja menyeru namanya sebentar tadi.

"Ya? Awak Mell?"

Laju Armell mengangguk. "Yes, me! Awak Ayden Tashriq kan?" Soal Armell teruja. Mahunya tak teruja? Lelaki ini kut yang jadi hero dalam komanya. Waaa... tak sangka! Haha.

Ayden Tashriq kerut dahi. "How do you know my full name?"

"Errr..." Armell layan sengih. "Bukan kita pernah jumpa ke?"

"Yes, of course. The way you curse me, of course I remember. Sorry again pasal tu, out of control. Saya tak jangka pula Riana akan tampar awak masa tu."

Armell tertawa lucu. "It's okay, it's not your fault anyways..."

"Mell kenal ke Ed?" Sampuk Hayy Mikael.

"Tak lah kenal sangat. Pernah terserempak sekali aje, depan office. Ayden ni siapa? Kawan abang eh?"

Mendengar soalan itu, Hayy Mikael ketawa suka. Bahu Ayden Tashriq ditepuk sekali. "He's my cousin."

Ternganga mulut Armell tatkala mendengar kenyataan yang keluar dari mulut suaminya itu. Sepupu? Waaa... seriuslah? Patutlah kacak maut! Dari baka Hayy juga dia ni rupanya. Sempat Armell membuat spekulasi sendiri. Sungguh! Dia sendiri yang baru bersuami pun terpegun melihat wajah kacak Ayden Tashriq.

"Kenapa abang tak pernah bagitahu pun? Huzzair pun tak pernah bagitahu."

"Dah orang tak bertanya, takkan kita nak memandai bercerita. Yedak?"

Armell liarkan pandangan sekeliling bagaikan mencari seseorang. "Naura mana?"

"Naura? Wait, how do you know her?" Soal Ayden Tashriq hairan.

Armell terdiam beberapa saat sebelum akhirnya tersenyum dan menggeleng. "Drop the subject. Lupakan."

Dahi lelaki itu masih berkerut. Wajah Armell diperhati seolah menanti jawapan.

"Hayy, Mell!" Tiba-tiba laung satu suara dan sekaligus membuatkan ketiga-tiganya serentak berpaling ke arah pemilik suara tersebut.

"Ada guest nak bergambar. Pergi lah." Beritahu Hans.

Hayy Mikael memandang ke arah yang ditunjuk oleh jari telunjuk Hans.

"Oh okay, wait for a second. Bro, aku ke sana jap."

Ayden Tashriq mengangguk. "Okay. Once again, congratulations to both of you."

Hayy Mikael mengucapkan terima kasih manakala Armell hanya tersenyum manis sebelum mengikut langkah suaminya.


MAJLIS berakhir awal dan mereka sampai di rumah dalam pukul dua belas tengah malam. Malam ini, buat kali pertamanya Armell akan berkongsi bilik dan katil bersama Hayy Mikael.

"Tak puas lagi ke tenung bintang kat langit tu?"

Armell tersentak kecil. Terangkat sedikit bahunya dek suara garau Hayy Mikael.

"Tak sejuk ke tengah-tengah malam duduk dekat balkoni ni? Masuk lah."

"Mell nak tengok bintang. Kalau abang nak tidur, abang tidur lah dulu, ya?" Bicara Armell lembut.

"Tengok bintang buat apa? Tengok lah abang. Abang dah jadi milik Armell. Dah halal ni, tak nak tenung ke?"

Armell senyum segaris. Pandangan dilemparkan semula ke arah langit yang hitam pekat. Hakikatnya, jantung Armell sudah berdegup kencang. Makin kencang dan rasa bagai nak berhenti jantungnya saat merasa tangan kekar Hayy Mikael melingkar dipinggang rampingnya dari belakang.

Armell cuba meloloskan diri. Namun makin erat pula pelukan itu. Makin dia bergerak, makin kemas tangan kekar Hayy Mikael memeluknya. Bibir bawah digigit. Hayy ni memang tau!

Hembusan nafas Hayy Mikael yang agak keras membuatkan dirinya serta-merta menggigil. Ditambah pula bila bibir suaminya sudah mendarat pada lehernya.

"A–abang, Mell be–belum mandi lagi." Ujar Armell tergagap-gagap sambil menolak sedikit tubuh suaminya.

Hayy Mikael tergelak macho. Melihat saja gaun yang masih cantik terletak ditubuh isterinya itu pun dia sudah sedia maklum tentang itu. "Tahu... Abang dah mandi."

"Kalau macam tu, bagi Mell mandi pula. Jangan lah peluk lama-lama. Rimaslah, tak mandi lagi ni."

"Ala... Nak peluk sekejap aje." Rengek Hayy Mikael manja lantas melabuhkan dagunya ke atas bahu sang isteri.

"I miss you so much sayang." Bisiknya perlahan.

Makin laju jantung Armell berdetak. Lutut terasa lemah longlai saat Hayy Mikael meletakkan dagu di bahu kanannya. Apatah lagi bila mendengar suara garau dan serak basah suaminya.

Armell hanya diam tidak berjawab. Bibir sengaja dikemam. Persediaan awal takut-takut Hayy bertindak lebih berani.

"Mell tak rindukan abang ke?"

"Mell?" Panggil Hayy Mikael bila menyedari isterinya itu hanya diam membisu.

"Kenapa kemam bibir macam tu?"

Armell gerakkan ekor mata mengerling wajah Hayy Mikael di atas bahunya. "Rindu lah! Dah lah, Mell nak mandi ni."

Hayy Mikael leraikan pelukan. Baru sahaja Armell berjalan dua langkah, tangan isterinya dipaut membuatkan Armell terpusing kembali ke arahnya. Menjerit kecil Armell dibuatnya. "Ah!"

Hayy Mikael tidak banyak bunyi. Lantas tubuh Armell dipusingkan supaya membelakanginya. Tangan bergerak menarik zip gaun itu kebawah.

Menyedari akan kelakuan Hayy Mikael, Armell lekas-lekas berpusing dan berundur beberapa langkah menjauhi lelaki itu. "Abang buat apa?"

"Tolong bukak zip. Nanti terkial-kial, cari abang jugak."

Armell menjeling geram. "Lain kali cakap lah dulu nak buat apa."

"Don't worry, abang penyabar orangnya. Dah, pergi mandi dulu."

Cup!

Satu kucupan singgah dipipi kanannya. Tergamam Armell seketika. Belakang badan suaminya yang berjalan masuk ke dalam ruang bilik dipandang lama. Cik jantung pun dah berdegup kencang sampai tak boleh bawa bincang. Nafas ditarik dalam mencari oksigen.


USAImenunaikan solat isyak, Armell memanjat katil dan duduk bersandar dikepala katil bersebelahan dengan Hayy Mikael.

Nafas ditarik dalam. Wajah suci suaminya direnung lama. "Abang."

"Hurm?"

Armell menunduk seketika sebelum kembali mengangkat wajah memandang Hayy Mikael.

"Abang boleh terima ke kekurangan Mell?"

"Apa kurangnya Mell? Abang tak nampak langsung." Soalan dibalas soalan.

"Kekurangan yang satu itu, yang abang tak akan dapat daripada Mell. Abang sanggup ke terima Mell?"

Kali ini Hayy Mikael duduk tegak memandang Armell. Kedua-kedua tangannya naik memegang wajah sang isteri.

"Sayang, listen here. I'm marrying you not for a fucking lust. Bukan kerana nafsu semata-mata. Tapi sebab abang terlalu cintakan Mell. Dari dulu sampai sekarang, perasaan tu tak pernah luak untuk Mell."

"Kalaupun Mell dah tak cintakan abang macam dulu, tak apa. Diterima semula dalam hidup Mell pun, dah cukup baik buat abang."

Armell ketap bibir. Kata-kata Hayy Mikael itu buatkan Armell dilanda rasa sebak. Terlalu besar cinta lelaki itu untuk dirinya. Serasa dirinya tidak layak untuk bersama lelaki sebaik Hayy Mikael.

Tangan Hayy Mikael yang melekap dipipinya dijatuhkan perlahan.

"Mell cintakan abang, sepenuh hati Mell. Cinta Mell, tak pernah ada untuk Huzzair. Yang ada hanya perasaan sayang. Percayalah."

Melihat suaminya hanya berdiam, Armell bersuara lagi. "Abang ingat tak dulu masa kita ramai-ramai dekat rumah abang, main truth or dare?"

Hayy Mikael hanya sekadar mengangguk. Wajah Armell dipandang menanti jawapan.

"Dan masa tu Evelyn tanya soalan yang cukup ringkas. Cukup ringkas tapi sangat sensitif untuk kita berdua. She asked me, who is the person I love. And my answer is, 'tentulah lelaki yang berjaya mencuri hati saya. Saya cintakan dia. Saya nampak keikhlasan dia. Dan saya sayangkan tunang saya'."

"Semua jawapan itu adalah khas istimewa buat abang, tapi abang aje yang tak faham sebab Mell belitkan dengan ayat yang terakhir. Jadi semua akan fikir, ayat itu ditujukan pada Huzzair. But in fact, it's for you. Untuk Huzzair hanyalah diayat yang terakhir sahaja. See, how special you are to me."

Hayy Mikael tarik sengih lebar. "Yeke? Bukti?"

Armell kerut dahi. "Bukti apa lagi?"

"Bukti cinta Mell pada abang lah."

Dada suaminya ditolak menjauh. "Jangan nak mengadalah."

Armell menjeling geram. Bantal ditepuk beberapa kali. Kantuk  mula terasa. Baru saja dia ingin mendaratkan kepala, niatnya terhenti sebaik sahaja melihat Hayy Mikael turun dari katil.

Lelaki itu menanggalkan baju. Armell telan liur. Hah sudah! Dia nak buat apa pulak dah ni?

Anak mata Armell bergerak mengikut tangan Hayy Mikael yang sedang membuka kancing seluar.

"Abang nak buat apa ni?!" Soalnya dengan suara yang hampir menjerit.

Melihat keadaan diri Hayy Mikael yang hanya berboxer itu, pantas bantal disebelah ditekup pada muka. "Eii apa abang ni! Pakai lah seluar!"

"What?"

Dengan wajah yang masih ditekup dengan bantal, Armell menjerit lagi. "Pakai lah baju! Seluar! Tak senonoh lah abang ni! Eeee!"

"Apa pulak tak senonoh? Ini lah cara abang tidur hari-hari. Kenapa? Tak pernah tengok lelaki tidur?" Soal Hayy Mikael selamba.

Amboi... Selamba badak aje tanya macam tu. Dia ingat aku ni apa? Peneman tidur lelaki? Panas pula hati dibuatnya.

"Memang lah tak pernah!"

Dan terdengar lelaki itu tergelak besar. Armell larikan sedikit bantal dari wajahnya. Sebelah mata dibuka ingin melihat Hayy Mikael di hadapan.

Krek...

Tiba-tiba serasa tilam semakin tenggelam menandakan Hayy Mikael sudah berada di atas katil. Laju Armell menoleh ke sebelah. Berderau darahnya bila melihat suaminya itu dengan jarak yang lebih dekat. Ya Tuhan... Rasa nak pitam!

Lekas-lekas Armell berbaring dan selimut ditarik sehingga menutupi kepala. Rasanya berselubung dalam selimut adalah antara cara yang lebih selamat dari diancam oleh Hayy Mikael. Tubuhnya mengiring membelakangi Hayy Mikael.

Mata dipejam rapat. Tidur lah Mell... Tidurlah...

"Ah!" Jerit Armell bila tiba-tiba saja pinggangnya dipaut dari belakang.

"Shhh! Jangan lah jerit. Nanti orang ingat kita buat benda bukan-bukan pula dalam bilik ni."

Armell selak selimut dari menutupi wajah. "Banyaklah abang jangan menjerit. Yang tiba-tiba peluk Mell ni dah kenapa? Dah lah seksi maut. Seram tau tak?" Marah Armell.

Hayy Mikael tertawa lucu. "Okay, okay, yelah. Abang tak buat apa-apa dah. Nak peluk je. Tak usik apa-apa. Janji!"

"Abang jangan macam-macam ya... Sekali Mell buka kekuda, tersungkur abang atas lantai nanti." Armell membetulkan kepala. Sempat lagi dia memberi amaran kepada suaminya.

Lelaki itu tertawa lagi. "Malam ni kita tidur dengan aman ya... Selamat malam isteri abang." Rambut isterinya dikucup sekali.

Malam kian hening. Hayy Mikael terlena sambil memeluk erat tubuh Armell.

Previous: Bab 60
Next: Bab 62

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya