Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 56

WARNING : contains harsh words-


ARMELL ditinggalkan dalam keadaan bingung dan keliru. Kata-kata Hayy Mikael tadi bermain di dalam ruang mindanya. Tubuh sasa yang semakin menjauh itu dipandang dengan seribu persoalan.


Siapa awak sebenarnya Hayy... Keluh hatinya.


Usai menghabiskan sisa air di dalam gelas, Armell terus bangkit dan keluar dari restoran itu. Langit semakin gelap. Betul lah, cuaca yang mendung tadi menandakan bandar raya Kuala Lumpur ini bakal disirami hujan tidak lama lagi.


Kaki menapak semakin laju. Kalau hujan ni, naya aje basah satu badan nanti.


Tiba-tiba tangannya direntap kasar. Tindakan secara mengejut itu membuatkan dia terjerit kecil. Tubuh genitnya ditarik masuk ke satu lorong bangunan. Kudrat lelaki itu terlalu kuat menyebabkan tubuh Armell mudah sahaja terdorong ke dalam pelukan lelaki itu. 


Pap!


Lelaki itu menolak tubuh Armell sehingga belakang badannya melekap pada tembok dinding. "Ka–kau siapa?!" Soal Armell dengan hujung suara yang bergetar. Rasa takut sudah tidak dapat dibendung lagi.


Matanya bergerak memandang kedua-dua tangan yang sudah mengepung dirinya dan dialihkan kembali memerhati wajah lelaki dihadapannya itu.


Figura itu mengenakan hoodie berwarna hitam yang menutupi kepala bersama dengan topeng mulut sehingga membuatkan matanya sahaja yang terlihat. Armell tidak dapat mengecam wajah itu.


Lelaki misteri itu tergelak sinis seraya mendekatkan wajahnya ditelinga Armell. "Dia memang tak layak untuk engkau!" Keras suara itu berkata. Wajahnya dijarakkan kembali.


Beg tangan terus dipeluk erat ke dada bila tersedar mata lelaki itu mula merayap ditubuhnya.


Adakah lelaki ini yang membuatkan dia rasa diperhatikan sejak tadi?


"Siapa kau? Aku tak kenal kau." Sebelah tangan naik menahan dada lelaki itu yang semakin rapat.


"I'm fucking miss waiting to touch you again, sweetheart." Bicara suara garau itu perlahan.


Dengan itu, naik segala jenis bulu roma ditubuh Armell. Nafas terasa seakan sudah tersekat dikerongkong. Liur diteguk payah. 


"Who. Are. You?" Masih dalam nada gentar. Ya, terketar-ketar lututnya ketika ini. Terasa longlai. Kalau tak disebabkan sokongan daripada dinding dibelakang, tentu dia sudah jatuh terjelopok.


Dalam hati berdoa supaya ada hamba Allah yang melihat situasi ini. Namun hampa bila hujan mula turun perlahan-lahan. Pada mulanya hanya renyai sahaja, dan akhirnya semakin lebat. Kedua-duanya sudah basah kuyup.


Beg tangan di dada semakin erat dipeluk. Baju yang sudah lencun dek air hujan membuatkan dia rasa tidak selesa.


"I taste her and realize I have been starving. And I know, she craves my touch too, aren't you?" 


Armell terkedu. Gila apa jantan ni?


"Aku rindu suara manja kau. The way you begged me, makes me want to hear it again." 


Dari pandangan mata, dapat dia rasa yang lelaki itu sedang tersenyum sinis kepadanya walaupun wajah lelaki itu masih kemas terlindung dengan topeng mulutnya. Pandangan bernafsu itu mengingatkan dia pada seseorang. 


Terasa jantung bagai berhenti berdenyut saat sebaris nama itu melintas di ruangan mindanya. Rykal!


Tiba-tiba darahnya tersirap. Rasa takut dan gentar tadi sirna serta-merta. Matanya berubah tajam menikam anak mata Rykal. "What the hell do you want from me, Rykal?!"


Beg tangan miliknya terus ditolak kuat ke dada Rykal sehingga beg tangan itu jatuh mencium tanah. Lengan kiri dan kanan lelaki itu ditolak silih berganti. Kalau dulu mungkin dia lemah, mungkin dia akan serahkan diri. Tapi tidak untuk kali yang kedua. Dia bukan Armell yang Rykal kenal dahulu.


Kedengaran lelaki itu tergelak besar. Topeng mulut yang sedari tadi menutup wajahnya segera dibuka dan dicampak ke tepi. Wajahnya yang basah disirami hujan diraup kasar.


"Nampaknya kau masih ingat aku lagi." Ujar lelaki itu.


"Tepi lah!" Tengking Armell. Tak henti-henti tangannya berusaha ingin melepaskan diri dari lelaki itu.


"Hei!" Jerkah Rykal kuat lantas menggenggam kedua-dua belah bahu gadis itu.


Armell terkaku. Pegangan kemas Rykal itu membuatkan dia gagal untuk meronta. Makin dia meronta, serasa makin kemas cengkaman itu dibahunya. Akhirnya dia hanya mampu tersandar lemah dan merenung Rykal dengan penuh kebencian.


Rykal senyum sinis sesaat. Tak beri amaran terus kepalanya dibenamkan ke celah leher Armell. 


Armell menjerit dan meronta minta dilepaskan. Sesekali merayu. Sedaya upaya dia cuba mengelak dan meronta namun ternyata kudrat lelaki itu jauh lebih kuat berbanding dengannya. Ditambah lagi dengan hujan yang lebat, memang tenggelam lah suaranya.


Bibir lembutnya kasar dilumat oleh bibir Rykal. Sedaya-upaya dia cuba kemamkan bibir, mengelak dari sentuhan kasar lelaki itu. Jijik.


"Dia tak layak untuk engkau!" Tengking Rykal keras saat dia mengangkat semula wajahnya.


"Kau cakap apa ni Rykal?! Siapa yang tak layak untuk aku?!" Tempelak Armell pula.


Sesekali dia terjerit kecil ketika cuba meronta dari genggaman Rykal.


"Hayy Mikael Rasul Iman. Dia memang tak layak." Kali ini suara lelaki itu berubah perlahan.


"Kau tu yang tak layak. Kau ingat muka kau macam ni, layak sangat lah untuk aku? Eh tepi lah!" 


Rykal ketawa sinis. "Hei, sedarlah Armell! Dia suami orang! Dia dah kahwin! Dia memang tak layak untuk kau!"


Armell tergamam seketika. Sesaat lepas itu, dia menggeleng laju. Menidakkan kenyataan palsu itu. "Tak. Kau jangan nak buat cerita lah Rykal! Aku kenal Hayy tu siapa."


"Masih nak nafikan lagi ke sayang? Bukan kau tinggalkan dia dulu sebab dia dah ada isteri ke?" Duga Rykal.


Armell terkedu. Dahi dikerutkan. "What the hell are you talking about? Explain me."


Kali ini Rykal pula yang terkedu. Mata mengecil merenung wajah polos Armell. "What's wrong with you?"


"What is wrong with me? Seriously?"


Rykal terdiam seketika. Agak bingung dengan keadaan gadis ini seolah-olah dia tidak mengetahui apa-apa langsung.


Hujan terasa makin reda. Hanya renyai-renyai sahaja seperti permulaan tadi.


"Okay let me explain. Sebenarnya jantan yang kau puja tu sebenarnya dah kahwin. Dia dah ada isteri dekat Melbourne tu! Dan haritu, dekat Terengganu, aku nampak dia cuba nak ayat adik aku. So, sekarang kau dah faham? Like I said, dia memang tak layak untuk kau."


"Di–dia dah ka–kahwin?" Soal Armell terketar-ketar. Lututnya terasa lemah longlai. Rasa macam susah nak percaya. Perlukah dia mempercayai lelaki ini?


Rykal tersenyum kemenangan. "Yeah, he is married."


Armell ketap bibir. Dia tidak percayakan bulat-bulat akan kenyataan itu tetapi air matanya tetap bergenang. Sungguh. Tubuhnya begitu lemah ketika ini.


Namun peluang itu tidak disia-siakan oleh Rykal. Melihat sahaja keadaan lemah si gadis, terus dia mengambil kesempatan itu dengan membenamkan kembali wajahnya di celah leher Armell. Kawasan itu dicium bertalu-talu.


Armell yang seakan baru tersedar cuba meronta sedaya-upaya walaupun dengan kudrat yang sudah sangat tipis. Tubuh sasa Rykal ditolak tanpa suara.


Terasa tangan lelaki itu mula bermain disusuk tubuhnya.


"Hoi!" Jerkah satu suara. Sekaligus mematikan tingkah Rykal terhadap Armell. Dan serentak mereka berdua berpaling ke arah pemilik suara itu.


Figura lelaki itu semakin dekat dan mendekat sehingga dia betul-betul terpacak berhampiran Rykal dan Armell.


Melihat wajah lelaki itu, Armell sedikit terkejut. Lelaki itu berjaket kulit dengan lengan bajunya disinsing sehingga menampakkan urat lengannya yang terdedah. Jauh disudut hati, terasa selamat kerana dia pernah mengenali lelaki itu. Sekurang-kurangnya lelaki ini tampak baik dan tidak mencurigakannya jika hendak dibandingkan dengan Rykal.


Dengan itu, tangan Rykal ditepis kasar dan dia segera berlari ke arah lelaki itu. 


"Kau siapa?" Soal lelaki itu.


"Aku boyfriend dia. Kau tu siapa?" Soal Rykal dingin. Penumbuk sudah digenggam. Bila-bila saja boleh dilayangkan ke arah lelaki yang menjadi penyelamat Armell itu.


"Aku bukan nak tau kau siapa pada dia. Aku cuma nak tau siapa kau." Soal lelaki itu tegas.


"Rykal. Still her boyfriend."


"Mana ada! Saya tak pernah sukakan dia!" Bangkang Armell. Kepala digeleng laju.


Ayden Tashriq tarik senyum senget. "Are you sure?" Suara garau itu menyoal lembut.


Armell hanya mengangguk mengiyakan. 


Ayden Tashriq kalih memandang Rykal. "Kalau betul kau kekasih dia, kenapa kau tak hormat dia sebagai seorang wanita? I saw everything."


Mendengarkan itu, Armell membulatkan mata. Maknanya lelaki ini sudah melihat kesemuanya? Habis tu kenapa tak datang tolong dia daripada awal tadi lagi?! Damn it! Tiba-tiba pula rasa marah membuak-buak. Namun dipendamkan sahaja. Lelaki ini sudah menolongnya, jadi tidak sopan pula jika dia terus menonong marahkan lelaki ini.


Rykal tergelak sinis. "Jantan mana pulak kau pasang ni Mell? Banyak betul hero tak dijangka kau ya?"


Ayden Tashriq memandang sekilas ke arah Armell yang berada disebelahnya. Mungkin baru tahu siapa nama gadis itu.


"Aku rasa Mell macam tak selesa dengan kau." 


"Eh aku kenal Mell tu dah lama lah. Kau sibuk apahal?"


Ayden Tashriq selamba menjungkit bahu. "Kalau kau kenal dia dah lama, takkanlah dia meluru berlari datang dekat dengan aku sekarang ni? Nampak sangat dia rasa terancam dengan kau." Tuturnya bersahaja.


Armell memerhati Rykal yang sedang menggenggam penumbuk. Selepas itu beralih pula pada lengan Ayden Tashriq yang sudah kelihatan timbul segala urat venanya. Seram sejuk dia tengok. Jangan bertumbuk dekat sini sudah lah.


"Awak." Tangannya naik memegang lengan berurat Ayden Tashriq.


Lelaki itu menoleh sekilas dan Armell menggelengkan kepala. Seakan tidak mengizinkan ia berlaku.


"Memandangkan Mell bukan kekasih aku, jadi aku tiada hak. Aku lepaskan kau. Untuk kali ni." Lelaki itu menutur bicara sambil menunding jari tulunjuknya seperti memberi amaran pertama.


"Tu handbag awak?" Soal Ayden Tashriq.


Armell toleh memandang beg tangannya yang sudah berada di atas tanah. Baru sahaja dia ingin mengangguk, lelaki itu lebih pantas mara ke arah beg tangan itu dan mengambilnya.


Dan lengan baju Armell terus diheret keluar dari lorong itu meninggalkan Rykal yang sedang bengang sendiri. Bagai kerbau dicucuk hidung, Armell mengikut sahaja langkah lelaki itu sehingga lengan bajunya dilepaskan.


"Awak okay tak?" Soalan pertama Ayden Tashriq.


Armell mengangguk laju. 


"Awak nak pergi mana sebenarnya?" Soalan kedua Ayden Tashriq.


"Sa–saya nak masuk office sebenarnya tadi." Jawab Armell dengan mulut terketar-ketar. Sejuk dek bahana penangan bermandi hujan lebat tadi.


"Dengan basah kuyup macam ni?" Soalan ketiga Ayden Tashriq. Dan lelaki itu terus membuka jaket yang dipakainya.


Armell tunduk memandang tubuhnya. Ya Allah seksinya! Patutlah mangkuk ayun tadi tu nampak high semacam aje bila tengok dia. Nasib baik lelaki ini muncul walaupun agak lewat sedikit. Itu pun dia dah rasa bersyukur walaupun rasa marah sedikit menggigit hati.


Jaket kulit itu terus disarungkan ditubuhnya oleh lelaki itu. 


"Thanks." Ucap Armell dengan suara serak-serak basah. Tapi kenapa jaket ini pun basah juga?


"Awak pun mandi hujan juga ke tadi?" Soal Armell polos. 


Ayden Tashriq tergelak macho. "I told you, I saw everything. Tentulah basah, kan hujan lebat tadi."


Armell ketap gigi. "Kenapa awak tak tolong saya dari awal tadi? Sampaikan dia sempat cium saya tau tak?" Soalnya bengang.


"Sorry." Hanya itu ucapan yang keluar dari mulut lelaki itu.


Armell menghela nafas perlahan. 


"Sebenarnya saya excident sikit dekat situ tadi." Beritahu lelaki itu lantas menunding ke arah tempat dia kemalangan kecil tadi.


Membulat mata Armell saat mendengarkan itu. Jadi yang kemalangan tadi adalah lelaki ini?


"Awak ke yang excident tadi?"


"Eh awak nampak ke?"


"Tentulah saya nampak, awak excident dekat dengan parkir khas saya kut."


"Oh yeke?"


Armell senyum nipis. Tubuh lelaki itu diperhati, takut-takut ada sebarang kecederaan. "Awak okay ke?"


"I'm okay. Jatuh sikit je. Yang tak okay, moto saya tu ha." Ayden Tashriq menjuih bibir ke arah motosikal berkuasa tinggi miliknya yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri.


Motosikal kuasa tinggi berwarna hitam itu Armell perhati. Apa yang tak okay? Tak nampak macam cedera pun. 


"Apa yang tak okay dengan motor awak?"


"Ada calar-calar manja sikit."


Dah agak dah. Mesti calar aje tu. Lelaki, kalau dah sayang moto, bercalar sikit pun dah gelabah beruk.


"Kereta awak dekat mana?" 


"Kat sana." Armell menunding jari ke arah kereta Honda Jazz berwarna silver miliknya.


Ayden Tashriq hanya sekadar mengangguk.


"Awak, terima kasih sebab selamatkan saya tadi. Terima kasih untuk jaket ni." Ujar Armell.


Baru sahaja dia ingin menanggalkan jaket itu, lelaki itu pantas menghalang. "No, jangan buka. Awak pinjam dulu jaket saya ni, dan bila-bila awak free, awak boleh pulangkan kepada saya."


Armell kerut dahi lantas tergelak halus. "Macam mana saya nak cari awak nanti?"


"Kalau ada jodoh, kita akan berjumpa lagi. Dan masa tu, awak boleh pulangkan jaket tu."


Tahun bila lah pula nak berjumpa lagi tu? Minggu depan dia dah nak kahwin dah pun. Itu kalau jumpa. Kalau tak jumpa? Takkan dia nak buat harta? Mamat ni tak sayangkan jaket kulit dia ni ke?


"Abang," satu suara tiba-tiba menegur membuatkan kedua-duanya menoleh ke arah pemilik suara itu.


Seorang wanita bertudung shawl terpacak berdiri disebelah lelaki itu. Yang paling ketara, wajah wanita itu jelas tampak sungguh risau.


"Abang okay ke? Abang tak apa-apa?" Soal wanita itu cemas.


Armell terkedu. Ini ke 'sayang' yang dah tampar muka dia dulu tu? Riana? Tapi kenapa muka lain? Dan tak silap dia, Riana tidak bertudung seperti wanita yang berada dihadapannya ini. Siapa wanita ini?


"Abang okay. Jatuh sikit je tadi." Jawab lelaki itu lembut.


Wanita itu menghela nafas lega. "Ingatkan teruk tadi tau? Kelam-kabut Naura bawa kereta bila dapat mesej yang abang kemalangan." Terang wanita itu.


Naura? Perempuan lain pula? 


"Sorry... Moto abang yang tak okay tu." Adu lelaki itu.


"Tak habis-habis dengan moto abang tu."


Wanita bernama Naura itu toleh memandang Armell yang masih tercegat tak ubah seperti patung cendana.


"Mell, kenalkan ini Naura. Isteri saya." Bicara Ayden Tashriq, memperkenalkan isterinya.


Lah suami orang rupanya? Untung si Naura ni. Dapat suami muka hensem teruk.


Armell senyum nipis ke arah Naura yang juga tersenyum manis kepadanya. Wanita itu nampak sungguh baik dan sangat berlemah-lembut ketika menutur bicara dengan suaminya.


"Abang pinjamkan jaket tu untuk dia, sebab dia dah basah kuyup tu. Sayang okay kan?" 


"Lah, kesiannya... Tak apa, you pinjam dulu. I okay aje." Bicara wanita itu senang.


"Thanks." Makin terharu Armell dibuatnya. Kenapa isteri dia ni baik sangat?


"Saya balik dulu akak." Armell meminta diri.


"Eh jangan panggil akak. I muda lagi. Mungkin sebaya you? Okay, take care." Senyuman masih tidak lekang dari wajah Naura. Wanita ini sungguh murah dengan senyuman.


Kata-kata wanita itu hanya dibalas dengan anggukan dan senyuman yang kian melebar. "Thanks again." Sekali lagi kata-kata itu diucapkan kepada Ayden Tashriq.


Dia terhutang budi dengan pasangan suami isteri itu. 


Sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta, Armell duduk sebentar. Termenung memikirkan kata-kata Rykal. Benarkah, ataupun lelaki itu sengaja buat-buat cerita kerana ingin melihat hubungan baik dia bersama Hayy Mikael musnah? Kalau betul, kenapa Hayy tidak pernah memberitahunya?


Kepala mula terasa berdenyut saat dia cuba mengembalikan ingatan itu. Mata dipejam rapat menahan perit didahi. Betulkah Hayy Mikael sudah berkahwin? Kotak memori cuba digeledah namun hampa bila ia berakhir dengan denyutan yang sangat kuat sehingga akhirnya Armell terjerit kuat dan menyembam wajahnya di stereng kereta.


Previous: Bab 55
Next: Bab 57

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya