Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 37

HUZZAIR duduk gaya santai. Telefon bimbit yang berada dalam genggamannya sesekali dipandang sekilas. Waktu take five yang diberikan diperuntukannya sebaik-baik mungkin dengan niat ingin berbual dengan kekasih hatinya melalui telefon.

Sudahlah semalam dia terpaksa berpatah balik semula gara-gara mendapat panggilan daripada Armell bahawa gadis itu tidak jadi keluar makan tengah hari bersamanya. Dan sekarang sebarang maklum balas mesej daripada Armell tiada langsung pun yang masuk di dalam aplikasi whatsappnya. Satu keluhan kedengaran. Hampa.

"Huzzair, lagi dua minit. Nanti masuk set balik." Salah seorang kru di dalam studio itu datang menegur Huzzair.

Huzzair angkat kepala. Satu anggukan diberi dan skrin telefon bimbit ditatap kembali. Iman... mana awak ni... Hatinya berdetik bimbang.


SYARAH tersengih lebar. Matanya tiba-tiba bersinar. Melihat riak wajah Syarah, Armell kerut dahi. Entah apa yang dilihatnya.

"Awak ni dah kenapa?"

"Iman, give me 10 minutes! Saya nak masuk tu!"

Armell dongak kepala memandang ke arah dimana jari telunjuk Syarah menunding. "Guardian?"

Syarah mengangguk laju. Pakej dengan muka kesian lagi tu.

"Just 10 minutes okay. Saya dah penat dah merantau satu mall ni."

Makin melebar senyuman Syarah. Tapak tangan kanan ditunjuk sebagai tanda janji. Dan gadis bertudung itu terus menghilang ke dalam Guardian.

Armell menggeleng dan nafas dihela perlahan. Matanya meliar mencari tempat duduk ditengah-tengah Mall itu. Baru sahaja kakinya menapak beberapa langkah, tiba-tiba bahunya dirempuh kuat menyebabkan dia jatuh terduduk. Dan sejurus itu dahinya berkerut menahan sakit dek pinggulnya yang terhentak agak kuat pada permukaan lantai. "Aduhhh..."

"Sorry, sorry, cik. Saya tak sengaja. Saya minta maaf... cik okay ke?" laju empunya suara itu meminta maaf.

Armell gosok pinggang yang sudah terasa senak. Okay dia tanya aku? Aku dah jatuh terduduk macam ni boleh pula dia tanya soalan bodoh macam gitu? Kalau dah bunyi 'aduhh, aduh' tu sakit lah! Apa punya orang lah. Bentak Armell dalam hati. Geram tak terkira.

Perlahan-lahan dia cuba bangkit. Dan sebaik sahaja matanya bertembung dengan mata hamba Allah yang baru sahaja merempuhnya tadi, sepantas kilat anak mata dilarikan ke arah lain. Dan ketika itu, riak wajah lelaki itu kelihatan betul-betul terperanjat. Jantungnya serta-merta berdetak laju.

Lekas-lekas dia pasang niat nak lari. Tak sempat pun lagi kakinya hendak melangkah, terasa lengannya dipaut lembut dari belakang dan membuatkan dia terpusing semula. Kini, kali ke dua matanya bertentang dengan sepasang anak mata berwarna hazel milik Hayy Mikael. Dunia seakan berhenti berpusing. Begitu indah ciptaan Allah. Mata lelaki itu sungguh cantik!

Dek terpukau dengan anak mata lelaki itu, dia tidak perasan bahawa Hayy Mikael sedang tersenyum bahagia sambil merenung wajahnya. Damn, Hayy! You don't deserve it!

Tangan Hayy Mikael yang masih memegang lengannya ditepis kasar.

"Don't you dare to touch me!" keras suara Armell memberi amaran.

Segera Hayy Mikael undur setapak kebelakang. "Sorry, I tak sengaja." Namun begitu, lelaki itu masih dengan senyumannya yang tidak lekang sedari tadi. "Mell, dah lama I cari you. It's been a long time. Akhirnya Allah dah makbulkan doa-doa I selamani supaya dipertemukan semula bersama you. Mana you menghilang selamani?" suara yang berbicara itu kedengaran amat gembira dan teruja. Mata lelaki itu kelihatan bersinar seolah dia sangat gembira dengan pertemuan yang tidak disengajakan ini. Tetapi tidak pada Armell.

Memang dia ada menghilangkan diri. Selepas seminggu kejadian itu, dia membawa diri ke Korea. Membawa hati yang lara. Menetap disana hampir setahun lamanya sebelum kembali semula ke tanah air. Bukan mudah untuk lupakan lelaki itu. Dan harini Hayy Mikael muncul semula di dalam hidupnya setelah dia berjuang habis-habisan untuk melupakan lelaki itu. Kenapa, Hayy? Hatinya merintih kecil.

"Kau tak sepatutnya cari aku lagi. Aku pun dah tak perlukan kau." selamba Armell melepaskan kata-kata seperti itu. Dia tahu kata-kata itu bakal menyinggung perasaan Hayy Mikael.

Senyuman riang yang tadinya terhias perlahan-lahan ghaib dari wajah lelaki itu. Yang ada cuma riak wajah yang kendur. Dan sesaat selepas itu, lelaki itu tersenyum kembali namun senyumannya kali ini tampak lain. Tidak seperti tadi. Senyumannya kali ini kelihatan tawar.

"You okay? Maaf I tak sengaja terlanggar you tadi." bicara Hayy Mikael seolah menukar topik perbualan mereka. Melihat gadis itu yang asyik memegang pinggangnya menimbulkan rasa risau dihati. Boleh tahan kuat juga dia rempuh bahu Armell tadi. Kalau tak, masakan gadis itu boleh jatuh hingga terduduk. Silap dia.

Armell berdeham kecil. "I'm okay as long as you don't show me your face anymore." Armell toleh sekilas ke arah Guardian. Mengharapkan Syarah segera keluar dari situ dan nanti boleh lah dia terus pergi tinggalkan Hayy dekat sini.

"Benci betul you dekat I kan, Mell?"

"Bagus kalau dah tahu. Tak payah aku susah-susah bagi hint."

Hayy Mikael menarik nafas panjang. Kedua-kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar jeans. Sungguh. Dia terlalu rindukan Armell. Pakaian gadis itu dipandang sekilas. Walaupun masih belum bertudung, namun pemakaiannya tampak lebih elok berbanding dulu. Berbanding 3 tahun yang lepas sewaktu gadis itu masih digelar seorang pelajar.

"You sorang je ke? Ataupun ada teman?"

"Kalau dengan boyfriend pun kenapa? Jealous ke?" soal Armell. Sengaja ingin melihat reaksi wajah lelaki itu.

Ya, seperti yang dijangkakan, lelaki itu menelan liur sehingga menampakkan halkumnya memutar naik. Itu menunjukkan bahawa lelaki itu sedang menahan sesuatu perasaan. Perasaan apa, Armell tidak tahu. Tapi reaksi yang ditunjukkan oleh Hayy Mikael membuatkan dia tersenyum sinis.

"Where is he?"

"Dia tak ada di sini. Kalau kita dipertemukan sekali lagi, aku akan perkenalkan dia pada kau. Okay?"

Hayy Mikael telan liur sekali lagi. Anggukkan yang teragak-agak diberi sekali dengan satu senyuman pahit dilemparkan kepada Armell. Dia tidak tahu hendak percaya atau tidak dengan kenyataan yang baru dikeluarkan oleh gadis itu. Armell sudah ada penggantinya?

"You pula, datang sini dengan siapa? Isteri ke?" sindiran halus dari Armell itu buatkan darahnya sedikit tersirap. Gigi diketap menahan rasa.

"Please Mell, don't talk about her anymore."

"Why? She is your wife right? What do you mean by 'don't talk about her anymore'?"

Kelihatan Hayy Mikael menarik nafas berat. Seolah sangat susah untuk dia memperjelaskan soal itu. Baru saja mulut dibuka untuk menceritakan lebih lanjut, sorang gadis bertudung datang menyapa Armell disebelah.

"Iman, jom!" Syarah sudah menarik tangan Armell namun terhenti saat matanya terpandang satu susuk tubuh yang agak sasa berdiri dihadapannya. Macam mana dia boleh tidak perasan yang lelaki ini memang ada di sini?

Dia hanyalah gadis biasa yang tidak sempurna. Gadis biasa yang apabila melihat hamba Allah yang sedang tercegat dihadapannya ini boleh membuatkan dia terpukau dan terpanar. Anak mata yang berwarna ala-ala hazel, dan rambut gaya pacak. "Handsomenya!" dan satu perkataan yang tidak disangkakan keluar dari mulutnya. Pantas mulut ditekup. Tadi rasanya dia bercakap dalam hati je. Tak sangka pula dalam hati ada mikrofon sampai orang luar boleh dengar. Haha.

Sepantas kilat Armell toleh kesebelah. Dahinya berkerut. Laju saja tangannya mencubit lengan Syarah disebelah.

Hayy Mikael layan senyum. Terserlah lesung pipit yang terhias diwajahnya. Lagi parah gadis itu dibuatnya.

"Iman... tengoklah lelaki kat depan awak tu. Hensem nak mampus! Cuba kau tengok." sempat lagi Syarah berbisik.

Armell buat rolling eyes. Hensem nak mampus? Pergi mampus lah dengan hensem dia tu.

"By the way, I'm Hayy. Good to see you."

Lagi rasa nak pengsan Syarah dekat situ. Lelaki itu gembira berjumpa dengannya? Wow! Tak kenal lagi dah gembira.

Armell terkedu seketika.

"This is my business card. Anything just call, atau boleh jumpa saya di alamat yang tertera."

Kad bisnes dari lelaki itu bertukar tangan. Syarah sudah ternganga. Tiada sebutir perkataan pun yang terkeluar dari mulutnya.

"Thanks to me later." usai menutur kata, Hayy Mikael terus berlalu meninggalkan dua orang gadis yang berlainan reaksi itu.

Susuk tubuh sasa yang semakin menghilang itu Syarah pandang dengan perasaan yang susah untuk dipercayai. Kad bisnes itu pun hampir renyuk berada di dalam genggamannya. Tak sedar dek teruja nak mampus.

"Awak ni kenapa?" soal Armell geram. Bengang dengan sikap Syarah yang menerima saja huluran lelaki itu. Kalau lah dia jadi Syarah tadi, depan lelaki itu jugak dia koyakkan kertas tu.

"I got this!!! Awak ada?" kad bisnes yang separuh renyuk itu diangkat sedikit ke udara. Kening sengaja diangkat berkali-kali. Bangga!

Geram melihat reaksi Syarah, tidak tunggu lama, terus kakinya diangkat meninggalkan Syarah. "Awak balik naik grab nanti."

"Imannn!"


Previous: Bab 36
Next: Bab 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya