Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 58

ARMELL sempat lagi mengerling jam dipergelangan tangannya yang sudah menunjukkan pukul 5:15 petang. Mata meliar mencari kelibat seseorang yang masih tidak kunjung tiba. 


Dirinya sudah mula terasa panas. Memanglah hari sudah petang tetapi bahangnya juga terasa. 


Matanya menangkap satu figura yang amat dikenalinya sedang berjalan semakin mara ke arahnya. Rasa rindu ingin mendengar suara lelaki itu setelah ingatannya kembali pulih. Rasa tidak sabar mahu menyampaikan berita gembira ini kepada lelaki itu. Namun, mengenangkan lukanya yang sudah kering berdarah kembali, pandangan lembut itu serta-merta bertukar dingin. Figura itu dipandang dengan penuh kebencian.


"Lama tunggu?" Soal Hayy Mikael lalu melabuhkan punggungnya disebelah Armell yang duduk di atas bangku batu menghadap taman bunga.


"Terima kasih sebab datang." Ujar Armell mendatar tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu.


Hayy Mikael memandang pelik ke arah Armell sebaik sahaja mendengar suara datar gadis itu. Macam ada yang tak kena. Selalunya, Armell gembira bila berjumpa dengannya.


"Ada apa kau nak jumpa aku ni? Dah rindu?" Soalnya selamba.


Armell tarik senyum sinis sesaat sebelum dikaburkan dengan senyuman manis yang dibuat-buat. Tidak angguk, tidak geleng. Hanya senyuman yang menjadi jawapan.


"Isteri awak mana?" Tak bagi hint, terus soalan itu dilontarkan kepada lelaki itu.


Dan riak wajah Hayy? Seperti yang Armell jangkakan.


Terkejut.


Ya, itu reaksi wajahnya.


Kelihatan lelaki itu terdiam seketika sebelum mula membuka mulut. "Kau dah tahu?" Soal suara garau itu selamba. Masih bersahaja. Tiada gentar.


"Dah ingat." Jawab Armell memperbetulkan soalan Hayy Mikael. Sengaja dia tekankan perkataan ingat supaya lelaki itu lebih faham.


Hayy Mikael merenung wajah Armell. Mata mengecil seperti sedang menganalisa sesuatu. "Kau dah ingat semuanya?" Soalnya perlahan. 


Armell tersenyum sinis. Apa lagi yang dia harus buktikan untuk meyakinkan lelaki itu? Mengungkit? 


"I'm fucking hate a liar like you. No wonder saya tinggalkan awak dulu. Sebab awak penipu. Dan saya bencikan penipu."


Hayy Mikael terdiam. Sekarang baru dia percaya. Armell sudah pulih dari ingatan. Armell sudah mengingati siapa dirinya yang sebenar. Armell yang ini bencikan dia. Dan Armell yang ini cintakan Huzzair.


"Saya dah ingat semuanya Hayy. Saya ingat hari pertunangan saya bersama Huzzair. Saya dah ingat siapa Huzzair. Dia tunang saya yang patut saya sayang dan cinta. Bukannya awak yang tiada kena mengena langsung dalam hidup saya." Hamburnya lagi namun dengan intonasi suara yang masih dapat dikawal. Tidak menarik perhantian orang yang berada disitu.


Lelaki itu hanya diam. Mungkin memberi ruang kepada gadis itu melepaskan marahnya.


"Entahlah, saya rasa berdosa bila buat Huzzair macam ni. He knows nothing. Saya tak ingat siapa dia dan saya guna peluang tu untuk raih cinta awak. Saya rasa bodoh. Dan sekarang saya harus tebus balik kesalahan saya itu dengan mencintai dia sepenuh hati." Armell berpeluk tubuh.


Hayy Mikael telan liur. Baru saja dia berura-ura mahu membuka mulut, Armell bersuara lagi mematikan niat lelaki itu.


"Eventhough Eva dah tak ada, tapi saya masih tak boleh terima. Tak boleh terima sebab awak tak jujur dengan saya. Why? Kenapa?"


Hayy Mikael menarik nafas dalam-dalam. Anak mata mula merenung ke dalam mata Armell.


"Aku dah cakap. Kau takkan boleh terima aku. Kau akan bencikan aku bila kau pulih ingatan. I told you. Tapi kau yang degil. Tak percayakan aku."


Armell sungging senyum sinis. "Tapi awak tak cakap pun yang awak ada isteri? Awak biarkan saya kebingungan sendiri. What do you expect from me? Awak ingat saya boleh fikir ke arah itu?"


"Sekarang kau masih cintakan aku seperti sebelum ini waktu kau belum pulih dari ingatan?" Soal Hayy Mikael tanpa menjawab pertanyaan itu.


"Of course not! I was naive, saya tak tahu apa-apa masa tu. Yang saya tahu, awak tunang saya dan saya cintakan awak. Dan bila saya pulih, baru saya sedar, betapa bodohnya saya mencintai awak." Lancar kata-kata itu meluncur keluar dari mulutnya bila amarah sudah menguasai diri.


Hayy Mikael tergelak sinis. "Menyesal cintakan aku?"


"Ya, satu kesilapan terbesar saya adalah mencintai awak."


Lelaki itu mengangguk. Walaupun matanya terbias kecewa, tetapi wajah tetap kekal dingin. Pandangan dibuang ke hadapan, memandang taman bunga.


"Kau tak pernah nak dengar penjelasan aku. Kau tak pernah beri aku peluang untuk jelaskan semuanya." Bicara suara garau itu perlahan. 


"You wake me up. Kau sedarkan aku sesuatu. Usaha untuk dapatkan kau dari awal pertemuan kita, tak lah semudah yang kau lihat. Aku usaha dan tak pernah putus asa. Aku cuba tunjukkan rasa sayang aku pada kau. Ubah cara pemakaian kau, sebab niat pertama aku, aku nak memperisterikan kau. Pelbagai cara kau tolak cinta aku. Dan akhirnya, aku berjaya." Satu senyuman terukir diwajah lelaki itu.


Armell hanya diam memerhati. Liur diteguk payah. Tolong jangan tewas, Armell! Kau bencikan dia! Jerit hatinya sendiri.


"Tapi kau tinggalkan aku. Atas satu faktor yang aku tak berpeluang untuk memperjelaskan. Kau tinggalkan aku sehari selepas kau tahu siapa sebenarnya aku. Puas aku cari kau. Sampaikan aku sanggup pulang ke tanah air untuk cari kau. Aku cari kau dekat rumah. Tapi Tan Sri tak pernah benarkan aku masuk dalam kawasan rumah. Tan Sri pernah nak belasah aku sebab aku degil, nak jumpa kau." Lagi senyuman pahit itu tersungging diwajah lelaki itu.


"Selama tiga tahun kau hilang dari hidup aku, hati aku tak pernah terbuka untuk sesiapa pun. Tak putus doa aku pada Allah supaya dipertemukan dengan kau sekali lagi. Takdir mempertemukan kita. Dan waktu tu, kau dah jadi milik orang. It hurts me. Aku sangat terluka sebab aku tak pernah cintakan perempuan lain selainkan kau."


Hayy Mikael berdehem kecil. Kepala menoleh memandang wajah Armell.


"Kau nak tahu satu rahsia?" 


Armell kerut dahi. Wajah lelaki itu diperhati menunggu jawapan. 


"Aku tak pernah cintakan isteri aku. Aku tak pernah cintakan Eva. Yang ada cuma rasa sayang. Tak lebih daripada itu. Kalau kau tanya, aku pernah sentuh dia atau pun tak, the answer is yes. Tipu kalau aku tak sentuh isteri sendiri. Aku lelaki. Lelaki yang bernafsu. But you got to trust me, sentuhan aku pada isteri aku tak pernah lebih dari sekali. Hanya sekali."


"Berbalik kepada apa yang aku nak sampaikan tadi, yeah... You wake me up. Kau dah sedarkan aku, yang aku tak layak untuk dapat cinta kau. Penipu macam aku memang tak layak untuk kau. I'm useless. I've hurt your heart a lot. I'm sorry." 


Entah kenapa setiap bait-bait kata Hayy Mikael mampu mengunci mulut Armell daripada bersuara.


Lelaki itu menghela nafas panjang. Wajahnya tenang.


"Aku minta maaf jika kewujudan aku menjadi satu beban untuk kau. Kalau aku tahu kau menyesal cintakan aku, daripada awal lagi aku takkan muncul dalam hidup kau. Aku bukan siapa-siapa dalam hidup kau. Jauh sekali tergolong dalam orang penting."


Senyuman nipis tiba-tiba menghiasi wajahnya.


"Ini sebenarnya apa yang aku mahukan. Aku nak kau bencikan aku. Sangat tepat pada masa kerana tak lama lagi kau akan jadi hak mutlak Huzzair. Biarlah kau dengan dia walau dalam keadaan kau bencikan aku. Dan aku nak tengok kau senyum masa majlis nanti. Anggap saja aku tak wujud dalam majlis tu nanti. Boleh?"


Armell ketap gigi. Rasa sebak mula mencengkam dada. Serasa menyesal tak sudah dengan sikap terburu-burunya memarahi Hayy Mikael.


Dia ingin bersuara namun lidahnya kelu. Tubuhnya mengeras.


Hayy Mikael bangkit dari duduk. Armell yang masih berdiam itu direnung sayang. Mungkin ini kali terakhir dia melihat wajah comel itu sebelum gadis itu bergelar isteri orang.


"Mell," panggilnya.


Armell segera mendongak memandang Hayy Mikael yang tunak memerhati wajahnya.


"I nak tengok senyuman you. Untuk kali terakhir." Pinta lelaki itu lembut. Bahasanya pun sudah bertukar seperti dahulu. Dan sememangnya Armell sangat merindui dengan bahasa panggilan itu.


Armell laju menunduk. Khawatir jika lelaki itu melihat air matanya yang bergenang. Mata dipejam celikkan beberapa kali bagi menghapuskan air mata yang bertakung.


"Mell, please? I rindu senyuman gadis Ostrolia yang dulu. Nanti I dah tak boleh tengok senyuman tu lagi." Sempat lagi Hayy Mikael berseloroh.


Armell angkat wajah. Perlahan-lahan senyuman ikhlas dihadiahkan kepada lelaki itu dan dapat dia lihat senyuman gembira terhias diwajah Hayy Mikael. Makin sebak hati jadinya.


Hati Armell mula menangis. Lelaki itu masih mampu tersenyum bahagia?


"Terima kasih, Mell. Thank you so much." Ucap Hayy Mikael lalu mengatur langkah pergi dari situ. 


Semudah itu ke awak mengalah, Hayy?


Tubuh lelaki yang sedang menyeberangi jalan itu direnung sayu sehingga tubuh itu akhirnya terbaring kaku di atas jalan. Jantung Armell seakan terhenti sebaik sahaja melihat kejadian itu.


Segera kaki berlari ke arah tubuh yang sudah lemah longlai itu. Menggeletar tubuhnya saat mendekati sekujur tubuh itu. Dia terduduk terjelopok dan kepala Hayy Mikael yang sudah berlumuran darah dipangku ke atas riba. Membuak-buak darah keluar dari mulut lelaki itu.


"Hayy...??" Rambut lelaki itu diusap beberapa kali.


"Hayy! No, no, Hayy! Bangun!" Tubuh Hayy Mikael digoncang kuat.


"Hayy please, please, please don't leave me! Jangan tutup mata awak. Please, tahan! Tahan, Hayy. Jangan tutup mata." Pipi lelaki itu diusap perlahan.


"Call ambulance!" Jerit Armell kepada orang ramai yang sudah berkerumun. Berjuraian jatuh air matanya.


"Hayy... Please..." Dada bidang milik Hayy Mikael disentuh dan diusap.


Lelaki itu tersenyum. Wajahnya berkerut mungkin sedang menahan sakit. "I–I love... The way... You s–smile. Just stop... cr–crying." Tangan sasa itu perlahan naik menghapuskan air mata Armell yang mengalir deras.


Laju Armell menggeleng. "Jangan banyak bercakap Hayy. Simpan tenaga awak. Please, don't leave me." Rayunya dalam esak tangis yang semakin kuat.


Kedua-dua tangannya sudah penuh dengan darah pekat likat Hayy Mikael yang semakin banyak melimpah.


Melihat mata lelaki itu yang layu dan hampir tertutup, segera kepala Hayy Mikael digoncangkan. "Hayy! I said no! Don't close your eyes!"


Lelaki itu tergelak kecil. Matanya yang sudah layu cuba ditahan daripada terpejam.


"Saya tak pernah menyesal mencintai awak. I'm sorry! Saya minta maaf, saya tak dapat nak kawal emosi saya. I really don't mean it, Hayy. Maafkan saya." 


Tangan lelaki itu ditarik dan digenggam erat. Lalu dikucup lembut. "Awak kena kuat. Awak tak boleh tinggalkan saya. Please... Don't close your eyes. I'm begging you. Please..."


Matanya meliar kesekeliling. Mencari kelibat ambulans namun masih tidak kelihatan. 


"Awak tahan ya, sikit aje lagi. Ya Allah mana ambulans ni?" Darahnya mula tersirap.


Matanya bergerak memandang lelaki yang sedang bertinggung berhampiran Hayy Mikael. Direnung tajam bagai nak tembus. 


"How do you drive a car?! Look what you've done?!" Tengkingnya sekuat hati. 


Lelaki itu kehilangan kata-kata.


Armell mengalihkan perhatian kepada Hayy Mikael semula. "Hayy, open your eyes! Hayy!" Dia menjerit kuat bila mata lelaki itu terkatup rapat. Pipi lelaki itu ditepuk perlahan namun tiada sebarang tindak balas.


Tubuh Hayy Mikael digocang kuat. Kepala digeleng laju. Tak. Tak mungkin. Hayy tak boleh tinggalkan dia. 


"Hayy! Buka lah mata... Tolong lah!" Menggeletar tangannya saat mengusap wajah pucat itu.


"Open your eyes, Hayy? Awak masih ada kan? Hayy?" Teresak-esak suaranya menyoal.


"Cik," tiba-tiba  seorang lelaki disebelahnya menegur.


Lelaki itu duduk bertinggung disebelahnya dan menarik tangan Hayy Mikael dari genggamannya. Armell tahu apa yang lelaki itu cuba lakukan bila melihat dua jari lelaki itu memeriksa dibahagian nadi Hayy Mikael. Makin laju jantungnya mengepam darah. Serasa tidak sanggup menerima jawapan.


"Innalillahiwainnailaihirajiun..." Mendengar sahaja ucapan lelaki itu, makin deras air matanya mengalir. Kepala digeleng laju. Tubuh Hayy Mikael digoncang kuat dan dia meraung sekuat hati.


"Hayy! Bangun lah... Awak tak boleh tinggalkan saya!"


Tangan Hayy Mikael yang sudah lemah longlai itu ditarik dan dilekapkan pada pipinya. "Hayy, ni saya Hayy. Mell. Gadis yang awak kejar dari dulu. Bukak mata awak Hayy. Pandang saya."


"Cik, ambulans dah sampai." Bahunya dicuit lembut oleh seseorang. Namun langsung tidak dipedulikan.


Wajah disembam pada dada bidang milik lelaki itu yang sudah tidak bernyawa. Esak tangisnya mula mendayu. "Hayy... Awak jahat... Awak pengecut. Awak tak pernah cuba untuk dapatkan saya daripada Huzzair. Awak lemah Hayy. I hate you." Ujarnya perlahan.


Wajah kacak lelaki itu yang sudah penuh dengan darah direnung sayang. Baru sahaja beberapa saat lelaki itu menghembuskan nafas yang terakhir, dia sudah mula rindu. Rindu senyuman sinis Hayy Mikael. Rindu nak tengok lelaki itu menyakatnya lagi. Rindu wajah tak beremosi Hayy Mikael. Semua tentang lelaki itu, dia rindu dan akan merindui. Rindu yang tiada penghujung.





TIGA hari pemergian arwah, Armell langsung tidak keluar dari bilik. Jangankan keluar, makanan pun langsung tak disentuh. Dia asyik menyalahkan dirinya sendiri. 


Setiap kali dia melihat gambar lelaki itu, setiap kali itu air matanya akan tumpah mengalir. Tangisan masih setia menjadi temannya sejak pemergian Hayy Mikael. Majlisnya yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi tidak difikirkan langsung. Tiada makna baginya. 


Setiap kali tidur, gambar lelaki itu lah yang akan jadi penemannya. Dipeluk erat hingga ke pagi. Kadang-kadang dia akan terjaga malam dek rasa rindu yang teramat sangat. Setiap malam air mata yang cuba ditahan akan mengalir. Jari manisnya juga tersarung cincin tanda pertunangan mereka tiga tahun yang lepas. Itu sahaja cara dia mengubat rindu. Hanya sekeping gambar dan sebentuk cincin itu yang menjadi saksinya menangis setiap malam, sehari suntuk.


Pemergian Hayy Mikael serasa bagaikan satu mimpi ngeri. Tak pernah dijangka sesingkat ini masa yang ALLAH pinjamkan Hayy Mikael kepadanya. Terlalu sekejap. 


Bukannya dia tidak terima kenyataan, tetapi hatinya hanya rindu. Rindu bercampur kesal. Terkilan kerana dia sudah lukakan hati lelaki itu saat sebelum kejadian. Setiap kali mengingati detik itu, setiap kali itu dia rasa ingin memukul dirinya sendiri.  


Masih dia ingat lagi saat kakinya melangkah masuk ke dalam bilik forensik. Lemah lututnya sehingga tidak mampu berdiri kalau tiada sokongan daripada Huzzair. Lagi lemah bila melihat tangisan Mak Yam dihadapannya. Sungguh sebak.


Gambar Hayy Mikael bersamanya di Sydney tiga tahun lepas direnung lama. Wajah lelaki itu diusap perlahan menggunakan ibu jari lalu didekatkan pada wajah dan dikucup lembut. Satu senyuman diukir bersama air mata yang masih setia mengalir. 


"I'm gonna miss you, Hayy."


Previous: Bab 57
Next: Bab 59

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya