Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 46

"PAK LONG! Saya jalan-jalan kampung sekejap dengan Hafiz!" Laung Hayy Mikael yang berdiri kira-kira 10 meter dari pondok kayu yang sedang diduduki Pak Long dan seorang lagi kawannya.

Pak Long dari jauh menoleh.

"Saya nak jalan-jalan kampung sekejap!" Laungnya lagi bila melihat Pak Long seakan tidak jelas mendengar.

Pak Long menoleh pandang ke sebelah, memandang kawannya yang seakan bercakap sesuatu dengannya. Mungkin Pak Long masih tak dengar dan kawannya yang sebelah itu menjadi tukang dengar dan tukang ulang siaran yang tak berbayar kepada Pak Long. Selang beberapa saat, Pak Long menoleh semula ke arah Hayy Mikael.

"Ye! Ye!"

Mendengar laungan Pak Long, Hayy Mikael tersengih lebar.

HAYY MIKAEL dan Hafiz berjalan beriringan. Sambil berjalan, macam-macam modal yang mereka bualkan.

Ada juga Hafiz bertanya mengenai pasangan merpati dua sejoli yang Hayy Mikael tegur sewaktu dipantai tadi. Dan tanpa berselindung dia mengakui bahawa lelaki itu adalah abang iparnya. Reaksi Hafiz? Dia tidak terkejut langsung pun kerana dia sudah sedia maklum tentang status diri Hayy Mikael.

Sejak mendapat gelaran duda muda, makin ramai wanita yang cuba mendekatinya. Siap dapat sandang gelaran duda hot terhangat di pasaran lagi. Namun, semua itu mendapat tepisan hebat dari Hayy Mikael. Setiap kali dirinya ingin didekati, sepantas itu dia cuba mengelakkan diri. Datang lah wanita secantik bak bidadari syurga sekalipun, langsung dia tak akan pandang. Panggil lah GRO datang goda sekalipun, dia belum cair lagi nak hadap mereka tu.

"Cantik jugak kan suasana kampung ni?" Komen Hafiz sambil memandang sekeliling kampung.

Hayy Mikael mengangguk mengiyakan. "Memang cantik. Tapi kalau Dungun ni, nak kata kampung, tak ada lah kampung sangat. Boleh dikatakan kawasan bandar juga. So, tak feel." Kali ini dia menggeleng dan mencebik pula.

Hafiz kerut dahi. "Apa yang tak feel?"

"Tak feel suasana kampung lah! Mana ada kampung yang bersepah traffic light? Suasana kampung yang sebenar, kau takkan nampak kesibukan lalu lintas kereta, motor, atau seangkatan dengannya. Macam rumah mak aku." Hujah Hayy Mikael berakhir dengan senyuman lebar. Tiba-tiba rindu nak balik kampung.

Hafiz mengangguk faham. Tapi suasana kampung ini tetap cantik baginya. Mungkin dia tidak pernah jejak ke sini, jadi baginya yang baru pertama kali, sudah tentu rasa terpegun.

"Kau pernah ke datang sini sebelum ni?" Soal Hafiz.

"Dah lebih 5 kali kut."

"Buat apa sampai lebih lima kali tu?"

"Lah... Rumah Mak Long aku kan kat sini. Ingat aku datang sini nak mengurat?"

Tawa Hafiz akhirnya meletus. Belakang leher yang tidak gatal di garu. Macam mana lah dia boleh lupa tentang itu. Tak sampai satu jam tinggalkan rumah Mak Long, dah lupa ingatan.

"Jom masuk kedai tu. Nak beli aiskrim." Hayy Mikael berjalan menuju ke arah kedai runcit.

Hafiz hanya membututi dari belakang. Kena la dengan cuaca hari ini. Syok juga kalau aiskrim melalui kerongkong.

Orang putih cakap... Heaven!

Hayy Mikael memasuki kedai runcit itu. Peti aiskrim menjadi tujuan utama. Galak matanya memerhati jenis-jenis aiskrim yang tersusun. Hampir enam puluh saat memerhati, matanya tertancap pada plastik aiskrim berwarna hijau. Solero! Kegemarannya.

Baru saja niat ingin menolak pintu peti aiskrim ke tepi, gegendang telinga menangkap satu suara perempuan. Yang pasti suara itu di luar kedai dan kedengaran seperti sedang marah-marah.

Perlahan kakinya melangkah ingin menjenguk ke luar.

"Habis tu tak reti-reti nak minta maaf?!"

"Eh, awak yang langgar saya, kenapa saya nak kena minta maaf?" Hafiz menyoal tidak puas hati.

Kedengaran gadis itu mendengus kasar.

"Hei, kenapa ni?" Muncul Hayy Mikael ditengah-tengah ketegangan itu. Suara garau penuh macho itu sudah cukup membuatkan gadis yang bertekak dengan Hafiz tadi terdiam. Terdiam bukan kerana takut, tapi lebih kepada terpanar dan terpegun. Terpegun melihat keindahan ciptaan Allah.

Hayy Mikael pusing memandang gadis itu. Tangan diawang-awangkan dihadapan wajah gadis itu. "Hello, miss?"

Gadis itu ternyata tersentak dengan sapaan Hayy Mikael.

"Is there anything wrong with my face?" Rahang tajamnya digosok. Buat-buat tilik muka sendiri.

Teragak-agak gadis itu menggeleng.

Hayy Mikael senyum segaris menampakkan lesung pipitnya yang cantik terhias. "I'm Hayy. If you don't mind, let me know your name." Selamba Hayy Mikael memperkenalkan dirinya dihadapan Hafiz yang sudah terbeliak biji matanya.

Tak pernah selama ini dia tengok Hayy mengurat perempuan. Siap senyum manis, kenalkan nama lagi.

"Raisha." Berona merah pipi gadis itu dek penangan senyuman memikat Hayy Mikael. Malu-malu dia kenalkan nama.

"Wow! Nice name with a gorgeous face." Puji Hayy Mikael.

Lagi tersipu malu gadis itu dibuatnya. Gila tak malu? Putera Kayangan turun dari langit puji dia cantik. Perempuan mana aje tak cair. Melainkan perempuan berloceng, tak ada benda lah nak pelik kan? Eh!

"Awak orang sini ke? Tak pernah nampak pun selamani?" Risik Raisha. Sepanjang tadi, sekarang barulah kotak suaranya boleh berfungsi.

"Tak, saya dari KL. Saya anak saudara Mak Long. Kenal?"

Hafiz di belakang sudah mengeluh perlahan. Dari nak beli aiskrim, bertukar jadi sesi ramah mesra pula. Sejak bila Hayy Mikael mesra alam ni?

"Mak Long?!" Mata Raisha membulat. Seolah dia sangat mengenali Mak Long.

"Awak kenal?"

"Tentulah saya kenal! Saya jiran sebelah dia aje." Ujar Raisha seraya tersengih lebar. Bangga. Teruja. Sebab rumah mak saudara Putera Kayangan ni rupanya jiran sebelah je.

"Raisha cepat lah. Berjanggut dah aku tunggu kau, tahu?!" Tiba-tiba datang satu suara lelaki yang mendekati mereka.

Sebaik sahaja Hayy Mikael mengalih pandangan ke arah empunya suara, terasa jantung berdetak tidak seiiring.

"Sabar lah abang! Kau boleh tunggu kejap tak?" Marah si adik. Ya, kemungkinan besar Raisha adalah si adik kepada si abang itu. Haha.

Mata Hayy Mikael masih fokus menganalisis wajah lelaki yang berdiri disebelah Raisha. Dan lelaki itu kelihatan sedikit terperanjat dan kelihatan seolah dia cuba melarikan pandangan dari bertentang mata dengan Hayy Mikael.

"I feel like I've seen you before. But... Where?" Soal Hayy Mikael perlahan. Keliru.

"Eh kenalkan, ini abang saya Rykal." Bagai memahami kehendak otak Hayy Mikael, jawapan itu pantas masuk ke dalam ruangan mindanya sekaligus mengingatkan dia tentang siapa lelaki yang sedang berdiri di hadapannya ketika ini.

Hayy Mikael mengangguk. Muka selamba. Dalam diam, senyum sinis ditarik. Dan pasti, senyuman sinis itu hanya disedari oleh lelaki itu seorang sahaja.

Tangan dihulur kononnya ingin memperkenalkan diri. "Aku, Hayy.. Hayy Mikael."

Kerana tidak ingin menimbulkan syak wasangka pada sesiapa, huluran Hayy Mikael disambut. Tidak ikhlas.

"Rykal."

Sekali lagi senyum sinis dikoyak. "I think, I know you." Sememangnya dia sangat suka menyinis dihadapan Rykal. Baginya, hal dia dan juga Rykal masih belum lunas.

"Aku rasa kita tak pernah kenal kut. Aku tak pernah kenal engkau." Sungguh yakin lelaki itu berkata-kata.

Tidak hiraukan Rykal, Hayy Mikael mengalih pandangan ke arah Raisha pula. "Got to go, Raisha. Good to know you." Lagi senyum manis. Tapi manis kali ini tidak seperti yang tadi.

Sebelum berlalu, sempat matanya mengerling ke arah Rykal. Dengan mata yang terbias sesuatu. Amarah.

"Weh, kata nak beli aiskrim?" Soal Hafiz yang tidak tahu menahu. Laju kaki menyaingi langkah kaki sahabatnya yang nampak laju semacam.

"Hayy, sejak bila kau pandai mengurat perempuan ni?" Soal Hafiz lagi. Salah sebenarnya soalan itu. Kalau mengurat, memang dari dulu lagi Hayy Mikael pandai lakukan itu. Kalau tak, macam mana Armell boleh tersangkut dengannya dahulu?

"Sejak bila aku mengurat perempuan?" Kening lebat Hayy Mikael bertaut.

"Tadi tu bukan perempuan?"

Hayy Mikael senyum herot. "Kau bertekak dengan dia tadi kan? That's what we called, a way to ease the anger of women."

Hafiz terdiam sejenak. Dan sesaat selepas itu, dia mengangguk perlahan. Speechless, mungkin? Hayy Mikael menurunkan satu tip baharu. Boleh lah dia cuba nanti.

"Eh tapikan, pasal lelaki tadi. Apa namanya tu? Rykal? Kau kenal ke dia?"

Mendengar nama Rykal, mudah sahaja senyuman sinis tersungging dibibir. "Oh, Rykal? Kenal... kenapa pula aku tak kenal?"

"He started the game, so he has to finish it." Gumamnya perlahan namun kata-kata itu cukup jelas menampar gegendang telinga Hafiz.

Previous: Bab 45
Next: Bab 47

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya