Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 47

ARMELL sudah bermundar-mandir di hadapan katil. Berkawad kaki dalam bilik sendiri. Jam dinding dikerling. Jarum jam menunjukkan hampir pukul 5 petang. Tak senang duduk dibuatnya bila Huzzair menelefonnya pagi tadi dan menyatakan hasrat untuk mengajaknya ke rumah Hayy Mikael.

Katanya mahu minum petang? Entah lah dia pun tak tahu. Mula-mula memang Armell menolak. Gila apa minum petang dengan tiga orang lelaki dan hanya dia seorang saja perempuan? Memang dia undur diri dulu lah! Tapi kerana pujukan Encik Tunang kesayangan, Armell mengalah juga. Lagipun Huzzair cakap ada seorang perempuan, adik ipar Hayy Mikael. Rasanya dia sudah dapat mengagak siapa. Jadi kira setuju aje lah.

Tapi!
Tapi destinasinya kali ini tidak diketahui Tan Sri Hazahar dan Puan Sri Nora. Memang tempah bala lah kalau Tan Sri Hazahar tahu yang dia ingin minum petang bersama Hayy Mikael! Berani mati kalau dia jujur. Dah la dua-dua tak sebulu. Opss, pembetulan! Tan Sri Hazahar yang tak sebulu dengan Hayy Mikael. Haha.

Hampir sepuluh kali juga dia berfikir hendak mencipta alasan apa yang sesuai diberikan. Dan akhirnya satu alasan bernas berjaya menyelamatkannya. Apa lagi kalau tak berkaitan dengan Encik Tunang? Keluar dating lah. Dengan itu, mudah sahaja Tan Sri Hazahar memberi keizinan.

Ting!

Bunyi notification dari telefon pintar Armell. Notification Whatsapp. Daripada Huzzair <3.

Saya dah sampai, sweetheart. Turun cepat.

Lalu Armell terus membalasnya.

Okey... Wait for a second!

Armell berjalan ke arah cermin besar. Menilik dirinya yang berpakaian cukup ringkas. Sweatshirt berwarna ungu cerah yang terhias dengan corak misai kucing comel berwarna hitam yang agak besar. Rambut diikat persis ekor kuda. Bibirnya kelihatan berair dek lipbalm yang dicalit sedikit pada bibir tadi. Waaa... Gorgeous!

Masuk bakul guling sendiri.

Tanpa membuang masa, terus kaki melangkah keluar dari bilik.

"MELL! Lamanya tak jumpa you! Alaaa rindunya..." Jerit Evelyn gembira. Mereka berpelukan seketika.

Armell ketawa kecil. Ya, memang betul sudah lama mereka tidak bersua selepas kejadian. Tiga tahun. Agak lama. Tiba-tiba rasa rindu menjengah. Rindu ingin berkumpul ramai-ramai begini seperti dahulu. Arash, Hans, Evelyn. Lupa. Hayy.

"Eh, kenal ke Iman?" Soal Huzzair pelik. Pelik melihat Evelyn yang menegur tunangnya seperti sudah lama kenal gamaknya.

"So, Huzzair... Tunang kau?" Arash tiba-tiba bersuara. Saja bertanya sekadar ingin berbasa-basi. Juga ingin mengalih perhatian Huzzair dari menyoal tentang itu, seolah dia memahami situasi Armell dan Hayy.

Huzzair senyum dan mengangguk. "Ya, tunang. Merangkap bakal isteri."

Armell jeling Huzzair sekilas. Pekemende lah... Dah namanya tunang, tentulah bakal isteri. Takkan bakal adik ipar pula? Eh!

"Ooo... Dah lama ke bertunang?"

"Nak masuk dua bulan. Tapi kenal tu dah lama."

Armell hanya dia mendengar. Sekarang mereka berkumpul di halaman. Masing-masing duduk di atas kerusi batu yang memang berada di halaman rumah ini. Tak dapat dinafikan lagi rumah Hayy Mikael sangat cantik!

"Macam mana boleh kenal dengan Mell ni?" Risik Arash. Dan dia baru sedar dia sudah terlepas cakap.

Seperti yang dijangka, kening Huzzair bertaut. "Mell? Kau kenal Iman?" Soal Huzzair curiga.

Armell kejung. Dalam hati tak putus-putus berdoa agar rahsia tetap kemas. Arash dijeling tajam.

Sempat matanya bergerak memandang Hayy Mikael yang juga terkaku. Sama sepertinya.

Sesaat selepas itu, Arash ketawa sendiri. "Ehh Iman... Kau panggil dia Iman? Actually Iman ni kawan belajar Evelyn dekat UK dulu. Dah lama dah aku kenal dia. Kitaorang panggil dia Mell dulu. Mell, you tak kisahkan?" Auta Arash. Muka penuh keyakinan walaupun sedang berhelah.

Pantas Armell menggeleng dan tersenyum. Dalam hati sempat menyoal diri sendiri. Sejak bila aku belajar dengan Evelyn? Bijak betul mamat ni berlakon. Seolah-olah semua yang disini mengenali aku kecuali Hayy Mikael. Eh, Hayy tak pernah kenal aku? Waaa... Biar kebenaran?

Tak mengapalah. Janji Huzzair tidak tahu tentang perkenalan Armell dengan Hayy Mikael. Anggap sahaja Hayy seorang yang tidak pernah mengenalinya.

Dalam situasi ini, nampak Arash yang banyak memain peranan. Hayy Mikael hanya duduk bersahaja tidak menyampuk. Nak menyampuk? Eh boleh sangat... Kantoi terus lah alang-alang kan?

Melihat Huzzair yang mempercayai, baru Armell boleh bernafas dengan tenang. Rasa berdosa. Rasa bersalah dengan Huzzair. Namun, demi menjaga hati, dia terpaksa. Tiada pilihan lain lagi. Tipu kalau kata tiada secalit perasaan sayang terhadap Huzzair. Memang rasa itu ada kerana Huzzair itu tunangnya. Lagipun sudah dua tahun mereka berkawan. Tidak hairan lah.

Kehadiran Hans membuatkan suasana agak canggung tadi sedikit reda. Hans muncul dengan sedulang cawan yang sudah disusun. Armell tersenyum lucu. Rasa nak tergelak melihat lelaki itu seolah menjadi pembantu rumah tak berbayar Hayy Mikael.

"Cafe Latte. Jemput minum." Ujar Hans lalu mengambil tempat disebelah Arash. Lupa pula Hans ini pemilik Hans Coffee House. Tidak hairan lah jika dia mengangkat minuman yang berkafein seperti ini.

"Eh, Kak Nawal mana?" Soal Hans yang baru perasan akan ketiadaan seseorang.

Armell pandang sekeliling. Nawal? Siapa Nawal?

"Kak Nawal tak datang. Katanya segan nak berkumpul ramai-ramai macam ni." Jawab Arash.

Armell hanya mendengar. Nawal. Isteri Arash ke? Arash dah kahwin? Waaa... Arash dah kahwin!

Entah kenapa rasa seronok. Rasa macam sekejap saja masa berlalu. Arash yang kaki sakat dulu rupanya sekarang sudah berumah tangga.

"Kak Nawal tu memang pemalu sikit." Tambah Evelyn.

"Er... Kak Nawal tu siapa?" Soal Armell ingin kepastian.

"Isteri Arash."

Zap!

Terus kepala menoleh memandang empunya suara. Sempat bebola matanya dan anak mata berwarna hazel itu bertaut untuk beberapa saat. Kali terakhir dia bersua dengan lelaki ini selepas kejadian di pejabat Mike Corporation kira-kira seminggu yang lepas.

"Ya, isteri I. Nawal Farisya." Kali ini Armell menoleh ke arah Arash pula. Ya, suara yang sepatutnya menjawab soalannya tadi.

"Rasanya belum terlambat lagi I nak ucap selamat pengantin baru untuk you kan? Selamat pengantin baru."

Arash sudah tersengih. "Thanks."

"Hayy, bila lagi?" Arash toleh memandang Hayy Mikael.

"Bila apa?" Soal Hayy Mikael. Blur.

"Takkan lah duda hot macam ni tak ada calon?" Arash senyum mengusik. Dalam diam, sempat matanya mengerling riak wajah Armell.

"Itu lah," sampuk Armell.

Armell hanya berlagak selamba. Buat-buat sokong dengan soalan Arash. Heh, barulah tak timbul syak wasangka kan? Hidup kena bijak.

Masing-masing sudah menumpu perhatian ke arah Hayy Mikael.

"Gila tak ada calon?" Usik Evelyn pula.

Nampak lelaki itu ketawa kecil. Namun tiada sebarang jawapan yang keluar. Dia fikir orang faham lah tu bahasa ketawa.

"Semua! Jom main satu game?" Suara Hans tiba-tiba. Bukan main teruja lagi wajahnya.

Masing-masing kerut dahi. Ada yang angkat kening.

"Game apa?" Soal Huzzair.

Hans tarik senyum penuh makna. "Truth or dare."

Evelyn petik jari sekali. Juga dengan senyuman yang sama. "Jom!"

"Truth or dare?" Suara garau itu menyoal. Ada nada bosan di dalam suaranya. Ya, Hayy Mikael.

Evelyn mengangguk laju.

"Bosan lah. Takde benda lain ke?" Lagi dengan wajah tak bersemangat.

"Then, voice your suggestion." Tutur Hans.

Beberapa saat lelaki itu berdiam, akhirnya dia mengeluh pasrah. "Ye lah, ye lah..." Dan Hayy Mikael bangun dan berjalan masuk ke dalam rumah.

Selang beberapa minit, dia menghampiri bersama sebilah gunting kecil ditangan. Hans teguk liur. Dah kenapa? Hayy nak bunuh orang ke apa ni?

Pap!

Gunting itu diletak di atas tengah-tengah meja sebelum dia melabuhkan punggung.

"Why?" Soal Hayy Mikael yang baru tersedar akan kejedaan itu. Pelik bila masing-masing memandang pelik ke arahnya.

"Tadi cakap nak main truth or dare? Kenapa pandang aku?"

Hans menggeleng tanda tiada apa-apa yang perlu dipersoalkan. Okay sekarang baru dia faham kenapa abangnya itu membawa gunting kemari. Cis! Tadi kata bosan.

"So, ready? Now, take a deep breath. Relax your mind for a moment." Tutur Hayy Mikael sebelum memulakan permainan.

Hans memutarkan gunting itu.

Satu saat... Dua saat... Lapan saat...

Dan hujung gunting berhenti tepat menunding ke arah Armell. Evelyn disebelah sudah tersenyum lebar. Tak sabar nak bersoal jawab dengan Armell.

"Truth or dare?"

Armell toleh memandang Evelyn disebelah. "Truth."

Evelyn gosok bibir. Seolah memikirkan soalan yang akan diajukan kepada Armell.

"Siapa orang yang you cinta? Jujur dari hati. Jangan tipu!"

Soalan itu membuatkan Hayy Mikael sedikit tersentak. Berdebar dadanya saat menantikan jawapan dari gadis itu. Tidak beralih matanya merenung wajah Armell yang kelihatan sangat tenang itu. Lagi berdetak laju jantungnya.

"Kena jujur eh?"

Evelyn sepetkan mata. Geram pula dengan Armell. "Jujur lah."

"Tentulah lelaki yang berjaya mencuri hati saya. Saya cintakan dia. Saya nampak keikhlasan dia. Dan saya sayangkan tunang saya." Armell kerling Huzzair disebelah.

Dalam diam Hayy Mikael mengeluh kecewa. Orang yang berjaya mencuri hati Armell, tentulah Huzzair. Orang yang Armell cinta itu, memang pasti lah untuk Huzzair. Lagipun itu pengakuan jujur.

Namun cepat saja perasaan kecewa itu dikaburi dengan wajah selamba tidak beremosi. Hayy Mikael, sudah tentunya seorang yang bijak menyimpan rahsia hati.

Gunting itu dipusing sekali lagi oleh Hans.

Ting!

Tepat ke arah dirinya sendiri. Hayy Mikael disebelahnya sudah mengangkat kening. "Truth or dare?"

Hans berfikir seketika. "Dare."

Waaa... Berani betul mamat kopi ni.

Hayy Mikael senyum senget. "Jilat siku kau sendiri."

"Excuse me?" Hans kerut dahi. Gila apa jilat siku sendiri. Macam dah tak ada benda lain nak suruh buat.

"Jilat siku kau." Sekali lagi arahan itu diulang.

"Jil... Arghh!" Pasrah juga.

Akhirnya semua yang berada dimeja itu mengekek ketawa melihat aksi Hans yang berusaha ingin menjilat siku sendiri. Sumpah kelakar!

Hayy Mikael sahaja yang tenang tersenyum. Tak gelak langsung! Wow! Hati kering betul dia ni.

"Mengarut lah kau ni! Dah lah!" Hans menyerah kalah. Malas nak melayan cabaran bongok Hayy itu. Usaha lah sampai tercabut lidah pun, memang takkan sampai. Melainkan kau jilat siku orang!

Gunting dipusing seperti tadi. Dan kali ini mata gunting itu tepat menunding ke arah tubuh Hayy Mikael. Apa lagi? Sengih lebar Hans disebelah. Seronok sangat Hayy perdajalkan dia tadikan? Sampai semua orang gelak tak ingat akhirat.

"Truth or dare?"

Dengan selamba Hayy Mikael menjawab. "Truth, ofcourse. Aku seorang yang sangat jujur." Yakin.

Hans mengangguk seraya tersenyum sinis. "Say one person's name that you miss sooo much right now. Must be honest."

Hayy Mikael terkaku seketika. Seseorang yang dia sangat rindu sekarang? Tanpa disedari semua orang, dia mengenggam penumbuk di bawah meja. Gigi diketap kuat seolah menahan rasa. Berperang dengan perasaan sendiri. Nafas ditarik dalam.

"My wife." Dan berakhir dengan keluhan yang sangat perlahan. Dada yang berombak cuba ditenangkan. 

Previous: Bab 46
Next: Bab 48

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya