Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 38

ARMELL menghenyakkan punggung di atas katil. Pertemuan kali ke dua bersama Hayy Mikael  telah menghadirkan satu rasa pada dirinya. Satu rasa yang dia sendiri tidak pasti. Yang pasti rasa itu memberi impak sampai ke malam ini. Jantungnya akan berdetak laju setiap kali insiden pagi tadi bermain di ruangan minda.

Dia mengaku, dia juga turut tergugat dengan penampilan Hayy Mikael yang sekarang. Dia yang sudah lama mengenali lelaki itu pun masih lagi tergugat, apatah lagi Syarah yang pertama kali bertemu. Dan dia pasti, Hayy Mikael bukan orang biasa-biasa. 

Bau wangian milik lelaki itu masih sama seperti dahulu. Giorgio Armani. Dia sangat kenal dengan bau wangian itu. Dan pemakaian lelaki itu tampak sungguh kemas. Suit hitam dan juga tali leher berwarna ungu keemasan yang tersarung kemas dilehernya membuktikan dia adalah seorang lelaki yang cukup berkarisma. 

Tapi perlukah rasa itu berada dalam hatinya seperti dahulu? Bukankah diri sudah bertekad untuk melupakan lelaki itu? Hampir setahun dia memaksa diri untuk buang lelaki itu dari hidup dia dan akhirnya dia berjaya. Takdir mempertemukan dia bersama Huzzair. Lelaki yang tampak ikhlas mencintai dirinya dan sekaligus membuatkan dia lupa semua tentang Hayy Mikael yang pernah dia cinta dahulu. 

Tetapi hari ini, takdir juga mempertemukan semula dia bersama Hayy Mikael sewaktu dia sudah pun menjadi tunangan orang iaitu Huzzair Muammar. Abang Hayy sendiri. Dirinya terasa bagai dihempap batu yang besar. Bagaimana dia hendak mencintai Huzzair sepenuh hati sekiranya cinta yang lama itu kembali menggugat semula hati dan perasaanya?

Sungguh, dia rasa nak menangis! Faham tak macam mana perasaannya bila bercinta dengan abang kepada seorang lelaki yang amat dicintainya? Rasa tidak sanggup dan hatinya jadi sakit untuk melihat Hayy Mikael terluka. Tetapi dalam masa yang sama, dia bencikan lelaki itu. 

Armell buat suara menangis sambil membaringkan tubuhnya di atas tilam. Sumpah, dia betul-betul buntu ketika ini. Dia sendiri tak faham dengan perasaan sendiri. Nak menangis, tapi air mata dah penat nak keluar. Huaaa!

Bantal golek yang berada disebelah segera diambil. Di tumbuknya bantal itu sepuas hati ibarat dia menumbuk wajah Hayy Mikael. Bertubi-tubi pukulan hinggap pada bantal yang tidak berdosa itu sehinggalah dia terbaring letih di atas tilam. I hate you, Hayy!


ARMELL sedikit terkejut dengan kehadiran Huzzair di rumahnya yang secara tiba-tiba pada pagi ini. Tak pernah-pernah lelaki itu datang ke rumahnya tanpa menelefonnya terlebih dahulu. Ini datang mengejut macam ada urgent matter gamaknya.

"Awak ni dah kenapa Huzzair?" Soalnya lembut.

"Awak pergi mana sayang? Saya cari awak, call awak, mesej awak. Semua tak berhasil. Semalam pun saya ada call, tapi awak langsung tak angkat. Why?"

Armell pegang dahi. Rasa sedikit kesal dengan diri sendiri. Semalam emosinya diganggu. Telefon bimbitnya pun langsung tak di sentuh. Mana mungkin dia sedar jika ada mesej yang masuk. Pasti Huzzair risaukan dia.

"Sorry...."

"Awak kenapa? Ada masalah, talk to me. I'm here for you."

Armell garu kepala. Memang lah dia tengah ada masalah sekarang ni. Tapi takkan lah dia nak ceritakan semua itu pada Huzzair? No, no, no. Hubungan dia bersama Hayy di UK dahulu harus dirahsiakan supaya tidak menimbulkan masalah pada hubungannya dengan Huzzair kelak.

"Takdlah. Saya okay. Awak jangan risau ya?"

"Betul ke ni?"

"Ye, betul."

Huzzair mengangguk akhirnya. Dan selepas itu dia tersenyum. "Awak free tak harini?"

"Like always lah... Kenapa?"

Huzzair mengeluh lemah. "Saya baru je nak ajak awak tengok movie harini."

Armell berfikir sejenak. Kesian pula dengan Huzzair. Dah dua hari mereka tidak bersua. Oleh kerana tidak sanggup nak menghampakan Huzzair, Armell lantas mengangguk setuju.

"Okay lah. Kita keluar harini. Tapi saya kena bagitahu papa dulu yang harini saya tak masuk office. Saya nak call papa. Give me 10 minutes, saya nak bersiap."

"Serius? Orite take your time Iman. Saya tunggu awak dalam kereta."


SETELAH hampir dua jam setengah berada di dalam panggung wayang, akhirnya Armell dapat bernafas dengan normal. Tak guna punya Huzzair! Banyak-banyak cerita, cerita hantu juga yang dia berkenan. Boleh lemah jatungnya kalau hari-hari melayan cerita macam tu dalam panggung. Bergegar jantung oi!

Melihat wajah pucat Armell, Huzzair lepas gelak.

"Kelakar?" Armell menjeling geram.

"Tak. Takut. Takut tengok muka pucat awak tu."

Bahu Huzzair ditolak menjauh. "Benci la..."

"Alaaa... Sorry lah. Memang dah lama sangat saya nak tengok cerita tu. Nasib baik tayangan harini ada lagi."

"Kalau dah takdpun saya lah orang yang paling bersyukur, awak tau?"

"Hurm awak tu penakut."

Armell diam tak menjawab. Malas nak layan Huzzair.

"Awak lapar tak?"

Armell dongak memandang Huzzair. "Tak. Hilang selera lapar saya. Awak lah..."

"Alooo.... Sorry lah. Jom lah makan."

"Taknak! Jom balik!" Armell tunding jari ke hadapan. Dan dia terlebih dahulu berjalan mendahului lelaki itu.

Huzzair tarik senyum. "Iman!"

Panggilan Huzzair tidak dihiraukan.

"Iman, tunggu la..."

"Awak ni lambat lah. Cepat lah, saya nak balik ni!"

"Iman please, please, please. Teman saya makan dulu. Saya lapar ni. Lagi pun sebenarnya harini saya nak berjumpa dengan adik saya. Dah dekat seminggu dia balik dari UK, saya tak jumpa lagi dia. Harini baru nak jumpa."

Terhenti terus langkah kakinya. Jantung dah mula mengepam darah. Adik yang mana maksud Huzzair tu? Hans ataupun Hayy?

"Adik awak? Siapa?" Soal Armell seolah-olah dia tidak pernah mengenali siapa adik yang dimaksudkan oleh Huzzair.

"Hayy. Dia dah kahwin sebenarnya. Isteri dia memang dekat sana. Tapi sejak arwah isteri dia meninggal, dia memang stay dekat Malaysia. Yelah, rumah dia kat sini kan. Tapi bila dia di Malaysia, saya pula di Singapore. Jadi susah nak jumpa." Ulas Huzzair lebih terperinci.

Sungguh Armell terkejut dengan kenyataan itu. Eva... dah meninggal? Patutlah Hayy Mikael seperti tidak senang bila dia menyebut mengenai isterinya.

"Yang awak nampak terkejut ni kenapa? Awak kenal ke dia?"

Armell sedikit tersentak. "Eh, tak. Bukan macam tu. Saya cuma kesian dengan adik awak tu. Di usia macam tu dah jadi duda."

Huzzair mengangguk mengiyakan kata-kata Armell. "Itu lah. Umur baru 29 tahun dah dapat pangkat duda. Saya yang dah 31 ni pun belum kahwin lagi. Tu jadi duda hot lah nanti tu. Awak jangan tergoda pula bila jumpa dengan dia nanti."

Armell layan senyum. Huzzair tak beri amaran macam ni lagi pun, dia sudah tergoda bila tengok penampilan Hayy Mikael semalam. Agaknya lelaki ni kalau jadi duda, lagi hot kut!

Astaghfirullahalazim.... apa kau melalut ni Armell! Kau tu tunang orang. Mohon sedar diri tu!

"Iman, jom?"

"Errr.... Okay, jom." Laju kakinya melangkah menyaingi langkah Huzzair yang agak luas itu. Laju kakinya melangkah seiring dengan laju degupan jantungnya. Makin nak sampai dekat kereta, makin nervous jadinya!


Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya