Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 10

ARMELL berbaring di atas katil. Mata merenung pada siling di atas.

"Kenapa I pula? Sedangkan you boleh aje pergi dari hidup I tanpa paksaan daripada I. Kenapa nak kena ada rancangan pula?"

"Mell, duduk dulu."

Armell duduk di bangku.

"Cakap lah apa yang you nak cakap," ujar Armell sambil bertentang mata dengan Hayy Mikael yang berdiri dihadapannya.

"Okay, I bagi you dua pilihan. A, you rancang sesuatu. B, I akan terus mengganggu hidup you. Pendek kata, benda yang you tak suka I buat."

"I pilih C, none of the above."

"You left me with option B, Mell."

"Ok fine! A." Armell mendengus kasar. Gigi diketap menahan geram. Melihat wajah selamba Hayy Mikael yang tersenyum kemenangan itu sudah cukup buatkan darahnya tersirap.

"Present your plan, now. I akan terima dengan hati yang terbuka."

Armell menarik nafas panjang.

"How about spending some time with me?"

"Cun! Pandai you merancang. Bila nak mula ni?"

"Wait... I tak cakap habis lagi."

"Ah, okey teruskan."

"Kita akan bersua empat mata selama 24 jam dan selepas 24 jam, I tak nak tengok lagi muka you dan bayang you pun jangan sesekali melintas dekat depan mata I, faham?" lancar sahaja kata-kata itu meluncur keluar dari mulutnya.

"So, you akan spentkan your whole day with me?"

Armell mengangguk. " Twenty four hours, Hayy."

"Tak menyesal?"

"Kenapa I nak menyesal?"

"Nothing. So, bila boleh start?"

"Esok. Sebab I takde kuliah jadi I free sepanjang hari esok. Kita jumpa di Lake Aura Vale, tepat pukul 7 pagi."

"Okay, deal."

"Deal."

Tubuh yang enak berbaring bingkas bangun. Bila difikir-fikirkan balik, rasa bodoh pula dia buat perjanjian seperti itu. Apa dia nak buat dengan Hayy dalam masa dua puluh empat jam tu? Tatap muka lelaki itu sehingga puas? Gila!

Ah! Apa yang nak dirisaukan? Janji mamat haprak tu tak kacau dia lagi lepas ni.

Badannya dihempas sekali lagi di atas katil. Mata dipejam sambil bibir mengoyak senyum nipis. Tak sabar nak tunggu hari esok!

"HAI, anje... Sorry lambat sikit, I ada hal sikit tadi." ujar Hayy Mikael dengan riak wajah bersalah. Tangan naik menggaru kepala. Sebijik macam budak-budak!

"Behave ya, kita bukan bercinta. Jangan salah faham dengan rancangan I." tegas Armell.

"Just twenty four hours kan? So, let me treat you like my girlfriend. Please, sekejap je?"

Armell mendengus perlahan. "Ye lah! Tapi I takkan sesekali layan you macam you layan I sekarang ni. Ingat tu."

Lelaki itu tersenyum dan mengangguk laju. Jari naik mengangkat sebagai tanda non-verbal okay kepada Armell.

"Jom?"

"You nak bawak I pergi mana?"

"Papa Rich QV. Tempat pertama pertemuan kita. Tempat pertama yang you ingat I ni italian guy." ujar Hayy Mikael sambil tersengih menampakkan sebaris gigi yang terususun rapi.

"Dah muka you macam sesuai aje. Itu yang I ingat you ni italian."

"I takde campuran darah lah. Tapi kan, kalau lah I tahu yang taste you ni bukan lelaki melayu, dah lama I mengaku yang I ni italian. Hai, macam tu aje terlepas."

Armell hanya mencebik. Kemungkinan besar kalau Hayy Mikael ni bukan lelaki melayu, rasanya dah lama dia kebas. Ya lah, lelaki ini bukannya tak ada rupa. Ada, tapi sayang. Hayy Mikael tidak menepati citarasa seorang Armell Nur Imani.

Haih, berlagak betul kau ya. Kalau nak tunggu lelaki mat salleh melutut hulur cincin, rasanya nanti kena sandang gelaran anak dara tua lah alamatnya. Tak apa lah, orang kata angan-angan tu biarlah setinggi langit. Dapat ke tak, itu belakang punya cerita.

"You nak makan apa?"

"Fish and chip."

"Minum?" soal Hayy Mikael sepatah.

"Iced Lemon Tea."

Hayy Mikael dongak memandang pelayan lelaki yang sedang berdiri disisi meja mereka. "Sama ye."

Pelayan itu menganggukkan kepala dan berlalu membawa pesanan mereka.

"Mell, boleh I tau sedikit tentang diri you? You sudi kongsikan dengan I kan?"

Armell panggung kepala memandang wajah Hayy Mikael. Untuk kongsikan serba sedikit tentang dirinya kepada lelaki itu rasanya tiada masalah. Lagipun, dia percayakan Hayy. "Apa yang you nak tahu pasal I?"

"Nama you. Maksud I, nama penuh you. Dan anything yang berkaitan dengan diri you."

"Armell Nur Imani binti Tan Sri Hazaha. 22, dan I tak sukakan lelaki melayu." lagi dengan pendirian yang sama.

Di saat itu juga Hayy Mikael tertawa sebaik sahaja mendengar kata-kata Armell yang terakhir itu. "You tak perlu nak ulang benda tu banyak kali sebab I pun dah setkan dekat kepala I pasal benda tu."

Armell mencebik. "I kena peringatkan you. Takut you terlupa."

Hayy Mikael tersenyum nipis. Matanya bertentang dengan anak mata milik Armell.

"Jangan terlalu mendongak ke langit hingga lupa bumi yang dipijak. Mana you pergi pun, you akan patah balik ke akar umbi. Tak salah kalau you nak kejar lelaki mat salleh mana sekali pun. Jodoh tu rahsia Allah. Tapi mana tau kalau dalam you sibuk mencari lelaki idaman you, tiba-tiba you kahwin dengan lelaki melayu juga. Siapa tahu?"

Armell akhirnya bersandar di kerusi. Dengar Hayy ceramahkan dia, rasanya sampai esok pun tak habis lagi.

"Hayy, kalau you ditakdirkan berjodoh dengan perempuan yang dah tak suci, you sanggup tak terima dia?" duga Armell.

Hayy Mikael diam tak berjawab. Bahu dijongket sebagai jawapan.

"Apa angkat-angkat bahu? You ingat I faham ke bahasa bahu?"

"I terima dia seadanya kalau itu jodoh I. Siapa kita nak menghukum? Kenapa you tanya? You..."

"Hey! Jangan fikir bukan-bukan okey! I masih suci lagi tau!"

Lelaki itu tersengih sumbing.

Suasana agak terganggu apabila pelayan datang menghantar pesanan.

"Maaf ya," Fish and Chip diletakkan dihadapan Armell dan Hayy Mikael. "Silakan."

Armell hanya melemparkan senyuman kepada pelayan tersebut sementara Hayy Mikael mengucapkan terima kasih.

"Makan. Kita ada banyak lagi masa."

#Do comment anything if you gonna read the next chapter.

#Semoga terhibur


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya