Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 28

ARMELL merenung wajah Hayy Mikael yang sedang fokus memandu. Tadi sewaktu dia mengikut lelaki itu singgah ke rumah untuk mengambil keretanya, itu pertama kali lah dia melihat rumah lelaki itu dan dia langsung tidak menyangka bahawa Hayy Mikael mempunyai kediaman semewah itu.

"Hayy, I tak tahu pula yang you ada rumah sendiri. I ingat you duduk dengan mak you dekat kampung je. You kerja apa sebenarnya?" risik Armell. Ingin mengetahui lebih dalam lagi tentang Hayy Mikael.

Meletus tawa Hayy Mikael tatkala mendengar soalan seperti itu. "I dah tua, Mell. Umur dah 26 tahun, takkan nak bergantung hidup dengan mak bapak lagi?"

"Bukan lah, maksud I... yelah tadi you cakap umur you 26 tahun kan? Dengan umur muda seawal you ni, you ingat senang ke nak ada rumah sendiri? Dengan ada kereta sendiri pula tu. Melainkan you kerja gaji besar, no wonder lah."

Lelaki itu tertawa lagi. Kepala digelengkan perlahan walaupun matanya masih fokus memandang ke hadapan.

"Tadi you tanya I kerja apa kan? Well, you just answered your question, honey..." jawab Hayy Mikael bersahaja. Namun senyuman manis sentiasa menghiasi wajahnya.

"Oh, so you pergi Melbourne tu atas urusan kerja lah?"

"Nope, urusan kerja I sebenarnya di Perth. Kenapa you tiba-tiba tanya ni?" Soal Hayy Mikael pelik. Tidak pernah-pernah gadis ini menunjukkan rasa ingin tahu terhadap dirinya. Wajah gadis itu dipadang sekilas cuma.

"Sebab... sebab Hans pernah cakap dekat I yang you kerja di Diapers Baby Factory, is it true?" Armell sepetkan mata. Tak tahu lah nak percayakan mana sorang. Dek melihat kehidupan mewah lelaki bujang seperti Hayy Mikael itu membuatkan dia sedikit ragu-ragu dengan pernyataan yang Hans pernah nyatakan kepadanya suatu ketika dulu.

Entah buat yang keberapa kali, Hayy Mikael ketawa lagi. Dan kali ini ketawanya lebih besar dan sudah tentunya menyakitkan hati seorang Armell. Ada yang makan pelempang aku japgi ni.

"Yang you gelak ni kenapa, kelakar sangat ke?"

"You percayakan budak bingai tu?" soal Hayy Mikael sambil tersengih sumbing. Masih terdengar lagi sisa-sisa tawanya yang sedang beransur reda.

Armell menarik nafas panjang dengan mata yang terpejam. "ApparentlyI've been fooled! I jumpa Hans, I cekik dia hidup-hidup lepastu tanam belakang rumah!" Armell ketap gigi menahan amarah yang membuak-buak terhadap adik Hayy Mikael. Bulat-bulat dia percayakan Hans. Rupanya kena tipu. Geram betul!

Hayy Mikael ketawa kecil. Gelak lah sampai hilang suara tu.

Armell kembali bersandar dan melempar pandangan ke luar tingkap. Rasa mengantuk perlahan-lahan bertandang. Mata digosok. Tidak benarkan dirinya melelapkan mata. Dia harus membuka apa-apa saja topik untuk bersembang dengan Hayy Mikael yang sedang senyap memandu.

"Hayy," Armell pandang wajah Hayy Mikael.

"Hm?" lelaki itu hanya menjawab tanpa menoleh ke arah Armell.

"Dulukan, I ingat you dengan Evelyn." luah Armell akhirnya. Sudah lama dia pendamkan perkara itu.

Mendengarkan itu, laju Hayy Mikael menoleh ke arah Armell. Dan pandangan kembali difokuskan ke hadapan. "Kenapa pula?"

Armell bermain dengan jarinya sendiri. Kepala menunduk memandang jari-jemarinya. "Sebab you pernah bagitahu I yang Evelyn tu girlfriend you." katanya perlahan.

Hayy Mikael terkedu. "Sejak bila pula I cakap yang Evelyn tu girlfriend I?"

"Ada... Masa tu, hari yang you bawak I naik atas batu sebesar gunung tu. Dekat atas tu lah you beritahu yang Evelyn tu girlfriend you." ulas Armell. Mengingatkan semula kepada Hayy Mikael pada saat itu. Walaupun sudah lama, namun dia masih ingat lagi.

"Tak! I tak pernah keluarkan pernyataan yang Evelyn tu girlfriend I. Ya Mell, I tak lupa. I ingat macam mana soalan yang you lontarkan pada I. And yes, memang I ada bagi jawapan. Tapi jawapan yang I bagi tu tak menjawab soalan yang you tanya tu, fikir baik-baik Mell."

Armell hanya diam tanpa berbalas apa-apa. Pandangan dibawa ke luar tingkap. Sungguh dia cemburu bila saja mengetahui bahawa Evelyn itu kekasih hati Hayy Mikael walaupun hakikatnya ia hanyalah salah faham. Pada saat itu dia belum memahami maksud jawapan dari Hayy Mikael. Dan sekarang baru lah dia berasa lega sebaik sahaja mendengar jawapan yang sebenar-benarnya daripada lelaki itu. Rupanya di saat itulah dia baru sedar bahawa dia telah jatuh cinta dengan Hayy Mikael. Namun kerana ego menguasai, perasaan itu sentiasa dinafikan walaupun telah banyak kali lelaki itu cuba untuk memenangi hatinya. Tak sangka, panahan mata Hayy Mikael selepas 3 hari kejadian di Papparich QV pada satu ketika dahulu telah mencuri separuh jiwanya.

"Mell... are you jealous, hurm?" soal Hayy Mikael nakal. Kata Arash, kalau perempuan dah mula cemburu ni bermakna dalam hati tu dah ada cinta!

Perlahan-lahan gadis itu menoleh. "No, I'm not..."

"Jangan nak tipu, I know you!"

"Hayy,"

"Ya?"

Armell menarik nafas panjang. Wajah Hayy Mikael yang sedang memandu dipandang. Dia sayangkan Hayy dan dia tidak mahu kehilangan orang dia sayang lagi seperti mana dia kehilangan Hadry, bekas tunangnya suatu ketika dulu.

"Saat you dengan I menjadi kita,jangan sampai yang ada namanya dia. Boleh?"

Hayy Mikael toleh sekilas ke arah Armell. Satu senyuman nipis diberi. "Bila I dah pilih you, maknanya you lah orangnya sampai bila-bila. I sayang you sampai bila-bila, Mell."

Senyuman Hayy Mikael dibalas.

"Nampaknya orang tu dah mula sayangkan I. Tak sabar rasanya nak nikah. Kalau boleh I nak awalkan tarikh nikah kita, boleh lah ya?" pinta Hayy Mikael sambil tersengih lebar.

"You jangan macam-macam ya, Hayy... You tau I trauma lagi ni." tegas Armell memberi amaran awal. Melihat senyuman nakal yang menghiasi wajah lelaki itu sudah cukup menggerunkannya.

Meletus tawa Hayy Mikael. "Chill, sayang. Jangan risau sebab I ni penyabar orangnya..." dan satu kenyitan mata dihadiahkan kepada Armell. Sengaja mahu mengusik gadis itu.

"Hayy!"





ARMELL liarkan pandangan ke sekeliling. Pertama kali dia ke tempat orang sendirian tanpa rakan-rakannya dan hanya ditemani oleh seorang lelaki yang tulus ikhlas mencintai dirinya. Pendek kata, mungkin juga boleh digelar sebagai bakal suami. Kereta Honda City milik Hayy Mikael berhenti di hadapan sebuah rumah papan yang sederhana besar.

"Jom,"

Armell hanya menurut tanpa bersuara. Perlahan-lahan pintu kereta dibuka. Mata diliarkan lagi memandang perkarangan rumah yang cukup bersih dan terdapat beberapa pokok rendang di sebelah rumah itu. Mata dipejam sambil menghirup udara. Tidak dapat dinafikan bahawa udara di kampung jauh lebih bersih berbanding udara dia bandar. Segar dan sungguh nyaman!

"Nikmatilah udara dekat kampung ni. I tau you tak cukup oksigen nak bernafas." perli Hayy Mikael selamba lalu berjalan menuju ke arah tangga rumah.

Armell menjeling geram. Suka hati je cakap orang tak cukup oksigen.

"Assalamualaikum. Mak! Ooo Mak!" sebaik sahaja mendengar Hayy Mikael memberi salam, tidak semena-mena jantung Armell berdetak laju. Bimbang memikirkan bagaimana penerimaan kedua-kedua orang tua kepada lelaki itu terhadap dirinya.

Selang beberapa saat, pintu rumah itu terbuka dari dalam dan terlihat satu susuk tubuh seorang wanita yang mungkin dalam lingkungan usia lewat 50-an.

"Waalaikumussalam... ya AllahHayy!" sebaik sahaja menjawab salam, tubuh tua itu lekas-lekas menuruni anak tangga dan terus memeluk tubuh sasa Hayy Mikael.

"Bila balik ni? Bertuah punya anak, balik tak bagitau mak!" lengan kekar Hayy Mikael dicubit perlahan. Mak Yam merenung lama wajah anak lelakinya itu yang agak lama tidak jenguk ke kampung. Kali terakhir dia melihat Hayy Mikael ada dalam 7 bulan lepas.

Kedengaran lelaki itu tertawa kecil. "Mana boleh bagitahu. Nanti tak suprise lah. Hayy balik ni ada hajat tau mak."

Seperti sudah memahami maksud yang hendak disampaikan oleh Hayy Mikael, Mak Yam lantas menoleh ke arah Armell yang berdiri tidak jauh darinya. Wajah gadis yang masih tidak dikenali itu ditatap lama.

"Makcik," Armell koyak senyum nipis. Dia mara selangkah kehadapan mendekati wanita tua itu. Tangan dihulur ingin menyalami tangan Mak Yam. Namun huluran itu sepi tidak bersambut. Pantas Armell menoleh ke arah Hayy Mikael.

"Mak?"


Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya