Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 13

ARMELL tercungap-cungap sebaik sahaja tiba di hadapan pintu dewan kuliah. Hari ini dia terlewat lagi. Sudah puas Bella mengejutnya dari tidur namun dia buat tak endah saja. Sejak akhir-akhir ini, Armell banyak menghabiskan masa dengan hanya tidur sehari suntuk. Entah lah, mungkin sunyi tak ada orang ganggu, itu yang membuta sepanjang masa.

Tombol pintu dewan kuliah itu dibuka perlahan. Harap-haraplah pintu tak berkunci.

Klak !

Fuh!

Armell jengukkan sedikit kepala. Prof Zira yang sedang berdiri memandang laptop mengangkat muka menoleh ke arah Armell. Gadis yang tersengih sumbing di hadapan pintu itu dipandang dengan renungan tajam. Ada aura bunuh di dalam mata dia.

"Again?" soal Prof Zira dengan suara ditegaskan.

"Sorry... Prof," Armell satukan tapak sebagai simbol merayu.

"You're lucky young lady. Please lock the door, will you?"

Armell mengangguk laju. Nafas dihembus perlahan. Lega. Cepat-cepat pintu dikunci dan dia terus naik mencari tempatnya.

Bella toleh memandang sahabatnya yang sudah tercungap-cungap disebelahnya. Kening diangkat sedikit. "Lambat?"

"Diam lah kau."

Bella tergelak perlahan. "Itu lah kau, lain kali kalau orang kejut tu terus bangun."

"Shhh!" Armell meletakkan jari telunjuk dibibir. Bimbang jika Prof Zira terdengar perbualan mereka.

Mereka kembali fokus ke arah Prof Zira yang berada di hadapan. Seketika kemudian, terasa bahunya dicuit dari sebelah. Tanpa menoleh ke arah Bella, Armell angkat kening tanda dia menyahut panggilan itu.

"Mell, malam ni party jom?" bisik Bella perlahan.

Segera Armell toleh memandang Bella. Sejak peristiwa sebulan yang lepas, rasanya dia sudah serik untuk jejakkan kaki ke situ lagi. Bila teringat semula, masih terbayang-bayang lagi perbuatan lelaki Mat Salih itu terhadapnya. Kalau dia jumpa Pietro tu sekali lagi, mahu dia pecahkan terus teruna malaun tu!

"Tak kot, aku nak siapkan assigment."

"Kau masih trauma dengan kejadian tu kan? Ala, Mell... Itu hal lama punya cerita la. Sekarang dia dah takde pun kat sini. Neddy dah halau dia balik Perth."

"Kau mana tau? Kalau ada lagi lelaki spesies macam dia tu ganggu aku macam mana?"

"Dah bertahun-tahun kita lepak dekat tempat tu, mana pernah jadi apa-apa. Pietro tu aje yang bodoh tak tahu undang-undang kelab kat situ. Lagipun masa kejadian kau lari dari kitaorang tu, aku nampak guard halau dia keluar dari situ. Memang padanlah dengan muka."

Armell befikir sejenak. Matanya sesekali terarah pada skrin besar dihadapan.

Sudah hampir seminggu kelibat Hayy Mikael tidak muncul di depan matanya. Sebaik sahaja menghantar semua gambar  melalui applikasi whatsapp pada malam terakhir itu, dia terus menyekat nombor Hayy Mikael. Jadi, segala balasan mesej dan panggilan daripada lelaki itu tidak akan sampai kepadanya.

Agaknya kemana lelaki itu menghilangkan diri? Balik Malaysia? Takkan lah... Tapi boleh jadi juga. Lagipun dia datang sini hanya ingin menyelesaikan beberapa hal dan urusan. Sudah tentulah dia hilang sebab pulang ke tanah air.

Satu keluhan kedengaran.

"Yang kau mengeluh ni dah kenapa? Tak suka ke Pietro kena halau dengan guard?"

Armell toleh memandang Bella. Dia sedikit terpinga-pinga. Lantas dia mengerutkan dahi dan menggeleng laju.

"Pinjam fail kau,"

"Kau tak ada fail ke?"

"Rushing. Aku tertinggal kat atas katil."

Bella mencebik. Lantas failnya didekatkan sedikit ke arah Armell. Mereka kembali fokus ke arah Prof Zira yang sedang berhujah dihadapan.

"Kira confirm ya malam ni?" bisik Bella perlahan.

"Tengok lah macam mana."

KRING !

Hans toleh ke arah pintu kedainya yang dibuka oleh seseorang. Susuk tubuh itu berjalan menghampirinya yang sedang duduk di atas sofa berwarna kelabu sambil memegang senaskhah surat khabar.

"Seksinya kau," itu perkataan pertama yang terpacul keluar dari mulut Hans sebaik sahaja melihat gaya pemakaian Armell.

Armell mencebik. Tanpa dipelawa, punggung dihenyak disofa bertentangan dengan Hans. Kaki naik bersilang. "Macam tak biasa tengok pulak kau ni."

Lelaki itu tergelak kecil. "Bukan tak biasa. Cumanya dah lama aku tak tengok kau pakai macam ni."

Kata-kata Hans tidak dibalas. Sebaliknya dia hanya tersenyum segaris kepada lelaki itu.

"Ni mesti kau buat hal lagi kan?"

Mendengar soalan itu, Armell kerut dahi serta-merta. "Buat hal apa pulak ni?"

"Pergi clubbing."

"Kau stalk aku eh?"

"No. Tengok gaya pemakaian kau pun aku dah tahu."

"Ya, aku buat hal lagi." jawab Armell tanpa berselindung apa-apa lagi.

"Bukan kau dah janji ke dengan abang aku yang kau takkan jejakkan kaki kat sana lagi?"

"Aku dah tak terikat dengan perjanjian dia. Dia pun dah hilang dari hidup aku. Rasanya dah dua minggu kut dia tak kacau aku. Fuh! Aman rasanya hidup macam ni." gadis itu bersandar pada sofa sambil tersenyum bangga seolah-olah sudah terlepas dengan beban yang selama ini dia cuba tepis sejak dari dulu.

Hans hanya sekadar mengangguk saat mendengar kata-kata gadis itu.

"Biasanya, kat mana aku ada, kat situ lah dia ada. Macam magnet! Rimas tau? Sekarang ni baru lah aku rasa macam boleh bernafas sikit." Armell tersenyum senang.

"Aku pun sebenarnya tak sangka yang kau ni adik dia. Haih... Kenapa kau tak cakap awal-awal hah?"

Hans garu kening yang tidak gatal. "Mana lah aku tau yang kau dengan abang Hayy tu kawan."

"Hello, bukan kawan okay. Aku tak pernah anggap dia sesiapa pun dalam hidup aku. Sebab yelah, aku tak kenal dia dan dia pun tak kenal aku tapi dia tu seolah-olah sudah lama memerhatikan gerak-geri aku. Masakan dia boleh tahu semua tempat yang aku biasa pergi, betul tak? Entah-entah kau yang kenalkan aku dengan dia."

"Ya Allah, Mell... Sumpah aku tak pernah cerita apa-apa pun pasal kau dekat dia! Dia pun tak tahu yang selamani aku berkawan dengan kau. Apa la main tuduh-tuduh pulak. Tak baik tau?" Hans tarik muka. Surat khabar yg dipegang sedari tadi terus dicampak ke atas meja.

"Alololo... Jangan la merajuk. Takde la, mana ada aku tuduh kau, aku tanya je. Yelah kau kan adik dia, mana nak tahu kan..."

Hans menarik nafas panjang dan menghembus perlahan. Siku diletakkan disisi sofa dan tangan naik menongkat dagu. Wajah rakannya direnung seketika.

"Kau jangan risaulah. Aku tak pernah sampaikan cerita apa-apa pasal kau dekat dia. Lagipun kau sendiri yang cakapkan yang abang Hayy tu tak ada kena mengena dengan hidup kau? So, no worries okay."

"Iyelah!" Armell pasrah. Satu keluhan kecil kedengaran. "Hah, satu lagi aku nak tanya. Hayy tu ada bisnes apa dekat sini?"

Kelihatan lelaki itu sedikit gelabah tatkala Armell bertanyakan soalan seperti itu. Jelas riak cuak terpamer diwajahnya. "Kenapa kau tanya?"

Armell kerut dahi. Melihat wajah Hans yang
berubah secara ketara itu buatkan dia rasa hairan.

"Kau kenapa ni, Hans?"

"Errr, takde apa. Kenapa? Kenapa kau tanya?"

"Bukannya apa, aku selalu sangat tengok dia ada kat sini. Dia ada rumah kat sini ke?"

"Ada. Dia ada kondo, duduk dengan kawan sekerja dia."

"Oh, tapi kau belum jawab lagi soalan aku yang tadi, Hans. Dia ada bisnes apa sebenarnya?"

Hans gigit bawah bibir. Sesaat kemudian, senyuman segaris diberikan kepada gadis itu. Segera dia dekatkan wajahnya ke arah telinga Armell dan sejurus itu, mata gadis itu membulat besar.


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya