Home Novel Cinta Teriring Doa
Bab 24

Aida merapatkan tubuhnya ke arah Azeem yang sedang bersandar di kepala katil. Namun Azeem masih leka dengan gajet kegemarannya itu langsung tak menghiraukannya.

“Honey, malam ni you tidur sini lagi kan? You tidur sini, temankan I.” tuturnya sambil menyandarkan kepalanya ke bahu suaminya itu. Azeem mula tak senang duduk kerana sudah beberapa hari dia tidak bertemu dengan Dian. Dia sendiri tak memahami hatinya kerana dia mula bimbangkan keadaan Dian. Bila tak bertemu hatinya rasa resah, paling teruk, kehadiran Aida tidak mampu untuk membuatkan dia melupakan Dian.

Aida perasan dengan perubahan yang berlaku pada Azeem. Kini Azeem suka melayan perasaan sendiri dan lebih banyak senyap, malah ada kalanya dah tak berminat untuk berbual mesra dan mengungkapkan kata-kata cinta. Setiap bicaranya seperti sia-sia, ibarat masuk telinga kanan dan keluar telinga kirinya, kemudian masuk pula telinga kiri dan keluar telinga kanan kembali. Serentak dengan itu dia mendengus marah.

“Honey, you dengar tak apa yang I cakap ni? Kenapa I tengok you macam dah lain sekarang? You dah tak sama macam Azeem yang I kenal dulu. Sekarang ni pun you mesti tengah teringatkan dia kan?” tuturnya yang sudah mula naik marah. Dia pasti fikiran Azeem sedang melayang jauh ke sana, di tempat Dian berada. Dia belum buta untuk menilai hati suaminya itu kerana sudah bertahun-tahun mereka bersama dan sekarang dia sudah tidak lagi dipuja.

“Apa yang you merepek ni? Kenapa you kena libatkan dia? Dia tak buat salah apa-apa.” balas Azeem tak puas hati, selebihnya mahu menyembunyikan perasaan sendiri.

Perasaan bersalah tak pernah jauh daripada hati kerana dia tahu Dian rela dalam paksa. Benar, dia ingatkan Dian dan dia merasakan tak ada salahnya kerana Dian pun isterinya juga. Salah ke untuk mengingati isteri sendiri? Tak salah kan? Bisiknya, hanya dalam hati. Tak rela diketahui, kerana dia tak mahu menanggung akibatnya nanti.

“You jangan nak bohong pada I. You ingat I tak tahu yang you dah mula suka pada dia. You jangan cakap yang you dah cintakan dia. Please, ingat janji kita.”

“Semua yang kita lakukan sekadar untuk mendapatkan pewaris harta seperti yang opah nak dan bila dah selesai, semuanya akan kembali kepada keadaan asal.”

“Itu permintaan dia dan itu yang I dah janjikan, so now you jangan nak kata pada I yang you dah suka dia dan nak simpan dia terus jadi isteri you nanti. I tak nak dan I pasti dia pun takkan setuju sebab dia ada hidup sendiri.” tutur Aida memberi amaran. Azeem mula sedar hakikat yang sebenar. Hakikat bahawa, Dian hanyalah isteri sementaranya.

Bunyi telefon yang lantang mengejutkan mereka yang masih belum selesai berurusan kerana masih banyak lagi yang belum diperkatakan.

“You tengoklah siapa yang call ni? Your second wife, perempuan yang tengah you ingat tu.” sindir Aida geram. Belum sempat Azeem mencapai telefonnya, Aida telah mendahului.

“Aida please, you jangan cakap yang bukan-bukan pada dia.” balas Azeem mengingatkan namun disambut jelingan tajam Aida yang nyata tak mengemarinya.

“Yes Dian. Ada apa-apa yang I boleh tolong?” soalnya acuh tak acuh. Marahpun ada kerana dia mula melihat Dian seperti pengganggu dalam rumahtangganya.

“Ada. Saya cuma nak bagitahu…saya dah mengandung.” tutur Dian perlahan kerana sudah tiba masanya perkara itu diwarwakan. Dia mahu segera menghabiskan tugasan yang diberikan supaya dapatlah dia mencurahkan segala perhatian pada ummi.

“Betul ke ni? Awak pasti? Betul awak dah mengandung?” soalnya tak percaya. Muka masamnya tadi berubah serta merta. Senyumannya sampai ternampak gigi dan gusi.

“Hmm. Dah nak masuk 3 bulan. Saya dah periksa dan doktor dah sahkan.” jelas Dian. Aida gembira tak terkata kerana rancangannya hampir berjaya. Terbayang-bayang ganjaran yang bakal diterima daripada opah nanti. RM 1 juta memang bukan nilai yang kecil. Dapatlah dia berjoli sana-sini dan Robert pasti menjadi orang yang paling gembira. Bisiknya sendiri sambil ketawa senang hati.

“Okey, kalau macam tu kita jumpa kejap lagi.” balasnya. Azeem masih setia menanti untuk mengetahui apa yang terjadi.

“Betul ke dia dah mengandung?” soalnya tak percaya dengan mulut yang sama ternganga. Aida segera mengesahkannya sebelum dia tersenyum sama. Tanpa berlengah-lengah Azeem mencapai kunci kereta lalu bergegas keluar.

“You nak ke mana tu? Tunggu, I pun nak ikut.” tutur Aida tak sabar kerana dia turut sama teruja. Hidupnya bakal dilimpahi kemewahan. Bila Azeem sudah mendapat kepercayaan opah, senanglah mereka meneruskan rancangan. Azeem pasti takkan lepas dari cengkamannya, tidak sesekali, selagi segala harta itu tak menjadi miliknya, bisiknya senang hati bila yang diusaha mula menjadi.

Selama ini, walaupun sudah berkahwin dengan Azeem, perbelanjaan mereka dikawal ketat. Biar punya harta berjuta, opah takkan sesekali merelakan mereka menggunakan harta itu sesuka-hati. Segala perbelanjaan adalah mengikut had yang opah sudah tetapkan, dan kalau terlebih had, maksudnya kena tunggu bulan hadapan. Bukan saja dia, malah Azeem pun turut sama terkena. Mata-mata opah ada di mana-mana, kalau tersilap langkah pasti semuanya akan terlepas begitu saja.

 

Gambar keputusan ujian ultrasound yang berada di atas meja diteliti sekali lagi sebelum dia tersenyum semula. Dia berasa lega kerana segalanya berlaku separti yang telah dirancang. Tinggal sedikit masa saja lagi sebelum dia dapat bersama semula dengan ummi dan baki-baki masa itu akan dilalui dengan sabar. Seketika kemudian dia kembali mengusap perutnya perlahan.

“Sayang ummi cepat besar ya.” tuturnya dalam perasaan yang dia sendiri takkan dapat gambarkan kerana perkara seperti itu pertama kali berlaku. Malah mungkin juga untuk yang terakhir kalinya kerana dia sudah mula takut dan malu untuk memulakan hubungan yang baru.

Dia malu kerana bertindak memperjudikan maruah sendiri. Cukuplah sekali perkara seperti itu terjadi kerana dia sudah tak mahu mengulanginya lagi. Tapi yang pasti, buat masa sekarang dia gembira kerana diberikan peluang untuk sama-sama merasai perasaan itu.

“Mungkin inilah yang ummi rasa masa mengandungkan Abang Razif dulu.” tuturnya pada diri sendiri, serentak dia teringatkan ummi semula. Segera dia tersedar tujuan sebenar. Anak yang dikandungkan itu takkan mungkin menjadi miliknya, kerana dia milik Abang Azeem dan keluarga. Dia hanya boleh menumpang kasih itupun jika diizinkan, tapi mungkin itu lebih baik kerana dengan cara begitu barulah dia dapat fokus semula pada ummi.

“Ummi tunggu Dian ya.” bisiknya sendiri. Berat terasa langkah ketika meninggalkan ummi tadi. Masih tak puas rasanya dia menatap wajah itu. Masa sentiasa menjadi penghalang kerana masa dilihat sangat mencemburuinya saat dia ada bersama ummi.

Dalam tak sedar, sudah dua hari dia menemani ummi tapi rasa masih tak cukup dan kalau boleh dia mahu sentiasa ada disamping ummi. Gembiranya rasa hati bila dapat mendakap ummi seperti waktu dulu. Hidup terasa lengkap dan sempurna, begitu juga dengan hatinya kerana dia betul-betul rasa bahagia.

Bunyi enjin yang kuat di perkarangan rumah, mengejutkan Dian yang masih dibuai kenangan bersama ummi. Tak berapa lama kemudian, Azeem muncul di sebalik pintu sambil dibuntuti Aida.

“Apa yang kau cakap tadi? Betul ke yang kau dah mengandung?” soal Azeem, dia mahu segera mengesahkannya.

Dian mengangguk perlahan sambil menyerahkan keputusan ujian tersebut kepada Azeem. Azeem segara menelitinya, sebelum dia tersenyum ceria dan akibat terlalu gembira dia akhirnya mendakap tubuh Dian pula.

Dian nyata terkejut diperlakukan begitu dan lebih mengejutkan bila pandanganya bertembung dengan wajah Aida yang nampak tak puas hati melihat mereka berkeadaan begitu. Dengan pantas tubuh Azeem ditolak untuk menjauhinya. Azeem sedar yang dia telah membuat Dian berasa tak selesa.

“Aku tak sabar nak kongsi berita ni dengan opah. Opah mesti terkejut bila tahu nanti.” tuturnya dalam ketawa. Dunia terasa menjadi miliknya. Gembiranya tak terkata kerana akhirnya dia berjaya memenuhi permintaan keluarga.

Dia meraba-raba kocek seluarnya untuk mencari telifon bimbit sebelum pasti dia lupa membawa keluar daripada kereta, lantas dia bergegas untuk mendapatkannya. Dia mahu berkongsi cerita dan opah pasti akan menjadi insan yang paling gembira di dunia.

Aida masih diam membisu. Wajah Dian yang berada dihadapannya dijeling tak berkerdip. Dia mula rasa tak sedap hati. Layanan yang diterima Dian melebihi jangkaan. Dia rasa cemburu melihatkan kegembiraan yang terpancar di wajah Azeem sebentar tadi kerana tak pernah dia melihat Azeem seperti itu. Hatinya mula tak tenteram bila memikirkan Azeem memperolehi kegembiraan itu daripada wanita lain. Kegembiraan seorang lelaki yang bakal bergelar bapa untuk kali pertama setelah lama mengimpikannya.

“I nak ingatkan you tentang janji kita dulu.” tutur Aida memberi peringatan, tak rela Dian melanggar perjanjian.

“Aida tak perlu bimbang, sebab apa yang Aida fikir tu takkan jadi. Aida boleh pegang kata-kata saya. Seperti mana Aida tepati janji untuk bantu ummi, begitu jugalah saya akan tepati janji sebab hanya ummi yang saya perlu.” balas Dian, merungkai segala syak yang mula memenuhi ruang fikiran Aida ketika itu. Aida lega kerana permilihan Dian sememangnya tepat dan kena pada tempat.

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.