Home Novel Cinta Teriring Doa
Epilog

Ehsan mencengkam rambutnya kasar. Sudah puas dia mencari, namun dia tetap tak dapat bertemu dengan isteri dan anaknya itu. Keadaan rumah yang sunyi membuatkannya bertambah sesak di hati. Serentak dengan itu, dia teringatkan Azizah semula dan segala kekasaran yang telah dia lakukan sehingga menjadi punca dirinya ditinggalkan.

“Zizah…” rayunya sambil ditemani air mata penyesalan yang tak ada titik kesudahan.

 

Setelah selesai memasukkan beg ke dalam teksi, Ehsan mengunci pintu rumah berkenaan sebelum dia tercegat lama di situ bertemankan anak kunci yang masih setia di tangan. Kenangan mula-mula menjejakkan kaki ke rumah berkenaan segera datang menyapa. Kegembiraan mereka semasa memulakan rumah tangga dan perasaan bahagia itu masih dapat dirasa. Dia sendiri tidak tahu apa yang membuatkannya berubah. Sifat barannya itu amat sukar untuk dikawal sehinggakan dia sanggup melepaskannya pada si isteri. Serentak air mata yang menitis segera diseka dengan jari.

“Zizah, maafkan abang. Abang minta maaf.” bisiknya perlahan sebelum menyelitkan kunci berkenaan di bawah pasu bunga, tempat kebiasaan isterinya itu meninggalkan kunci simpanan, dengan harapan isterinya itu akan kembali semula  satu masa nanti.

 


Sebelah tangannya menggenggam erat tangan Aida manakala sebelah tangannya lagi sedang menyuakan gulungan pasta ke mulut isterinya itu. Dia gembira dengan kemanjaan yang ditunjukkan Aida, malah bangga bila mereka menjadi perhatian pelanggan-pelanggan lain yang turut sama menjamu selera.

Selesai makan, mereka menuju ke kaunter pembayaran sebelum dia menghulurkan kad kredit kesayangannya itu. Sambil menunggu, sempat juga Dia mengelus wajah putih Aida sebelum membisikkan kata-kata cinta.

“Maaf encik. Kad ni tak dapat diterima.” tutur pekerja berkenaan sambil menghulurkan semula kad yang diberikan. Berkerut kening Azeem dibuatnya. Serentak dengan itu dia memberikan pula kad yang kedua.

“Maaf, kad yang ni pun ditolak.” balas pekerja itu lagi setelah selesai mengesahkannya.

“Hish, ni mesti kerja opah.” gerutunya sendiri, betul-betul tak puas hati setelah sedar kad kreditnya itu telah disekat lagi.

“Takpa, kalau macam tu saya bayar dengan cash. Berapa semuanya?” soalnya pula. Sambil membelek-belek isi dompetnya.

“RM239.60.” jawap pekerja itu semula, serentak dia  menggeleng-gelengkan kepala.

“Boleh bagi saya sikit masa? Saya ke bank sekejap. Sayang you tunggu sini.” arahnya pula sebelum bergegas mencari bank yang berhampiran.

“Hish, apa gunanya harta berjuta, kalau nak makan pun susah.” gerutunya sendiri sambil melajukan langkahan kaki kerana dia tak mahu Aida ternanti-nanti.

Selesai urusannya di peti pengeluaran wang dia menuju semula ke restoran berkenaan. Dalam keadaan yang tergesa-gesa, salinan slip urusniaga yang berada di tangan terjatuh tanpa disengaja. Ingin di ambil kembali, tapi dia mahu cepat pula dan akhirnya dia membuat keputusan untuk membiarkannya saja.

Kehadiran seorang pelajar sekolah menengah yang baru melepasinya itu sempat ditangkap mata, sebelum dia berasa lega kerana ada yang telah membantunya.

“Terima kasih.” bisiknya perlahan, hanya mampu didengari oleh dirinya sendiri sebelum bergegas semula ke restoran berkenaan.

Dian berusaha mana yang termampu kerana dia tak suka melihat keadaan yang bersepah seperti itu. Satu demi satu slip dikutip sebelum dia bangun untuk meluruskan pinggangnya pula. Sempat dia membuang pandang ke arah lelaki yang turut menjadi penyumbang terbaru kepada pencemaran itu.

“Kesian jalan, selalu jadi tong sampah besar bagi mereka-mereka yang kurang berpengetahuan.” bisiknya perlahan sebelum terbongkok-bongkok mengutip slip-slip yang betaburan itu lagi.

 

 

Tamat.

 

Previous: Bab 71

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh anga wati